(sumber foto: marimariculturalvillage.my) |
Sebelum ke sini, sebenarnya saya sedikit risau yang anak-anak kami yang di usia pra-sekolah masih terlalu kecil dan akan merasa bosan dengan apa yang ditawarkan di Mari-mari Cultural Village. Alhamdulillah, sangkaan saya meleset sama sekali. Mereka sebaliknya sangat seronok dengan pengalaman di sini selain dapat mempelajari dan memahami serba sedikit tentang keunikan kaum yang pelbagai di Sabah.
Tiket
Saya telah menempah tour ke Mari-mari Cultural Village lebih awal semasa merancang percutian ke Sabah. Pada mulanya, saya ingin mengambil teksi sahaja dan membeli tiket sendiri di sana, tetapi saya tidak pasti samada ia dibenarkan atau tidak. Ini adalah kerana, saya diberitahu oleh beberapa sumber yang tempat ini tidak menerima pengunjung walk-in. Untuk tidak mengambil risiko terlepas peluang tempat yang sangat menarik ini, saya memutuskan untuk menggunakan ejen sahaja. Tambahan pula, anda perlu mengikut masa-masa yang ditetapkan. Oleh itu, sekurang-kurangnya ejen pelancongan dapat membantu menguruskan lawatan ke tempat yang terletak di luar bandar Kota Kinabalu ini.
Bertolak
Ejen menjemput kami di hotel dan kami bertolak bersama-sama beberapa pelancong lain ke Inanam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit. Sesampainya kami di sana, kami melihat sudah ada kumpulan pengunjung lain. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sederhana besar. Kami diletakkan bersama sekumpulan pelancong asing dari negara China.
Guide
Walaupun pihak Mari-mari Cultural Village menyediakan in-house guide untuk setiap kumpulan yang dibahagikan, saya mendapati sesetengah ejen pelancongan masih menyediakan tour guide mereka sendiri. Sebagai contoh, terdapat dua guide di dalam kumpulan kami - seorang in-house guide berketurunan Dusun-Murut yang disediakan oleh pihak Mari-mari Cultural Village, manakala seorang lagi berketurunan Cina yang disediakan oleh ejen yang membawa kumpulan pelancong dari negara China.
Bagi saya, in-house guide yang disediakan sudah mencukupi. Mereka sangat mesra dan informative. Nasib kami agak baik apabila lawatan ke sana akhirnya bertukar menjadi seolah-olah private tour. Disebabkan masalah bahasa, kesemua pelancong dari negara China di dalam kumpulan kami memilih untuk mengikuti tour guide berbangsa Cina yang disediakan oleh ejen mereka, meninggalkan hanya kami sekeluarga mendapatkan penjelasan dan penerangan oleh in-house guide berketurunan Dusun-Murut. Memandangkan guide tersebut hanya perlu membawa kami sekeluarga, semakin banyaklah soalan mengenai itu-ini yang ditanya anak-anak kami.
Demonstrasi menghidupkan api menggunakan buluh |
Apa yang ada?
Lawatan ke Mari-mari Cultural Village memperkenalkan kami dengan sejarah dan kebudayaan lima kaum natif Sabah - Dusun, Rungus, Bajau, Lundayeh dan Murut. Rumah tradisional setiap kaum dibina dan di setiap rumah, terdapat mereka yang berpakaian tradisional kaum masing-masing melakukan aktiviti harian. Terasa seperti kembali ke zaman dahulu kala.
Memang, bagi saya yang tidak pernah melihat rumah tradisional kaum-kaum ini, sekali pandang, rumah-rumah mereka kelihatan sama sahaja. Namun, sebenarnya, terdapat perbezaan binaan untuk setiap kaum, dan perbezaan ini mempunyai kepentingan sendiri. Sebagai contoh, rumah kaum Lundayeh mempunyai atap yang boleh dibuka dan kebiasaannya diguna ketika cuaca panas. Tujuannya? Improve ventilation. Rumah kaum Murut pula tidak mempunyai banyak tingkap. Ia agak tertutup. Menurut tour guide kami, ini kerana kaum Murut adalah headhunters. Dan sebagai kaum headhunters, mereka juga mempunyai lebih banyak musuh. Oleh itu, binaan rumah mereka yang agak tertutup sebenarnya adalah satu bentuk pertahanan supaya tidak mudah untuk musuh menyerang mereka. Di rumah kaum Murut juga, terdapat struktur yang saya lihat seperti trampoline. Ia digunakan apabila seorang lelaki melamar seorang gadis. Bagaimana? Anda perlu ke sana sendiri untuk mengetahuinya!
Oh, apabila tiba di rumah kaum Murut juga, jangan terkejut kalau anda diserang hendap oleh kaum headhunters tersebut! Mereka menjadikan pengalaman di situ cukup menarik. Jika anda membawa anak-anak, jangan risau anak-anak ketakutan. Headhunters di Mari-mari Cultural Village amat bertimbang rasa. Ketika kami tiba, kami tidaklah terlalu di'serang'. Apabila tour guide kami bergurau dan bertanya kenapa 'serangan' mereka tidak seperti biasa, mereka menjawab, "ada budak-budak kecil. Risau mereka tak tidur pula malam ni".
Oh, apabila tiba di rumah kaum Murut juga, jangan terkejut kalau anda diserang hendap oleh kaum headhunters tersebut! Mereka menjadikan pengalaman di situ cukup menarik. Jika anda membawa anak-anak, jangan risau anak-anak ketakutan. Headhunters di Mari-mari Cultural Village amat bertimbang rasa. Ketika kami tiba, kami tidaklah terlalu di'serang'. Apabila tour guide kami bergurau dan bertanya kenapa 'serangan' mereka tidak seperti biasa, mereka menjawab, "ada budak-budak kecil. Risau mereka tak tidur pula malam ni".
Di rumah-rumah ini juga anda dapat melihat beberapa demonstrasi menarik seperti bagaimana menghidupkan api dengan hanya menggunakan buluh dan sudah tentu demonstrasi menyumpit! Malah, anda boleh cuba sendiri kebolehan anda menyumpit.
Di beberapa rumah ini juga ditunjukkan beberapa jenis makanan tradisional dan bagaimana ia disediakan. Bukan itu sahaja, anda juga dibenarkan merasai makanan-makanan yang disediakan itu. Anak-anak saya amat menggemari makanan tradisional yang disediakan di rumah orang Bajau, malah meminta untuk menambah-nambah lagi.
Mencuba bakat menyumpit |
Secara peribadi, saya amat kagumi dan hargai tour guide di Mari-mari Cultural Village. Ketika di salah sebuah rumah, ditunjukkan cara-cara membuat rice wine. Melihatkan kami beragama Islam dan membawa anak-anak kecil, awal-awal lagi sebelum menjelaskan apa-apa, beliau memberi amaran supaya memastikan anak-anak tidak mengambil air yang dihidangkan di rumah tersebut. Ketika itu kami tidak tahu air apakah yang dihidangkan dan apabila ditanya, beliau memberitahu "Your religion does not permit it".
Di akhir lawatan, anda akan dihidangkan dengan pertunjukan tradisional. Makanan tengahari juga disediakan siap dengan ulam-ulaman - memang kena dengan selera saya!
Seperkara tentang Mari-mari Cultural Village, secara peribadi, saya merasakan jika anda membawa anak kecil, stroller adalah kurang sesuai untuk lawatan ini. Baby carrier lebih membantu. Ini adalah kerana, anda tidak boleh membawa stroller turun naik rumah tradisional yang ditunjukkan. Mengambil anak keluar dan memasukkan kembali ke stroller setiap kali sampai ke sesebuah rumah juga akan memakan masa, tambahan pula anda berjalan di dalam kumpulan. Ini mungkin akan membuatkan anda terpaksa berkejar dengan ahli kumpulan yang lain. Namun jika anda memilih pakej private tour, insya-Allah ini tidak menjadi masalah.
Anda boleh klik di sini untuk ke laman ejen yang kami gunakan. Alternatively kini tour ke Mari-Mari Cultural Village juga terbuka untuk tempahan secara online melalui TripCarte di sini.
(P/S: Terdapat satu lagi cultural village yang boleh anda kunjungi di Sabah, iaitu Monsopiad Cultural Village. Saya tidak pasti apakah perbezaan kedua-dua tempat ini. Jika anda pernah ke sana, bolehlah berkongsi pengalaman anda di sana di ruangan komen di bawah.)
Lagi yang menarik...
Kota Kinabalu
Hotel
1. Pilihan kids friendly hotel di Kota Kinabalu
2. Pilihan hotel mesra poket di Kota Kinabalu
3. Catatan penginapan di Shangri-La Rasa Ria
4. Catatan penginapan di Hotel Sixty3
Tempat menarik
1. Mari-Mari Cultural Village
2. Keretapi stim North Borneo Railway
3. Rumah terbalik Tamparuli
Kundasang-Ranau
Hotel
Kota Kinabalu
Hotel
1. Pilihan kids friendly hotel di Kota Kinabalu
2. Pilihan hotel mesra poket di Kota Kinabalu
3. Catatan penginapan di Shangri-La Rasa Ria
4. Catatan penginapan di Hotel Sixty3
Tempat menarik
1. Mari-Mari Cultural Village
2. Keretapi stim North Borneo Railway
3. Rumah terbalik Tamparuli
Kundasang-Ranau
Hotel
1. Pilihan hotel best di Kundasang-Ranau
2. Catatan penginapan di Kinabalu Pines Resort
Tempat menarik
1. Poring Hotspring, Rafflesia dan Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
2. Catatan penginapan di Kinabalu Pines Resort
Tempat menarik
1. Poring Hotspring, Rafflesia dan Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan