Suasana malam yang meriah di Teluk Cempedak |
Seperti juga tidak sah jika tidak ke Bukit Bendera apabila ke Pulau Pinang, percutian ke Kuantan terasa tidak lengkap jika tidak membawa anak-anak ke Teluk Cempedak. Oleh itu, walaupun kami tiba di Kuantan agak lewat, kami tetap luangkan masa membawa anak-anak ke pantai yang terletak kira-kira 5 km dari bandar Kuantan ini.
Walaupun dahulu saya sendiri pernah menetap di Kuantan, namun, kami tidak pernah berkesempatan membawa anak-anak bercuti ke bandar di Pantai Timur Malaysia ini. Malahan, saya sendiri seperti terasa asing apabila tiba di Teluk Cempedak. Sudah banyak pembangunan yang dilalui sejak 10 tahun lalu!
Jika dahulu suasana malam di pantai Teluk Cempedak agak tenang, kini Teluk Cempedak sentiasa dipenuhi aktiviti walaupun ketika kami ke sini malam sudah agak lewat. Kenderaan masih banyak keluar masuk ke kawasan parking. Malah, tidak seperti suatu ketika dahulu di mana pilihan makanan hanyalah di gerai-gerai di kawasan foodcourt terbuka, kini pelbagai restoran makanan fastfood seperti McDonald's, KFC, A&W dan Subway boleh didapati.
Pelbagai aktiviti memeriahkan suasana malam di Teluk Cempedak. Terkejut juga kami apabila disapa superhero Batman dalam costume hitamnya. Sayangnya, Batman tersebut tidak membawa bersama BatMobile sebagai pelengkap. Jika anak-anak anda adalah peminat Batman, mereka boleh bergambar dengan superhero mereka dengan sedikit bayaran. Anak-anak kami bagaimanapun lebih berminat ke pantai dan hanya berhenti seketika untuk melihat superhero ini dengan lebih dekat.
Aktiviti jualan masih rancak di sekitar Teluk Cempedak walaupun sudah larut malam. Masih ramai yang menawarkan makanan, minuman dan mainan seperti bubble untuk para pengunjung. Bukan itu sahaja, malahan saya merasakan keriuhan suasana menyebabkan deruan ombak tidak begitu kedengaran.
Tarikan utama anak-anak kami di pantai Teluk Cempedak |
Ramai pengunjung yang menyewa beg warna-warni berisi udara untuk bersantai menikmati bayu malam di tepi pantai. Untuk anak-anak kami, mereka lebih tertarik dengan inflatable playground yang disediakan. Dengan kedinginan malam dan angin pantai yang selesa, suasana pada malam itu sangat sesuai untuk mereka bermain sepuas-puasnya.
Deretan inflatable bag warna-warni di sepanjang pantai Teluk Cempedak |
Dari Pantai Teluk Cempedak, anda sebenarnya boleh ke Teluk Tongkang yang dihubungkan oleh jambatan. Walaupun kawasan ini tidaklah sepopular Teluk Cempedak, sesetengah pengunjung lebih suka meluangkan masa di sini memandangkan kebiasaannya Teluk Tongkang kurang sesak berbanding Teluk Cempedak selain pantainya juga lebih landai. Jika anda ingin ke Teluk Tongkang, anda dinasihati berjaga-jaga dengan kehadiran monyet liar di laluan ke sana. Kami tidak ke sana memandangkan hari sudah larut malam dan laluan ke sana juga agak gelap.
Secara peribadi, saya lebih sukakan suasana Teluk Cempedak suatu ketika dahulu yang lebih damai. Walaubagaimanapun, kami diberitahu malam tersebut lebih meriah daripada kebiasaan memandangkan kami ke sana pada hujung minggu. Apapun, ini hanyalah pendapat saya. Anak-anak kami pula sebaliknya sangat enjoy hiburan dan permainan yang disediakan.
Apa lagi yang best?
Kuantan
Aktiviti...
2. Daytrip ke Muzium Sungai Lembing
3. Daytrip ke Terowong Sungai Lembing
4. Air Terjun Sungai Pandan yang best!
5. Tempat menarik di Kuantan bersama anak-anak
Hotel...
3. Daytrip ke Terowong Sungai Lembing
4. Air Terjun Sungai Pandan yang best!
5. Tempat menarik di Kuantan bersama anak-anak
Hotel...
3. Hotel murah yang best di pinggir Sungai Kuantan
4. Pilihan hotel best di Kuantan untuk cuti bersama keluarga
4. Pilihan hotel best di Kuantan untuk cuti bersama keluarga
Cherating
Tiada ulasan:
Catat Ulasan