Hotel dan penginapan di Fraser's Hill - destinasi percutian keluarga yang tenang dan mendamaikan!

Keindahan alam semulajadi di tengah-tengah kesegaran udara yang dingin sememangnya menjadi satu tarikan tersendiri yang menjadikan Fraser's Hill sebagai destinasi istirahat yang unik. Mungkin tidak sepopular Cameron Highlands, namun ia tetap menjadi pilihan destinasi weekend getaway di kalangan warga Kuala Lumpur memandangkan jaraknya yang tidak begitu jauh dari bandaraya yang sentiasa 'hidup' ini.

Jika anda sudah terbiasa dengan kehidupan fast pace seperti di kebanyakan bandaraya di Malaysia, mungkin anda akan terasa waktu berjalan dengan sangat perlahan seolah-olah dibekukan oleh kedinginan udara di tanah tinggi ini. Suasana di Fraser's Hill boleh dikatakan sangat relaxing dan langsung tiada rush hour. Percutian di sini sesuai jika anda sememangnya mencari tempat berehat dan tidak merancang untuk melakukan banyak aktiviti, dan semestinya ia bakal menjadi pilihan yang salah jika anda inginkan tempat percutian yang 'happening'.

Tidak banyak hotel mahupun aktiviti yang ditawarkan di sini, namun, jika anda benar-benar sekadar ingin berehat atau perlu de-stress dari kesibukan kota, insya-Allah keputusan bermalam di Fraser's Hill dapat memberi ketenangan yang anda idamkan.

Tiada penginapan 5 bintang ditawarkan di sini. Mungkin kerana kelembapan udaranya, seringkali juga pengunjung mengatakan tentang bau bilik, terutamanya ketika pertama kali melangkah ke masuk ruang bilik. Bau ini bagaimanapun kebiasaannya akan hilang selepas seketika. Maintenance juga difahami adalah lebih mencabar di dalam udara dan altitud begini, dan di sesetengah tempat penginapan, anda mungkin melihat tanda-tanda cat yang mengelupas, malah mungkin juga kesan-kesan kulat di dinding. Masalah seperti ini lebih ketara di bangunan-bangunan lama. Mungkin kerana usia bangunan membuatkan kerja-kerja pemuliharaan lebih sukar.

Daripada pengalaman kami ke sana, suasana sunyi yang kadang-kadang boleh terasa mencengkam turut tidak boleh diabaikan, terutamanya jika anda ke sana dalam keluarga yang kecil, apatah lagi disertai kanak-kanak. Suasana sunyi ini akan lebih terasa pada waktu malam, terutamanya di penginapan-penginapan yang agak terasing dari kawasan pekan. Jika tidak biasa dengan suasana sebegini, anak-anak kecil mungkin boleh menjadi ketakutan, dan sudah tentu anda tidak dapat berehat apatah lagi enjoy the holiday apabila anak asyik menangis. Melainkan anda ke sini dalam bilangan ahli yang agak ramai, anda mengetahui bahawa ada tetamu lain yang akan menginap di penginapan yang dituju, ataupun anak-anak anda memang berhati waja, penginapan dan hotel yang terletak di kawasan pekan kecil Fraser's Hill mungkin lebih sesuai.

Di sini, disenaraikan hotel dan penginapan yang boleh menjadi pilihan anda sekeluarga. Diharap senarai ini dapat membantu anda merancang percutian keluarga yang menarik di tanah tinggi yang penuh ketenangan ini.


1. Puncak Inn

Terletak di kawasan pekan betul-betul berhadapan Clock Tower yang menjadi mercu tanda Fraser's Hill, Puncak Inn menyambut kedatangan tetamu dengan dekorasi ala-Inggeris di bahagian lobi. Beberapa pilihan bilik serba ringkas ditawarkan untuk pilihan tetamu. Walaupun saiz bilik di sini agak kecil, setiap bilik dilengkapi kemudahan seperti kipas dinding, televisyen, cerek dan hot shower. Bilik-bilik di sini bagaimanapun tidak dilengkapi carpet dan ini mungkin akan membuatkan sesetengah tetamu berasa kurang selesa kerana kesejukan di dalam cuaca seperti ini, terutamanya pada waktu malam.

Walaupun terdapat 3 level untuk bilik-bilik penginapan, hotel ini TIDAK mempunyai kemudahan lift. Oleh itu, jika ada antara ahli keluarga yang mempunyai kesulitan mendaki tangga, hotel ini tidak sesuai untuk percutian keluarga anda. Kawasan parking terletak di hadapan bangunan hotel. Parking ini walaubagaimanapun bukanlah terhad untuk tetamu hotel.

Selain bilik penginapan, pihak hotel juga menyediakan aktiviti seperti sewaan basikal dan juga permainan indoor seperti congkak, carrom dan chess pada sedikit harga tambahan. Terdapat gift shop kecil di luar bangunan hotel selain deretan kedai makan di hadapan hotel untuk memudahkan anda membawa anak-anak menjamu selera. Selain itu, anda juga hanya perlu berjalan kaki ke Fraser's Hill Bird Interpretative Centre atau Public Library yang berada tidak jauh dari hotel Puncak Inn. Sesuatu yang menarik tentang hotel ini ialah tetamu boleh menikmati pemandangan indah pekan Fraser's Hill dari level teratas yang dilengkapi kawasan berehat untuk tetamu bersantai.

Puncak Inn boleh dihubungi di talian 09-3622007 atau ditempah secara online di Agoda.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
Puncak Inn, Fraser's Hill (foto: Agoda)



2. Shahzan Inn

Juga terletak di kawasan pekan tidak jauh dari Clock Tower, Shahzan Inn adalah sebuah lagi hotel yang boleh dijadikan pilihan percutian anda sekeluarga di Fraser's Hill. Walaupun interior hotel ini mungkin agak outdated, hotel ini menawarkan alternatif penginapan yang tidak terlalu sunyi memandangkan ianya hanyalah within walking distance ke pekan kecil Fraser's Hill. Kebanyakan bilik di hotel ini mempunyai 2 single bed. Bilik dengan katil bersaiz queen adalah terhad. Tiada kipas dinding atau penghawa dingin disediakan, namun, jika anda memerlukan, anda boleh meminta untuk dibekalkan dengan stand fan.

Untuk kemudahan para tetamu, kawasan hotel ini mempunyai convenience store di samping souvenir shop dan mesin ATM. Selain daripada itu, hotel ini turut dilengkapi kemudahan lift dan kawasan parking.

Shahzan Inn boleh terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia. Hotel ini juga boleh dihubungi di talian 09-3622300 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluargadi Fraser's Hill
Shahzan Inn, Fraser's Hill (foto: Expedia.com.my)



3. Ye Olde Smokehouse

Jika anda inginkan penginapan berkonsepkan English Country, Ye Olde Smokehouse adalah hotel yang sesuai untuk percutian anda di tanah tinggi yang juga dikenali sebagai Little England of Malaysia ini. Banglo lama yang kini dijadikan hotel penginapan yangmenarik, Ye Olde Smokehouse terletak di kawasan dikelilingi hutan yang menghijau di tepi jalan kecil menuju ke air terjun Jeriau.

Setiap bilik di sini mempunyai dekorasi yang berlainan. Tiada dua bilik yang sama, namun yang pasti setiap satu mengekalkan konsep English countryside yang menjadi identiti hotel ini. Jika anda berkunjung bersama anak, anda boleh memilih bilik family yang dilengkapi sebuah katil bersaiz king dan sebuah katil single. Bilik-bilik di sini tidak mempunyai televisyen.

Memandangkan hotel ini terletak di tepi jalan kecil, kawasan parking berdekatan hotel adalah terhad. Jika kawasan parking sudah penuh, anda perlu meletak kenderaan sedikit jauh dari hotel. Jika memilih untuk menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba scones untuk minum petang yang dikatakan sangat menyelerakan!

Ye Olde Smokehouse Fraser hill tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, klik di sini atau hubungi 09-3622035.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
Ye Olde Smokehouse, Fraser's Hill (foto: thesmokehouse.my)



4. TM Resort

Walaupun dimiliki oleh syarikat komunikasi TM, pilihan penginapan ini sebenarnya turut terbuka kepada orang awam. Cumanya, jika anda adalah staf TM, sudah tentu anda layak mendapat harga istimewa jika ingin menginap di sini.

Terdapat dua penginapan TM di Fraser's Hill di dua lokasi yang berbeza; TM Resort Sri Intan dan TM Resort Sri Peninjau.

TM Resort Sri Intan adalah sebuah penginapan jenis banglo 7 bilik di mana bilik-bilik di dalam banglo ini disewakan secara berasingan. Kemudahan seperti common lounge, garden dan barbeque pit disediakan untuk para tetamu. Banglo ini tidak berada di kawasan pekan Fraser's Hill. Oleh itu, kawasan persekitaran boleh menjadi agak sunyi, lebih-lebih lagi jika anda berkunjung dalam bilangan ahli yang sedikit dan tiada tetamu lain menginap. TM Resort Sri Intan boleh dihubungi di talian 09-3622400 / 09-3623521 atau ditempah secara online di Agoda dan booking.com.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
TM Resort Sri Intan, Fraser's Hill


Berbanding dengan TM Resort Sri Intan, TM Resort Sri Peninjau terletak di lokasi yang lebih terasing. Kemudahan penginapan di sini adalah berkonsepkan apartment satu dan dua bilik. Terdapat 12 unit apartment kesemuanya (6 unit apartment satu bilik dan 6 unit apartment 2 bilik). TM Resort Sri Peninjau boleh dihubungi di talian 09-3622500 / 09-3622352 dan juga terbuka untuk tempahan secara online di Agoda dan booking.com.


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
TM Resort Sri Peninjau, Fraser's Hill



5. Rumah Rehat Sri Berkat

Dibina pada tahun 1926 oleh British Red Cross, rumah agam dua tingkatyang kini berada di bawah pengurusan Selangor Tourism Sdn Bhd ini menyediakan bilik-bilik penginapan yang luas untuk tetamu yang berkunjung ke Fraser's Hill. Seperti juga kebanyakan banglo di sini, Rumah Rehat Sri Berkat tidak berada di kawasan pekan kecil di atas bukit ini. Banglo ini mempunyai 9 buah bilik, namun tidak kesemuanya mempunyai attached bathroom. Di sini, para tetamu juga boleh beristirahat dan meluangkan masa bersama-sama di common lounge, menyediakan juadah ringkas di common kitchen atau melakukan aktiviti barbeque di perkarangan banglo. Set televisyen hanya disediakan di common lounge.

Rumah Rehat Seri Berkat tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini atau hubungi 03-55132000. Anda juga boleh membaca pengalaman penginapan kami di rumah agam ini di sini.



Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill
Rumah Rehat Sri Berkat, Fraser's Hill (foto: sriberkat.weebly.com)



6. Fraser's Silverpark Resort

Fraser's Silverpark Resort adalah penginapan berkonsepkan apartment di puncak bukit di luar kawasan pekan Fraser' Hill. Perlu diingati bahawa Fraser's Silverpark Resort bukanlah berada di bawah satu pengurusan, tetapi unit-unit apartment di sini dimiliki oleh beberapa pemilik berlainan, baik syarikat mahupun persendirian yang menawarkan unit mereka sebagai penginapan untuk pelancong yang berkunjung ke Fraser's Hill. 

Puncak Inn Apartment umpamanya berada di bawah pengurusan Puncak Inn (hotel pertama dalam senarai ini). Walaupun terletak di bawah pengurusan Puncak Inn, apartment-apartment yang disediakan bertempat di Fraser's Silverpark Resort, dan bukannya berdekatan dengan bangunan utama hotel mereka yang terletak berhadapan Clock Tower. Di sini juga anda boleh menginap di unit-unit apartment 'Fraser's Hill Comfy Home' yang merupakan rangkaian homestay di bawah satu pengurusan. Selain daripada itu, terdapat juga unit-unit apartment yang diuruskan secara individu oleh pemilik-pemilik apartment yang menawarkan unit mereka sebagai homestay untuk para pelancong. Disebabkan ini, sebuah unit apartment di sini mungkin berbeza daripada yang lain, terpulang kepada pihak yang menguruskan unit tersebut.

Disebabkan lokasi apartment ini yang berada di luar kawasan pekan, sesetengah pengunjung merasakan penginapan di sini agak sunyi. Walaubagaimanapun, ia tetap mendapat perhatian di kalangan pengunjung yang bercuti bersama kaum keluarga yang agak ramai, mungkin kerana ia lebih memberikan ruang untuk meluangkan masa bersama berbanding penginapan di bilik-bilik hotel.

Puncak Inn Apartment boleh ditempah di talian 09-3622007 untuk maklumat lanjut atau ditempah terus secara online di Agoda.


Percutian keluarga di Fraser's Hill
Apartment studio Puncak Inn Apartment, Fraser's Silverpark Resort, Fraser's Hill
(foto: Agoda)


Jika berminat untuk menginap di rangkaian unit Fraser's Hill Comfy Home, unit apartment dua bilik A2-3-1, A3-1-8, A3-5-6B12-3A-02, dan apartment studio B-8-6-2 terbuka untuk tempahan secara online di Agoda. Selain itu, rangkaian apartment ini juga boleh ditempah melalui airbnb (jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar secara percuma di sini dan dapatkan potongan RM90 untuk tempahan pertama anda).


Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga di Fraser's Hill

Percutian keluarga menarik di Fraser's Hill
Contoh unit Fraser's Hill Comfy Home, Fraser's Silverpark Resort, Fraser's Hill
(foto: Agoda)



7. Banglo

Sesuai dengan gelaran 'Little England of Malaysia', banglo-banglo lama era kolonial turut menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Fraser's Hill. Banglo-banglo heritage ini masih kekal dan digunakan hingga ke hari ini. Banyak di antara banglo-banglo ini yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang menjadikan banglo ini sebagai pilihan penginapan untuk staf mereka beristirahat. Namun, ada juga di antaranya yang terbuka untuk tempahan orang ramai. 

Secara amnya, banglo lama yang disewakan secara keseluruhan begini menjadi pilihan mereka yang bercuti bersama kaum keluarga atau sahabat handai yang agak ramai. Bukan sahaja mereka dapat merasa bermalam di penginapan unik begini, malah mereka turut mempunyai ruang untuk aktiviti nbersama selain kebanyakan banglo ini juga menawarkan halaman untuk anak-anak bermain dan berlari.  

Banglo-banglo yang dibuka untuk tempahan umum ini akan disenaraikan dalam post yang lain.



Percutian keluarga di Fraser's Hill: Rumah Rehat Sri Berkat

Cuti hujung minggu baru-baru ini, kami telah berkesempatan membawa anak-anak ke Fraser's Hill atau Bukit Fraser. Destinasi kali ini sebenarnya sudah lama berada di dalam wishlist family weekend getaway, namun belum pernah kesampaian.

Perjalanan ke Fraser's Hill dari Kuala Lumpur mengambil masa hanya kira-kira 2 jam setengah. Berbanding dengan Cameron Highlands, jalan ke Fraser's Hill sempit dan berliku-liku, terutamanya pada 8 km terakhir. Walaupun jalannya sempit, anda tidak perlu risaukan kereta yang datang dari arah bertentangan kerana pada 8 km terakhir ini, laluan mendaki ke Fraser's Hill adalah berlainan dengan laluan menuruni bukit yang perlu anda gunakan dalam perjalanan pulang kelak. Jika ada anak-anak yang mudah mabuk, laluan ke sini sudah tentu terasa sangat mencabar walaupun hakikatnya, perjalanan ke sini tidaklah mengambil masa yang terlalu lama.


Hotel menarik di Fraser's Hill
Rumah Rehat Sri Berkat yang menjadi tempat penginapan semasa percutian keluarga kami
(foto: tourismselangor.com)

Sesampainya di Fraser's Hill, langsung laluan yang berliku sebentar tadi dilupakan. Udara yang segar, kehijauan alam sekitar yang masih terjaga dan suasana yang tenang membuatkan kami sangat excited untuk menghabiskan masa hujung minggu di sana. Walaupun udaranya dingin, ianya tidak sesejuk udara di Cameron Highlands. Anak-anak kami tak memerlukan jaket yang dibawa kerana suhu di sana bagi kami adalah just nice. Pekan di sana juga kecil, dan tidak kelihatan ramai pengunjung walaupun ketika hujung minggu.


Lihat senarai hotel dan penginapan di Fraser's Hill


Kami telah memilih untuk menginap di Rumah Rehat Sri Berkat yang beroperasi di bawah pengurusan Selangor Tourism Sdn Bhd. Banglo dua tingkat yang dibina pada tahun 1926 ini menawarkan 9 bilik penginapan untuk tetamu yang bercuti di Fraser's Hill. Terdapat 3 jenis bilik sebagai pilihan, iaitu Deluxe, Executive dan Suite. Bilik-bilik di sini agak besar, terutamanya bilik jenis Executive dan Suite. Terdapat banyak kawasan untuk anak-anak bermain dan berlari-lari baik di dalam bilik atau di kawasan banglo ini sendiri. Namun begitu, tidak semua bilik di sini mempunyai attached bathroom. Jika anda menginap di bilik Executive umpamanya, anda perlu melintas koridor kecil untuk ke tandas yang berada betul-betul di hadapan bilik. Connecting room turut disediakan (namun, connecting room ini adalah antara bilik yang tidak mempunyai attached bathroom).


Hotel menarik di Frasr's Hill
Bilik suite yang sangat luas

Hotel menarik di Fraser's Hill
Koridor yang memisahkan Executive Room dan bilik air

Terdapat common kitchen yang dilengkapi peti sejuk, freezer, toaster dan peralatan asas seperti pinggan di mana anda boleh menyediakan makanan ringkas. Selain itu, lounge tempat beristirahat dan menonton televisyen berada di kedua-dua tingkat banglo ini. Televisyen tidak disediakan di dalam bilik. 

Hotel menarik di Fraser's Hill
Kawasan reception merangkap lounge di tingkat bawah


Hotel menarik di Fraser's Hill
Dining room

Hotel menarik di Fraser's Hill
Kawasan dapur


Antara sebab kami memilih banglo ini adalah kerana kami ingin mengadakan sesi barbeque bersama anak-anak. Sejak berkenalan dengan aktiviti ini, mereka sangat looking forward untuk sesi sebegini setiap kali percutian. Terdapat barbeque pit yang disediakan di sini untuk kegunaan tetamu. Jika merancang untuk berbaque,  arang, starter dan mancis perlu dibawa sendiri oleh anda. Jika anda mempunyai lampu kecemasan mudah alih, ia juga dapat membantu kerana kawasan di sekitar barbeque pit ini agak gelap. Untuk kami yang tidak begitu professional ini, agak susah untuk kami mengagak jika ayam yang dibakar sudah masak.


Hotel menarik di Fraser's Hill
Barbeque pit yang disediakan

Caretaker yang menginap di belakang banglo lama ini juga sangat helpful. Banglo ini dijaga bersih, selain katil yang disediakan selesa. Bilik air dilengkapi hot shower, manakala tuala dan sabun di dalam soap dispenser turut dibekalkan. 

Namun begitu, secara peribadi, saya merasakan pihak pengurusan perlu lebih prihatin dalam usaha untuk memelihara bangunan heritage ini, lebih-lebih lagi di kawasan dengan cuaca begini. Di banyak kawasan, terdapat lumut yang tumbuh di dinding bahagian dalam bangunan dan struktur kayu seperti rangka pintu dan hiasan kayu mereput dengan agak obvious. Memang difahami bahawa di dalam cuaca begini, lebih senang untuk lumut hidup dan proses pereputan kayu juga lebih mudah, namun, apabila keadaan seperti ini dibiarkan, ia sudah tentu boleh menimbulkan ketidakselesaan untuk tetamu yang berkunjung (kami agak bertuah kerana ketika kami sampai di sana, caretaker bangunan ini menunjukkan bilik-bilik yang ada dan membenarkan kami memilih bilik yang kami suka).

Hotel menarik di Fraser's Hill
Contoh bahagian dinding yang memerlukan maintenance

Memandangkan banglo ini bukan berada di kawasan pekan, suasana di sekitar terasa sangat tenang dan mendamaikan. Bagi kami yang dewasa, sememangnya suasana begini adalah percutian ideal untuk merehatkan fikiran. Namun, untuk anak yang masih kecil, walaupun mereka seronok bermain dan berlari di kawasan banglo yang luas ini, apabila tiba waktu malam, ada juga yang ketakutan. Mungkin kerana tidak biasa dengan rumah yang besar begini, ditambah pula ketika itu tiada orang lain yang menginap di sini, membuatkan mereka merasa terlalu sunyi. Alhamdulillah, anak kami hanya ketakutan pada malam pertama penginapan. Pada malam kedua, mungkin kerana ada tetamu lain yang check in dan menginap di sana, mereka sudah mampu bermain dan ke sana ke mari seperti di rumah sendiri! Sejujurnya, ini adalah kali pertama kami menginap di banglo heritage besar seperti ini. Penginapan seperti ini mungkin lebih meriah dan sesuai jika percutian disertai oleh kaum keluarga atau kenalan yang agak ramai. Barulah anak-anak tidak terasa terlalu terasing.


Hotel menarik di Fraser's Hill
Bersarapan pagi dikelilingi udara segar dan suasana yang mendamaikan

Hotel menarik di Fraser's Hill
Bangunan yang lebih rendah adalah kediaman caretaker Rumah Rehat Sri Berkat.
Bilik-bilik penginapan terletak di bangunan dua tingkat sebelahnya. 

Oh, jika ada yang berfikir kalau-kalau terdapat sebab-sebab lain yang membuatkan anak kecil kami ketakutan, jawabnya tidak. Tiada apa-apa kejadian aneh berlaku di banglo lama ini semasa penginapan kami di sini.

Secara keseluruhannya, selain daripada beberapa bahagian bangunan yang memerlukan lebih maintenance oleh pihak pengurusan, penginapan di bangunan heritage ini mampu menawarkan percutian yang tenang dan mendamaikan.

Rumah Rehat Sri Berkat tidak terbuka untuk tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan ini, anda boleh ke laman rasmi Rumah Rehat Sri Berkat di sini atau hubungi talian 09-3622036.



  

Percutian keluarga di Grand Lexis Hotel, Port Dickson

Grand Lexis Hotel, Port Dickson merupakan antara beberapa hotel di Malaysia yang menawarkan private swimming pool di setiap bilik penginapan. Tidak banyak hotel yang menawarkan tarikan begini. Mungkin disebabkan itu, hotel ini popular di kalangan pengunjung ke Port Dickson.

Sebelum ini, kami sekeluarga sememangnya pernah berpeluang merasai menginap di sini. Kali terakhir kami ke sini adalah kira-kira lebih 6 tahun yang lalu. Sudah agak lama. Alhamdulillah, baru-baru ini sekali lagi kami berpeluang menginap di sini semasa bercuti di Port Dickson.

Secara keseluruhannya, kami merasakan hotel ini kelihatan agak berbeza dengan kali terakhir kami ke sini. Keadaan lobinya ternyata lain, selain semakin banyak unit penginapan berhadapan bangunan utama yang telah di bina. Tidak seperti percutian enam tahun lepas di mana kami menginap di water chalet (bilik yang dibina di atas laut), kali ini kami memilih untuk menginap di bilik yang dibina berhadapan dengan bangunan utama Grand Lexis Hotel.

Bilik Premier Suite yang menjadi penginapan kami mempunyai dua bilik, dengan setiap bilik mempunyai en-suite bathroom. Aturan bilik begini sesuai untuk kami memandangkan bilangan anak yang semakin ramai dan usia mereka yang meningkat remaja. Kedua-dua bilik ini berkongsi kawasan pantri dan sudah tentu indoor pool yang menjadi tarikan utama di sini.

(Nota: Gambar-gambar bilik yang diambil telah accidentally deleted dari memori telefon. Oleh itu, gambar-gambar bilik di bawah adalah diambil dari laman rasmi Grand Lexis Hotel, Port Dickson)


Hotel menarik di Port Dickson

Hotel menarik di Port Dickson

Hotel menarik di Port Dickson
Suite dua bilik yang luas dan selesa di Grand Lexis Hotel, Port Dickson

Kawasan bilik, bilik air dan pool adalah luas dan selesa. Namun, sudah tentu, memandangkan ianya bukan chalet di atas air dan betul-betul berhadapan bangunan utama yang tinggi, ia membuatkan kami kurang terasa seperti percutian di tepi pantai berbanding dengan ketika menginap di water chalet. Ia juga tidak mempunyai glass panel di bahagian lantai untuk melihat ke laut. Bagi kami, walaupun glass panel ini menjadi attraction untuk anak-anak ketika pertama kali melihatnya (ketika percutian sebelum ini), ia tidaklah begitu penting kerana setelah sekali dua menjenguk pemandangan air di bawah, mereka tidak begitu excited memandangkan keadaan air yang agak keruh dan nothing much untuk dilihat.

Walaupun keselesaan bilik memang tidak dapat dinafikan, kami memerhatikan complimentary items ternyata tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu tetamu dimanjakan dengan toiletries mewah Crabtree & Evelyn, kini ia digantikan dengan mandian dan shampoo yang jelas jauh lebih inferior. Pilihan teh yang disediakan juga tidak semewah dahulu. Sesuatu yang saya merasakan boleh ditambah baik ialah penyediaan tempat menyidai pakaian basah. Tiada ampaian disediakan walaupun dengan jelas tarikan utama di sini adalah kolam renang. Saya merasakan kawasan bilik yang luas agak disia-siakan. Sudahnya, kami terpaksa menggantung pakaian-pakaian basah di bangku rehat di tepi kolam. Bagaimana dengan sarapan pagi pula? Walaupun kebiasaannya saya tidaklah begitu cerewat tentang makanan, namun entah mengapa secara peribadi saya merasakan buffet breakfast yang disediakan juga agak mengecewakan.

Kolam renang utama, bilik sauna dan gym adalah complimentary. Kolam renang utamanya tidaklah besar, namun, saya merasakan ia cukup memandangkan  setiap bilik mempunyai kolam peribadi. Permainan di kolam renang kanak-kanak masih seperti dahulu, kecuali water gunnya sudah tiada. 


Hotel menarik di Port Dickson

Hotel menarik di Port Dickson

Hotel menarik di Port Dickson
Antara aktiviti yang disediakan di Grnad Lexis Hotel, Port Dickson

Semakin banyak aktiviti disediakan berbanding ketika kami ke sini enam tahun lepas. Namun begitu, setiap aktiviti tersebut memerlukan caj tambahan (permainan ping-pong dan giant chess yang mana saya perhatikan adalah percuma di kebanyakan hotel lain, turut dikenakan bayaran di sini). Mujurlah ketika itu pihak hotel sedang membuat promosi di mana beberapa aktiviti dipakejkan untuk dua orang tetamu pada potongan harga hampir separuh, dapatlah anak-anak kami merasa melakukan kebanyakan aktiviti yang diidam-idamkan ketika kunjungan kali ini. Tanpa promosi tersebut, bagi kami, bayaran yang dikenakan agak mahal. Untuk anak-anak kami yang tidak pernah merasai bermain segway, pengalaman pertama di sini sudah tentu membuatkan mereka sangat teruja. Selain itu, mereka juga dapat memanah, memancing, berbasikal, memilih satu aktiviti kraf dan bermain di kawasan indoor games yang disediakan. Mereka juga berkesempatan menghabiskan masa we-time sesama adik-beradik memandangkan pakej tersebut juga menawarkan sepotong kek dan coffee percuma.

Sedikit mengenai kawasan indoor games di sini. Saya merasakan kebanyakan barang terutamanya air hockey dan air football perlu diselenggara. Barangan yang sudah lama ini tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. Ketika bermain air hockey, 'bola piring'nya sudah tidak terapung-apung seperti sepatutnya dan counter markah telah tidak berfungsi, manakala beberapa bahagian air football terasa bocor dan angin dengan kuat terasa menghala ke muka pemain. Bola perlu berada agak dekat dengan muncung yang sepatutnya menghalakan udara kuat. Memandangkan setiap games ini dikenakan bayaran, bertambah wajarlah rasanya pihak hotel menyelenggara barangan yang disediakan untuk hiburan para tetamu.


Hotel menarik di Port Dickson
Permainan air football di Grnad Lexis Hotel, Port Dickson

Secara keseluruhannya, saya merasakan jika tujuan anda ke sini adalah untuk private pool dan bilik yang selesa, Grand Lexis Hotel Port Dickson adalah sesuai untuk percutian keluarga anda. Namun, jika anda turut ingin melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, anda perlu bersedia membayar setiap aktiviti yang ada. Walaupun secara jujurnya saya merasakan harga untuk setiap aktiviti tersebut agak pricey, sudah tentu semuanya terpulang pada bajet masing-masing.

Grand Lexis Hotel boleh ditempah melalui laman webnya di sini dan juga terbuka untuk tempahan di Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak dan bandingkan harga hotel ini untuk mendapatkan harga terbaik ketika percutian keluarga anda.



Catatan penginapan menarik di Melaka : Fuga Village Beach Getaway

Cuti seminggu persekolahan sempena hari raya yang lepas, kami gunakan untuk membawa anak-anak bercuti melihat tempat baharu. Kali ini, destinasi kami adalah ke Melaka - bukan ke bandaraya yang sememangnya terkenal dengan sejarah, tetapi ke kawasan Pangkalan Balak untuk membawa mereka menikmati pantai dan air laut yang mendamaikan.


Hotel murah namun menarik dan selesa di bandaraya Melaka


Untuk anak-anak kami yang mana 'kampung' mereka terletak di bandar, semestinya pengalaman begini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Sementara itu, untuk kami pula, lokasi percutian kali ini tidak begitu jauh - hanya kira-kira 2 setengah jam perjalanan dan ini bermakna, kami tidak banyak meluangkan masa dalam perjalanan yang meletihkan.


Hotel tepi pantai menarik di Melaka
Pemandangan pantai dari anjung khas Fuga Village

Rupa-rupanya terdapat banyak chalet di sepanjang kawasan pantai di sana yang menawarkan penginapan untuk pengunjung. Mungkin kerana ketika itu cuti persekolahan, ditambah pula musim perayaan, boleh dikatakan kebanyakan chalet kelihatan agak sesak dengan tetamu. Berpandukan Waze, kami tiba di hadapan pintu masuk benar-benar bersebelahan Turtle Sanctuary Centre. Pintu tersebut berkunci, dan keseluruhan kawasan dikelilingi pagar buluh yang tinggi yang menghalang kawasan dalam dari pandangan orang ramai. Mujurlah kami menyimpan nombor caretaker di sana yang kemudiannya menunjukkan kami kawasan parking yang disediakan. 


Hotel dan penginapan menarik pelbagai konsep sekitar bandaraya Melaka


Melangkah sahaja ke kawasan Fuga Village... Wah! Tak sangka. Memang ketika menempah di airbnb, kami mengetahui ia diiklankan sebagai sebuah private beach getaway, namun kami tetap mengagumi privacy yang ditawarkan (Jika anda belum mempunyai akaun di airbnb, anda boleh mendaftar di sini dan dapatkan potongan RM90 untuk tempahan pertama anda). Dari kawasan sekitar yang dipenuhi pengunjung ketika itu, kami merasakan seolah-olah kami melangkah ke sebuah perkampungan kecil tersendiri... sememangnya totally terasing dan terhindar dari hiruk pikuk di luar. Mendamaikan. Tak risau untuk membiarkan anak-anak berlari dan bermain-main di halaman 'perkampungan kecil ini'. Bayangkan, dalam persekitaran yang cukup privacy begini, anda bangun di pagi hari mendengar kokokan ayam dari kampung di sekitar, melangkah keluar pagar menikmati deruan ombak atau bersantai di anjung khas menikmati pemandangan pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi yang menyegarkan. Bagi kami, dengan harga yang ditawarkan, sememangnya penginapan di sini sangat berbaloi untuk percutian keluarga yang menarik. (Fuga Village juga boleh ditempah melalui Agoda dan booking.com)


Hotel menarik dekat pantai di Melaka
Kawasan Fuga Village yang mendamaikan

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Perigi di belakang villa. Air perigi ini bagaimanapun tidak boleh digunakan.

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Di sekitar kawasan Fuga Village


Mr. Peter, penjaga di sana membawa kami ke villa yang ditempah. Kami diberi 3 kunci - satu untuk villa, satu untuk pintu ke kawasan parking dan satu lagi untuk pintu ke kawasan pantai. Kami diminta mengunci pintu-pintu tersebut setiap kali keluar masuk kawasan ini. Fuga Village menawarkan 6 penginapan jenis chalet dan sebuah villa. Chalet yang ditawarkan adalah ringkas dan sangat basic, dengan setiap satunya dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, minibar dan kawasan toilet dan outdoor shower. Tiada televisyen di penginapan jenis chalet.


Hotel berkonsep heritage di Melaka untuk percutian keluarga yang menarik


Di hujung kawasan pula adalah penginapan jenis villa satu setengah tingkat. Tingkat bawah villa dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, kawasan tempat duduk, televisyen, kawasan pantri dengan peti sejuk satu pintu, bilik air, bathtub dan outdoor shower, selain kawasan luar tempat bersantai. Tingkat atas pula adalah sebuah kawasan kecil yang hanya menempatkan dua katil single yang dirapatkan. Bagi kami, walaupun villa ini tidak besar, ia menarik dan cukup buat penginapan kami sekeluarga, Anak-anak kami sangat excited dengan konsep outdoor shower di sini. Macam mandi dalam taman, kata mereka. 

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Penginapan jenis villa di Fuga Village

Villa ini juga mempunyai pintu belakang yang bersambung terus ke kawasan bilik air. Dengan design begini, anak-anak boleh terus ke bilik air untuk membersihkan diri tanpa melalui kawasan bilik apabila pulang dari pantai. Sekurang-kurangnya bilik tidur tidak basah dan berpasir. Walaubagaimanapun, kami tidak melihat pintu seperti ini untuk penginapan jenis chalet.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Katil bersaiz queen di tingkat bawah

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Kawasan pantri 

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Pintu ke tandas bersebelahan pantri

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Bathtub menarik

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Kawasan open shower turut dihiasi tanaman

Sebelum ke sini, kami telah mengatur untuk sesi bbq di sini. Bayaran tambahan sebanyak RM60 dikenakan. Bukan sahaja Mr. Peter membersihkan tempat bbq tersebut, malah bayaran ini juga termasuk penyediakan arang, starter, dan alatan memasak. Jadi, anda hanya perlu membawa bahan mentah ke sini. Mr. Peter sangat membantu sepanjang kami di sana. Beliau bukan sahaja membantu kami mennyalakan bbq, malah turut membantu mendapatkan air minuman di kedai berdekatan.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Sesi BBQ di hadapan villa

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Menikmati hidangan BBQ di luar villa

Sejujurnya, saya agak risau ketika merancang untuk mebawa anak-anak ke sini. Risau jika tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan mereka kebosanan ketika percutian ini. Alhamdulillah, mereka seronok di sini.


Hotel-hotel menarik di bandaraya Melaka


Disebelah pagi, kami membawa mereka berpicnic di tepi pantai. Fuga Village terletak betul-betul berhadapan pantai dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil. Kami membeli nasi lemak di gerai berhampiran sebagai juadah picnic tersebut (Oh, ya! Sesuatu yang saya suka ialah tidak susah mencari tempat makan di kawasan ini, dan makanan di sekitar juga agak murah). Tak sabar-sabar mereka untuk mandi laut dan membina sand castle. Sesudah makan, mereka terus bermain air. Sejuk pun sejuklah. Dek kerana terlalu gembira mandi laut dan cuaca pula menyebelahi kami, kolam kecil di Fuga Village langsung tidak mendapat perhatian.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Pantai di hadapan Fuga Village

Bukan sahaja dapat mandi laut dan bermain pasir pantai, malah terdapat juga pengusaha banana boat di kawasan berdekatan. Untuk pertama kalinya, anak-anak kami merasa menaiki banana boat, hinggakan adik-adik yang kecil pun tak mahu terlepas peluang. Harga yang dikenakan adalah RM10 seorang. Jika dibandingkan dengan percutian ke Batu Ferringhi, sudah tentu harga banana boat di sini jauh lebih murah.  


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Menaiki banana boat

Disebabkan ketika itu masih dalam mood perayaan, beberapa rancangan kami di sana tidak kesampaian. Turtle Sanctuary yang terletak bersebelahan tutup selama seminggu sempena hari raya, dan kami juga tidak sempat merasa ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru yang mendapat recommendation rakan yang merupakan anak jati kawasan Masjid Tanah dan terletak hanya lebih kurang 6-7 km dari tempat penginapan kami. 

Walaupun secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati dengan percutian di Fuga Village dan penginapan di sini adalah highly recommended jika anda mencari penginapan yang menarik, selesa dan mendamaikan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian jika anda memilih untuk ke sini (secara spesifiknya, saya hanya akan menyentuh tentang penginapan di villa memandangkan kami menginap di sana).


Senarai homestay dan guesthouse best di bandaraya Melaka


Jika anda bercuti bersama anak kecil, anda perlu berhati-hati dengan tingkat atas villa ini. Ia tidak mempunyai railing, yang bagi saya, agak merbahaya untuk anak-anak yang masih kecil. Disebabkan itu, kami hanya membenarkan anak-anak untuk naik ketika hendak tidur sahaja, itupun anak-anak yang sudah diusia persekolahan. Maklumlah, kanak-kanak walaupun diusia begitu, apabila sedang bergembira kadang-kadang lupa bahaya yang ada, Bagi adik-adik yang masih kecil, kami tidak langsung membenarkan mereka berada di atas tanpa pengawasan kami.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Anak panah  menunjukkan bahagian terbuka tanpa railing di tingkat atas

Catatan percutian keluarga menarik di Melaka - Safari Wonderland, A Famosa Resort


Seperkara lagi, kami dapati penghawa dingin di villa ini agak underpower (atau mungkin cuaca di luar ketika itu terlalu panas?). Villa tersebut hanya dilengkapi sebuah penghawa dingin, dan bahagian atas hanya mempunyai kipas dinding. Ketika tengahari, kami masih terasa bahangnya walaupun penghawa dingin sudah dipasang paling kuat. Mujurlah kami tidak meluangkan banyak masa di dalam villa, oleh itu, ia tidak begitu menjadi masalah untuk kami. Penghawa dingin tersebut bagaimanapun cukup untuk keseluruhan villa di sebelah malam dan kami mendapat tidur yang lena semasa percutian di sana. 

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...