(photo: babycentre.co.uk) |
Hyperemesis Gravidarum bukan sekadar morning sickness atau alahan mengandung biasa. Itulah hakikatnya. Bagi ibu-ibu yang pernah melaluinya, saya pasti, mereka sangat memahami kepayahan dan ujian melalui saat penantian ini.
Hyperemesis
Gravidarum adalah alahan mengandung atau mual dan muntah semasa kehamilan yang
keterlaluan dengan frekuensi dan gejala yang jauh lebih teruk berbanding
morning sickness biasa. Walaupun sehingga 70-80% ibu hamil dianggarkan
mengalami gejala mornng sickness, hanya 0.5-2% ibu mengandung dipercayai
menderitai gejala hyperemesis gravidarum. Ini menunjukkan morning sickness dan
hyperemesis gravidarum adalah dua keadaan yang berbeza.
Mual yang tak berkesudahan, muntah sehingga 20-30 kali sehari, langsung tidak boleh makan dan minum walau sehirup air. Seteguk air sahaja, hasilnya akan muntah 5 hingga enam kali, almost immediately. Segala petua dicuba namun tidak ada yang pernah berhasil. Makanan dan minuman yang masuk, hanya bertahan beberapa saat sahaja. Jika air sejuk yang diminum, kedinginan air masih boleh terasa saat ia keluar semula.
Soalan biasa yang diterima, "kalau macam tu, apa yang keluar?"- jawabnya, semua makanan dan minuman, kalau masih ada dalam perut. Habis itu semua, muntah bertukar menjadi hijau... hempedu, dan boleh terasa pahitnya di lidah. Kemudian.... darah, boleh kelihatan muntah bertukar warna dan terasa hanyir darah di dalam mulut. Peritnya kerongkong sepanjang masa... terasa seperti dihakis-hakis oleh acid perut.
Itulah secara ringkas apa yang saya alami setiap kali hamil, dan pengalaman itu bertambah teruk dengan setiap kehamilan. Hinggakan pada kehamilan yang ke-4, ubat yang diberi oleh doktor ketika di wad (ubat diberi melalui salur darah) langsung tidak membantu. Air yang dimasukkan melalui salur darah menjadi talian hayat sepanjang tempoh itu. Keadaan itu dirumitkan apabila pada masa yang sama, doktor mengesan extensive darahbeku di dalam salur darah yang dipanggil deep vein thrombosis. Tiada faktor risiko lain yang dikesan untuk saya mendapat DVT kecuali kehamilan. Menurut doktor, mereka berpendapat dehidrasi yang melampau ketika itu turut menyumbang kepada komplikasi ini.
Entri ini
sebenarnya tidak bertujuan untuk memberitahu gejala-gejala, kesan, ubat-ubatan
atau rawatan hypermesis gravidarum. Doktor anda lebih layak untuk memberitahu
anda semua itu. Catatan di atas hanyalah catatan ringkas pengalaman
peribadi sewaktu melalui saat-saat hyperemesis gravidarum. Setelah 4 kali hamil
dengan kesemuanya terpaksa melalui gejala hyperemesis gravidarum, di sini, saya
berkongsi sedikit langkah-langkah dan tips-tips daripada mereka yang pernah
mengalaminya, yang saya rasakan praktikal untuk bakal-bakal ibu mahupun
keluarga terdekat dalam membina kekuatan di saat-saat ini.
1. Join support group
Hyperemesis
gravidarum berupaya merampas kegembiraan anda dan pasangan dalam menantikan
saat kelahiran cahayamata. Bukan sahaja bakal ibu yang menderita, bahkan
pasangan dan anak-anak juga sama-sama terkesan dengan keadaan yang dikatakan
menyamai keadaan kesan chemotherapy ini. Untuk melalui saat-saat ini, adalah
amat membantu sekiranya anda mempunyai support group yang terdiri daripada
mereka yang memahami dan tak kurang yang pernah atau sedang mengalami keadaan
ini. Saya tidak pasti jika ada support group di Malaysia untuk keadaan ini,
namun, di zaman dunia tanpa batas ini, anda sentiasa boleh mencari support
group secara online. Satu site yang saya rasakan banyak membantu ialah HER foundation.
Jikapun
anda sendiri terlalu lemah untuk berinteraksi, support group dapat membantu
pasangan dan keluarga memahami keadaan anda dan sekaligus membantu anda sekurang-kurangnya
dari segi moral untuk melalui saat ini. Mengetahui kisah dan pengalaman mereka
yang lain serba-sedikit dapat membuatkan anda tidak berasa keseorangan dalam
menghadapinya. Secara peribadi, mengetahui pengalaman orang lain memberi
kekuatan kepada saya. Sebagai contoh, apabila mengetahui kisah seorang ibu yang
telah melaluinya sebanyak 8 kali membuatkan saya berfikir, "kalau dia
boleh lakukan, saya juga akan cuba bertahan untuk anak ini".
Selain itu, ahli di dalam support group seperti ini juga seringkali berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan gejala yang dialami. Menerusi perkongsian mereka juga saya mengetahui tentang adanya wrist band yang dikatakan mampu membantu sesetengah ibu. Ingin juga saya mencuba namun ketika itu saya tidak dapat mencari di mana boleh dapatkan band yang dikatakan di Malaysia. Hanya selepas gejala hyperemesis gravidarum ini berkurangan barulah saya menjumpai wrist band yang dikatakan dapat membantu sesetengah ibu itu di Lazada. Saya tidak pasti sejauh mana ia dapat membantu, namun, dalam keadaan tersebut, saya pasti kebanyakan ibu sanggup untuk mencuba apa sahaja untuk mengurangkan gejala yang dialami selagi ia tidak membawa bahaya kepada bayi.
Selain itu, ahli di dalam support group seperti ini juga seringkali berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil dalam mengurangkan gejala yang dialami. Menerusi perkongsian mereka juga saya mengetahui tentang adanya wrist band yang dikatakan mampu membantu sesetengah ibu. Ingin juga saya mencuba namun ketika itu saya tidak dapat mencari di mana boleh dapatkan band yang dikatakan di Malaysia. Hanya selepas gejala hyperemesis gravidarum ini berkurangan barulah saya menjumpai wrist band yang dikatakan dapat membantu sesetengah ibu itu di Lazada. Saya tidak pasti sejauh mana ia dapat membantu, namun, dalam keadaan tersebut, saya pasti kebanyakan ibu sanggup untuk mencuba apa sahaja untuk mengurangkan gejala yang dialami selagi ia tidak membawa bahaya kepada bayi.
2. Buat perancangan awal
Bagi
mereka yang sudah dapat mengagak dan mengetahui bahawa diri mereka amat
cenderung untuk keadaan ini, perancangan awal dapat membantu mengatur kehidupan
keluarga dan anak-anak. Sebagai contoh, rancang kehamilan anda. Seawal anda
mengetahui anda hamil (dan keadaan anda masih tidak terlalu teruk), stokkan
barang-barang keperluan harian agar anda tidak perlu keluar membeli-belah
apabila hyperemesis gravidarum terjadi. Seorang ibu pernah berkongsi pengalaman
di mana, sebelum episod muntah bermula, dia telah memasak dalam kuantiti yang
banyak dan meletakkan masakannya di dalam bekas-bekas kecil dan disejuk
bekukan. Ketika mengalami hyperemesis gravidarum, jika dia sudah terlalu lemah
untuk memasak atau membeli makanan (dan tiada orang lain yang dapat mmbantu),
dia akan mengeluarkan bekas yang disejuk bekukan dan dipanaskan di dalam
microwave. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, makan minum anak-anak masih terjaga.
3. Elakkan trigger
Sesetengah
ibu tahu apakah keadaan yang boleh membuatkan keadaan mereka bertambah
teruk. Elakkan trigger ini semampu yang boleh. Walaubagaimanapun, secara
peribadi, ketika mengalami keadaan ini, terlalu banyak keadaan yang membuatkan
keadaan saya menjadi bertambah teruk - masakan, bunyi bising, malah bergerak
dan memusingkan badan juga membuatkan saya berasa terlalu loya. Oleh itu, saya
berusaha untuk mengurangkan trigger dengan cara menutup pintu/tingkap jika
terbau masakan. Secara terus-terang, tindakan tersebut tidak banyak membantu
saya, namun, melalui pengalaman ibu-ibu yang lain, sesetengah mereka berjaya
mengelakkan trigger dan ini sedikit-sebanyak membantu mereka menghadapi situasi
ini.
4. Dapatkan bantuan
(photo: pregnancysicknesssupport.org.uk) |
Bantuan
daripada keluarga, sahabat terdekat dan jiran tetangga amat penting ketika
keadaan ini berlaku. Jangan segan untuk meminta bantuan. Anda boleh meminta
mereka menjaga anak-anak anda untuk beberapa jam supaya anda dapat rehat dengan
lebih baik. Walaupun hanya beberapa jam, percayalah, ia amat bermakna.
Di
samping itu, anda juga boleh mengupah pekerja sambilan atau part time maid
untuk membersihkan rumah (jika tidak mempunyai pembantu). Jika perlu, aturkan
khidmat penghantaran makanan ke rumah melalui perkhidmatan seperti PappaDelivery untuk
anak-anak dan suami supaya anda tidak perlu ke pasar dan ke dapur sewaktu
menghadapi keadaan ini (kebanyakan ibu yang mengalami hyperemesis gravidarum
tidak mampu memasak seperti biasa samada kerana terlalu lemah atau bau masakan
itu sendiri boleh membuatkan keadaan mereka bertambah teruk). Alhamdulillah kini sudah banyak khidmat penghantaran makanan begini ditawarkan.
Alhamdulillah,
saya bersyukur kerana ketika mengalami keadaan ini, saya telah mendapat support
dan bantuan yang tak ternilai daripada ahli keluarga dan sahabat handai.
Bantuan yang saya perolehi banyak memberi kesabaran dan kekuatan untuk saya
menghadapi gejala hyperemesis gravidarum.
5. Abaikan mereka
Malangnya,
ada segelintir masyarakat yang kurang prihatin dengan penderitaan yang dialami
ibu-ibu dengan gejala hyperemesis gravidarum ini. "Biasala tu, dah nama
pun mengandung" , "Hmmm... orang lain pun mengandung jugak, taklah
macam tu". Once a while, ibu-ibu ini akan mendengar kata-kata sinis
seperti ini.
Apa yang
boleh dilakukan? Abaikan mereka. Tak berbaloi untuk berkecil hati dengan
golongan yang segelintir ini sedangkan ramai lagi yang prihatin di sekitar
anda.
6. Kurangkan rasa malu dan bersalah
Ramai ibu
yang mengalami gejala hyperemesis gravidarum berasa bersalah dengan keadaan
yang dialami. Manakan taknya, keluarga tidak dapat diuruskan seperti
sebelumnya, tugasan di tempat kerja terbengkalai, dan terutamanya bagi mereka
yang biasa berdikari, terpaksa bergantung harap pada bantuan orang sekeliling
akan membuatkan ibu-ibu ini malu kerana merasa diri terlalu membebani dan
menyusahkan keluarga dan sahabat-handai.
Untuk
ibu-ibu yang mengalami keadaan ini, buangkan atau sekurang-kurangnya
minimizekan rasa bersalah itu. Rasa bersalah hanya membuatkan anda berasa
semakin miserable. Tambahan pula, rasa bersalah ini juga kadang-kadang akan
membuatkan anda mengelak daripada mendapatkan rawatan walaupun anda benar-benar
memerlukan. Ini hanya akan membuatkan keadaan anda bertambah teruk.
Tahukah anda? Charlotte Bronte, seorang novelis terkenal berbangsa Inggeris, meninggal dunia pada tahun 1855 dipercayai akibat hyperemesis gravidarum ketika hamil anak pertama.
Ketika
melalui gejala ini, saya sendiri berasa malu untuk keluar masuk hospital. Saya
hanya berada di rumah beberapa hari sebelum keadaan melarat semula. Disebabkan
itu, kadang-kadang saya cuba bertahan di rumah. Namun, setelah beberapa kali
tekanan darah didapati rendah, electrolyte di dalam badan didapati tidak
seimbang dan yang terakhir, sebelah kaki membengkak dan didapati mempunyai deep
vein thrombosis, saya terpaksa mengalah dan mengikis rasa malu tak bertempat
itu. Saya learn the hard way, dan berharap anda tidak melakukan perkara yang
sama. Doktor anda hanya akan mengeluarkan sijil cuti sakit jika dia merasakan
anda layak mendapatnya. Jangan rasa bersalah untuk berehat. Anda memerlukannya.
Jika perlu, anda mungkin boleh monitor tahap ketone di rumah untuk mengetahui jika anda terlalu dehydrated dan perlu mendapatkan bantuan. Ketone strip boleh didapati di farmasi atau anda boleh mendapatkannya secara online seperti di Lazada.
7. Ada
kegembiraan menanti
Sooner or
later, keadaan yang sedang anda lalui ini akan berakhir. Di saat anda menatap
wajah bayi anda, pengalaman yang sedang anda lalui akan hanyalah tinggal
kenangan, dan anda akan bersyukur kerana tabah menghadapinya.
(photo: healthimpactnews.com) |
Sesetengah ibu membeli home doppler untuk mendengar denyutan bayi sekaligus memberi kekuatan dan mengingatkan mereka tentang kegembiraan di penghujung ujian ini. Jika anda memilih untuk mendapatkan alatan seperti ini, kini ia boleh didapati dengan pelbagai pilihan secara online. Namun, alatan seperti ini juga mempunyai limitation, iaitu ia hanya sesuai jika simptom yang dialami berlarutan melepasi trimester pertama kerana ia tidak dapat mengesan degupan jantung bayi jika anda masih di peringkat awal kehamilan. Kebanyakan pengeluar menyarankan penggunaan mesin ini pada umur kandungan 12 minggu ke atas.
Saya
selalu megingatkan diri, walaupun keadaan yang dilalui ini dikatakan menyamai
pesakit yang melaui chemotherapy, sekurang-kurangnya, ada kegembiraan yang
boleh saya nantikan di akhir penderitaan ini.
8. Doa, doa, dan doa
Walaupun
saya letakkan yang paling akhir, namun, ia adalah yang paling penting anda
lakukan ketika mengahadapi keadaan ini. Jangan putus berdoa, jangan tinggalkan
solat walaupun anda memang amat lemah dan banyakkan istighfar. Saya pasti, anda
sudah maklum tentang ini, namun, sebagai manusia, kita sentiasa memerlukan
peringatan, terutama dalam keadaan lemah dan tertekan.
Allah yang meletakkan kita dalam keadaan ini dan hanya Dia yang mampu
mengeluarkan kita daripadanya juga. Apa yang kita lakukan hanyalah usaha, dan
segalanya berlaku hanya dengan kehendak-Nya.
Tahukah anda? 15 May adalah Hyperemesis Gravidarum World Awarenss Day. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang gejala ini di samping salah satu cara fund raising untuk menggalakkan lebih banyak kajian tentang keadaan ini dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan