Di 'perkampungan Perancis' Colmar Tropicale, Bukit Tinggi |
Alhamdulillah, di kesempatan cuti sekolah bulan Ogos yang lepas, kami berpeluang membawa anak-anak bersiar-siar di satu tarikan yang terletak tidak begitu jauh dari Kuala Lumpur. Destinasi yang dimaksudkan ialah Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur.
Menjadikan konsep perkampungan Perancis sebagai tarikan utama, Bukit Tinggi menawarkan lokasi percutian menarik sesuai sebagai tempat anda merehatkan fikiran bersama keluarga. Dengan lokasi hanya kira-kira sejam berkenderaan dari Kuala Lumpur, memang tak hairan jika tarikan ini sentiasa menjadi tumpuan hampir setiap hujung minggu.
Disebabkan kami sebenarnya hanya singgah sebentar sebelum ke destinasi seterusnya, kami jadikan kunjungan ini sebagai daytrip. Cukuplah sekadar melihat-lihat kelainan yang disediakan. Namun, jika anda lebih suka untuk merasai suasana bermalam di 'perkampungan Perancis' di sini, anda boleh sahaja menempah dari pelbagai jenis bilik penginapan mengikut kesesuaian percutian anda.
1. Entrance
Jika anda bercadang untuk ke sini, jangan lupa untuk menyediakan wang untuk bayaran masuk yang dikenakan di pondok pengawal semasa perjalanan naik. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 12 tahun. Bayaran ini merangkumi entrance fee ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Botanical Garden. Setiap pengunjung, samada menginap di hotel ataupun tidak, dimestikan untuk membayar entrance fee ini. Walaubagaimanapun, untuk tetamu hotel, bayaran masuk ini akan dikembalikan apabila anda pulang kelak.
Kami tiba kira-kira pukul 9 lebih. Walaupun ketika itu pengunjung sudah mula tiba, namun, suasana masih tidak sesak. Ditambah pula dengan kedinginan angin di waktu pagi, bagi kami waktu tersebut sememangnya ideal untuk meluangkan masa bersiar-siar bersama anak-anak.
2. Colmar Tropicale
Tempat pertama yang kami tuju tentulah tarikan utama di Bukit Tinggi iaitu Colmar Tropicale. Struktur bangunan 'perkampungan' ini sebenarnya diilhamkan daripada bangunan abad ke-16 Colmar Town yang terletak di bahagian Timur Laut Alsace, Perancis.
Sebaik melangkah masuk ke 'perkampungan' ini, kami tertarik melihat keunikan senibina bangunan di sini. Jika tidak kerana bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan sempena sambutan kemerdekaan, mungkin kami terlupa bahawa kami masih berada di Malaysia.
Dari luar, kami boleh melihat bangunan ini dijaga dengan baik walaupun usianya sudah menghampiri dua dekad. Cat warna-warni yang digunakan terutama di bahagian dinding dan tingkap-tingkap berjaya memberi mood yang ceria. Memang tidak dinafikan ada sesetengah bahagian yang mungkin kelihatan sedikit dated, namun bagi kami, keadaan itu tidak mencacatkan perkampungan ini secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, apa yang kami lihat hanya dari luar dan sudah tentu tidak adil untuk kami mengatakan apa-apa tentang keadaan dalam bangunan yang dijadikan bilik-bilik penginapan.
Sejujurnya, perkampungan Colmar Tropicale ini tidak besar. Kami tidak memerlukan masa yang lama untuk membawa anak-anak bersiar-siar di keseluruhan kawasan ini, termasuklah di bahagian belakang yang dijadikan garden yang menarik. Jika anda mahu, anda juga boleh ke observation tower untuk pemandangan indah perkampungan ini. Selain seronok bebas ke sana ke mari, anak-anak kami turut tertarik dengan kehadiran tiga ekor swan jinak yang boleh dilihat secara dekat.
Selain keunikan bangunan yang menjadi ikon Bukit Tinggi, Colmar Tropicale turut menyediakan pilihan 8 restoran untuk anda menjamu selera. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti ringkas seperti game arcade, 6D Motion Picture dan archery disediakan untuk hiburan sekeluarga.
Di pintu masuk Colmar Tropicale |

Di game arcade |
Di bahagian belakang bangunan di Colmar Tropicale |
Black swan di Colmar Tropicale |
Sepanjang kami di sini, kami melihat kebanyakan pengunjung hanya meluangkan masa bersiar-siar dan makan di restoran. Kawasan permainan kelihatan lengang. Mungkin kerana pada waktu tersebut hari masih agak awal menjadikan aktiviti-aktiviti tersebut belum dikunjungi.
Memandangkan langit sudah mula mendung, kami tidak menunggu stage performance yang dijadualkan bermula sekitar tengah hari. Kami ingin ke tempat-tempat lain di sekitar Bukit Tinggi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pada hari tersebut.
Sebelum keluar, kami boleh melihat semakin ramai pelawat mengunjungi 'perkampungan' ini. Rata-rata, mungkin kerana keunikan suasana yang ditawarkan, anak-anak seronok meluangkan masa di Colmar Tropicale walau hanya sekadar bersiar-siar. Bagi kami, tarikan ini sememangnya unik. Mungkin jika berpeluang, kami boleh merasa suasana malam di sini di lain waktu, insya-Allah.
Di hadapan pintu masuk sebelum ke Japanese Village |
3. Japanese Village
Alang-alang berada di Bukit Tinggi menikmati suasana 'perkampungan Perancis', kami tidak melepaskan peluang untuk ke 'perkampungan Jepun' pula yang berada kurang daripada 10 minit berkenderaan dari Colmar Tropicale.

Untuk ke Japanese Village, pengunjung boleh memilih untuk memandu kenderaan sendiri ataupun menunggu shuttle yang disediakan di Colmar Tropicale. Kami memilih untuk memandu sendiri untuk masa yang lebih fleksibel.
Japanese Village terletak di paras bukit yang lebih tinggi berbanding Colmar Tropicale. Sampai sahaja di tempat parking yang juga merupakan tempat shuttle menurunkan penumpang, kami dapat melihat laluan seterusnya yang memerlukan pengunjung berjalan kaki mendaki tangga dan bukit ke sana. Walaupun cuaca tidak begitu panas, anak-anak, terutamanya yang masih kecil nampak kepenatan dan mula minta untuk didukung. Mengah juga dibuatnya. Bukan itu sahaja, malah, terasa kasihan juga melihat pengunjung-pengunjung yang agak berusia keletihan, namun dalam masa yang sama kagum melihat mereka masih berusaha meneruskan perjalanan.
Alhamdulillah, perjalanan mendaki tersebut terbayar dengan suasana tenang dan indah di perkampungan Jepun. Seperti juga Colmar Tropicale, kawasan Japanese Village ini tidaklah besar. Aktiviti yang ditawarkan lebih kepada bersiar-siar dan bergambar berlatarbelakangkan lanskap yang menarik. Elemen tumbuh-tumbuhan, air dan ikan koi sememangnya sesuai sebagai tempat merehatkan minda.
Gembira sebaik sampai di Japanese Village |
Antara lanskap menarik di Japanese Village |
Kehadiran pondok-pondok yang direkabentuk seperti rumah tradisional Jepun menambahkan keunikan perkampungan ini. Jika anak-anak suka bergambar, anda boleh menyewa kimono pada harga RM20 seorang dan bergambar di dalam pondok-pondok dan kawasan sekitar. Selain itu, dengan bayaran tambahan, anda boleh memanjakan diri di spa atau sedikit-sebanyak mempelajari budaya masyarakat Jepun dengan menyertai Japanese Tea Ceremony. Bayaran yang dikenakan untuk Japanese Tea Ceremony adalah RM28 seorang. Pastikan anda menyemak jadual untuk mengetahui waktu upacara jika berminat.
Antara rumah tradisional Jepun di Bukit Tinggi |
Ketika di sini, cuaca tidak begitu menyebelahi kami. Hujan mulai turun semasa kami meluangkan masa di sini, sekaligus memendekkan masa lawatan kami di Japanese Village. Disebabkan itu juga, kami tidak dapat meneruskan lawatan ke Botanical Garden yang terletak berdekatan dengan Japanese Village.
4. Animal Park
Sebelum pulang, kami membawa anak-anak singgah sebentar di Animal Park. Jika Japanese Village terletak kurang sepuluh minit berkenderaan mendaki bukit dari Colmar Tropicale, Animal Park pula terletak kurang sepuluh minit berkenderaan menuruni bukit dari Colmar Tropicale.
Animal Park di Bukit Tinggi ini lebih berkonsepkan sebuah petting zoo. Kawasannya tidak begitu luas dan hanya mempunyai beberapa jenis haiwan seperti arnab, rusa dan guinea pig. Selain haiwan-haiwan jinak, taman ini juga menyediakan indoor playpen dan playground untuk kanak-kanak meluangkan masa. Tiket masuk yang dikenakan adalah RM4 setiap pengunjung berusia 2 tahun ke atas.
Beberapa ekor rusa jinak dibiarkan berkeliaran di kawasan taman ini termasuklah di outdoor playground. Walaupun secara peribadi saya merasakan idea ini menarik untuk membiasakan kanak-kanak mendekati dunia haiwan, kebanyakan pengunjung kanak-kanak pula mungkin merasakan sebaliknya. Kami melihat hanya seorang dua sahaja kanak-kanak yang berada di outdoor playground untuk mendekati rusa yang berkeliaran. Kanak-kanak lain, terutamanya yang kecil lebih selesa bermain di indoor playpen sungguhpun playpen tersebut kelihatan agak suram. Anak kami sendiri yang berada di usia pra-persekolahan membatalkan hasrat ingin bermain di outdoor playground tersebut apabila didekati rusa. Hhmmm... perlu lebih membiasakannya untuk lebih mesra haiwan.
Jika tidak ramai kanak-kanak memilih untuk mendekati rusa yang berkeliaran, lain pula halnya dengan arnab. Haiwan kecil ini menjadi tumpuan kebanyakan pengunjung kanak-kanak di sini. Mereka kelihatan gembira menyentuh, membelai, mendukung dan memberi makanan kepada arnab-arnab ini. Makanan untuk arnab boleh dibeli daripada staff yang menjaga taman ini.
Selain mendekati haiwan-haiwan ini, Animal Park juga menawarkan aktiviti pony ride pada harga RM10 seorang. Secara peribadi, saya merasakan disebabkan kawasan dan haiwan yang terhad, Animal Park ini lebih sesuai sebagai tarikan untuk kanak-kanak terutamanya yang masih kecil dan di usia pra-persekolahan. Walaupun kawasan yang disediakan kecil, kanak-kanak leka bermain dan mendekati arnab yang jinak di sini.
5. Lain-lain
Untuk mereka yang lebih gemarkan aktiviti mencabar, anda boleh ke Adventure Park yang menyediakan aktiviti seperti flying fox (RM85 seorang), canopy walk (RM32 seorang), wall climbing (RM41 seorang) dan paintball (RM96 seorang). Pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai jika ingin ke sini. Selain itu, pihak Colmar Tropicale juga menyediakan ATV ride bermula daripada RM50 seorang dan horse trail ride bermula daripada RM90 seorang.
Memandangkan tujuan kami ke sini semata-mata sebagai tempat persinggahan untuk bersiar-siar dan bersantai bersama anak-anak sebelum bergegas ke destinasi seterusnya, kami tidak ke Adventure Park. Namun, jika anda berkunjung bersama anak-anak di usia remaja, aktiviti di Adventrue Park boleh menjadi satu tarikan yang tidak dilupakan oleh mereka. Jika berminat, pastikan anda menghubungi pihak Colmar Tropicale atau bertanya di kaunter yang disediakan di perkampungan Perancis memandangkan sesetengah aktiviti ini memerlukan anda melakukan tempahan terlebih dahulu.

Laluan masuk ke Animal Park dengan indoor playpen di sebelah kanan |

Outdoor playground yang turut menjadi 'kawasan permainan' rusa yang jinak |
Cuba mendekati arnab |
Selain mendekati haiwan-haiwan ini, Animal Park juga menawarkan aktiviti pony ride pada harga RM10 seorang. Secara peribadi, saya merasakan disebabkan kawasan dan haiwan yang terhad, Animal Park ini lebih sesuai sebagai tarikan untuk kanak-kanak terutamanya yang masih kecil dan di usia pra-persekolahan. Walaupun kawasan yang disediakan kecil, kanak-kanak leka bermain dan mendekati arnab yang jinak di sini.
5. Lain-lain
Untuk mereka yang lebih gemarkan aktiviti mencabar, anda boleh ke Adventure Park yang menyediakan aktiviti seperti flying fox (RM85 seorang), canopy walk (RM32 seorang), wall climbing (RM41 seorang) dan paintball (RM96 seorang). Pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai jika ingin ke sini. Selain itu, pihak Colmar Tropicale juga menyediakan ATV ride bermula daripada RM50 seorang dan horse trail ride bermula daripada RM90 seorang.
Memandangkan tujuan kami ke sini semata-mata sebagai tempat persinggahan untuk bersiar-siar dan bersantai bersama anak-anak sebelum bergegas ke destinasi seterusnya, kami tidak ke Adventure Park. Namun, jika anda berkunjung bersama anak-anak di usia remaja, aktiviti di Adventrue Park boleh menjadi satu tarikan yang tidak dilupakan oleh mereka. Jika berminat, pastikan anda menghubungi pihak Colmar Tropicale atau bertanya di kaunter yang disediakan di perkampungan Perancis memandangkan sesetengah aktiviti ini memerlukan anda melakukan tempahan terlebih dahulu.
Hanya sekadar bergambar kali ini, insya-Allah satu hari berpeluang menyertai ride sebenar... |
Lain-lain berkaitan:
Janda Baik...
1. Catatan percutian best dengan anak-anak di Fifty4Ferns, Janda Baik
2. Glamping terbaik di Janda Baik bersama anak-anak
3. Senarai chalet best di Janda Baik untuk cuti bersama keluarga
Bentong/Bukit Tinggi...
1. Hotel best di Bentong untuk anak-anak.... lengkap dengan hot spring!
2. Senarai hotel dan resort best di Bentong dan Bukit Tinggi

assalam disini kalau pergi naik kenderaan sendiri nak parking di mana?ad disediakan tempat parking ke
BalasPadamWaalaikumussalam... tempat parking ada disediakan. Enjoy your trip!
PadamTerima kasih atas perkongsian, sesuai untuk bawa seisi keluarga bercuti
BalasPadamSama-sama 😊
PadamAsskm. Scr keseluruhan, akak round² kt colmar tropicale dgn Japanese village tu dlm brp jam ye? Tq
BalasPadamWaalaikumussalam. Maaf lambat reply. Kami sampai lebih kurang pukul 9 pagi dan bergerak turun dari Bukit Tinggi sekitar pukul 1.
Padamhye assalam, bukit tinggi nie dye buka smpai hari ape je? ahad dye buka ke?
BalasPadamWaalaikumussalam. Bukit Tinggi dibuka setiap hari termasuk hari Ahad.
Padamtqqq sis
PadamYou're most welcome 😊
PadamSalam, tumpang Tanya sikit..nak mendaki tangga ke Perkampungan Jepun tu tinggi tak,.. jika sekala 1-10 tahap mana skala ketinggian tu.
BalasPadamWaalaikumussalam. Masih mampu mendaki tetapi bagi saya agak tinggi... mungkin dalam skala 6-7
PadamSalam.. Dulu saya pergi ada aktiviti persembahan tarian setiap 2jam..sekarang ada lagi ke?
BalasPadamWaalaikumussalam. Saya tak pasti pula. Ketika ke sini, kami cuma diberitahu staff yang terdapat stage performance akan diadakan sekitar waktu tengahari.
Padamhi, nak tanya, perjalanan nak ke colmar tropicale selepas exit highway berliku2 tak. Mcm naik bukit fraser hilk tak?
BalasPadamhi.. Jalan ke Colmar Tropicale lebih cantik, tak berliku2 mcm ke Fraser Hill
PadamHi sis, cuaca kt sana mcm mana ya.. adakah sedikit sejuk atau sama saja mcm kt bandar?
BalasPadamHi, kalau compare dengan bandar, cuaca di sini sejuk sedikit.
PadamHai sis, nak tanya kedai makan senang x nak cari?
BalasPadamHi. Kami lihat ada beberapa restoran di sini tapi maaf, kami tak dapat komen tentang harga atau rasa hidangan sebab kami sendiri tak makan di sini.
Padamnak ke bukit tinggi ni exit mana ya...terima kasih
BalasPadamDari Karak Highway, exit di Persimpangan Bukit Tinggi. Exit 805 kalau tak salah.
PadamMusim PKPP ni ada had ke kemasukan berapa orang... Atau boleh je masuk macam biasa
BalasPadamSaya tak pasti tentang had kemasukan semasa musim pkpp ini. Maaf tak dapat membantu.
PadamAde x laluan utk Wheelchair or baby stroller utk naik ke perkampungan jepun?
BalasPadamBagi kami, perkampungan Jepun ni tidak stroller/disable friendly
PadamLaluan utk wheelchair and baby stroller ade x utk naik ke perkampungan jepun?
BalasPadamDaripada apa yang kami lihat, perkampungan Jepun ini TIDAK stroller/disable friendly
PadamAssalamualaikum nak tanya, entrance fee tu sekali bayar saja ya? Nak masuk tempat lain lain, ada bayaran yang berbeza juga ke?
BalasPadamWaalaikumussalam warahmatullah Unna. Entrance fee tu sekali bayar sahaja dan boleh digunakan untuk masuk ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Botanical Garden. Untuk masuk ke Animal Park perlu bayaran berbeza.
PadamAssalam. Boleh bawak masuk makanan tak ye ke sini?
BalasPadamWaalaikumussalam. Saya tak aware pula jika ada restriction untuk bawa masuk makanan ke sini.
PadamSalam.. Melalui bacaan puan ada mention tentang shuttle, shuttle tu dari colmar ke Japanese village ke?
BalasPadamWaalaikumussalam. Ya, shuttle disediakan dari Colmar Tropicale ke Japanese Village.
PadamSalam,
BalasPadamStart dr bawah naik ke atas ambik masa brp jam ?
Waalaikumussalam. Lebih kurang 15-20 minit dari exit highway ke Colmar Tropicale.
PadamTerima kasih atas perkongsian dan maklumat
BalasPadamSama-sama Salfizah 😊
PadamUlasan yg sgt ringkas & mudah difahami. sy suke cara penyampaian cerita yang jelas & santai. Good job puan
BalasPadamTerima kasih perkongsiannya��
BalasPadamSama-sama 😊
Padam