The Zenith Hotel, Kuantan (sumber foto: Agoda) |
Berbeza dengan kunjungan ke Kuantan sebelum ini, kali ini kami memilih untuk menginap di hotel di kawasan bandar. Beberapa hotel menjadi pilihan, namun, atas faktor kos dan availability, akhirnya kami memilih untuk menginap di The Zenith Hotel, Kuantan.
Dengan lokasi di tengah-tengah bandar Kuantan, The Zenith Hotel terletak hanya 5 minit berjalan kaki ke East Coast Mall - mall yang boleh dikatakan paling happening di sini. Bangunan The Zenith Hotel dan Zenith Tower kelihatan seolah-olah menara berkembar yang dipisahkan oleh Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC). Ample parking disediakan dan tidak menjadi masalah jika anda berkenderaan di sini.
Check-in...
Alhamdulillah, urusan check-in bilik yang kami tempah melalui Agoda sangat mudah. Walaupun ketika itu terdapat beberapa keluarga lain di kaunter, kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapat bilik yang ditempah. Sementara menunggu urusan selesai, anak-anak selesa meluangkan masa di lobi yang luas sambil meneguk welcome drink yang disediakan.
Bilik...
Bagi kami, kedua-dua bilik deluxe yang ditempah adalah luas dan selesa. Dekorasinya ringkas, moden dan kebersihan juga tip top. Katil bersaiz king yang disediakan sangat memuaskan dan bilik ini juga dilengkapi kemudahan lain seperti set televisyen, mini-fridge dan iron. Jika anda mempunyai urusan kerja sambil membawa anak-anak bercuti, insya-Allah anda tidak kecewa dengan kemudahan WiFi yang ada.
Selain ruangan tidur, tandas juga tidak kurang besar dan selesa. Setiap bilik mempunyai bath tub dan ruangan shower. Boleh dikatakan toiletries yang lengkap disediakan. Namun, sesuatu yang kami rasakan agak janggal apabila mendapati hanya satu set berus gigi diberi di setiap bilik air. Hmmm.... tersilap agaknya. Walaubagaimanapun, oleh kerana sudah menjadi kebiasaan kami membawa set berus gigi sendiri, kami tidak menelefon room service untuk meminta tambahan set.
Jika anda suka, The Zenith Hotel juga menyediakan pilihan bilik family suite dengan sebuah katil bersaiz king dan dua katil single. Ruangan katil bersaiz king dipisahkan oleh pintu dan turut mempunyai attached bathroom dan shower, manakala ruangan katil single pula mempunyai attached toilet tanpa shower. Alternatively, bilik deluxe dengan interconnecting door turut ditawarkan untuk mereka yang bercuti bersama keluarga.

Sarapan...
Memandangkan buffet sarapan termasuk dalam harga bilik, kami menikmati sarapan bersama anak-anak di The Dining Room yang terletak di aras yang sama dengan lobi hotel. Alhamdulillah, bagi kami sarapan di sini sangat memuaskan, baik dari segi kepelbagaian dan juga rasa. No complaint.
Kami tidak makan tengahari dan malam di hotel. Dengan lokasi di tengah-tengah bandar Kuantan begini, kami rasa lebih berbaloi untuk makan di luar sahaja - sedap dan jauh lebih murah!
Kami tidak makan tengahari dan malam di hotel. Dengan lokasi di tengah-tengah bandar Kuantan begini, kami rasa lebih berbaloi untuk makan di luar sahaja - sedap dan jauh lebih murah!
Buffet sarapan di The Dining Room, The Zenith Hotel |
Bersarapan bersama di The Dining Room |
Swimming pool...
Bagi kami, infinity pool di sini biasa-biasa sahaja. Pool dewasa dan pool kanak-kanak terletak bersebelahan satu sama lain, dan menawarkan pemandangan bandar Kuantan yang menarik.
Walaupun saiz swimming pool tidak begitu besar, ketika kami di sini, kawasan pool langsung tidak crowded. Walaubagaimanapun, perlu kami akui bahawa kami sendiri tidak banyak meluangkan masa di kolam renang hotel memandangkan masa percutian kali ini lebih banyak dimanfaatkan membawa anak-anak berjalan-jalan.
Jika anda bercadang untuk meluangkan lebih masa di kolam ini, anda boleh membawa anak-anak pada bila-bila masa bermula dari pukul 7 pagi hingga 7 malam.
Kid's room....
The Zenith Hotel menyediakan bilik permainan kanak-kanak atau kid's room di aras yang sama dengan kolam renang. Play room ini menyediakan permainan ringkas selain sudut bacaan dan televisyen sebagai tempat anak-anak meluangkan masa. Bagi kami, bilik ini lebih sesuai untuk anak-anak yang lebih kecil sekitar usia tahap satu persekolahan dan ke bawah. Tiada staff yang memantau kanak-kanak yang bermain di sini. Oleh itu, anda perlu berada di sini menemani anak-anak.
Kid's play room ini dibuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Play room ini kelihatan luas dan ceria, namun semasa di sini kami mendapati terdapat permainan yang sudah pecah dan rosak. Mungkin pihak hotel tidak menyedari perkara ini. Walaubagaimanapun, sungguhpun kebanyakan permainan masih dalam keadaan baik dan hanya beberapa sahaja yang rosak, kami berpendapat pihak pengurusan perlu lebih memantau permainan yang disediakan untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang boleh disebabkan oleh bahagian tajam plastik yang sudah pecah.
Lain-lain...
Selain Kid's play room, The Zenith Hotel turut menyediakan kawasan bermain pool dan games station yang mungkin lebih sesuai untuk anak-anak yang lebih besar. Walaubagaimanapun, semasa di sini, kami tidak melihat mana-mana pengunjung menggunakan fasiliti tersebut. Malahan, anak-anak kami juga sudah kepenatan untuk sambung bermain lagi sekembalinya daripada seharian berjalan-jalan.
Selain fasiliti-fasiliti yang disebutkan, The Zenith Hotel turut menyediakan khidmat spa dan gym untuk kemudahan para pengunjung.
Kid's playroom di The Zenith Hotel |
Sudut bacaan di kid's playroom |
Antara permainan yang rosak |
Lain-lain...
Selain Kid's play room, The Zenith Hotel turut menyediakan kawasan bermain pool dan games station yang mungkin lebih sesuai untuk anak-anak yang lebih besar. Walaubagaimanapun, semasa di sini, kami tidak melihat mana-mana pengunjung menggunakan fasiliti tersebut. Malahan, anak-anak kami juga sudah kepenatan untuk sambung bermain lagi sekembalinya daripada seharian berjalan-jalan.
Selain fasiliti-fasiliti yang disebutkan, The Zenith Hotel turut menyediakan khidmat spa dan gym untuk kemudahan para pengunjung.
Secara keseluruhan, penginapan kami di The Zenith Hotel adalah memuaskan. Bilik penginapan selesa, staf hotel ramah dan lokasi juga central memudahkan kami ke tempat-tempat menarik sekitar bandar Kuantan. Lokasi hotel berhadapan dengan shopping mall turut menjadi faktor hotel ini menjadi pilihan ramai pengunjung . Walaubagaimanapun, sejujurnya, kami langsung tidak sempat membawa anak-anak ke mall tersebut sepanjang percutian kami di sini.
The Zenith Hotel terbuka untuk tempahan secara online laman web mereka, Agoda, booking.com dan Expedia. Jika merancang untuk ke sini, pastikan anda menyemak harga hotel di portal-portal ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda bersama keluarga!

Apa lagi yang best?
Kuantan
Aktiviti...
Cherating
Tiada ulasan:
Catat Ulasan