Cuti best di Ipoh: Lost World of Tambun Night Park

Tak puas enjoy di siang hari, anak-anak kami tidak sabar-sabar untuk melihat apa yang ada pada waktu malam di taman tema Lost World. Disebabkan itu, kami hanya pulang sebentar untuk menukar pakaian, sebelum kembali lagi ke Lost World of Tambun untuk meneroka night park pula!

Tidak seperti kebanyakan taman tema yang hanya beroperasi di siang hari, Sunway Lost World of Tambun tetap beroperasi dan menyediakan hiburan untuk pengunjung di malam hari. Kami diberi day ticket dan night ticket secara berasingan. Untuk mereka yang mempunyai tiket berasingan begini, atau memilih untuk hanya membeli night ticket sahaja, anda boleh mengunjungi Lost World of Tambun Night Park bermula dari pukul 6 petang hingga 11 malam.

Namun, jika anda memilih untuk membeli 1-day admission pass melalui portal-portal seperti Wonderfly dan Tripcarte.asia pula, anda perlulah terus berada di dalam kawasan taman tema sehingga tarikan malam bermula. Ini memandangkan anda hanya akan diberi satu tiket yang merangkumi day dan night ticket dan dalam masa yang sama, re-entry tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau jika memilih option ini memandangkan kemudahan di dalam taman tema seperti tandas, surau dan sebagainya agak lengkap. Bahkan, Jungle Wave Bay terus dibuka jika anak-anak masih ingin terus berendam di dalam air sementara menunggu aktiviti malam bermula!



Tetap menarik di malam hari!

Petting Zoo by Night

Sejujurnya, anak-anak kami bukanlah berani untuk berinteraksi dengan haiwan, terutamanya jika persekitaran sudah menjadi gelap. Disebabkan itu, sebelum hari benar-benar bertukar menjadi malam, kami mengambil peluang untuk membawa mereka ke petting zoo untuk mendekati haiwan-haiwan di sini.

Antara haiwan kegemaran anak-anak kami di sini adalah hamster dan arnab yang adorable. Selain itu, mereka juga menjadi inquisitive namun nervous apabila dikelilingi capybara, rodent terbesar dunia yang berasal dari Amerika Selatan. Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung, kami melihat quite a number of renjer bertugas yang bukan sahaja memantau, malah sentiasa bersedia berkongsi info tentang haiwan-haiwan yang ada. 

Cuti best di Ipoh untuk anak-anak
Melihat hamster di petting zoo

Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Di dalam kandang capybara


Lost World Hot Springs

Tarikan hot springs di taman tema ini sebenarnya dibuka dari pagi hingga ke malam. Terpulang kepada anda untuk ke sini di waktu siang atau malam. Anak-anak kami lebih berminat ke sini di waktu siang, namun kami melihat ramai juga yang lebih suka mengambil kesempatan bersantai sambil menyegarkan diri di sumber air panas semulajadi ini apabila malam mulai dingin. 


Cuti best di Ipoh untuk anak-anak
Air terjun di Lost World Hot Spring
Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Pengunjung kelihatan lebih ramai di Hot Springs pada waktu malam


Luminous Forest

Diperkenalkan pada tahun 2018, sudah tentu kami tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama pengunjung lain mengunjungi tarikan baru yang beroperasi bermula pukul 8 malam ini. Kami diminta berkumpul sebelum dibawa merentasi Jambatan Luminosa ke kawasan hutan misteri yang dipenuhi cahaya luminescent. 

Melangkah ke 'hutan' ini terasa seolah-olah berada di alam fantasi. Anak-anak terpesona dengan cahaya yang memukau, ditambah pula dengan karakter seperti Mother Sophea, Shadow Fang dan Malayana Tribe yang membantu 'menghidupkan' hutan ini.  

Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Mother Sophea mengingatkan kami kepada Grandmother Willow dalam filem animasi Pocahontas

Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Cahaya luminescent menghiasi Luminous Forest 

Flaming Percussion

Persembahan Flaming Percussion mengakhiri kunjungan kami ke Lost World of Tambun Night Park. Fire performer yang melakukan pertunjukan api di sini menunjukkan skill yang menarik. Dalam banyaka-banyak stunt yang dilakukan, anak-anak kami paling kagum apabila salah seorang daripada mereka 'menelan' api yang marak menyala dengan bersahaja. 

Jika ke sini pada musim cuti persekolahan, pastikan anda ke kawasan persembahan lebih awal. Walaupun kami terus ke tempat pertunjukan sebaik habis meluangkan masa di Luminous Forest, kami melihat telah ramai pengunjung bersedia mengambil tempat duduk masing-masing. Tempat duduk hadapan terutamanya telah penuh, dan kami terpaksa mengambil tempat yang agak terkebelakang. Namun, alhamdulillah anak-anak masih seronok menyaksikan pertunjukan api yang penuh energetic ini.


Cuti best di Ipoh dengan anak-anak
Fire performer melakukan persembahan


Bagi kami, kepelbagaian aktiviti yang disediakan di Lost World of Tambun dari pagi hingga ke malam sememangnya membuatkan percutian ke sini terasa sangat berbaloi. Daripada yang paling kecil hingga ke paling besar, anak-anak kami langsung tidak bosan meluangkan masa bermain di taman tema ini. Alhamdulillah, trip ke sini end up menjadi salah satu trip yang sangat menyeronokkan untuk anak-anak!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan