Matematik mudah - Sifir 6,7 dan 8 guna tangan

Jika sifir 9 hanya memerlukan kemahiran asas mengira, untuk sifir 6,7 dan 8, anak-anak perlu telah menghafal sifir 2,3 dan 4 serta kemahiran asas menambah . Walaubagaimanapun, teknik ini tidak susah dan alhamdulillah, saya mendapati ia membantu di dalam pembelajaran anak-anak.

Rata-rata, sifir 2 adalah sifir yang mudah diingati oleh kebanyakan kanak-kanak di usia sekolah rendah. Sifir 3 dan 4, walaupun mungkin tidak semudah sifir 2, masih tidak menjadi masalah untuk dihafal mungkin kerana ia masih melibatkan nombor-nombor kecil. Bagi anak-anak saya semasa mula-mula belajar sifir, mereka mula merasa sukar apabila melangkah ke sifir 6 ke 9.

Nota: Sifir 1, 5 dan 10 turut tidak menjadi masalah. Sifir 1 rasanya semua kanak-kanak yang tahu mengira juga akan mengetahui sifir 1. Sifir 5 melibatkan gandaan mudah, manakala untuk sifir 10, 'resepi' menambah angka 0 di belakang nombor yang didarab dengan 10 masih popular dan membantu.

Jadi, jika anak anda sudah menghafal sifir 2,3 dan 4 dan mempunyai kemahiran asas menambah, ini bermakna dia sudah bersedia menguasai sifir 6,7 dan 8 menggunakan teknik di bawah.

(Klik di sini untuk teknik sifir 9 yang sangat mudah)


Contoh 1:


7 x 8


Sifir mudah


Langkah 1 - Setiap jari anda mewakili nombor seperti di atas. Anda hanya perlu mengingat nombor yang diwakili untuk menggunakan teknik ini.



Sifir mudah


Langkah 2 - Tutup jari berdasarkan sifir yang dikehendaki. Sebagai contoh, untuk 7 X 8, tutup 2 jari mewakili nombor 6 dan 7 di sebelah kiri dan 3 jari mewakili nombor 8 dan ke bawah di sebelah tangan kanan seperti di atas.



Sifir mudah


Langkah 3 - Sekarang, kira bilangan jari yang ditutup. Tambah bilangan jari di sebelah kanan dan kiri. Hasil tambah bilangan ini mewakili nombor di sebelah kiri jawapan dua digit anda.


Sifir mudah


Langkah 4 - Kira bilangan jari yang tidak ditutup di tangan kiri dan kanan anda. Darabkan dua nombor ini. Hasil darab ini mewakili nombor di sebelah kanan jawapan dua digit anda.

Sifir mudah

Langkah 5 - Tahniah! Anda sudah berjaya mendapatkan jawapannya menggunakan cara ini.



Contoh 2:


6 x 7


Sifir mudah


Langkah 1 - Setiap jari diwakili nombor sama seperti contoh 1 di atas.


Sifir mudah


Langkah 2 - Untuk 6 X 7, tutup tutup jari yang mewakili nombor 6 di sebelah kiri dan nombor yang mewakili 6 dan 7 di tangan kanan.


Sifir mudah


Langkah 3 - Kira bilangan jari yang ditutup. Tambah bilangan jari di sebelah kanan dan kiri. Hasil tambah bilangan ini mewakili nombor di sebelah kiri jawapan dua digit anda.



Sifir mudah


Langkah 4 - Darab bilangan jari yang tidak ditutup di sebelah kiri dan bilangan jari yang tidak ditutup di sebelah kanan. Memandangkan hasil darab mempunyai dua angka, susun jawapan tersebut seperti di atas.

Sifir mudah

Langkah 5 - Tambahkan nombor yang disusun.

Sifir mudah


Langkah 6 - Nah! Sekarang anda sudah mendapat jawapan anda.


Walaupun untuk mereka yang sudah mahir menghafal sifir, langkah-langkah ini mungkin kelihatan merumitkan, namun, untuk anak-anak saya, ia banyak membantu terutamanya pada peringkat awal mereka belajar darab. Tidaklah mereka berasa demotivated apabila belum habis menghafal sifir. Setelah mereka agak mahir menggunakan cara ini dan sudah biasa membuat soalan darab, lama-kelamaan, mereka akhirnya berjaya untuk ingat sifir-sifir ini. Kata orang, alah bisa tegal biasa.






2 ulasan:

  1. Assalam, untk pengiraan 2 x 7, 3 x 7, 4 x 7, 5 x 7 juga guna kaedah yang sama ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teknik ini hanya boleh digunakan apabila kedua-dua nombor yang didarab adalah antara 6 ke 9. Anak-anak masih perlu menghafal sifir 2 hingga 5 untuk menguasai teknik ini

      Padam