Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah |
Bertolak
Walaupun kami berada di Kota Kinabalu beberapa hari lebih awal, kami sengaja mengatur untuk mengambil kereta sewa hanya pada hari kami akan ke Kundasang. Sebaik selesai urusan mengambil kereta, kami tidak membuang masa dan terus bertolak ke tarikan ini yang menjadi stop kami on the way ke Kinabalu Pines Resort. Sesampainya kami di sini, kami mendapati sudah agak ramai pengunjung yang beratur untuk membeli tiket masuk ke Rumah Terbalik ini. Baik dewasa baik kanak-kanak, masing masing kelihatan tidak excited untuk melihat apa yang ada di dalam rumah dalam keadaan terbalik ini.
Jika anda ingin ke sini, anda boleh klik di sini untuk melihat latest pricing ke Rumah Terbalik Tamparuli dan 3D Wonders Musuem. 3D Wonders Musuem adalah sebuah 3D art gallery yang dibina di dalam compound yang sama dengan Rumah Terbalik.
Tiket
Harga tiket ke Rumah Terbalik adalah RM10 untuk warganegara Malaysia dan RM18 untuk bukan warganegara Malaysia. Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM5 manakala kanak-kanak di bawah umur 3 tahun masuk percuma. Waktu operasi adalah dari 8 pagi hingga 10 malam.

Setelah membeli tiket, kami sempat bersiar-siar dahulu dan mengambil gambar di persekitaran rumah sebelum sampai giliran masuk ke dalam. Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah. Jumlah pengunjung yang dibenarkan berada di dalam rumah juga dihadkan. Oleh itu, jika kebetulan pengunjung agak ramai, anda mungkin perlu menunggu giliran untuk ke dalam.
Rumah yang Terbalik
Kereta dalam keadaan terbalik di halaman rumah |
Apa pendapat kami tentang tarikan ini? Walaupun anak-anak enjoy melihat kelainan di sini, secara peribadi, kami merasakan tarikan ini biasa-biasa sahaja. Yang kami lihat hanyalah sebuah rumah ringkas dengan perkakasan yang diterbalikkan. Pengunjung juga rata-rata tidak meluangkan masa yang lama di dalam rumah ini.
Kami sempat solat di Rumah Terbalik ini sebelum meneruskan perjalanan. Bilik solat yang selesa ada disediakan. Jika anda mahu, anda boleh menjamu selera di Mango Restaurant yang terletak bersebelahan dengan Rumah Terbalik. Kami sempat mengalas perut resoran yang menyediakan hidangan halal ini. Bagi kami, rasa makanan di sini enak, namun, harganya mungkin sedikit mahal.
Lagi yang menarik...
Kota Kinabalu
Hotel
1. Pilihan kids friendly hotel di Kota Kinabalu
2. Pilihan hotel mesra poket di Kota Kinabalu
3. Catatan penginapan di Shangri-La Rasa Ria
4. Catatan penginapan di Hotel Sixty3
Tempat menarik
1. Mari-Mari Cultural Village
2. Keretapi stim North Borneo Railway
3. Rumah terbalik Tamparuli
Kundasang-Ranau

Tiada ulasan:
Catat Ulasan