Hotel dan chalet best di Cherating

Malaysia sememangnya bertuah kerana dikurniakan pantai-pantai indah yang sentiasa menjadi tarikan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara. Antara pantai yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas sudah tentulah pantai Cherating yang terletak di sempadan segeri Pahang-Terengganu.

Pantai yang luas, deruan ombak dan tiupan angin yang mendamaikan menjadi daya penarik pengunjung ke Cherating. Selain itu, akses yang mudah dan tempat menjamu selera yang banyak di sekitar turut menjadi aset penting pantai popular ini.

Tempat penginapan? Tak menjadi masalah. Terdapat banyak hotel dan chalet dibangunkan di sepanjang pantai ini untuk kemudahan anda. Berikut adalah antara hotel dan chalet menarik yang boleh menjadi pilihan anda sekiranya merancang percutian bersama anak-anak di Cherating.



1. Percutian eksklusif all-inclusive di Club Med Cherating

Tak keterlaluan rasanya jika dikatakan sebuah resort premium, Club Med Cherating menawarkan percutian eksklusif sesuai untuk lokasi pasangan yang sedang berbulan madu mahupun percutian keluarga bersama anak-anak. Disebabkan keunikan servis yang ditawarkan, resort eksklusif ini turut menjadi pilihan mereka yang ingin quiet time bersama pasangan, namun, dalam masa yang sama tidak mahu anak-anak ditinggalkan semasa percutian.

Walaupun harga percutian di sini sememangnya lebih tinggi dari pilihan di tempat-tempat lain, ramai tetamu yang merasakan ia berbaloi dengan tawaran yang dinikmati. Bukan sahaja mereka mendapat penginapan yang selesa, malah, pilihan makan minum yang pelbagai sepanjang hari turut terjaga. Jadi, tak perlulah mereka berfikir apa dan mana hendak menjamu selera semasa percutian. Apa yang perlu dilakukan hanyalah relax dan enjoy masa bersama.

Dari pagi hingga ke malam, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk tetamu yang pelbagai selera. Aktiviti-aktiviti seperti yoga, jungle walk, treetop challenge, memanah, sailing dan banyak lagi sudah tentu mampu memenuhi citarasa anda sekeluarga. Sebahagian besar aktiviti-aktiviti di sini sudah termasuk di dalam harga penginapan. Jika ada pun, hanya segelintir sahaja yang memerlukan bayaran tambahan. (Jangan lupa membawa bersama kasut memandangkan sesetengah aktiviti ini memerlukan anda memakai kasut sukan)

Selain aktiviti-aktiviti menarik untuk memenuhi selera setiap ahli keluarga, kemudahan seperti kolam dan sauna turut disediakan sebagai tempat memanjakan diri. Bukan itu sahaja, Club Med Cherating juga menawarkan private beach di mana hanya tetamu hotel sahaja yang dibenarkan akses ke pantai di bahagian ini. Sudah tentulah pantai begini tenang, tidak sesak dan jauh lebih terjaga untuk tetamu menikmati kedamaian alam semulajadi.

Untuk anak-anak pula, mereka boleh meluangkan masa di kelab yang disediakan. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan untuk kanak-kanak sesuai dengan peringkat umur daripada 4 ke 17 tahun. Ibu bapa boleh memilih untuk meninggalkan anak-anak mereka di sini untuk bermain dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya di bawah pengawasan staf-staf professional Club Med. Tiada bayaran tambahan dikenakan. Walaubagaimanapun, aktiviti kelab untuk anak-anak yang lebih kecil daripada peringkat umur ini tidak termasuk dalam pakej all-inclusive dan caj tambahan dikenakan jika ibu-bapa memilih untuk meninggalkan anak-anak yang lebih kecil.

Berbeza dengan penginapan di tempat lain, harga yang dikenakan untuk percutian di sini bukanlah berdasarkan per-room, tetapi per-pax. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai percutian di sini ataupun mendapat anggaran harga percutian keluarga di sini, anda boleh ke laman Club Med di sini. Untuk harga percutian all-inclusive, pilih sahaja tarikh penginapan dan masukkan jumlah tetamu yang bakal berkunjung berserta tarikh lahir anak-anak. Selamat bercuti!


Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating
Club Med Cherating (foto:clubmed.com.my)



2. Pemandangan indah Laut China Selatan dari Royale Chulan Resort

Resort yang baru dibuka pada tahun 2017 ini dibina di kawasan berbukit menghadap ke Laut China Selatan memberikan pemandangan menakjubkan buat para tetamu. Penginapan di bilik yang selesa dan pemandangan laut yang terbentang indah dari kolam renang menjadi tarikan tetamu yang berkunjung di resort lima bintang ini. Yang lebih menarik apabila pemandangan tersebut boleh dinikmati dengan membawa anak-anak bersiar-siar di persisiran pantai dengan pasir yang putih dan bermain air.

Walaupun lokasi begini memberi pemandangan yang mungkin tidak diperolehi di penginapan lain, ia juga boleh menyukarkan jika ada antara ahli keluarga yang menghadapi masalah mendaki. Untuk mengurangkan masalah ini, pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan buggy khas untuk para tetamu. Tetamu yang berkunjung di sini dilayan penuh mesra dan jika mahu, mereka boleh memilih untuk menggunakan khidmat buggy untuk ke satu-satu tempat di dalam resort.

Jika ingin menginap di sini, pastikan anda menyemak harga Royale Chulan Cherating di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang akan datang.



Hotel menarik untuk cuti keluarga di Cherating

Hotel menarik untuk cuti keluarga di Cherating
Royale Chulan Cherating (foto:agoda)


Aktiviti dan tempat menarik di Cherating untuk percutian dengan anak-anak


3. Percutian secluded di The Kasturi

Dikelilingi pantai yang indah dan rimbunan pokok yang menghijau, The Kasturi pastinya menawarkan kedamaian dalam percutian anda. Berkonsepkan 'low-density' resort, tidak banyak unit penginapan yang ditawarkan sekaligus memberikan lebih privacy untuk para tetamu.

Gabungan senibina Melayu dan moden menghasilkan suite, penthouse dan villa dengan suasana mewah. Malahan, pilihan beachfront villa di sini juga dilengkapi private pool tersendiri yang pastinya menjadi kegembiraan untuk anak-anak. Jika datang bersama keluarga, anda boleh menginap di 2-bedroom penthouse, atau jika inginkan private pool, anda boleh memilih family villa yang disediakan.

Penginapan jenis suite dan penthouse tidak mempunyai private pool, namun, tetamu yang menginap di sini boleh beristirahat di kolam renang utama di kawasan pantai menghadap laut yang terbentang luas.

Jika ke sini, jangan lepaskan peluang membawa anak-anak melawat Rimbun Dahan Turtle Sanctuary yang terletak sangat berhampiran. Jika bernasib baik, anda bukan sahaja boleh memegang anak-anak penyu yang comel ini, malah boleh membantu melepaskan mereka ke lautan dalam usaha melindungi hidupan ini. Bukan itu sahaja, sungai berhampiran The Kasturi juga seringkali menjadi tempat kumpulan memerang bermain. Ini sudah tentu menjadi tarikan tetamu lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sentiasa terpesona dengan dunia haiwan.

The Kasturi terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang.


Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating
The Kasturi, Cherating (foto:Expedia)



4. Penginapan villa tepi pantai di Casa Titik

Ibarat percutian di kediaman sendiri, Casa Titik menawarkan percutian di banglo yang terletak di tepi pantai yang indah. Villa percutian menarik ini menawarkan bilik-bilik yang dibuka untuk sewaan secara berasingan. Bilik-bilik ini dihias ringkas namun menarik lengkap dengan kemudahan seperti penghawa dingin dan attached bathroom. Jika anda bercuti bersama anak-anak, pilihan bilik family dan 2-bedroom suite turut disediakan.

Selain bermain pasir dan pantai, anak-anak pasti seronok berendam di dalam kolam renang yang disediakan dan bermain di halaman villa ini. Berdekatan dengan villa ini juga terdapat kandang kuda di mana anda boleh membawa anak-anak menunggang kuda pada bayaran tambahan.

Di sebelah malam, anda boleh meluangkan masa bersama anak-anak bermain board games di ruangan yang disediakan. Jika anak-anak anda ulat buku, pastinya mereka teruja dengan ruangan reading room yang dilengkapi koleksi buku dan majalah. 

Villa menarik Casa Titik terbuka untuk tempahan secara online. Anda boleh menyemak harga bilik-bilik di sini di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian nanti.

Nota: Keseluruhan villa juga terbuka untuk tempahan sesuai untuk mengadakan hari keluarga dan reunion berhampiran pantai popular Pantai timur ini.


Catatan percutian keluarga di Casa Titik, Cherating




Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating

Hotel menarik untuk anak-anak di Cherating
Casa Titik, Cherating (foto:booking.com)



5. Chalet beachfront ringkas di Villa de Fedelia

Lain orang lain seleranya. Selain percutian di hotel dan resort, ramai juga yang menggemari penginapan di chalet terutamanya ketika bercuti di kawasan pantai. Bayangkan menginap di chalet kayu berhadapan pantai, menikmati pemandangan matahari terbit di pagi hari dan merasai bayu laut masuk terus ke bilik penginapan saat pintu dan jendela dibuka. Bukan selalu dapat mengecapi pengalaman begitu, kan?

Jika percutian slow-pace begini yang disukai, penginapan di chalet Villa de Fedelia boleh menjadi percutian ideal untuk anda sekeluarga. Anak-anak boleh bermain sepuas-puasnya di pantai sambil ibu bapa berehat sambil menikmati deruan ombak yang memukul pantai. Bagai dalam mimpi!

Unit chalet Villa de Fedelia boleh ditempah secara online melalui Agoda, booking.com dan airbnb. Maklumat lanjut dan booking request untuk penginapan ini juga boleh didapati di laman web mereka di sini.




Hotel menarik di Cherating

Hotel menarik di Cherating
Tanjung Beach Cherating (foto:airbnb)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan