Hotel menarik mesra kanak-kanak di Kota Kinabalu untuk percutian keluarga yang awesome!

Sebenarnya, terdapat banyak resort dan hotel menarik sesuai untuk percutian keluarga jika anda ke Sabah. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, hotel-hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk menarik para tetamu. Di bawah, saya senaraikan beberapa hotel menarik di Kota Kinabalu yang menyediakan kemudahan mahupun aktiviti khas untuk kanak-kanak.


(Sumber foto: agoda, booking.com dan expedia)

1. Shangri-La Rasa Ria 

Salah satu daripada dua rangkaian hotel Shangri-La yang terdapat di Kota Kinabalu, Shangri-La Rasa Ria menyediakan pelbagai aktiviti bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak, malah seluruh keluarga. Hotel menarik ini terletak di Pantai Dalit Beach, Tuaran kira-kira 32km atau lebih kurang 45 minit perjalanan kereta ke bandar Kota Kinabalu.

Kids Club di Shangri-La Rasa Ria menyediakan pelbagai aktiviti harian berjadual yang menarik untuk kanak-kanak. Kebanyakan aktiviti yang disediakan adalah percuma, kecuali beberapa yang memerlukan material tambahan seperti batik painting. Bangunan khas Kid's Club ini bersih, luas, selesa dan dilengkapi pelbagai permainan, bilik menonton televisyen, bilik aktiviti dan tandas kanak-kanak. Ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak mereka di sini di bawah pengawasan staf professional yang memantau setiap kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Aktiviti yang dijadualkan pula tidaklah terhad kepada indoor activity, malahan, kadang-kadang kanak-kanak ini akan dibawa keluar untuk outdoor activity seperti bermain layang-layang, mengutip cangkerang dan bermain di swimming pool.

Bercakap mengenai swimming pool, Shangri-La Rasa Ria juga menyediakan slide untuk kanak-kanak di kolam renangnya.. Sementara anak-anak berseronok di kelab khas ini, ibu bapa boleh menyertai aktiviti-aktiviti lain yang banyak disediakan di sini, termasuk padang golf Dalit Bay Golf and Country Club khas untuk penggemar sukan golf.

Bilik penginapan juga bersih dan selesa. Sebahagian unit menawarkan connecting room untuk keluarga yang lebih besar. Jika anda memerlukan katil tambahan untuk anak-anak, pihak resort boleh menukarkan daybed di bilik menjadi katil yang boleh memuatkan dua kanak-kanak.

Disebabkan lokasinya yang agak jauh dari bandar Kota Kinabalu, Shangri-La Rasa Ria sesuai sebagai penginapan jika anda memang mahu meluangkan masa berehat di resort, namun kurang sesuai jika anda ingin banyak bersiar-siar di sekitar Kota Kinabalu. Lihat harga terbaik Shangri-La Rasa Ria di AGODABOOKING.COM atau EXPEDIA.
Nota: Orang utan di Shangri-La Rasa Ria Nature Reserve kini telah dipindahkan ke Sepilok, oleh itu, sudah tiada lagi aktiviti Orang Utan Ranger di sini (baca pengalaman kami di sini). Walaubagaimanapun, pihak resort masih menyediakan aktiviti-aktiviti lain di kawasan Shangri-La Nature Reserve yang boleh disertai para tetamu.

Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu
Hotel menarik untuk anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel menarik untuk anak-anak di Kota Kinabalu
Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu

2. Shangri-La Tanjung Aru

Hotel menarik ini adalah satu lagi rangkaian hotel Shangri-La di Kota Kinabalu. Tidak seperti Shangri-La Rasa Ria, Shangri-La Tanjung Aru terletak berdekatan dengan bandar iaitu hanya lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu. 

Kids club juga disediakan di sini dengan aktiviti harian yang dirancang khas untuk kanak-kanak. Bukan itu sahaja, Shangri-La Tanjung Aru juga menyediakan mini waterpark yang pastinya menjadi tarikan untuk kanak-kanak.

Bilik bersambung atau connecting room disediakan untuk kemudahan keluarga yang bercuti bersama anak-anak. Jika lebih suka berkongsi bilik, tetamu juga boleh meminta katil tambahan dari pihak hotel.

Disebabkan lokasinya yang tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu, food hunting juga lebih mudah jika anda memilih untuk tidak makan di restoran yang disediakan di dalam resort ini.

Mana satu pilihan yang lebih baik - Shangri-La Rasa Ria atau Shangri-La Tanjung Aru? Sebenarnya terpulang pada apa yang anda inginkan. Rata-rata, kedua-dua hotel menarik ini menawarkan pelbagai aktiviti kanak-kanak, menjadikan kedua-duanya mesra kanak-kanak dan keluarga. Namun, jika anda mahukan percutian yang lebih dekat dengan alam semulajadi dan pantai yang indah, Shangri-La Rasa Ria lebih sesuai untuk percutian keluarga anda (Shangri-La Tanjung Aru juga mempunyai pantai, namun mungkin kerana lokasi yang lebih jauh dari bandar, pantai di Shangri-La Rasa Ria dikatakan lebih indah). Jika anda lebih mementingkan lokasi yang lebih dekat dengan bandar, sudah tentu Shangri-La Tanjung Aru lebih sesuai. Lihat harga terbaik Shangri-La Tanjung Aru di  AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.


Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu


Hotel menarik untuk anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel menarik untuk anak-anak di Kota Kinabalu
Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu

3. Nexus Karambunai Resort 

Terletak kira-kira 30km dari bandar Kota Kinabalu dan tidak jauh dari Shangri-La Rasa Ria, Nexus Karambunai Resort adalah salah satu resort menarik yang menawarkan penginapan untuk percutian keluarga selain kemudahan khas untuk tetamu kanak-kanak.

Dikelilingi keindahan alam semulajadi, hotel menarik ini menawarkan pilihan bilik bersambung atau connecting room untuk kelselesaan para tetamu yang bercuti bersama keluarga.

Untuk tetamu kanak-kanak, kelab kanak-kanak yang dinamakan Nexie Club menyediakan pelbagai supervised activity untuk tetamu berumur 4 hingga 11 tahun. Bayaran tambahan dikenakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dijadualkan ini. 

Sementara anak-anak meluangkan masa di kelab khas tersebut, ibu bapa boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti tiga buah kolam renang dan aktiviti riadah seperti gelanggang tennis dan skuasy. Selain itu, Nexus Karambunai juga terkenal dengan padang golf untuk peminat golf.

Memandangkan lokasi resort ini yang agak jauh dari bandar, pihak hotel juga menyediakan 8 restoran sebagai kemudahan tetamu menjamu selera. Lihat harga terbaik Nexus Karambunai Resort and Spa di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.

Nota: Lebih kurang 2 km dari resort ini, terdapat apartment suite dan villa percutian yang juga boleh disewa. Apartment suite dan villa ini dahulunya adalah di bawah pengurusan yang sama dengan Nexus Karambunai Resort, namun kini diletakkan di bawah pengurusan berbeza. Jika berminat, anda boleh menyemak harga suite dan villa tersebut di sini tiga site terbaik Agoda, Booking.com dan Expedia.


Hotel menarik untuk anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel menarik untuk anak-anak di Kota Kinabalu
Nexus Karambunai Resort, Kota Kinabalu



4. Sutera Harbour
Terletak di pinggiran pantai Kota Kinabalu, Sutera Harbour adalah salah satu resort pilihan untuk penggemar sukan golf di ibu negeri Sabah ini.

Hotel menarik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Magellan Sutera dan Pacific Sutera. Kedua-dua bahagian ini terletak tidak jauh dari satu sama lain, malah berkongsi kemudahan yang boleh dimanfaatkan bersama. Walaupun kedua-duanya bertaraf lima bintang, Pacific Sutera menawarkan kemudahan yang lebih berkonsepkan hotel manakala Magellan Sutera pula berkonsepkan resort. 

Secara amnya, konsep hotel lebih memberi tumpuan pada accomodation dan meal, sementara konsep resort memberi lebih tumpuan pada kemudahan-kemudahan khusus untuk relaks, bersantai dan berekreasi selain tempat penginapan.

Bilik famili disediakan di Pacific Sutera dan dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz king dan dua katil single. Dua jenis katil ini dibahagikan kepada dua bahagian dan dipisahkan oleh sliding partition.

Khas untuk tetamu kanak-kanak, kid's club yang dipanggil Little Magellan disediakan di Magellan Sutera. Pelbagai aktiviti harian dijadualkan untuk kanak-kanak berumur 3 ke 12 tahun meluangkan masa di sini. Selain kelab istimewa ini, children's playground juga disediakan dan swimming pool juga dilengkapi slide yang sudah tentu menjadi tarikan si kecil. Tidak cukup dengan itu, movie theatre dan bowling alley ditawarkan sesuai untuk hiburan keluarga. 

Selain sesuai sebagai hotel dan resort mesra kanak-kanak dan keluarga, marina di Sutera Harbour juga menjadi tarikan peminat kapal layar atau yacht. Untuk yang bercadang menaiki keretapi stim North Borneo Railway, Sutera Harbour boleh mengaturkan kenderaan ke stesen keretapi (baca pengalaman North Borneo Railway di sini). 

Lokasi yang dekat dengan bandar juga memudahkan jika anda ingin menjamu selera di sekitar Kota Kinbalu. Lihat harga terbaik:



Hotel menarik untuk anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu

Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu
Sutera Harbour, Kota Kinabalu


5. Gaya Island Resort

Kepada yang ingin membawa anak-anak bercuti dan dalam masa yang sama ingin penginapan yang membolehkan anda menikmati keindahan pulau di Kota Kinabalu, Gaya Island Resort adalah pilihan hotel menarik yang sesuai untuk anda. Terletak di Pulau Gaya, iaitu salah satu daripada lima pulau dalam senarai Tunku Abdul Rahman Marine Park, perjalanan menaiki bot ke pulau ini mengambil masa kira-kira 15 minit dari jeti Gaya Island Resort yang terletak di Sutera Harbour Marina.

Penginapan di Gaya Island Resort di pinggir pulau dan di kelilingi keaslian hutan hujan tropika sudah pasti memberi pengalaman yang menarik dan istimewa kepada para pencinta alam. Hotel menarik ini menawarkan empat jenis penginapan villa mewah. Untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak dan memerlukan penginapan yang lebih luas, Canopy Villa dan Kinabalu Villa menawarkan bilik bersambung manakala Suria Suite menawarkan penginapan dua bilik untuk keselesaan.

Khas untuk kanak-kanak, Gaya Island Resort menyediakan Kuri-kuri Kids Club untuk mengisi masa mereka di sini. Kuri-kuri membawa maksud 'main' di dalam bahasa Bajau, sesuai dengan aktiviti kanak-kanak yang semestinya berfokus pada keseronokan. Kelab ini terbuka pada kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Bayaran tambahan dikenakan untuk menyertai aktiviti di Kuri-kuri Club. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM120++ untuk program separuh hari untuk setiap kanak-kanak. Bayaran ini termasuk material dan meal sepanjang program.

Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan di hotel menarik ini adalah seperti snorkeling, diving, memancing, nature walk dan kelas-kelas seperti kelas senaman Yahai Pupuan dan kraftangan tempatan.

Beberapa pilihan untuk menjamu selera turut disediakan di pulau ini. Tiada kedai di pulau ini. Oleh itu, pastikan anda membawa cukup bekalan termasuk snek terutamanya jika anak-anak turut serta dalam percutian anda.

Selain kemudahan tempat penginapan, hotel menarik di Pulau Gaya ini juga merupakan sebuah marine centre. Pulau Gaya Resort Marine Centre adalah sebuah pusat konservasi hidupan laut terutamanya penyu dan terumbu karang. Disebabkan usaha-usaha konservasi di sini, aktiviti manusia di kekalkan di tahap minima untuk memastikan keaslian alam semulajadinya terpelihara. Lihat harga terbaik Gaya Island Resort di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.

Nota: Caj tambahan juga dikenakan untuk kemudahan bot ke resort ini selain conservation fee berdasarkan bilangan tetamu dan hari penginapan yang dikenakan oleh Sabah Park.


Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu
Hotel best cuti dengan anak-anak di Kota Kinabalu
Gaya Island Resort, Kota Kinabalu





Tiada ulasan:

Catat Ulasan