Hotel best di Kuantan bila cuti dengan anak-anak

Memang tak dinafikan bahawa pembangunan banyak merubah Kuantan menjadikan bandar ini tarikan yang semakin popular untuk percutian keluarga dalam negara. Seiring dengan itu, semakin banyak hotel dan resort ditawarkan buat pilihan pengunjung di Pintu Gerbang Pantai Timur ini.

Pelbagai pilihan terhidang dan seperti kebiasaan, kami melihat dari segi lokasi dan akses ke tempat-tempat yang ingin dikunjungi, kesesuaian hotel sebagai port penginapan bersama anak-anak, keselesaan penginapan dan sudah tentu harga yang ditawarkan. Di bawah adalah antara hotel dan resort yang kami rasakan sesuai semasa merancang untuk membawa anak-anak bercuti di Kuantan. Diharap senarai ini mampu menjadi panduan untuk mereka yang turut merancang untuk membawa keluarga bercuti di sini.

(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)


1. Hyatt Regency Kuantan Resort, Teluk Cempedak, Kuantan

Jika kos tidak menjadi masalah, Hyatt Regency boleh menjadi pilihan penginapan anda semasa percutian keluarga di Kuantan. Terletak di Teluk Cempedak, hotel ini menawarkan penginapan menarik di hadapan pantai, namun dalam masa yang sama tidak jauh untuk anda bersiar-siar di bandar Kuantan.

Dibuka semula pada tahun 2018 selepas kira-kira tiga tahun ditutup untuk major refurbishment, Hyatt Regency Kuantan menawarkan bilik dan suite penginapan yang moden, selesa dan luas. Beberapa pilihan bilik ditawarkan termasuk bilik jenis family dengan 1 katil bersaiz king dan sofa bed, sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak.

Antara fasiliti yang disediakan termasuklah kolam kanak-kanak dan games room. Walaupun terletak berhadapan pantai yang indah dan menenangkan, hotel ini sebenarnya hanyalah within walking distance ke night hotspot di Teluk Cempedak di mana anak-anak boleh meluangkan masa bermain inflatable playground, giant bubble, bersiar-siar meluangkan masa berkualiti bersama keluarga atau menjamu selera di Subway, Sushi King, McDonalds, Starbucks, A&W dan sebagainya.

Hyatt Regency Kuantan terbuka untuk tempahan secara online melalui laman web mereka, Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga hotel ini di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama anak-anak di Kuantan kelak!


Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak
Hyatt Regency Kuantan Resort, Teluk Cempedak, Kuantan



2. The Zenith Hotel, Kuantan

Jika Hyatt Regency mengetengahkan penginapan dengan pemandangan pantai, The Zenith Hotel pula menawarkan penginapan keluarga yang selesa di tengah-tengah bandar Kuantan. Terletak hanya kira-kira lima minit berjalan kaki ke East Coast Mall, hotel mesra keluarga ini sangat sesuai jika anda berhajat untuk lebih banyak meluangkan masa di bandar atau membawa anak-anak membeli-belah mahupun menonton wayang di mall terbesar dan termoden di Kuantan ini.

Dengan pilihan bilik family suite dan interconnecting room, The Zenith Hotel sesuai sebagai pilihan penginapan mereka yang bercuti bersama keluarga. Bilik-bilik yang disediakan ringkas namun luas dan menarik, sekaligus memberi ruang anak-anak kecil bebas bergerak.

Selain bilik-bilik penginapan yang selesa, hotel ini turut menyediakan swimming pool dengan pemandangan bandar Kuantan yang menarik. Khas untuk anak-anak pula, mereka boleh ke children's playroom atau ruang indoor games untuk bermain dan meluangkan masa bersama-sama. Klik di sini untuk membaca pengalaman kami menginap di hotel ini.   

Jika merancang untuk ke sini, The Zenith Hotel terbuka untuk tempahan secara online melalui website mereka, Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga pada tarikh yang dirancang di laman-laman ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda yang akan datang.



Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak
The Zentih Hotel, Kuantan



3. Mega View Hotel, Kuantan

Dengan harga yang affordable dan review yang baik, tak hairanlah jika Mega View Hotel kerap menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Kuantan. Walaubagaimanapun, sebagai sebuah hotel bertaraf tiga bintang, sudah tentu fasiliti yang ditawarkan juga agak limited - tiada kolam renang, gym, apatah lagi children's playroom ataupun games room. Namun, apa yang menjadi tarikan adalah bilik-bilik penginapan dengan reasonable size dan selesa, sesuai jika anda sekadar ingin mencari tempat istirahat sekeluarga semasa percutian di sini.

Untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak, anda boleh memilih bilik family premier yang menawarkan sebuah katil bersaiz king dan sebuah katil single. Selain keselesaan bilik, hotel ini juga menawarkan buffet sarapan di coffee house dengan pemandangan sungai yang memberi permulaan hari yang menarik untuk anda sekeluarga.

Lokasi di bandar Kuantan menjadi kelebihan hotel ini sebagai pangkalan percutian. Tidak susah untuk anda bersiar-siar bersama keluarga. Bukan itu sahaja, kedudukannya di pinggir Sungai Kuantan juga memudahkan anda membawa anak-anak berjalan-jalan menikmati pemandangan tebing sungai, sambil bermain playground yang disediakan. Jika anda mahu, anda boleh menyewa basikal daripada pengusaha tempatan yang menawarkan basikal sewaan di kawasan tebing sungai yang telah diindahkan ini. 

Dalam kata lain, walaupun hotel ini tidak mempunyai kemudahan khusus untuk tetamu kanak-kanak, kemudahan di kawasan persekitaran hotel menawarkan aktiviti menarik untuk anak-anak, sekaligus menjadikan hotel ini pilihan yang sesuai untuk percutian keluarga.

Jika berminat untuk menginap di sini, Mega View Hotel terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka, Agoda dan Expedia. Pastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian dengan menyemak terlebih dahulu harga hotel menarik ini di laman-laman ini.

Anda juga boleh membaca pengalaman penginapan kami sekeluarga di Mega View Hotel di sini.


Hotel menarik di Kuantan untuk percutian keluarga

Hotel menarik di Kuantan untuk percutian keluarga

Hotel menarik di Kuantan untuk percutian keluarga
Mega View Hotel, Kuantan



4. Swiss Garden Beach Resort, Beserah, Kuantan

Jika jarak ke bandar tidak menjadi masalah buat anda, Swiss Garden Beach Resort mampu menjadi penginapan mesra kanak-kanak yang menarik untuk percutian anda ke Kuantan bersama anak-anak.

Terletak kira-kira 20 minit berkenderaan dari bandar Kuantan, resort menarik ini menawarkan pelbagai pilihan bilik untuk percutian keluarga. Jika anda bercuti bersama anak-anak, anda boleh memilih bilik famili yang dilengkapi sebuah katil king dan dua katil single. Kedua-dua bahagian katil king dan single ini berkongsi bilik air namun dipisahkan oleh pintu yang menawarkan privacy untuk ibu bapa. Alternatively, anda juga boleh memilih dua bilik deluxe dengan interconnecting door.

Jika ke sini, anak-anak pastinya gembira bermain di kolam renang dengan splash pool khas untuk kanak-kanak. Splash pool ini dilengkapi water slide dan tipping bucket yang menawarkan keriangan untuk anak-anak semasa percutian di sini. Apabila sudah penat meluangkan masa di kolam, ataupun cuaca kurang mengizinkan, anak-anak masih boleh meluangkan masa di 'Young Citizens of The World', iaitu sebuah indoor aktiviti dan playroom untuk kanak-kanak berusia 4 ke 12 tahun.

Dengan lokasi beachfront, sudah tentu anda boleh membawa anak-anak bermain pantai atau membina istana pasir sebagai mengisi masa family time di sini. Selain itu, resort ini turut menyediakan pelbagai fasiliti dan aktiviti lain seperti outdoor playground, movie time, batik painting, memanah dan banyak lagi untuk hiburan anda sekeluarga.

Resort menarik mesra kanak-kanak ini terbuka untuk tempahan secara online di website mereka, Agoda, booking.com dan juga Expedia. Jika merancang untuk ke sini, pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama anak-anak yang akan datang!



Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Hotel menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Nota: Selain Swiss Garden Beach Resort, Swiss Garden turut menawarkan penginapan jenis apartment di Swiss Garden Resort and Residences. Penginapan jenis apartment ini terletak tidak jauh dari Swiss Garden Beach Resort dan mempunyai fasiliti yang berasingan daripada Swiss Garden Beach Resort. 



5. Mandurah Hotel, Beserah, Kuantan

Berbanding hotel-hotel beachfront di atas, Mandurah Hotel menawarkan penginapan lebih mesra poket untuk percutian anda sekeluarga di Kuantan. Terletak di Pantai Beserah atau kira-kira 15 minit berkenderaan ke bandar Kuantan, hotel ini menawarkan pilihan bilik yang selesa dan ringkas sebagai tempat istirahat anda sekeluarga setelah seharian bersiar-siar. 

Pilihan bilik yang ditawarkan termasuklah bilik jenis standard, triple dan family suite. Jika bercuti bersama anak-anak dan memerlukan ruang yang lebih luas, anda boleh memilih bilik jenis famili yang dilengkapi dua katil bersaiz king selain dua bilik air.   

Sungguhpun fasiliti yang ditawarkan agak limited, kawasan pantai yang terbentang luas memberi peluang anda mebawa anak-anak bersiar-siar di awal pagi menikmati pemandangan sunrise yang indah. Selain itu, hotel menarik ini turut menawarkan beberapa aktiviti ringkas seperti sewaan basikal, layang-layang dan beach volleyball untuk tetamu mengisi masa lapang semasa penginapan di sini.

Untuk lebih info, anda boleh membaca catatan pengalaman penginapan kami di sini. Jika berminat untuk menginap di sini, hotel menarik ini terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan juga Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan