Satu lagi tempat menarik untuk percutian keluarga yang tak rugi untuk dikunjungi jika anda ke Kundasang, Sabah ialah Desa Dairy Farm. Pemandangan di Kundasang memang tak boleh diragukan lagi keindahannya, dan berada di Desa Dairy Farm terasa seperti anda berada di ladang ternak di New Zealand.
Berkeluasan kira-kira hampir 200 hektar, Desa Dairy Farm dianggarkan menghasilkan produk susu sebanyak 900,000 liter setahun. Lembu Freisian di Desa Dairy Farm ini diimport dari New Zealand.
Jalan ke sini agak curam. Sebab itu, kami pastikan kereta sewa kami dari jenis auto... dah lama tak memandu kereta manual, rasanya dah tak termampu memandu kereta manual di jalan seperti tu.
Memandangkan kami sampai selepas pukul 2 petang, kami tidak dapat melihat cara memproses susu di situ. Namun, kami sempat melihat milking process di situ yang diadakan setiap hari bermula pukul 3 petang. Lembu-lembu beratur untuk ke tempat milking yang dilakukan menggunakan mesin. Saya tahu, anak-anak menyangkakan yang mereka akan dapat melihat milking process secara manual. Sibuk mereka bertanya tentang perahan menggunakan tangan. Err... kalau Desa Dairy Farm masih menggunakan teknik perahan secara manual, tak dapatla mereka menghasilkan 900, 000 liter susu setahun nak oiii....
Kami tak menunggu sehingga milking process tersebut selesai. Maklumlah budak-budak.... tak tahan duduk di satu tempat lama-lama. Di Desa Dairy Farm juga anda boleh membawa anak-anak memberi makan anak-anak lembu dan kambing. Rumput dan susu (susu di dalam botol susu) dijual di sana sekitar harga RM1-RM1.50. Seronok anak-anak memberi makan rumput dan memberi anak-anak lembu dan kambing di situ susu.
Sebelum pulang ke hotel, kami sempat singgah di tempat jualan hasil Desa Dairy Farm untuk membeli aiskrim. Sedap juga rupanya makan aiskrim di kawasan sejuk seperti di situ. Selain aiskrim, mereka juga menjual susu, makanan dan cenderamata.
Jika anda merancang ke Desa Dairy Farm, eloklah rasanya jika anda dapat merancang lawatan anda sekitar milk processing atau milking process di situ. Jadual di situ adalah seperti di bawah:
Milk processing: 10 am - 2 pm setiap Selasa, Khamis dan Ahad
Milking process: 3 pm - 5 pm setiap hari
(P/S: Malangnya, kamera kami rosak dan akibatnya gambar kenangan ketika di Desa Farm adalah sebahagian daripada gambar yang tidak dapat diselamatkan. Gambar di atas adalah kredit kepada Desa Dairy Farm official facebook page.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan