Umrah keluarga 16 hari - pengalaman bersama ejen

Umrah bersama anak-anak 16 Hari
Umrah bersama keluarga, Disember 2018

Alhamdulillah, cuti akhir tahun persekolahan 2018 membuka peluang kami sekeluarga untuk bersama-sama ke tanah suci mengerjakan umrah. Bukan hanya kami dan anak-anak, malahan perjalanan kali ini turut disertai saudara menjadikan jumlah keseluruhan 13 orang termasuk 6 anak-anak dan 2 warga emas kesemuanya.

Bukanlah tujuan saya untuk menceritakan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika umrah. Kami sendiri masih belajar mengenainya walaupun sesudah pulang dari tanah suci. Lagipun, tidak susah untuk anda mendapatkan info mengenainya. Kursus-kursus umrah banyak dianjurkan oleh pengelola umrah, dan ada juga yang diadakan bukan hanya untuk jemaah masing-masing, malah turut terbuka secara percuma untuk orang ramai.

Di sini, saya hanya ingin berkongsi pengalaman berurusan dengan syarikat pengelola umrah yang kami pilih. Semoga boleh menjadi panduan untuk mereka yang sedang merancang dan masih mencari syarikat umrah dan pakej yang sesuai.


Syarikat pengendali umrah

Saya pasti, syarikat pengendali umrah merupakan antara perkara pertama yang akan difikirkan apabila merancang untuk ke tanah suci. Terdapat banyak syarikat yang mengendalikan pakej umrah, daripada syarikat besar yang sememangnya sudah dikenali ramai, hinggalah ke syarikat-syarikat yang kami tidak pernah dengar nama mereka sebelum ini.

Jika ketika umrah pertama bersama anak-anak kami memilih UTAS - salah satu syarikat yang boleh dikatakan big player dalam industri ini, kali ini kami memilih syarikat kecil yang tidak begitu diketahui; Tariq Travel & Tour yang berpusat di Pasir Puteh, Kelantan.

Risau? Sejujurnya, memang pada mulanya agak risau. Dengan kes-kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di media massa dan sosial, bohong jika saya katakan tidak risau langsung untuk mengambil syarikat yang tidak pernah kami kenali ini. Bukan hanya kami, malah tiada seorang pun kenalan yang mengetahui mengenai ejen ini.

Jika begitu, mengapa masih memilih Tariq Travel? Dalam banyak-banyak syarikat yang kami hubungi, syarikat kecil ini menawarkan pakej yang paling menarik bagi kami. Agak lama sebenarnya kami mencari ejen yang sesuai - menerusi recommendation kenalan, carian di internet dan juga kunjungan ke MATTA Fair. Namun, mungkin sudah jodoh, tiada pakej lain yang kami rasakan sesuai dengan kami.

Walaubagaimanapun, sebagai langkah berhati-hati, kami tetap menyemak serba-sedikit latarbelakang syarikat ini. Tidak banyak info yang kami perolehi, cuma yang pasti, syarikat yang baru ditubuhkan pada tahun 2012 ini telah pun berdaftar dengan kementerian pelancongan dan juga tersenarai sebagai salah satu syarikat yang mempunyai lesen khas umrah (LKU).

Nota: Anda boleh menyemak senarai syarikat yang mempunyai LKU di sini.



Apa yang kami suka

1. Tempoh pakej

Apa yang paling menarik perhatian kami adalah tempoh pakej umrah yang ditawarkan. Kami melihat, rata-rata pakej umrah yang ditawarkan adalah selama 10 ke 12 hari, termasuk hari perjalanan pergi dan balik. Ini menjadikan tempoh di tanah suci hanya sekitar 8 ke 10 hari, sedangkan kami berharap untuk dapat berada di sana selama lebih kurang 2 minggu.

Tariq Travel & Tour menawarkan beberapa pakej, termasuk pakej selama 16 hari. Kami bertolak pada 24 November 2018, dan tiba semula di Kuala Lumpur pada 10 Disember 2018. Jika dikira semula, pakej kami sebenarnya adalah selama 17 hari termasuk hari perjalanan. Ini membenarkan kami berada di tanah suci selama 15 hari!


Umrah bersama anak-anak 16 hari
Di dalam kapalterbang menuju Madinah


2. Fleksibiliti

Pakej asal 16 hari yang diiklankan pada awalnya menawarkan tempoh masa 8 hari di Madinah dan 8 hari di Mekah. Walaubagaimanapun, ejen kami membenarkan kami menukar tempoh berada di Mekah dan Madinah mengikut preference kami.

Disebabkan kami pergi bersama-sama 13 orang ahli rombongan kesemuanya, kami juga dibenarkan menetapkan tarikh berangkat. Dalam kata lain, kami tidak terikat dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan syarikat. Bukan itu sahaja, kami juga bebas menentukan samada untuk terus ke Mekah ataupun ke Madinah dahulu. Malahan, ejen kami turut mendapatkan penerbangan terus ke Madinah apabila kami memilih untuk memulakan perjalanan kami di Madinah.

Walaupun kami dibenarkan memilih tarikh dan menukar tempoh hari di Mekah dan Madinah, pakej yang diatur bukanlah ekslusif untuk keluarga kami. Ini bermakna, jika ada jemaah yang berminat dengan tarikh pilihan kami, mereka tetap boleh bersama-sama menyertai kami. 



Umrah bersama anak-anak 16 hari
Di perkarangan Masjid Nabawi


3. Penginapan

Seperti kebanyakan ejen-ejen lain, Tariq Travel & Tour menawarkan pakej bajet dan juga selesa, bergantung kepada jarak penginapan. Kami memilih pakej selesa dengan tujuan memudahkan ahli rombongan kanak-kanak dan warga emas berulang-alik ke masjid.

Sejujurnya, saya agak risau kerana pernah mendengar pengalaman sesetengah jemaah (bukan jemaah Tariq Travel) yang diberikan hotel yang jauh dari Masjidil Haram sesampainya di Mekah walaupun telah membayar harga pakej yang menawarkan hotel yang dekat. 

Disebabkan itu, berkali-kali saya menekankan berkenaan jarak hotel ketika perbincangan dengan pihak ejen. Mereka memberi jaminan untuk tetap mendapatkan hotel yang dekat jika hotel yang dijanjikan tidak berjaya diperolehi.

Alhamdulillah, mereka mengotakan janji. Disebabkan pihak ejen tidak mendapat bilik di Al-Marwa Rayhaan by Rotana seperti yang dijanjikan, penginapan kami digantikan dengan Swissotel Al-Maqam yang berada tidak jauh dari Masjidil Haram.


umrah bersama anak-anak 16 hari
Laluan dari lobi hotel Swissotel Al-Maqam ke Masjidil Haram hanyalah short walking distance


4. Lain-lain

Perkara-perkara lain seperti penerbangan dan tempat ziarah tidak menjadi masalah. Kami diberi penerbangan terus tanpa transit Saudi Airlines seperti yang dijanjikan.

Tempat-tempat ziarah di Madinah adalah seperti Raudhah, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh lokasi berlakunya perang Khandaq, Jabal Uhud dan ladang kurma. Sementara itu, di Mekah, kami dibawa ke Jabal Tsur, Jabal Nur, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Jamaraat, ladang unta dan Muzium Mekah.

Kami juga menghargai mutawwif di Madinah yang tetap berusaha membawa kami ke tempat bersejarah lain walaupun tidak tersenarai dalam itinerari asal apabila kami bertanya mengenainya.


Umrah bersama anak-anak 16 hari
Ziarah ke Jabal Uhud
Umrah bersama anak-anak 16 hari
Di Muzium Mekah


Apa yang kurang menarik

1. Urusan makan

Perlu saya akui, masalah tetap timbul dalam berurusan dengan Tariq Travel & Tour. Bukanlah rasa hidangan yang menjadi masalah, tetapi setibanya kami di Mekah, kami dapati makan tengahari dan malam tidak disediakan walaupun kami telah membayar untuk pakej fullboard. Terus-terang, kusut juga kami ketika itu, tambahan pula apabila kami tidak diberitahu lebih awal. Terkilan juga apabila ejen berdiam diri dan kami hanya dimaklumkan di tempat makan bahawa tiada makanan tersedia untuk kami sedangkan anak-anak telah pun bersedia untuk menjamu selera.

Bukan mudah menyediakan makanan untuk 13 orang sekaligus. Lebih-lebih lagi, ini adalah umrah pertama untuk sebahagian ahli rombongan selain jarak waktu solat yang dekat membuatkan kami terkejar-kejar dalam menguruskan masa. Memandangkan kami tidak menjangkakan masalah sebegini, kami juga tidak membawa banyak bekalan dari tanahair. Yang dibawa hanyalah sedikit biskut buat alas perut anak-anak.

Entah apa masalah yang dihadapi pihak ejen, apabila dihubungi, pada mulanya mereka menyarankan agar kami mendapatkan makanan sendiri sepanjang kami di sana. Mereka berjanji untuk reimburse belanja makan tersebut kelak. Saya tidak bersetuju dengan cadangan ini. Alhamdulillah, kami tidak menunggu banyak hari sebelum mereka straighten things out hinggalah ke hari terakhir kami di sini.


Umrah bersama anak-anak 16 hari
Alhamdulillah, urusan makan akhirnya selesai


2. Ketiadaan jadual

Seperkara lagi adalah ketiadaan jadual ketika kami di sana. Kami tidak diberitahu hari dan masa ziarah akan diadakan, hari untuk bergerak ke Mekah menunaikan umrah dan sebagainya. Walaupun semua program yang dijanjikan tetap ditunaikan, semuanya perlu kami reconfirm dan reclarify dari semasa ke semasa.

Setiap perkara, termasuklah yang telah dipersetujui di tanahair perlukan renegotiation. Contohnya, kami hanya mengetahui tentang tempoh masa di Mekah dan Madinah telah ditukar apabila kami bertanyakan kepastian tentang jadual bertolak ke Mekah. Begitu juga dengan program ziarah di Madinah yang dirancang pada hari yang sama kami dijadualkan bertolak ke Mekah. Walaubagaimanapun, pihak ejen menukar semula tempoh masa apabila kami meminta reclarification berdasarkan persetujuan yang telah dibuat. Begitu juga dengan tarikh ziarah dialih atas permintaan kami memandangkan mustahil untuk kami sempat menyiapkan anak-anak jika bertolak untuk mengerjakan umrah pada hari yang sama. Namun begitu, untuk mengelakkan further surprises, kami sentiasa memastikan untuk update awal secara detail dengan pihak ejen tentang jadual dan program yang akan diadakan. 

Sejujurnya, walaupun pada awalnya saya terasa janggal dengan arrangement yang kelihatan tidak dirancang dan diurus dengan baik ini, lama-kelamaan saya merasakan ada juga kelebihan yang kami perolehi. Memandangkan setiap perkara perlu reconfirmation dan reclarification, situasi tersebut turut membuka ruang untuk kami berbincang semula jadual mengikut keadaan kami di sana. Alhamdulillah, ejen boleh dibawa berbincang dan bersedia meminda tarikh dan waktu jika keadaan tidak mengizinkan.


umrah bersama anak-anak 16 hari
Anak-anak di dalam coach semasa ziarah


Kesimpulan

Membandingkan pengalaman kami menunaikan umrah kali pertama bersama nama besar dalam industri ini dengan pengalaman kali kedua bersama syarikat kecil, kedua-duanya mempunyai pros dan cons tersendiri. Bagi saya, masalah tetap boleh timbul tidak kira sebesar atau sekecil manapun syarikat yang mengendali perjalanan kita, namun, yang penting adalah ejen tidak terus lepas tangan dan membiarkan jemaah terkontang-kanting bersendirian.

Mungkin kerana itu, despite some glitches yang kami hadapi, jika diberi rezeki lagi, insya-Allah kami masih akan mempertimbangkan Tariq Travel & Tour sebagai ejen umrah. Saya akui, pengurusan mereka kadang-kadang kelihatan amatur dan kurang pengalaman. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan mereka jauh daripada perfect dan bukanlah the best. Namun, dalam masa yang sama, saya rasakan masalah yang kami hadapi adalah tolerable dibandingkan dengan tempoh masa, janji penginapan yang dikotakan dan fleksibiliti yang kami rasakan sangat membantu sepanjang kami di sana. Apa pun, secara peribadi, saya rasakan pihak ejen boleh dibawa berbincang dan cuba mengatasi isu-isu yang timbul semasa kami di sana. 





16 ulasan:

  1. PAKEJ UMRAH SYAWAL KAMI PADA 6.6.2019 DITUNDA AATAS ALASAN VISA TIDAK MENDAPAT KELULUSAN SAUDI. AGAK MENYEDIHKAN WALAUPUN IANYA DITUNDA KE PAKEJ SEPTEMBER 2019... KERUMITAN DALAM ASPEK CUTI DLL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry to hear kesulitan yang dihadapi. Insya-Allah, ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Semoga beroleh umrah yang mabrur.

      Padam
    2. ya... pakej kami teepaksa ditunda dari 6 jun ke bulan September... moga ada hikmahnya ujian ini...

      Padam
    3. Ini adalah pakej penipu, salman faris dan isterinya safinah yunus penipu..Habis kami sekeluarga tak dapat oergi dan tak dapat pulangan duit. tunggu kau meringkuk dalam penjara salman. Tariq travel & tours PENIPU

      Padam
    4. Saya pun ditipu dgn Salman ni, sepatutnya pergi selepas raya tahun lpas.. Tapi asyik tangguh smpai skrg.. Da 5 kali ditangguh.. Alasan pd mulanya kene tambah RM1000 utk visa.. Kita pun husnuzon jer la.. Skrg alasan xde tiket.. 1 group kami ada 20 orang.. Harap xde la mangsa travel umrah penipu lgi..

      Padam
  2. Hajj & Umrah Gateway. Appointed & Approves by the Saudi Ministry Of Hajj & Umrah. Umrah Packages From USA Most Trusted Name In USA. Quality Service & Reliable Staff. Inexpensive Packages. Umrah Packages 2019

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk sampai ke tanah suci. Tak semua orang dapat ke sana. Hanya insan terpilih sahaja.

    Nak dapatkan pakej Umrah? Klik sini: https://profhariz.com/promosi-pakej-umrah-dan-haji-murah-serendah-rm4990/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian.

      Padam
  4. Boleh saya dapatkan contact anda untuk bertanya soalan yang lebih khusus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Nuraini.
      Contact number Tariq Travel yang kami guna untuk berhubung ialah 013-929 5956. Semoga dipermudahkan urusan.

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ye ke? Sejujurnya, ini adalah pertama kali kami berurusan dengan Tariq. Tak dinafikan terdapat masalah. Untuk kami, masalah lebih kepada tiada makanan disediakan semasa di Mekah seperti yang dijanjikan (sebelum kami menghubungi ejen semula dan meminta untuk disediakan makanan seperti yang ditawarkan pakej) dan ketiadaan jadual selain perubahan mengejut jadual dari semasa ke semasa. Namun, alhamdulillah dalam kes kami, masalah yang dihadapi berjaya direnegotiate. Cuma kami sentiasa perlu menghubungi ejen untuk clarify every detail seperti hari dan masa ziarah, hari bertolak ke mekah dari madinah untuk mengerjakan umrah, masa bertolak ke airport untuk pulang etc.

      Walau apapun, terima kasih saudara Saifullah atas perkongsian pengalaman encik berurusan dengan ejen ini. Input saudara amat penting. Semoga menjadi panduan mereka yang sedang merancang untuk menunaikan umrah.

      Padam
  6. Moga direzekikan ke sana satu hari nanti

    BalasPadam
  7. Saya mengerjakn umrah bersma ank, menantu dan rakan dgn tariq travel. Alhamdulillah, hari pertama hingga ke 3 hari sblum balik sume nya berjalan lancar. Tetapi masalah timbul bila 3 ari seblum blik ke msia. Tiba2 kmi di minta utk check out dri hotel dgn alasan pihak yg menguruskn urusan hotel tersalah booking date. Maka kluar lah kmi dri hotel 4 star berpindah ke hotel bajet. Memandangkn hotel bajet tu agak kurang selesa,kmi ber4 menyewa di hotel elaf kinda dgn byran sendiri. Mungkin itu lah dugaan utk kami. Selebihnya dgn tariq travel lah kami merasa naik tren laju dari madinah ke mekah sbb tariq mmg bersedia berkhidmat utk jemaah. Walau ada serba sedikit kekurangn dri segi penyelenggaraan jemaah.

    BalasPadam