Hotel menarik, murah dan selesa di Kota Kinabalu untuk percutian keluarga - poket selamat, keluarga ceria!

Mencari hotel yang menarik dan selesa namun mesra poket untuk percutian keluarga ke Kota Kinabalu? Kota Kinabalu sememangnya adalah salah satu tempat percutian favourite ramai rakyat Malaysia. Disebabkan itu, Kota Kinabalu menawarkan banyak pilihan hotel untuk menampung bilangan pengunjung yang datang saban tahun.

Tak perlu susah-susah mencari lagi. Di bawah disenaraikan beberapa pilihan hotel di Kota Kinabalu untuk percutian bersama anak-anak. Hotel-hotel ini menawarkan:
  • Bilik famili atau connecting room untuk keselesaan mereka yang bercuti bersama keluarga
  • Kebersihan dan keselesaan yang baik untuk rehat yang baik.
  • Harga berpatutan sudah tentu perlu diambilkira!  
  • Lokasi berdekatan dengan tempat menarik di bandar Kota Kinabalu.

Kesimpulannya, hotel-hotel tersebut mestilah mesra keluarga, selesa, mempunyai lokasi strategik dan menawarkan harga yang berpatutan.

NOTA: Complimentary parking TIDAK disediakan di semua hotel bajet dalam senarai di atas. Oleh itu, anda perlu meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan awam atau private parking berdekatan. Pastikan anda membeli kupon meletak kenderaan jika meletak kenderaan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Kota Kinabalu untuk mengelakkan disaman.

(Sumber foto: agoda, booking.com dan expedia)


1. Hotel Eden54

Terletak di Jalan Gaya, Hotel Eden54 menawarkan family room dengan pilihan 2 katil Queen atau 1 Queen dan 1 single. Di samping family room, Hotel Eden54 juga menyediakan connecting room.

Lokasinya yang tidak jauh dari Jesselton Point memberi kelebihan kepada hotel ini. Anda boleh berjalan kaki untuk mendapatkan feri ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu. Selain itu, lokasinya yang juga terletak tidak jauh daripada supermarket dan Suria Sabah Shopping Mall memudahkan anda untuk mendapatkan barang keperluan.

Lokasi yang central juga memudahkan anda mencari tempat makan yang berdekatan. Disamping itu, Sabah Tourism Board juga terletak tidak jauh dari Hotel Eden54 memudahkan anda mendapatkan info untuk percutian di sana.

Hotel Eden54 terbuka untuk tempahan melalui laman web mereka dan juga platform seperti Agoda dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda menyemak harga hotel ini di laman-laman ini untuk memastikan tawaran terbaik semasa percutian anda. 

Nota: Hotel ini TIDAK menyediakan lift.


Hotel menarik Kota Kinabalu
Hotel Eden54, Kota Kinabalu


2. Little Gaya Hotel

Hotel kecil yang menawarkan hanya 14 bilik, Little Gaya Hotel terletak di deretan shoplot tidak jauh daripada Jesselton Point. Seperti juga Hotel Eden54, Little Gaya terletak berdekatan dengan Suria Sabah Shopping Mall, kedai, cafe dan bakeri.

Pilihan bilik Gaya Suite dilengkapi 1 katil king dan sofa bed sesuai dijadikan sebagai family room. Seperti juga Hotel Eden54, Little Gaya tidak menyediakan lift. Oleh itu, anda perlu mengangkat luggage ke tingkat atas.

Little Gaya Hotel boleh ditempah secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga di laman-laman ini untuk tawaran terbaik semasa percutian yang akan datang.


Nota: sesetengah tetamu mungkin merasakan bilik air di Litlle Gaya Hotel kurang privasi memandangkan ia hanya dihalang oleh frosted glass. Hotel ini juga TIDAK menyediakan lift. 




Hotel menarik Kota Kinabalu
Little Gaya Hotel, Kota Kinabalu



3. 1City Hotel

Juga terletak di deretan shoplot, 1City Hotel adalah salah sebuah hotel bajet yang sesuai untuk percutian keluarga di Kota Kinabalu. Lokasi 1City Hotel terletak tidak jauh daripada Filipino market, jadi, jika anda berhasrat untuk membeli-belah di sini, hotel bajet ini boleh dipertimbangkan. Selain itu, lokasinya yang central juga memudahkan untuk mencari tempat makan dan mendapatkan barang keperluan di kedai berdekatan.

Dari luar, bangunan 1City Hotel mungkin kelihatan agak usang, namun rata-rata pengunjung berpuashati dengan bilik yang ditawarkan. Sudah tentu ia tidak mewah seperti hotel Le Meridien atau Hyatt Regency yang terletak tidak jauh dari tempat ini, namun ramai pengunjung merasakan bilik yang ditawarkan berbaloi. Family room dilengkapi samada dengan 1 katil Queen dan 1 katil single atau 1 katil King dan 1 katil single.

1City Hotel terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka dan juga melalui Agoda, booking.com  dan Expedia. Jika ingin membawa keluarga menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga 1City Hotel di laman-laman ini untuk tawaran terbaik pada tarikh percutian anda yang akan datang.

Nota: Kemudahan lift DISEDIAKAN di hotel ini.

Hotel menarik Kota Kinabalu
Family room di 1City Hotel, Kota Kinabalu



4. Dreamtel Hotel

Lokasi Dreamtel Hotel yang central adalah plus point untuk anda merancang ke tempat-tempat menarik di bandar Kota Kinabalu. Lokasi yang baik juga sudah tentu memudahkan anda mencari tempat makan di samping mendapatkan barang keperluan di kedai berdekatan.

Dreamtel Hotel Kota Kinabalu menawarkan bilik triple yang sesuai untuk penginapan keluarga. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil double bed dan 1 katil single. Anda boleh memilih samada mahukan bilik Standard (tidak mempunyai tingkap) atau Deluxe (mempunyai tingkap). Selain itu, hotel ini juga menyediakan pilihan sarapan di samping buffet dan hidangan lain.

Dreamtel Hotel terbuka untuk tempahan di laman web mereka dan juga melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga terbaik di laman-laman ini untuk percutian yang menjimatkan.

Nota: Lift DISEDIAKAN di hotel ini  

Hotel menarik Kota Kinabalu
Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu




5. Capital Hotel

Dengan lokasi strategik yang memudahkan anda untuk ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu, Capital Hotel menawarkan bilik famili dengan 1 katil saiz King dan 1 katil single untuk kemudahan tetamu yang bercuti bersama keluarga. Walaupun exterior bangunan ungu hotel ini mungkin kelihatan tidak begitu memberangsangkan, pihak hotel telah melakukan renovation terhadap bilik-bilik penginapan. Kini, selepas 4 tahun, bilik-bilik yang telah diberi facelift ini rata-rata masih mendapat feedback yang positif dari segi presentation dan keselesaan daripada tetamu yang menginap di sini.

Setakat ini, Capital Hotel tidak menawarkan sarapan, namun mencari tempat menjamu selera tidak menjadi masalah di sekitar kawasan hotel ini.

Hotel ini terbuka untuk tempahan di laman web mereka dan juga di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama keluarga nanti!

Nota: Kemudahan lift DISEDIAKAN di hotel ini 

Hotel menarik Kota Kinabalu
Capital Hotel, Kota Kinabalu



6. Mandarin Hotel

Seperti juga hotel-hotel yang mempunyai lokasi yang central di bandar Kota Kinabalu, Mandarin Hotel memudahkan anda untuk ke tempat-tempat menarik semasa percutian, mencari tempat menjamu selera dan ke kedai dan mall untuk mendapatkan barang keperluan. Jika anda menginap di sini pada hujung minggu, anda juga boleh ke Sunday Market yang diadakan berdekatan.

Untuk percutian bersama keluarga, Mandarin Hotel menawarkan bilik famili yang dilengkapi 1 katil King dan 1 katil single. Dekorasi bilik mungkin simple tetapi rata-rata tetamu berpuashati dengan ruang dan keselesaan yang ditawarkan.

Mandarin Hotel terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka dan juga di Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga di laman-laman ini untuk tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang.

Nota: Hotel ini tidak menyediakan sarapan, namun kemudahan lift ada DISEDIAKAN.


Hotel menarik Kota Kinabalu
Mandarin Hotel, Kota Kinabalu


7. Hotel Sixty3

Hotel terakhir dan mungkin paling 'premium' di dalam senarai di sini, Hotel Sixty3 menawarkan penginapan yang sangat selesa, berbaloi dan menyenangkan anda untuk berjalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Malahan, anda boleh memilih untuk berjalan kaki ke Jesselton Point untuk menaiki feri ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu.

Bilik yang disediakan luas selain menyediakan pilihan connecting room. Walaupun, hotel Sixty3 tidak menawarkan cafe untuk breakfast, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak tempat makan di sekitar sini selain shopping mall yang berdekatan.

Pengalaman penginapan kami di sini membuatkan secara peribadi, kami merasakan hotel ini adalah antara hotel di tengah bandar terbaik pernah kami kunjungi. Klik di sini untuk membaca catatan ringkas penginapan kami di hotel ini.

Hotel Sixty3 terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka dan juga di Agoda, booking.com dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda menyemak harga hotel menarik ini di laman-laman ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang.

Nota: Kemudahan lift DISEDIAKAN di hotel ini 

Hotel bajet menarik di Kota Kinabalu bersama anak-anak
Hotel Sixty3, Kota Kinabalu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan