Cuti-cuti Sabah: Poring Hot Spring, Rafflesia dan Kinabalu Park

Cuti Sabah
Outdoor tub di Poring Hotspring
Alang-alang bermalam di Kundasang, memang tak sah jika tak ke Poring Hotspring yang terletak di Ranau, Sabah. Selepas menikmati pemandangan indah puncak gunung Kinabalu di pagi hari di penginapan kami, kami bersiap ke destinasi seterusnya iaitu Poring Hotspring.

Poring Hotspring boleh dikatakan "a must-visit attraction" di Sabah. Kolam air panas semulajadi yang mengandungi sulphur dan mineral ini dikatakan boleh membantu menyembuhkan sakit kulit, sakit-sakit badan dan melancarkan perjalanan darah mereka yang mandi di situ. Betul atau tidak - wallahua'lam. Yang pasti, anak-anak seronok berendam dan mandi-manda di kolam yang airnya suam-suam ini.

Cuti Sabah
Pondok indoor tub
Banyak tub mandi di bina di sekitar kawasan ini di mana air dari hotsrping dialirkan ke dalam tab-tab ini. Anda hanya perlu memilih tab yang masih kosong atau kurang orang. Terpulang pada anda untuk memilih untuk mandi di kawasan terbuka atau di indoor bath tubs. Sudah tentu, indoor tub lebih privacy. Jika memilih indoor tub, bayaran tambahan dikenakan. Indoor tub ini dilengkapi dengan bilik air. Jadi, setelah puas berendam, anda boleh terus mandi dan shower jika mahu.

Jika anda tidak menggemari mandi di kolam air panas, anda boleh memilih untuk mandi di rock pool. Air di rock pool ini datangnya dari mountain stream, jadi ianya agak sejuk.

Oh, ya! Sila simpan tiket Poring Hotspring ini jika anda merancang untuk ke Kinabalu Park selepas itu. Tiket yang sama boleh digunakan untuk ke Kinabalu Park. Jika anda telah ke Kinabalu Park, anda tidak perlu membeli tiket lain untuk masuk ke Poring Hotspring. 

Setelah puas berendam, kami terus bersiap untuk pulang ke hotel. pada mulanya, kami merancang untuk mencuba canopy walk, namun, memandangkan agak kesuntukan masa dan kami perlu check out dari hotel, kami memutuskan terus pulang sahaja. 

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami ternampak papan tanda "Rafflesia Blooming". Apa lagi, kami tidak melepaskan peluang yang jarang-jarang didapati ini. Terdapat pondok yang dibina oleh penduduk tempatan berhampiran papan tanda itu. Bayaran sebanyak RM20 dikenakan untuk kami sekeluarga melihat bunga yang terbesar di dunia ini. Kami mengikut seorang penduduk tempatan ke tempat di mana bunga ini sedang berkembang. 

Cuti keluarga Sabah
Bunga Rafflesia
Untuk pengetahuan, bunga Rafflesia mengambil masa kira-kira setahun untuk mekar, namun, ia hanya dapat bertahan selama lebih kurang 7 hari. Kerana itu, jika anda ke Sabah dan terlihat papan tanda "Rafflesia Blooming", jangan lepaskan peluang itu kerana ia mungkin peluang sekali seumur hidup anda. Ketika kami melihat bunga tersebut, ia adalah hari ke-4 bunga tersebut mekar. Oleh itu, warnanya sudah mula bertukar menjadi gelap. Anda bernasib baik jika dapat melihat bunga Rafflesia pada hari pertama hingga ke-3 ia mekar kerana selepas itu ia tidak akan begitu cantik. Bunga ini juga dikatakan mempunyai bau yang kurang enak, namun, kami tidak begitu dapat menghidu bau yang dikatakan itu (mungkin bau hutan disekeliling lebih menyegarkan?).  Kami bersyukur kerana memutuskan untuk berhenti sebentar ketika itu walaupun Rafllesia yang dilihat sudah tidak begitu cantik kerana tidak ada lagi bunga Rafflesia yang sedang mekar sepanjang perjalanan pulang. 
Cuti keluarga Sabah
Di kaki gunung Kinabalu

Setelah check out, kami ke Kinabalu Park sebelum kembali ke Kota Kinabalu. Kami hanya bersiar-siar di kaki gunung sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan udara segar di kaki gunung. Sambil berjalan-jalan, sempat juga saya menerangkan kepada anak-anak tentang tumbuh-tumbuhan, dan cara pembiakan melalui spora (memandangkan banyak paku-pakis di sana). Errmmm.... proses pembelajaran masih diteruskan walau ketika bercuti.







4 ulasan:

  1. I'm extremely impressed with your writing skills and also with the layout on your
    weblog. Is this a paid theme or did you modify it yourself?
    Either way keep up the excellent quality writing, it's rare to see a great blog like
    this one today.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, glad to know you like it. Btw, this is not a paid theme.

      Padam
  2. nak tanya sis, boleh guna tiket poring hotspring di kinabalu park untuk hari yang sana ke boleh pergi keesokkannya pula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak silap, tiket valid untuk satu hari kecuali untuk pengunjung yang menginap di dalam Kinabalu Park.

      Padam