Penginapan menarik di Cameron Highlands - MARDI English Cottage

MARDI English Cottage Cameron Highland
English Cottage di Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highland
(sumber foto: cameronhighlandsinfo.com)

Bulan September yang lepas, kami sekeluarga sekali lagi ke Cameron Highlands. Cameron Highlands adalah antara tempat favourite percutian kami, namun, sejak kami banyak kali berpindah, sudah agak lama juga tak berkesempatan ke sana.


Hotel menarik ala-Inggeris di Cameron Highlands


Sebelum ini, kami pernah menginap di hotel dan homestay yang banyak terdapat di Cameron Highlands. Cuma kali ini kami berpeluang menginap di English Cottage yang terletak di Taman Pertanian Agrotek MARDI. Inilah pertama kali kami menginap di sana.  Bukan senang nak menempah cottage ini. Sentiasa penuh tiap kali mencuba. Macam pisang goreng panas!

Ada dua unit yang boleh ditempah. Satu unit mempunyai 2 bilik, manakala satu lagi mempunyai 3 bilik. Kami menempah unit dengan 2 bilik. Kedua-dua unit ini terletak sebelah-menyebelah, seperti unit rumah berkembar dua tingkat. Oh, ya... anda tak perlu bekerja dengan MARDI untuk menempah. Penginapan di English Cottage ini terbuka kepada orang awam.

Ruang rehat, ruang makan dan dapur terletak di tingkat bawah. Ruang rehat dilengkapi sofa dan televisyen flat screen sesuai untuk keluarga berkumpul dan bersantai bersama-sama. Dekorasi ala Inggeris di cottage ini ringkas tetapi menarik dan selesa. Ruang makan dilengkapi meja dan kabinet sementara dapur dilengkapi peti sejuk dan kelengkapan asas memasak sesuai untuk mereka yang bercadang untuk memasak sayur-sayuran segar di tanah tinggi ini. Salah satu tandas juga terdapat di tingkat bawah, namun anak-anak kami tak menggunkannya. Walaupun masih terletak di kawasan unit ini, tandas ini tidak bersambung dengan bahagian dalam rumah. Jadi anda perlu keluar pintu rumah untuk ke tandas ini. Seperti yang telah dijangka, anak-anak kami takut untuk menggunakannya. Hhmmm... anak-anak sekarang!

Anak-anak seronok bermain bersama-sama di ruang rehat

MARDI English Cottage Cameron Highland
Salah satu sudut di ruang rehat

MARDI English Cottage Cameron Highland
Ruang makan

MARDI Cottage Cameron Highland
Dapur dengan kelekapan asas memasak

Pilihan homestay menarik di Cameron Highlands


Bilik tidur terletak di tingkat atas dengan Kedua-duanya dilengkapi sebuah katil bersaiz queen. Selain itu, bilik tidur master juga mempunyai sofa dan set televisyen lama yang masih berfungsi. Shared bathroom juga disediakan lengkap dengan water heater. Penginapan ini tidak mewah, tetapi menarik dan selesa untuk percutian sekeluarga. Apa lagi ia terletak di dalam kawasan MARDI, oleh itu penginapan ini boleh dikatakan sedikit tersisih dari kesibukan terutamanya ketika ramai pengunjung ke Cameron Highland semasa cuti sekolah.


MARDI English Cottage Cameron Highland
Bilik tidur master

MARDI English Cottage Cameron Highland
Sofa di bilik tidur master

MARDI Cottage Cameron Highland
Bilik tidur kedua. Tuala dan sejadah disediakan oleh pihak MARDI

Hotel menarik mesra bajet di Cameron Highlands


Antara yang paling disukai anak-anak ialah pondok rehat di hadapan cottage yang dilengkapi tempat barbeque. Malam pertama kami di sana, seronok mereka barbeque sekeluarga. Sambil kami menghidupkan api, anak-anak bermain di halaman kecil di hadapan rumah. Tak sabar-sabar mereka menunggu, maklumlah inilah pertama kali kami barbeque begini. Ditambah lagi dalam suasana sejuk di Cameron Highlands, bertambah naik selera mereka. Jika anda merancang untuk barbeque di sini, pastikan anda membawa arang dan starter. Selain tempat barbeque, anak-anak juga menjadikan pondok ini sebagai tempat bersantai sambil makan pagi dan minum petang sambil menghirup udara segar Cameron Highlands. Memang mendamaikan!

MARDI English Cottage Cameron Highland
Pondok rehat di hadapan cottage

MARDI English Cottage Cameron Highland
Pertama kali mengadakan barbeque

Penginapan di apartment yang menarik di Cameron Highlands


Tetamu English Cottage tidak dikenakan bayaran untuk ke Taman Agroteknologi MARDI. Oleh itu, anda tidak perlu membeli tiket untuk masuk ke taman ini. Kepada yang membawa anak-anak, jangan lupa merasa aiskrim strawberry dan strawberry celup coklat di Taman Agroteknologi ini. Sedap dan dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Jika anda berminat untuk menginap di sini, pastikan anda melakukan tempahan awal. Ketika ke sana, kami hanya bernasib baik kerana ada tetamu yang membatalkan tempahan mereka pada tarikh percutian kami. Menurut staff di sana, untuk musim cuti persekolahan, tetamu kebiasaannya menempah seawal enam bulan sebelum tarikh penginapan! 

Untuk menempah, anda boleh menghubungi pihak MARDI Cameron Highlands di 05-4911255, atau klik di sini untuk maklumat lanjut tentang penginapan ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...