(photo: www.cocoonchildcare.ie) |
Pernahkah anak anda menangis sehingga pengsan? Menakutkan bukan kalau terjadi? Secara peribadi, saya tidak pernah mengalami perkara macam tu. Tetapi, pernah seorang ibu menceritakan kisah anaknya yang akan menangis dengan kuat dan pengsan; dan perkara itu berlaku beberapa kali. Tak dapat saya bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu dan betapa risau diri ibu itu apabila perkara tersebut terjadi. Setelah beberapa ujian dijalankan, doktor mengatakan yang anaknya tiada apa-apa masalah tetapi mungkin akibat breath holding spell.
Breath holding spell? Apa tu?
Kerana rasa ingin tahu, saya mula mencari apakah itu breath holding spell. Ia adalah keadaan yang berlaku akibat anak menangis akibat sakit, marah, kecewa, takut atau tantrum. Kanak-kanak ini pada mulanya menangis sehingga mukanya berubah menjadi merah (ada juga yang tidak menangis tetapi terus menahan nafasnya). Apabila ini berterusan, dia mula menahan nafasnya sehingga mengakibatkan bibirnya menjadi biru. Jika kanak-kanak itu terlalu lama menahan nafasnya, kulitnya boleh bertukar menjadi biru (sesetengahnya bertukar menjadi pucat) dan kanak-kanak tersebut boleh tidak sedarkan diri. Menakutkan, bukan?
(photo: www.aplaceforparenting.com) |
Breath holding spell boleh berlaku sekitar umur 6 bulan hingga 6 tahun, tetapi ia paling kerap berlaku ketika anak berumur antara 1 hingga 3 tahun. Kanak-kanak ini biasanya tidak sedarkan diri sekitar 30 hingga 60 saat.
Saya pasti, secara naturalnya, keadaan ini akan mencemaskan ibu bapa. Tetapi, jika setelah ujian dijalankan dan anda diberitahu yang keadaan tersebut adalah kerana breath holding spell, anda perlu tahu yang keadaan ini tidak merbahayakan anak anda. Dalam masa yang sama, keadaan ini juga bukanlah sengaja dibuat-buat oleh anak anda. Yang penting, jika keadaan ini terjadi, bawa anak anda untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian.
Saya tak pasti adakah ini yang dikatakan sawan tangis oleh orang-orang dahulu? Mungkin anda yang lebih tahu boleh berkongsi dengan pembaca di sini.
Sememangnya pelbagai ujian perlu dihadapi semua ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita usah berhenti menambah ilmu agar dapat mendidik anak-anak menjadi insan cemerlang pada masa akan datang. Jika mahu, anda boleh mendapatkan buku-buku tentang keluarga dan perhubungan secara online di bookcafe.com.my, ataupun mana-mana sahaja kedai kegemaran anda. Yang penting, kita sebagai ibu bapa terus berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anak, semoga mereka membesar sebagai insan yang berguna bukan sahaja kepada keluarga malah masyarakat dan agama, insya-Allah.
thanks 4 the information...anak sy kena tahan wad disebabkan ini...doc pun still bingung napa anak sy pengsan semasa nangis...
BalasPadamyup...anak sy pun kerap pengsan ketika menangis...muka biru...bila baca ni...baru lega skit...
BalasPadamAnak saya juga alaminya. First time memang panik. Sampai nanges mak ..huhu
BalasPadamAnak sy mengalami Hal yg sama....APA beza dengan sawan tangis ye
BalasPadamDulu saya menyangka sawan tangis dan breatholding spell adalah sama tapi rupa-rupanya tidak.
PadamSawan tangis atau colic adalah keadaan bayi menangis tanpa sebab/unexplained crying (bukan kerana lapar, sakit dsb) lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu sehingga tiga minggu atau lebih. Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan hilang apabila bayi mencecah usia tiga ke empat bulan.
Memang tak dinafikan, breath holding spell dan sawan tangis sememangnya stressful untuk ibu bapa. Jika anak mengalami hal ini, sebaiknya bawa anak anda berjumpa doktor untuk memastikan tiada perkara lain yang perlu diberi perhatian.
Anak saya mmg mcm ni...nangis sekejap je & terus xde suara..mcm nangis menahan sakit(xde suara)... biasa opah akan terkejut tengok dia...sebab ingatkan dh berhenti menangis tp sebaliknya..dan muka jd biru...org lain xkn dpt redakan kalau kt rumah...mst mummy jgk...mmg takut la pada awl nye...dh baca ni rasa lega sikit...kdg2 terpengaruh dgn drama,mula la fikir yg negatif je.. Alhamdulillah pengasuh faham & dpt handle..
BalasPadamAnak saya mmg mcm ni...nangis sekejap je & terus xde suara..mcm nangis menahan sakit(xde suara)... biasa opah akan terkejut tengok dia...sebab ingatkan dh berhenti menangis tp sebaliknya..dan muka jd biru...org lain xkn dpt redakan kalau kt rumah...mst mummy jgk...mmg takut la pada awl nye...dh baca ni rasa lega sikit...kdg2 terpengaruh dgn drama,mula la fikir yg negatif je.. Alhamdulillah pengasuh faham & dpt handle..
BalasPadamSaya Ada anak 2 orang jd yes cmni lah. Bila tengok anak mcm nk pejamkan Mata tu(nak pengsan), Saya peluk tenangkan dia. Kemudian tiup ke dalam mulut dia. Untuk bantuan pernafasan. X Tau lah btol let Cara Saya Ni. Tapi mmg lps tu anak ok. Tak pengsan.
BalasPadamSalam..anak sy bila nangis disebabkn kesakitan(jatuh) dia nangis sampai xbernafas..adakah breath holding spell?ke ade penyakit lain lg..?
BalasPadamWaalaikumussalam.
PadamSecara ringkasnya, breath-holding spell adalah suatu tindakbalas terhadap sesuatu insiden yang mencetuskan emosi di mana seseorang kanak-kanak kelihatan seperti berhenti bernafas dan seterusnya kelihatan pucat dan biru. Dalam sesetengah kes, kanak–kanak tersebut mungkin akan menahan nafas sehingga pengsan.
Walaupun breat holding spell tidak merbahaya dan tidak meninggalkan kesan jangkamasa panjang, adalah penting untuk encik mendapat kepastian mengenai diagnosis ini. Adalah lebih baik jika encik membawa anak encik berjumpa doktor untuk memastikan tiada masalah kesihatan lain seperti penyakit sawan yang boleh menyerupai keadaan ini.
Semoga anak encik sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipelihara Allah s.w.t, insya-Allah.
Anak saya baru 9 bulan..minggu ni dah jadi 2x..menangis sampai muka biru..1st time jadi sy tgh bersiap nk pi kerja ptg..isteri sy ke dapur skjp x sampai seminit..baby dgn abg dia(3thn) kat hall..mulanya baby menangis sbb nk ikut ibu dia pi dapur..sy dgr dia menangis kuat sekali thrn senyap..ingatkan dia jatuh..berlari dptkan dia..tgk muka dh biru..ingatkn tercekik benda kecil ke apa..sy tepuk2 bllg bdn dia..goyang2kan dia..then dia beransur2 sedar..
BalasPadamKali ke dua baru skjp td..sy baru balik kerja..main2 jap dgn dia kat hall..then sy masuk bilik nk mandi..dia merangkak sambil menangis nk ikut sy..then kakak dia ambil dia serah pd wife...dia menangis kuat..then muka biru..mcm pengsan..sy dokong dia..bwk pi basuh muka dia..panggil2 dia..then dia ok..muka merah semula..lega..terus google tgk apa masaalah dia sbb ank yg lain x pernah jd mcm tu..risau sgt..tp alhamdulillah dah tau,lega sikit..
Anak saya berusia 10 bulan dah 2kali jadi .. pertama waktu saya marah anak yg sulung dgn suara yg kuat tiba2 dia terkejut mgkin rasa cemas dan takut dia menangis sampai xkluar suara dan bibir jadi biru .. dia jadi lemah xbermaya .. saya angkat dan peluk dia dgan rasa cemas saya tengok keadaan dia yg xbermaya saya panggil2 nama dia dan ambil air lap kat muka .. agak 1minit baru dia ok ..
BalasPadamKali kedua dia sedang main dan jatuhjatuh ters muka .. dia menangis dan saya angkat muka terus biru .. dan xsedar .. ayah dia pun terus takut dan menjerit .. sampai jiran datang kerumah saya untuk tengok apa yg jadi .. saya terus lari bawak anak saya tu pergi pada atuk nya .. sampai ke tangan atuk nya dia terkejut dan sedar semula dan menangis semula .. menggigil satu badan saya pada waktu kejadian ..
Saya Google untuk cari apa masalah sbb anak lain xpernah jadi .. dah baca blog ni baru saya lega ..
Alhamdulillah, syukur anak puan tak apa-apa. Namun, saya nasihatkan adalah lebih baik untuk dapatkan kepastian daripada doktor jika belum pernah berjumpa doktor.
PadamThx for info penting nih ....
BalasPadamSama-sama
PadamAnak sy umur 1y3m first time kene die bru pndai merangkak then die pusing tehantuk kt lantai nangis tade suara dan terus lembik sy tepuk dan panggil die die buka mata dan smbung nangis tapi tk lama die pejam mata tepuk tepuk terus die buka mata balik .skrg ni di demam n tk nk mkn ubat so sy paksa die dan lagi sekali die nangis mcm tu hmm sy tkot risau sgt .
BalasPadamMaaf, terlepas pandang komen Ana. Sesiapa pun di tempat Ana mesti akan sangat risau.
PadamSaya nasihatkan untuk Ana bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan supaya boleh exclude keadaan yang lebih serius.
Anak sy pn mcm ni.. Klau dia nangis sbb jatuh atau dia rase sakit, dia akan pengsan, dh bwk p doktor, doktor check semua ok..
BalasPadamAlhamdulillah, sekurang-kurangnya lega bila tahu semua ok
PadamAnak ngasuh sy hari nie kali kedua mcm nie.. Die dh nngs xde suara bibir biru terus lembik,saya taknak ambk risiko jd arinie bgtaw mak die sy taknak jaga dh. Saya takot. Sebab ank sy xpenah mcm tu.. Pape jd di tgn sy,sy yg kena
BalasPadamKeadaan macam ni memang menakutkan. Anak tersebut perlu dibawa berjumpa doktor dahulu untuk pemeriksaan.
Padam