Bilik Garden View di Swiss Garden Damai Laut (foto: swissgarden.com) |
Perancangan ad hoc untuk family weekend getaway membawa kami ke Swiss-Garden Resort and Spa, Damai Laut selama 3 hari 2 malam. Tiada sesiapa yang recommend tempat ini. Pencarian internet dan harga menarik yang ditawarkan ketika itu membuatkan kami mengambil keputusan untuk membawa anak-anak ke resort yang terletak tidak jauh dari Pulau Pangkor ini.
Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam. Resort ini agak jauh ke dalam, dan pekan terdekat untuk mendapatkan barang-barang atau makan adalah lebih kurang setengah jam perjalanan. Oleh kerana tidak mahu banyak membuang masa keluar, kami hanya keluar sekali untuk makan dan selainnya kami telah siapkan bekalan untuk makan di bilik.
Di lobi Swiss Garden Damai Laut, Lumut |
Menurut staff di situ, Swiss Garden Damai Laut telah beroperasi selama lebih kurang 14 ke 15 tahun. Memang, sekali lihat, jelas biliknya agak run-down. Cat dinding menggelembung di beberapa tempat, dan perabot juga kelihatan lama. Boleh dikatakan tempat ini in need of major refurbishment.
Namun, on the positive side, saya dapati kemudahan yang disediakan masih functional dan selesa. Kebersihan juga memuaskan. Selain itu, staff-staff di sana mesra dan helpful, tidak susah jika memerlukan bantuan atau maklumat.
Bilik-bilik di sini menawarkan tiga pemandangan berlainan - garden view, sea facing dan sea view. Garden view adalah bilik dengan pemandangan yang tidak langsung menghadap ke laut. Saya diberitahu bahawa sea facing bermaksud hanya sebahagian pemandangan mengadap ke laut manakala sea view mengadap sepenuhnya ke laut (dan semestinya bilik dengan pemandangan seaview adalah yang paling mahal). Memang kebiasaannya saya tidak terlalu menitikberatkan pemandangan bilik, jadi, bagi saya cukuplah sekadar bilik yang menawarkan garden view.
Swiss Garden Damai Laut, Lumut - kini berwajah baru!
Memandangkan Swiss Garden Resort terletak berdekatan dengan pantai, kami membawa anak-anak bermain sandcastle, mengutip seashell dan berendam di laut. Maklumlah, hidup di bandar, bukan selalu berpeluang mandi pantai begini. Seronok mereka mendapat peluang begini.
Antara aktiviti di Swiss Garden Damai Laut |
Playground berhampiran pantai |
Resort ini juga menyediakan banyak aktiviti lain. Kami sempat membawa anak-anak mencuba archery atau aktiviti memanah. Bayaran yang dikenakan agak berpatuttan iaitu sebanyak RM16 untuk setengah jam. Aktiviti-aktiviti lain yang disediakan adalah seperti menunggang kuda, ATV, banana boat, snorkeling ke Pulau Pangkor dan lain-lain. Kami tidak sempat melakukan kesemua aktiviti yang ditawarkan. In fact, kami tidak berkesempatan untuk ke Pulau Pangkor yang terletak hanya lebih kurang 15 ke 20 minit menaiki bot laju. Insya Allah, jika ada rezeki, kami merancang percutian ke Pulau Pangkor pada waktu lain.
Apabila cuaca sudah panas, kami membawa anak-anak ke Kid's Club. Kid's Club diadakan di dalam bilik berhawa dingin. Terdapat dua staff yang menjaga Kid's Club ini, namun, saya melihat kesemua kanak-kanak ditemani ibu bapa. Sepanjang kami di sana, saya melihat staff-staff ini bertugas sebagai receptionist, dan mereka tidak monitor kanak-kanak di situ. Malahan, saya diberitahu jika anda ingin melakukan aktiviti seperti batik painting dan sand art, anda dikehendaki membeli kit dan melakukan sendiri aktiviti tersebut.
Antara aktiviti di Kid's Club |
Kid's Club ini bersambung dengan bilik sauna. Hanya orang dewasa dibenarkan menggunakan sauna ini. Jadi, jika anda membawa anak-anak ke situ, bolehlah mengambil giliran dengan pasangan anda untuk ke sauna. Selain itu, ia juga terletak berhampiran dengan spa.
Beralih ke makanan di sini, breakfast spread di resort ini adalah sederhana, namun, bagi saya memuaskan. Untuk anak-anak saya yang kebiasaannya tidak makan banyak, hidangan breakfast di sini lebih dari mencukupi.
Di Segari Turtle Sanctuary |
Anak penyu di Segari Turtle Sanctuary |
Secara keseluruhannya, saya merasakan yang Swiss Garden Damai Laut adalah resort yang sesuai untuk percutian keluarga. Jika anda tidak begitu kisah dengan facility yang kelihatan agak tua dan uzur, anda boleh menikmati percutian keluarga yang menyeronokkan di sini.
Swiss Garden Damai Laut terbuka untuk tempahan melalui laman web rasmi mereka dan juga melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jika ingin ke sini, pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa penginapan anda. Selamat bercuti bersama keluarga!
Update: Swiss Garden Damai Laut kini tidak lagi seperti dahulu. Banyak perubahan dilakukan untuk menjadikan resort ini lebih menarik apabila bercuti dengan anak-anak. Ketahui lebih lanjut tentangnya di sini.
Swiss Garden Damai Laut terbuka untuk tempahan melalui laman web rasmi mereka dan juga melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jika ingin ke sini, pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa penginapan anda. Selamat bercuti bersama keluarga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan