Casa Titik, Cherating |
Cherating sememangnya terkenal dengan keindahan pantai. Terletak hanya setengah jam ke 45 minit berenderaan dari Kuantan membuatkan lokasinya sangat accessible untuk para pengunjung. Walaupun tidak begitu jauh dari Kuantan, kami memutuskan untuk menginap di Cherating walau hanya semalaman dan bukannya Kuantan. Ini membolehkan anak-anak menikmati percutian pantai dengan lebih puas. Tambahan pula awal-awal lagi, sebelum percutian ini, anak-anak sudah mula bertanya jika mereka berpeluang bermain dan mandi di pantai.
Untuk percutian ini, pilihan penginapan kami adalah di Casa Titik. Kami melakukan tempahan menerusi Agoda memandangkan ketika itu harga yang ditawarkan adalah yang paling kompetetif.
Ketika di sana, kami diberitahu bahawa villa ini sebenarnya milik kerabat Negeri Sembilan. Namun, ia dibuka untuk tempahan pelancong di sini. Villa Casa Titik tidak besar. Hanya kira-kira 10 bilik penginapan disediakan. Walaupun tidak besar, villa ini kelihatan sangat elegant.
1. Check in
Ketika di sana, kami diberitahu bahawa villa ini sebenarnya milik kerabat Negeri Sembilan. Namun, ia dibuka untuk tempahan pelancong di sini. Villa Casa Titik tidak besar. Hanya kira-kira 10 bilik penginapan disediakan. Walaupun tidak besar, villa ini kelihatan sangat elegant.
1. Check in
Sesampainya kami di Casa Titik, kami disambut staf yang peramah di pintu hadapan. Urusan check-in sangat mudah dan lancar. Semasa check-in, kami diminta untuk memilih menu sarapan untuk keesokan harinya. Senarai menu diberikan dan kami diberitahu sarapan akan dimasak dan disediakan keesokan hari berdasarkan order kami.
Selesai urusan check-in, terus sahaja kami menuju ke bilik yang terletak di tingkat atas. Tiada lift di sini. Oleh itu, awal-awal lagi kami sudah menyiapkan pakaian di dalam backpack supaya senang dibawa naik. Tangga ke tingkat atas tidaklah tinggi atau curam, namun, jika mendaki tangga menjadi masalah, eloklah jika anda meminta bilik yang terletak di tingkat bawah.
Nota: Salah satu bilik di sini juga adalah mesra OKU untuk kemudahan tetamu.
Nota: Salah satu bilik di sini juga adalah mesra OKU untuk kemudahan tetamu.
Bilik yang ringkas dan bersih |
Mungkin kerana jumlah biliknya yang tidak banyak, penginapan di villa ini tidak sesak walaupun ketika di sini, kami diberitahu kesemua bilik penuh ditempah. Suasana di sini sentiasa tenang, membuatkan ia ideal getaway untuk anda merehatkan diri dari kesibukan kota. Tiada hiruk-pikuk manusia, tiada bunyi bising enjin dan hon kenderaan, malahan tiada bunyi kanak-kanak bermain dan berlari-lari di kaki lima penginapan. Pada mulanya, keadaan ini membuatkan saya agak risau jika Casa Titik lebih memenuhi citarasa pasangan berbulan madu berbanding mereka yang bercuti bersama anak-anak. Namun, perasaan itu hilang apabila melihat rata-rata tetamu lain yang berkunjung ketika itu juga datang bersama keluarga dan anak-anak. Tambahan pula staf di sini mesra melayan tetamu kanak-kanak menjadikan kami terasa dialu-alukan. Bagi kami, tempat ini bukan sahaja sesuai untuk pasangan berbulan madu, malah mereka yang bercuti bersama keluarga.
Yang agak mengejutkan ialah anak-anak kami sendiri yang kebiasaannya aktif juga agak tenang apabila kembali ke penginapan. Mungkinkah ketenangan persekitaran kampung seperti ini mempengaruhi mereka? Atau tenaga berlebihan telah dihabiskan di pantai berdekatan? Hhmmm....
2. Bilik & kemudahan
Bagi kami, bilik yang disediakan adalah ringkas, namun selesa dan yang paling utama sudah tentunya bersih. Setiap bilik dilengkapi penghawa dingin, kipas dan televisyen. Bath gel dan shampoo turut disediakan, namun, tiada minibar disediakan di dalam bilik. Jika anda perlu menyimpan makanan, anda boleh menyimpannya di dalam peti di tingkat bawah.
Casa Titik menyediakan kemudahan swimming pool kecil dan jakuzzi untuk kegunaan tetamu. Kolam di sini ringkas namun sesuai untuk jumlah tetamu yang sedikit. Walaubagaimanapun, bagi anak-anak kami, pantai yang terletak di kawasan belakang penginapan ini lebih menarik perhatian. Sejurus sampai, anak-anak tidak banyak menghabiskan masa di bilik sebelum turun ke pantai.
Untuk ke pantai, tetamu perlu keluar menerusi pagar kecil di kawasan belakang Casa Titik. Lokasi Casa Titik sebenarnya sangat dekat dengan pantai. Penginapan ini hanya dipisahkan dari pantai oleh sebatang jalan kecil dan kawasan kandang kuda ringkas.
3. Seronoknya di pantai
Sebaik sampai di pantai, anak-anak kami sangat kagum melihat keindahan alam semulajadi di sini. Pasir yang putih dan halus, dan kawasan pantai yang bersih memang membuatkan mereka teruja. Ketika ke sini, ombak juga tidak besar dan sesuai untuk anak-anak bermain air laut. Subhanallah... perfect!
Seronok bermain di pantai |
Pantai berdekatan Casa Titik sangat tenang dan langsung tidak sesak dengan pengunjung, sehinggakan kami berasa seolah-olah berada di private beach. Walaubagaimanapun, kami diberitahu bahawa sesetengah kawasan di Cherating boleh dikatakan agak meriah dengan pengunjung dan aktiviti pantai. Wallahu'alam. Kami tidak ke kawasan pantai lain ketika di sini.
Dikelilingi keindahan pantai, deruan ombak dan ketenangan begitu, memang tak sedar masa berlalu. Anak-anak seronok bermain air laut dan melayan adik-adik yang lebih kecil membina sandcastle. Namun, aktiviti mengutip shell memberi pengalaman dan pengetahuan baru. Jelas mereka seronok. Tidak seperti ketika ke Pangkalan Balak, setiap shell yang dijumpai di sini pastinya dihuni sejenis umang-umang kecil yang dikenali sebagai hermit crab. Hermit crab adalah sejenis umang-umang berabdomen lembut yang menggunakan shell atau cangkerang kosong untuk melindungi diri daripada pemangsa. Ia adalah contoh yang baik mengenai interaksi commensalism yang dipelajari di sekolah. Pada mulanya, terkejut juga mereka apabila mendapati ada sesuatu bergerak di dalam shell yang dikutip, namun, kemudian mereka menjadi seronok 'memburu' shell berpenghuni dan kepah yang banyak di sini.
Sesuatu yang tidak sempat saya siapkan sebelum percutian ke sini ialah layang-layang. Dengan kawasan pantai yang luas dan tiupan angin yang baik, ia adalah waktu yang sesuai untuk anak-anak bermain layang-layang. Namun, jika sudah menjadi rezeki memang tak ke mana. Ketika leka bermain pantai, seorang tetamu dari Tunisia yang turut menginap di Casa Titik menghulurkan layang-layang yang dibawa untuk anak kecilnya kepada anak-anak kami. Memang seronok anak-anak kami mendapat peluang bermain layang-layang... alhamdulillah.
Setelah hari semakin senja barulah kami mengajak anak-anak naik. Sebaik masuk ke halaman Casa Titik, masing-masing membersihkan diri di shower yang disediakan agar pasir pantai tidak mengotorkan penginapan. Namun, anak-anak kami masih tidak puas bermain air dan mengajak untuk sambung sebentar mandi di kolam. Setelah beberapa ketika, barulah kami mengambil tuala yang disediakan di kawasan kolam untuk mengeringkan diri sebelum naik ke bilik. Tetamu tak dibenarkan membawa tuala yang disediakan di bilik ke pantai. Hanya tuala yang disediakan di kawasan kolam dibenarkan untuk diguna sekembali dari pantai atau setelah mandi di kolam.
Waktu sebelah malam adalah totally family time. Makan, berehat dan berbual bersama-sama. Suasana malam di Cherating mengingatkan saya kepada suasana kampung ketika masih kecil dahulu. Aman, damai dan tiada aktiviti yang berterusan seperti di bandar. Adakah terasa bosan? Oh, tidak! Malahan sebenarnya bagi saya, suasana begini adalah tarikan dan kelebihan apabila bercuti di tempat-tempat begini.
4. Sunrise!
Keesokan harinya, belum pun subuh anak-anak sudah bersiap dan memanggil untuk turun. "Jom, tengok sunrise!". Memang terasa rugi jika melepaskan peluang melihat fenomena alam menarik ini yang tidak dapat dilihat di kawasan bandar. Jika di pantai barat, pemandangan sunset sangat mengasyikkan, di sini, anda dapat menikmati pemandangan sunrise yang mengagumkan di kawasan tepi pantai. Walaupun keika itu hari masih agak gelap dan sunyi, sebaik bersolat subuh, kami sudah terpacak di tepi pantai menunggu matahari terbit ditemani bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan.
'Piece of art' yang sempat dibuat oleh anak-anak sementara menunggu sunrise |
Sunrise di pantai Cherating |
Mungkin kerana kami hanya menginap di sana semalaman, anak-anak tidak mahu banyak membuang masa di dalam bilik. Kami merupakan tetamu terawal menunggu sebaik tiba waktu sarapan. Sangkaan saya, sarapan yang akan disediakan biasa-biasa sahaja. Namun, jelas saya tersilap. Walaupun choice of food tidak dapat dibandingkan dengan buffet di hotel-hotel lima bintang, sarapan yang baru dimasak pagi itu sangat menyelerakan dengan portion yang agak banyak. Set nasi lemak lengkap dengan telur goreng, mihun goreng berserta telur goreng dan keropok dan pancake yang besar dan lazat. Beberapa jenis jus disediakan di dalam peti untuk tetamu pilih yang mana disukai selain beberapa jenis cereal dan roti beserta jem.
6. Lain-lain
Ruang sarapan di Casa Titik |
6. Lain-lain
Sebaik habis bersarapan, sekali lagi anak-anak meminta untuk meluangkan masa di pantai sebelum check-out. Oh, berkenaan kandang kuda berdekatan halaman Casa Titik, ia bukanlah milik penginapan ini, tetapi milik kelab swasta Penn Endurance & Equestrian. Secara peribadi, saya merasakan kawasan kandang kuda ini kelihatan usang. Kerana itu, saya menyangkakan ia tidak menganjurkan apa-apa aktiviti untuk orang awam dan mungkin hanya untuk kegunaan peribadi.
Kebetulan pula pada hari terakhir kami di sini, kami terserempak dengan salah seorang pekerja kelab ini dan bertanyakan jika orang awam boleh menunggang kuda di sini. Kami diberitahu dengan bayaran RM10, anda akan dibawa menunggang kuda di tepi pantai. Maka beria-ia anak kami ingin merasai bersiar-siar di tepi pantai sambil menunggang kuda. Namun, nasib tidak menyebelahi kami memandangkan ketika itu kuda dalam 'waktu rehat' dan pelatihnya juga kebetulan baru sahaja ke tempat lain. Atas urusan tertentu, kami perlu berangkat pulang dan tidak dapat menunggu untuk membawa anak-anak menunggang kuda di tepi pantai.
Kandang kuda di bahagian belakang Casa Titik |
Kebetulan pula pada hari terakhir kami di sini, kami terserempak dengan salah seorang pekerja kelab ini dan bertanyakan jika orang awam boleh menunggang kuda di sini. Kami diberitahu dengan bayaran RM10, anda akan dibawa menunggang kuda di tepi pantai. Maka beria-ia anak kami ingin merasai bersiar-siar di tepi pantai sambil menunggang kuda. Namun, nasib tidak menyebelahi kami memandangkan ketika itu kuda dalam 'waktu rehat' dan pelatihnya juga kebetulan baru sahaja ke tempat lain. Atas urusan tertentu, kami perlu berangkat pulang dan tidak dapat menunggu untuk membawa anak-anak menunggang kuda di tepi pantai.
Casa Titik terbuka untuk tempahan secara online melalui website mereka dan juga melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang,
Aktiviti...
Cherating
Apa lagi yang best?
Kuantan
Aktiviti...
3. Daytrip ke Muzium Sungai Lembing
4. Daytrip ke Terowong Sungai Lembing
5. Air Terjun Sungai Pandan yang best!
6. Tempat menarik di Kuantan bersama anak-anak
Hotel...
4. Daytrip ke Terowong Sungai Lembing
5. Air Terjun Sungai Pandan yang best!
6. Tempat menarik di Kuantan bersama anak-anak
Hotel...
3. Hotel murah yang best di pinggir Sungai Kuantan
4. Pilihan hotel best di Kuantan untuk cuti bersama keluarga
4. Pilihan hotel best di Kuantan untuk cuti bersama keluarga
Cherating
Tiada ulasan:
Catat Ulasan