Hotel best dan menarik di Kuala Selangor

Jika Sekinchan terkenal dengan sawah padinya, Kuala Selangor pula menawarkan pengalaman mendekati kelip-kelip yang sememangnya sangat mengasyikkan bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Walaupun menawarkan tarikan yang berbeza, kedua-dua tempat ini terletak tidak jauh dari satu sama lain, hanya kira-kira setengah jam berkenderaan sahaja. Oleh itu, jika menginap di Kuala Selangor, anda boleh sahaja merancang lawatan ke Sekinchan dan begitu juga sebaliknya. 

Mana lebih menarik? Terpulang pada apa yang anda mahukan. Ketika ke sini, memandangkan kami memang ingin membawa anak-anak melihat pemandangan dan merasai pengalaman tinggal di kawasan sawah padi, kami memilih untuk menginap di Padi Box - sebuah homestay yang terletak di tengah-tengah bendang. Namun, jika kelip-kelip menjadi tarikan utama anda, penginapan di Kuala Selangor mungkin lebih serasi. Selain daripada kelip-kelip, Kuala Selangor juga terletak lebih hampir dengan Sky Mirror - satu tarikan yang 'muncul' hanya pada waktu-waktu tertentu dalam sebulan. Walaubagaimanapun, dari segi tempat makan pula, secara peribadi, saya mendapati Kuala Selangor lebih menepati selera kami sekeluarga.

Jika anda memilih untuk menginap di Kuala Selangor, di sini disenaraikan beberapa hotel menarik yang boleh anda jadikan pilihan untuk percutian anda bersama anak-anak. Selamat bergembira!


Seronok betul anak-anak ke Kuala Selangor


1. VI Boutique Hotel

Menawarkan penginapan strategik untuk lawatan melihat kelip-kelip dan eagle feeding, VI Boutique Hotel  merupakan sebuah hotel baru di Kuala Selangor yang mula membuka pintunya pada bulan Mac 2017. Dengan harga yang berpatutan, hotel menarik ini menyediakan pilihan bilik yang luas, ringkas dan selesa sebagai tempat istirahat anda sekeluarga, selain kemudahan lif yang memudahkan tetamu yang berkunjung bersama anak-anak kecil.

Swimming pool yang disediakan pasti membuatkan anak-anak tak sabar untuk bermandi-manda semasa penginapan di sini. Sudah namanya kanak-kanak, sememangnya tak dapat lari dari keseronokan bermain air. Bukan sahaja swimming pool, malahan hotel menarik ini turut menyediakan play room ringkas untuk tetamu kecil mereka. Jadi, tak perlulah anda risau mereka kebosanan semasa percutian nanti.

Lokasi yang terletak bersebelahan main road turut memberi akses mudah ke pekan dan tempat-tempat menjamu selera di sekitar Kuala Selangor. Namun begitu, untuk sebahagian tetamu, lokasi begini mampu menjadi potensi tidur mereka terganggu dek bunyi kenderaan, terutamanya bagi mereka yang 'light sleeper'. Sudah tentu setiap perkara ada pro dan consnya.

VI Boutique Hotel terbuka untuk tempahan secara online di Agoda dan booking.com. Jika bercadang untuk menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga bilik di portal-portal online ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama anak-anak nanti.


Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor
VI Boutique Hotel, Kuala Selangor (foto:booking.com)


2. Sea Lion Firefly Concept Hotel

Tak puas menikmati pemandangan indah kelip-kelip di Kuala Selangor? Jangan risau. Sea Lion Firefly Concept Hotel memberi sentuhan unik di bilik-bilik penginapannya yang bakal membuatkan anda terasa seperti ditemani kelip-kelip sepanjang malam anda di sini.

'Kelip-kelip' ini sebenarnya adalah lampu LED yang dipasang di siling bilik untuk menimbulkan suasana seolah-olah serangga bercahaya ini berada dekat dengan anda. Walaupun cahaya ini bukanlah kelip-kelip yang sebenar, namun ianya cukup sebagai tarikan yang memberikan keunikan tersendiri kepada hotel ini.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan berbanding kemudahan yang disediakan. Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis bilik yang mampu menempatkan satu, dua, tiga malah empat orang tetamu dalam satu-satu masa. Bilik-bilik di sini mungkin agak kecil dan ringkas, namun cukup selesa untuk anda berehat ketika percutian ke sini. Bukan itu sahaja, jika anda bercuti bersama anak-anak, anda juga boleh memilih bilik Family Pool Access yang memberikan anak-anak akses terus ke kolam renang dari bilik penginapan.

Kolam renang? Ya. Hotel menarik ini turut menyediakan kolam renang untuk tetamunya. Walaupun tidak besar, kolam renang ringkas ini cukup untuk menggembirakan anak-anak yang rata-rata sememangnya enjoy apabila mendapat peluang bermain air. Hotel ini juga menyediakan lif untuk memudahkan anda ke bilik penginapan. 
 
Sea Lion Firefly Concept Hotel terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda. Please do take note bahawa pemandangan kelip-kelip di bilik ditawarkan di semua bilik KECUALI bilik jenis single dan standard.  


Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor
Sea Lion Firefly Concept Hotel, Kuala Selangor (foto:Agoda)

Sekinchan pun tak kurang hebatnya... tak jauh pun!


3. De Palma Hotel Kuala Selangor

Jika anda lebih sukakan penginapan berkonsep chalet, De Palma Hotel menyediakan penginapan selesa berdekatan alam semulajadi untuk percutian yang menarik bersama anak-anak di Kuala Selangor. Walaupun rupa paras luar bilik mungkin kelihatan tidak begitu gah, kerja-kerja refurbishment terhadap interior penginapan yang menawarkan 48 chalet dan 12 villa ini rata-rata berjaya menggembirakan tetamu yang berkunjung.

Selain penginapan yang selesa, anak-anak pastinya seronok bermain di kawasan swimming pool yang dilengkapi slide khas untuk mereka. Walaupun slide yang disediakan mungkin ringkas, namun kemudahan seperti ini sentiasa menjadi highlight di kalangan kanak-kanak setiap kali bercuti. Selain swimming pool, anak-anak yang sentiasa aktif dapat berlari atau menunggang basikal sewa sambil meneroka kawasan resort yang luas.

Apa yang lebih menarik ialah hotel ini turut memberi peluang merasai pengalaman menunggang kuda - satu aktiviti yang tidak banyak terdapat di hotel-hotel lain. Aktiviti-aktiviti begini sudah tentu mampu menambah keceriaan anak-anak ketika bercuti bersama keluarga.

De Palma Hotel Kuala Selangor terbuka untuk tempahan melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jika merancang untuk ke sini, jangan lupa menyemak harga hotel menarik ini untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian anda nanti.

Nota: De Palma Hotel Kuala Selangor turut menjadi destinasi team building dan family day. Oleh itu, ia mungkin bukan destinasi yang sesuai jika anda lebih sukakan tempat penginapan yang agak jauh dari aktiviti-aktiviti kumpulan. Namun, jika ianya tidak menjadi masalah, De Palma Hotel mampu menjadi port menarik untuk penginapan anda di Kuala Selangor. Bak kata orang, the more the merrier!

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor
De Palma Hotel, Kuala Selangor (foto: Expedia.com)


Mencari penginapan menarik di Sekinchan?


4. The Cabin

Jika Sekinchan mempunyai Padi Box dan Farmville Homestay & Cafe, Kuala Selangor pula menawarkan The Cabin sebagai pilihan mereka yang ingin merasai suasana penginapan di dalam kontena.

Menyediakan pilihan bilik untuk dua, empat malahan enam orang tetamu The Kabin sesuai untuk anda yang berkunjung bersama anak-anak. Bukan sahaja bilik-bilik unik yang fiperbuat daripada kontena, malahan di sini juga disediakan kolam renang untuk anda sekeluarga meluangkan masa bersama-sama terutamanya ketika cuaca agak panas.

Selain kolam renang, masih banyak kemudahan lain yang disediakan untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak. Jika mahu, anda boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di kawasan sekitar, ataupun mengadakan sesi barbeque pada harga tambahan. Playground ringkas turut disediakan khas untuk kanak-kanak selain multipurpose court dan games room sesuai untuk anda berhibur bersama-sama.

Jika ke sini, jangan melepaskan peluang menyaksikan pemandangan indah sunset di Pantai Remis yang terletak berhampiran. Walaupun tidak sesuai untuk bermandi-manda, Pantai Remis tetap menawarkan lokasi menarik untuk anda membawa anak-anak menikmati suasana pantai sambil bermain layang-layang dan belon sabun.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Kabin, anda boleh klik di sini atau hubungi talian 017-924 7800 / 03-3264 7800.

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor

Hotel menarik di Kuala Selangor
The Kabin, Kuala Selangor (foto:thekabin.com.my)




1 ulasan: