Percutian best di Janda Baik bersama anak-anak - Fifty4ferns

Chalet best di Janda Baik
Fifty4ferns, Janda Baik

Di kesempatan cuti sekolah sempena perayaan Deepavali, kami mengambil keputusan untuk membawa anak-anak meluangkan masa di persekitaran alam semulajadi tidak jauh dari Kuala Lumpur. Destinasi pilihan kali ini tidak lain ialah Janda Baik; sebuah perkampungan yang dahulunya mungkin tidak begitu dikenali, namun kini semakin popular di kalangan pengunjung dari dekat dan jauh.

Daripada apa yang kami lihat, Janda baik adalah sebuah perkampungan biasa, namun, keunikannya terletak pada kehijauan hutan yang masih terpelihara, kesegaran udara dan sudah tentu kejernihan dan kedinginan air sungai yang sememangnya menjadi spot rekreasi kegemaran ramai pengunjung di sini. Lokasinya yang terletak hanya lebih kurang 45 minit dari ibu kota menjadikannya ideal weekend getaway untuk ramai warga kota mencari ketenangan dari kesibukan dan hiruk-pikuk kehidupan sehari-harian.

Kami memilih untuk menginap di Fifty4ferns. Penginapan yang baru setahun lebih beroperasi ini menawarkan pilihan chalet dan villa yang sangat selesa untuk para pengunung selain lanskap menarik dan pelbagai aktiviti santai untuk seisi keluarga.


Chalet

Chalet best di Janda Baik
Unit chalet standard yang menjadi penginapan kami


Chalet standard menjadi pilihan kami di sini. Walaupun dari segi saiz, chalet jenis ini adalah yang paling kecil di sini, ia dilengkapi sebuah katil king dan sebuah sofa bed yang boleh memuatkan dua kanak-kanak dengan selesa. Setiap unit dilengkapi kemudahan seperti kipas, penghawa dingin, televisyen LCD dengan astro, mini fridge, cerek dan water heater. Walaupun cuaca di malam hari agak sejuk, namun, penghawa dingin yang disediakan sangat membantu di waktu tengahari. Lebih-lebih lagi ketika kunjungan kami, cuaca agak panas kesan tempias Taufan Lan yang menyebabkan peningkatan suhu di semenanjung Malaysia.

Chalet jenis standard dibina berasingan setiap unit, manakala deluxe chalet dibina seperti semi-d dan berkongsi beranda. Jika anda datang dalam bilangan yang lebih ramai, anda boleh memilih penginapan jenis villa yang disediakan. Selain itu, Fifty4ferns turut menyediakan sebuah unit tree house yang sesuai untuk pasangan berbulan madu.


Chalet best di Janda Baik
Satu-satunya unit treehouse di Fifty4ferns, Janda Baik

Melangkah sahaja masuk ke bilik, perkara pertama yang menarik perhatian anak-anak kami ialah bilik airnya. "Alamak! Cermin bilik air dia boleh nampaklah. Macamana ni?". Risau mereka kerana kami tak pernah menginap di mana-mana hotel dengan design bilik air begini. Namun, privacy tetamu tetap dijaga di sini. Keseluruhan cermin tersebut boleh di tutup dengan hanya menekan suis. Now you see, now you don't!

Chalet best di Janda Baik
Bilik air see-through

Chalet best di Janda Baik
Bukan see-through lagi!

Apa yang menggembirakan ialah lokasi chalet kami yang terletak betul-betul bertentangan sungai kecil yang melalui kawasan ini (tidak semua chalet terletak bertentangan sungai. Sesetengah unit menghadap tasik manakala sesetengahnya terletak di kawasan yang lebih tinggi). Sebelum anak-anak bangun di pagi hari, kami boleh berehat di beranda sambil menikmati deruan sungai dan kicauan burung di dalam udara segar di sini.

Di sini, setiap tingkap dan pintu dilengkapi jaring yang menghalang nyamuk, serangga dan haiwan kecil memasuki bilik. Sekurang-kurangnya, kami tidak diganggu nyamuk ketika di dalam bilik sepanjang di sini walaupun anak-anak masih memerlukan mosquito repellant ketika di luar terutamanya pada waktu petang. Bukan sahaja nyamuk, malah cicak-cicak hutan yang agak banyak kelihatan di sekitar kawasan ini juga dihalang oleh jaring daripada masuk ke bilik. Bercakap mengenai keselamatan, seluruh kawasan ini turut dipagarkan dengan pagar elektrik untuk menghalang haiwan seperti babi hutan memasuki kawasan Fifty4ferns.

Selain itu, seluruh kawasan ini juga diterangi lampu pada malam hari dan mungkin kerana itu, anak-anak kami langsung tidak berasa takut walau dikelilingi hutan ketika percutian di sini.

Chalet best di Janda Baik
Keseluruhan kawasan dikelilingi pagar elektrik


Aktiviti

Bukan sahaja penginapan di sini tenang dan mendamaikan untuk kami, anak-anak tidak kebosanan memandangkan Fifty4ferns menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang mampu memenuhi masa terluang mereka di sini.


1. Bermain di sungai

Terus-terang, sungai yang melalui kawasan ini adalah kecil, dan mungkin kurang sesuai jika anda merancang untuk bermandi-manda. Namun, untuk anak-anak kami, ianya sudah cukup untuk mereka mengharungi dan berendam di dalam air sungai yang sejuk itu. Walaupun bahagian sungai bertentangan chalet penginapan kami cetek dan sesuai untuk anak-anak bermain, kami diberitahu ada bahagian yang agak dalam dan anda dinasihatkan berhati-hati terutamanya jika mempunyai anak-anak kecil. Jika ke sini bersama anak-anak, ada baiknya anda bertanya dahulu bahagian manakah yang kurang sesuai untuk anda membawa mereka.

Chalet best di Janda Baik
Sungai kecil di hadapan chalet penginapan kami

Chalet menarik di Janda Baik
Bermain di sungai bersama-sama

2. Berehat di hammock

Ingin merasa berbaring di buaian seperti bayi? Di Fifty4ferns, anda boleh berehat menenangkan fikiran di hammock yang digantung berhampiran sungai sambil mendengar deruan sungai serta mendengar bunyi unggas dan kicauan burung yang sangat mendamaikan. Ketika di sini, kebetulan pula hammock ini digantung di kawasan hadapan chalet penginapan kami, maka bergilir-gilirlah anak-anak kami ingin mencuba rasa berbuai begini.

Bukan sahaja hammock seperti kebiasaan dilihat, malah pihak Fifty4ferns turut menyediakan khemah ala-hammock yang digantung di atas aliran sungai. Sejujurnya, kami tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan sekaligus ia membuatkan anak-anak kami sangat teruja. Berehat beramai -ramai di dalam 'khemah' di atas sungai begini memberikan mereka pengalaman lain dari yang lain.


Chalet best di Janda Baik
Berbuai di hammock

Chalet best di Janda Baik
'Berkelah' di atas sungai


3. Kolam renang

Selain berendam di sungai, Fifty4ferns turut menyediakan kolam renang untuk para tetamu. Kolam di kawasan terbuka ini terbahagi kepada bahagian dewasa dan kanak-kanak. Walaupun kolam ini ringkas, namun keseluruhan kawasannya kelihatan sangat cantik, mungkin kerana ianya dikelilingi alam semulajadi dan pemandangan gunung-ganang yang masih terpelihara. Banyak tempat duduk disediakan di sekitar kolam ini selain dua kerusi buaian moden sesuai untuk anda berehat menenangkan fikiran sambil melayan anak-anak berseronok.


Chalet best di Janda Baik
Kolam renang dikelilingi suasana alam semulajadi

4. Jakuzzi

Bukan sahaja kolam renang, malah jakuzzi juga disediakan untuk kemudahan anda. Jakuzzi ini berkonsep open air dan terletak di kawasan yang lebih redup, sesuai untuk tetamu yang hanya ingin bersantai menikmati keindahan alam. Ianya terbuka untuk semua tetamu dan anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa yang anda mahu.

Chalet best di Janda Baik
Open air jakuzzi

5. Berbasikal

Terdapat barisan basikal dewasa dan kanak-kanak disediakan khas untuk tetamu yang ingin berbasikal megelilingi kawasan ini. Tiada caj tambahan atau had masa dikenakan untuk anda menggunakan basikal-basikal ini. Penggunaan basikal di sini adalah first come first serve basis. Anak-anak kami seronok berbasikal di sekitar kawasan di sebelah pagi dan petang. Cumanya, tiada basikal empat roda ataupun children bike seat disediakan untuk kanak-kanak yang masih kecil menyebabkan adik-adik hanya mampu bermain kejar-kejar kakak-kakak yang sedang seronok berbasikal.

Chalet best di Janda Baik
Berbasikal di sekeliling Fifty4ferns

6. Games

Beberapa jenis games turut disediakan di sini seperti permainan congkak, batu seremban, foosball dan pool. Papan congkak yang disediakan sangat berat dan unik, malahan ketika di kampung dahulu pun, saya tidak pernah menggunakan papan congkak sebegini. Di kesempatan masa santai begini, saya mengajar anak-anak bermain permainan tradisional ini. Lama juga mereka meluangkan masa bermain congkak. Jika dahulu, mereka tidak begitu berminat, kini setelah mengetahui cara-cara bermain, berkali-kali mereka meminta untuk terus bermain dan bertanding sesama sendiri. Salah saya juga kerana tidak menyediakan permainan ini di rumah. Kata orang, tak kenal maka tak cinta!

Buah batu seremban yang disediakan pula berbentuk batu-batu kecil, betul-betul seperti zaman dahulu. Namun, anak-anak kami tidak meluangkan masa bermainnya mungkin kerana mereka sendiri sudah mempunyai set batu seremban yang dijahit di rumah. Selain permainan tradisional ini, anda juga boleh bermain foosball ataupun pool jika berminat pada caj RM5 setiap games (congkak dan batu seremban tidak memerlukan caj tambahan).

Chalet best di Janda Baik
Seronok bermain congkak

Chalet best di Janda Baik
Kawasan indoor games


Selain games yang dinyatakan di atas, anda juga boleh bermain ping-pong. Meja ping-pong disediakan di kawasan terbuka berdekatan kolam renang. Anda hanya perlu meminta ping-pong bat dan bola pada staff di kaunter. Permainan ping-pong adalah percuma untuk tetamu.

Ketika di sini, kami diberitahu yang dahulu pihak Fifty4ferns turut menyediakan trampolin, namun kini alatan tersebut telah rosak dan tidak disediakan lagi.

Chalet best di Janda Baik
Meja ping-pong yang disediakan


7. Ferns Aviary Garden

Ferns Aviary Garden adalah kawasan di mana pihak Fifty4ferns memelihara haiwan seperti ayam, itik, burung, arnab dan rusa yang boleh didekati oleh para tetamu. Malangnya, ketika kami ke sini, kesemua arnab peliharaan Fifty4ferns telah tiada; begitu juga dengan rusa yang dahulunya pernah mendiami kawasan ini. Yang tinggal ketika itu hanyalah ayam, itik dan burung. Alhamdulillah, bagi anak-anak kami, haiwan-haiwan yang ada ini pun sudah cukup menarik minat mereka. Bagi saya, membawa anak-anak melihat peliharaan begini di dalam suasana yang agak kekampungan mengingatkan saya kepada reban ayam itik di kampung suatu ketika dahulu. Bezanya, 'reban' di sini dibina dengan lanskap yang cantik dan menarik, lengkap dengan kerusi tempat duduk dan berehat. Bertuah ayam-ayam di sini mendapat penginapan lima bintang seperti ini!

Chalet best di Janda Baik
Di Ferns Aviary Garden

Chalet best di Janda Baik
Lanskap menarik di Ferns Aviary Garden


8. Pokok buah-buahan

Terdapat banyak pokok buah-buahan di kawasan Fifty4ferns, malahan pokok durian berada betul-betul di hadapan chalet kami. Kami diberitahu staf di sana bahawa selain pokok durian, kawasan Fifty4ferns juga ditanam pokok-pokok lain seperti duku dan langsat. Namun, nasib kami tidak begitu baik kerana ketika kami di sana, tiada pokok yang sedang berbuah. Jika sedang musimnya, para tetamu boleh mengambil dan menikmati buah-buahan yang ada. Kami diberitahu berbanding tahun-tahun sebelumnya, kebetulan pada tahun ini, sememangnya kebanyakan pokok buah terutamanya pokok durian tidak menjadi di kebanyakan kawasan di Janda Baik. Hmmm... mungkin kami perlu menunggu musim buah akan datang jika ingin ke sini lagi agar kunjungan akan datang lebih 'fruitful'!


9. Aktiviti lain

Selain apa yang disenaraikan di atas, terdapat aktiviti-aktiviti lain yang anda boleh lakukan seperti jungle trekking, fishing (catch and release) dan bermain ATV. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan bayaran tambahan. 


Makan

Kami bersarapan di sini memandangkan harga bilik sudah termasuk sarapan. Hidangan sarapan tidaklah banyak, sesuai dengan jumlah chalet yang ada. Makanan yang disediakan lebih kepada menu tempatan yang sememangnya sesuai dengan selera kami; tambahan pula rasanya sedap!

Chalet best di Janda Baik
Buffet sarapan ringkas

Chalet best di Janda Baik
Anda boleh memilij untuk makan di luar....

Chalet best di Janda Baik
... atau di dalam yang sama menarik dan selesa!


Jika anda mahu, anda juga boleh memesan pihak Fifty4ferns menyediakan makan tengahari atau malam. Namun, ketika kami di sini, kami memilih untuk keluar makan di restoran berhampiran. Walaupun jalan masuk ke sini agak sempit, ia tetap bertar dan tak menjadi masalah untuk kami. 

Terdapat restoran tomyam tempatan yang terletak tidak begitu jauh yang menyediakan hidangan pada harga berpatutan. Selain di restoran ini, kami juga menjamu selera di sebuah stall yang baru dibuka berhadapan dengan restoran tomyam tersebut. Stall ini menyediakan homecooked Indian cooking. 


Staf

Kesemua staf di sini sangat ramah dan sedia membantu sepanjang kami di sini. Tak menjadi masalah jika memerlukan bantuan atau ingin bertanya tentang tempat-tempat di sekitar.

Ketika di sini, kami mendapati pihak Fifty4ferns sedang membangunkan lagi sebahagian kawasannya. Walaupun kerja-kerja sedang dijalankan, ia langsung tidak mengganggu percutian kami memandangkan kawasan yang dibangunkan terasing dari chalet dan kebanyakan kemudahan lain. Di masa hadapan, mungkin lebih banyak penginapan dan kemudahan menarik yang akan dapat dinikmati tetamu di sini.

Chalet best di Janda Baik
Sebahagian kawasan yang sedang dibangunkan


Nota: Semasa percutian kami, pihak Fifty4ferns tidak menyediakan room service dan internet connection juga sangat weak, sekurang-kurangnya untuk talian Digi dan U-Mobile yang kami gunakan. Walaubagaimanapun, kedua-dua perkara ini langsung tidak menjadi masalah untuk kami. Malahan, di persekitaran begini, sememangnya gangguan talian begini sudah dijangkakan. Alhamdulillah, kesemua kami amat seronok bercuti di sini. 

Adakah Fifty4ferns recommended untuk percutian di Janda Baik? Sudah tentu!

Jika berminat untuk menginap di sini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penginapan menarik ini di laman mereka atau hubungi pihak pengurusan di 019-388 3454 / 019-345 4284.


18 ulasan:

  1. Jauh tak tempat makan if nak keluar dari tempat ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak jauh, tapi memang kena drive. Kami makan di restoran di simpang lebih kurang 5 minit drive dari tempat ni.

      Padam
  2. Assalamualaikum, nak tanya tempat ni sesuai tak untuk orang yang berkerusi roda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam warahmatullah, chalet standard dan deluxe yang berada di kawasan yang agak landai masih mempunyai 2-3 small steps. Seperkara lagi, laluan ke chalet yang menyediakan sarapan juga mempunyai tangga - ada baiknya jika anda menghubungi pihak pengurusan untuk bertanya jika mereka boleh membuat some arrangement somehow untuk sarapan keluarga anda. After all, staf di sini sangat accommodating.

      Otherwise, untuk bersiar-siar di kebanyakan kawasan should not be a problem. Walkway is nicely done dan saiz bilik juga selesa.

      Padam
  3. Balasan
    1. Maaf lambat reply. Harga bilik berbeza mengikut jenis bilik dan tarikh. Puan boleh hubungi pihak resort di nombor 019-388 3454 atau ke facebook page mereka dengan klik di link di atas untuk maklumat lanjut.

      Note: Maaf saya tak perasan link sebelum ini sudah tidak valid. Saya dah updatekan link tersebut.

      Padam
  4. As salam encik stay di chalet fiffty fern ni berapa lama yea

    BalasPadam
  5. Askm... Maaf soalan Saya ni lari dr tajuk sikit. Kalau Tak keberatan Saya mohon bantuan puan untuk mencadangkan tempat yg boleh kami kunjungi di pahang. Utk makluman puan, sebenarnya destinasi utama kami adalah ke kelantan dengan menaiki kereta. Saya perlukan panduan dan cadangan tempat² yg boleh dikunjungi sepanjang perjalanan kami selama beberapa hari.terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Tak apa.... encik/puan boleh klik 'Tempat Menarik' di bahagian atas page ini dan lihat senarai tempat yang pernah kami kunjungi di bawah section 'Pahang'. Selamat merancang and safe journey, insya-Allah 😊

      Padam
  6. salam ... berapa harga untuk 2 malam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusslam. Boleh click link di atas utk lihat harga di official site mereka ya

      Padam
  7. Boleh dapatkan harga bilek. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila click link di atas untuk melihat harga bilik di official site Fifty4Ferns

      Padam
  8. assalamualaikum.. 29 sehingga 31 hb 10..ada kejosongan x.. utk 20 org, resort yg menyediakan pakej, makan, aktiviti atv,flying fox berdekatan dengan sungai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Untuk kekosongan/harga/aktiviti/pakej boleh hubungi pihak resort di nombor di atas

      Padam
  9. Assalamualaikum...nk tnya ckit boleh, tp lari ckit la dr tajuk...bagi pendapat awk elok ke x sy bawak anak sy yg bru 5bulan bercuti dsana...? Maklum lah dcuti kan bnyak crita seram...ghisau plak sy...bg pendapat awk la mcm mana...(•‿•)"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam warahmatullah... bagi saya ok je untuk bawa anak ke sini. Alhamdulillah, semasa di sini kami tak hadapi apa-apa masalah. Tempat ini juga well lighted up pada waktu malam. Insya-allah ok.

      Padam