Mandurah Hotel, Beserah, Kuantan |
Alhamdulillah, percutian singkat sangat akhir ke Kuantan bersama anak-anak tetap bertukar menyeronokkan. Sungguhpun tujuan utama ke sini sebenarnya adalah atas urusan lain, namun, untuk anak-anak, asalkan namanya travel, ia tetap dianggap percutian.
Pada awalnya kami ingin menginap di bandar untuk memudahkan urusan yang perlu dilakukan, tetapi akhirnya kami memilih hotel berdekatan pantai di kawasan Beserah yang terletak kira-kira 20 minit berkenderaan dari bandar Kuantan. Mengapa? Partly kerana tempahan yang dibuat hanya sehari sebelum perjalanan menyebabkan kami tidak banyak pilihan memandangkan kebanyakan hotel tiada kekosongan pada hujung minggu itu. Partly lagi adalah kerana anak-anak memang merindui suasana pantai dan bertanya-tanya jika mereka boleh ke pantai ketika di Kuantan.
1. Check-in
Bagi kami, pilihan Mandurah Hotel sebagai tempat penginapan memang terbaik. Memandangkan hari sudah agak lewat dan anak-anak sudah kepenatan, sesampainya kami di sana terus sahaja kami ke kaunter reception untuk urusan check-in. Langsung tidak sempat berehat sebentar di lobi sungguhpun kawasan lobi kelihatan ringkas dan menarik lengkap dengan sofa yang mencukupi. Alhamdulillah, urusan check-in sangat smooth.
2. Bilik
Melangkah sahaja ke bilik penginapan, terasa tempahan yang dibuat di Agoda sangat berbaloi. Bilik family room yang ditempah adalah luas dan dilengkapi dua katil bersaiz king dan set sofa. Dekorasi minimal membuatkan bilik nampak ringkas namun tetap cosy. Saiz bilik begini memang sesuai untuk anak-anak kecil bebas bergerak.
Bilik family room di Mandurah Hotel mempunyai dua bilik air lengkap dengan shower yang sememangnya membantu apabila bercuti dengan anak-anak. Sekurang-kurangnya tidak perlulah mereka berebut untuk ke tandas. Set toiletries juga diberikan cukup untuk kami sekeluarga. Namun, sesuatu yang secara peribadi saya rasa kurang selesa adalah pintu bilik air yang menggunakan frosted glass dan tidak boleh dikunci. Walaupun design begini mungkin membuatkan bilik nampak lebih moden, tetapi terasa segan pula.
Cerek, set kopi dan teh, air mineral, minibar dan safe box semuanya tersedia di dalam bilik. Keseluruhan bilik adalah bersih. Cuma, bilik yang agak luas ini memerlukan sedikit masa untuk penghawa dingin bekerja dengan berkesan. Namun, ia tidaklah menjadi masalah buat kami memandangkan setelah beberapa ketika, bilik terasa selesa dan kami dapat tidur dengan nyenyak.
Keesokan paginya... Subhanallah! Pemandangan pantai terus dari dalam bilik memang menakjubkan. Maklumlah, di bandaraya sememangnya tidak berpeluang menikmati keindahan begini. Walaubagaimanapun, tidak kesemua bilik di Mandurah Hotel menghadap ke laut dan disebabkan itu, kami menganggap view ini sebagai bonus penginapan kami di sini. Bukan itu sahaja, viewing glass yang besar juga memudahkan anak-anak yang lebih kecil turut menikmati pemandangan menarik ini.
3. Sarapan
Sarapan pagi di sini biasa-biasa sahaja. Buffet spread yang disediakan ringkas dan lebih memenuhi selera tempatan. Hidangan utama adalah nasi lemak, mihun goreng dan wantan selain sedikit cereal, roti, kopi dan teh serta jus. Tetamu boleh memilih samada untuk makan di dalam bangunan hotel atau di tepi pantai di bahagian luar hotel. Anak-anak kami memilih menikmati udara pagi pantai semasa bersarapan. Memang seronok apabila bersarapan bersama keluarga di tepi pantai. Sambil menjamu selera, kami berpeluang menikmati udara segar dan melihat beberapa bot nelayan melintasi pantai bertentangan hotel ini. Ambience begitu juga membantu menambah selera mereka hingga bertambah-tambah makanan yang dimakan.
Kami dimaklumkan jika tetamu yang menginap tidak begitu ramai, maka kebiasaannya breakfast ala-carte sahaja yang dihidangkan. Ketika kami di sini, terdapat sekumpulan peserta kursus sedang menginap. Oleh kerana tetamu agak ramai, pihak hotel menyediakan buffet dan bukan ala-carte untuk hidangan sarapan.
4. Lain-lain
Selain bersiar-siar di tepi pantai, beberapa aktiviti turut disediakan oleh pihak Mandurah Hotel. Antaranya ialah sewaan basikal, layang-layang , board games dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kami tidak memilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan. Sebaliknya, anak-anak lebih berminat ke pusat batik yang terletak berdekatan dengan hotel ini.
Bagaimana dengan kawasan parking? Tak perlu runsing. Pihak Mandurah Hotel menyediakan kawasan meletak kenderaan yang cukup di hadapan bangunan hotel ini.
Selain parking, soal makan juga sepatutnya tidak menjadi masalah. Terdapat banyak deretan gerai yang menjual pelbagai juadah tempatan di sepanjang jalan ke Mandurah Hotel. Selain itu, terdapat juga pasaraya yang terletak bertentangan dengan hotel ini yang boleh membantu memudahkan percutian keluarga anda.
Bercakap tentang makan, tetamu boleh merasa hidangan ikan bakar pada waktu malam di tepi pantai di bahagian belakang hotel ini. Ikan bakar ini ditawarkan pada setiap hari Khamis hingga Ahad. Semasa di sini, kami melihat ramai juga yang berkunjung untuk makan malam di sini. Namun begitu, kami tidak makan di sini memandangkan awal-awal lagi kami sudah merancang untuk ke Tanjung Lumpur yang lebih sinonim dengan ikan bakar di Kuantan.
Jika merancang untuk makan malam di sini, sesuatu yang anda mungkin ingin tahu ialah di kawasan dinner ini juga terdapat beach bar. Walaupun pondok bar ini sebenarnya terasing daripada tempat penyediaan ikan bakar, namun kehadiran beach bar di kawasan makan begini mungkin menyebabkan sesetengah tetamu berasa kurang selesa. Terpulang pada diri masing-masing. (Dapur Mandurah Hotel sendiri, iaitu M Cafe disahkan halal seperti yang tersenarai di direktori halal.gov.my)
Jika merancang untuk makan malam di sini, sesuatu yang anda mungkin ingin tahu ialah di kawasan dinner ini juga terdapat beach bar. Walaupun pondok bar ini sebenarnya terasing daripada tempat penyediaan ikan bakar, namun kehadiran beach bar di kawasan makan begini mungkin menyebabkan sesetengah tetamu berasa kurang selesa. Terpulang pada diri masing-masing. (Dapur Mandurah Hotel sendiri, iaitu M Cafe disahkan halal seperti yang tersenarai di direktori halal.gov.my)
Secara keseluruhannya, kami merasakan penginapan di Mandurah Hotel ini sangat berbaloi. Hotel menarik ini terbuka untuk tempahan melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jika merancang untuk ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga di portal-portal tempahan ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama anak-anak nanti.
Apa lagi yang best?
Kuantan
Aktiviti...
3. Daytrip ke Muzium Sungai Lembing
4. Daytrip ke Terowong Sungai Lembing
5. Air Terjun Sungai Pandan yang best!
6. Tempat menarik di Kuantan bersama anak-anak
Hotel...
4. Daytrip ke Terowong Sungai Lembing
5. Air Terjun Sungai Pandan yang best!
6. Tempat menarik di Kuantan bersama anak-anak
Hotel...
2. Hotel murah yang best di pinggir Sungai Kuantan
3. Pilihan hotel best di Kuantan untuk cuti bersama keluarga
3. Pilihan hotel best di Kuantan untuk cuti bersama keluarga
Cherating
Thanks, info yg menarik
BalasPadamSalam.. Di. Mandurah.. Ade kolam x?
BalasPadamWaalaikumussalam. Tak ada kolam di hotel ni.
Padamthanks for the info kak...mcm berbaloi nk melepaskn diri dan keluarga drp kurungan pkp nih
BalasPadamSama-sama 😊
Padam