Cheekaboo: Baju renang bayi tahan sejuk yang selesa

Swimsuit tahan sejuk Cheekaboo
Selesa memakai baju renang Cheekaboo

Semuanya bermula ketika saya menghantar anak-anak yang lebih besar ke kelas renang. Sementara menunggu kelas renang diadakan, saya membawa anak yang ketika itu baru berusia tidak sampai setahun bermain di kolam kanak-kanak. Kononnya untuk memberanikannya dengan air di samping errmmm... tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan di situ.

Pada mulanya memang anak saya gembira. Maklumlah, kanak-kanak. Sememangnya suka bermain air. Namun, saya perhatikan terlalu sekejap saja dia bermain sebelum mula menangis. Saya dapat melihat dia kesejukan. Mungkin terlalu kecil untuk bertahan di dalam air kolam yang agak sejuk.

Kebetulan pula ketika itu saya terbaca tentang swimsuit Cheekaboo yang ketika itu agak baru di pasaran. Apa yang menarik perhatian saya ialah ia ciri-ciri thermal yang dikatakan mampu menahan sejuk dan sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Betul ke?

Melihat pada harganya, berkali-kali juga saya berfikir untuk membeli. Maklumlah, harganya seperti pakaian renang dewasa. Untuk bayi pada usia ini yang cepat membesar, sudah tentu soon anak saya akan outgrow size yang dibeli.

Namun, memandangkan anak saya ketika itu pasti meronta-ronta jika tidak di'celup'kan ke dalam kolam renang, namun dalam masa yang sama tidak tahan kesejukan air kolam, saya memutuskan untuk mencuba juga produk ini. Lagipun, ketika itu sesi kelas renang agak sering diadakan dan sekurang-kurangnya saya boleh selalu menggunakannya dengan kerap.

Setelah banyak kali berkira-kira, akhirnya saya membeli swimsuit ini secara online. Ketika itu, masih tidak banyak design yang ada dan saya memilih swimsuit yang paling menutupi badan dan menggunakan velcro strap di belakangnya (kini, design begini dikenali sebagai Chittybabes). Pemilihan saiz? Saya hanya berpandukan age range yang diberikan. Namun, jika anda tidak selesa hanya berpandukan age range, anda boleh merujuk ukuran yang diberikan oleh pengeluar di laman mereka.

Swimsuit bayi tahan sejuk
Swimsuit Cheekaboo masih elok untuk dipakai si adik pula
Saya agak kagum apabila menerima swimsuit yang ditempah. Material baju renang Cheekaboo yang diterima sememangnya tidak sama dengan swimsuit biasa. Ia tebal dan mengikut pengeluarnya, material yang digunakan ialah neoprene; sejenis bahan yang banyak kegunaan termasuk dalam penghasilan suit scuba diving. Selain mampu menahan sejuk, pengeluar Cheekaboo juga mengatakan bahawa baju renang mereka mempunyai ciri-ciri UV protection dan chlorine resistant. Bagi saya, walaupun ciri-ciri begini merupakan plus-point untuk produk ini, saya masih mengambil langkah lain seperti memakaikan sunscreen. Maklumlah, bukan keseluruhan badan anak dilitupi swimsuit ini.

Bagaimana setelah menggunakannya? Semua claim yang dibuat tidak bermakna jika produk tersebut fail setelah digunakan, bukan? Ini adalah pandangan peribadi saya. Saya lihat, walaupun tebal, baju renang ini langsung tidak mengganggu pergerakan anak saya. Dia kelihatan riang dan bebas bergerak. Namun, yang paling membuatkan saya berpuas hati ialah sejak memakainya, anak saya tidak lagi menangis kesejukan malah sudah boleh bermain di dalam kolam renang dalam jangka masa yang agak lama sebelum keletihan. Mengagumkan.

Bagaimana ciri-ciri UV protection dan chlorine resistant? Sudah tentu saya tidak dapat memberi komen tentangnya kerana saya tidak tahu bagaimana untuk mengukur atau menilai dari sudut itu. Namun, yang pastinya baju renang ini serve its purpose dalam melindungi anak kecil dari kesejukan.

Walaupun kerap menggunakannya, baju renang Cheekaboo ini agak tahan lasak. Sehingga anak saya tidak lagi muat saiz yang dibeli, ia masih kekal dalam keadaan elok. Mungkin hanya warnanya sedikit pudar berbanding ketika saya mula-ula mengeluarkannya dari dalam plastik. Oleh kerana masih dalam keadaan elok, adiknya yang lahir beberapa tahun kemudian juga dapat menggunakannya. 

Adakah baju renang Cheekaboo ini berbaloi untuk dibeli? Bagi saya, ia terpulang kepada begaimana anda akan menggunakannya. Jika anda kerap membawa bayi dan anak-anak ke kolam renang, maka ia sangat berbaloi. Jika tidak, anak anda mungkin akan outgrow saiz yang dibeli hanya setelah beberapa kali sahaja menggunakannya. Namun, yang pasti, dari segi kualiti, saya sangat berpuas hati. Kata orang, alah membeli menang memakai.

Baju renang Cheekaboo boleh dibeli di kedai-kedai seperti ISetan, Robinsons dan beberapa kedai menjual barangan bayi. Ia juga boleh didapati secara online di Lazada, motherhood.com.my dan babydash.

Jika anda lebih selesa, anda juga boleh mendapatkannya terus di website Chekaboo. Di sini, anda juga boleh melihat koleksi baru dan barangan lain keluaran syarikat ini yang mungkin berguna untuk bayi anda seperti swim diapers. 













Tiada ulasan:

Catat Ulasan