Family room di Hotel Sixty3 |
Sabah memang menjadi antara tempat percutian pilihan setiap kali tiba musim cuti persekolahan. Banyak tempat menarik di sana dan setiap kali cuti persekolahan tiba, kebanyakan hotel dan tempat penginapan di Kota Kinabalu akan penuh dengan pelancong.
Terdapat banyak pilihan hotel di Kota Kinabalu dengan pelbagai range harga. Ketika kami ke sana, kami telah memilih untuk menginap di hotel Sixty3 yang berada di tengah-tengah Kota Kinabalu. Tiada sesiapa yang recommend hotel ini sebelum kami ke sana. Kami hanya mencari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk kami sekeluarga dan kebetulan came across hotel tersebut. Tertarik dengan harga yang berpatutan, kami memutuskan untuk menempah bilik di situ.
Sebelum ke sana, kami tidak meletakkan high expectation kepada hotel yang ditempah. Bagi kami, cukup sekadar kami mempunyai tempat untuk bermalam. Memang gambar-gambar di internet menunjukkan keadaan bilik yang menarik, tetapi, secara peribadi, kebiasaannya saya tidak terlalu percayakan gambar di internet. Banyak yang lebih indah dari realiti. Tambahan pula, bangunan hotel ini asalnya adalah shoplot yang kemudiannya digunakan sebagai hotel. Namun, setibanya kami di sana, memang terkejut kami melihat hotel tersebut. Dengan harga yang ditawarkan, kami merasakan amat berbaloi menginap di sana. Bilik yang ditawarkan betul-betul way above expectation.
Bilik air yang luas dan selesa |
Hotel Sixty3 tidak menawarkan breakfast, tetapi ini tidak langsung menjadi masalah. Di hadapan hotel tersebut terdapat kopitiam halal yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dengan harga yang berpatutan. Jadi, setiap pagi, kami hanya berjalan ke kopitiam tersebut untuk bersarapan. Jika anda lebih sukakan roti, terdapat bakeri betul-betul bersebelahan hotel tersebut.
Lokasi hotel juga boleh dikatakan central. Anda boleh berjalan kaki ke jeti untuk island hopping. Dan tidak jauh daripada hotel itu, terdapat shopping complex jika anda perlu membeli apa-apa barangan.
Hotel Sixty3 merupakan shoplot yang ditukar menjadi hotel. |
Ketika di lobby hotel, saya ternampak harga bilik adalah lebih mahal berbanding harga yang dibayar kami. Kami diberitahu harga walk-in adalah sedikit berbeza daripada harga online. Jadi, jika anda mahu menempah hotel ini, anda dinasihatkan melakukan tempahan secara online untuk harga yang lebih murah.
Seperkara lagi, saya perhatikan hanya beberapa lot parking khas disediakan untuk pengunjung hotel dan kebanyakan lot parking di sekitar kawasan hotel sentiasa penuh. Ini mungkin boleh menjadi masalah jika anda berkenderaan. Ketika menginap di hotel tersebut, kami tidak menyewa kereta jadi tidak timbul isu parking buat kami ketika itu.
Semak tawaran terkini Hotel Sixty3 di Agoda, booking.com dan Expedia
Seperkara lagi, saya perhatikan hanya beberapa lot parking khas disediakan untuk pengunjung hotel dan kebanyakan lot parking di sekitar kawasan hotel sentiasa penuh. Ini mungkin boleh menjadi masalah jika anda berkenderaan. Ketika menginap di hotel tersebut, kami tidak menyewa kereta jadi tidak timbul isu parking buat kami ketika itu.
(P/S: Gambar-gambar di sini adalah dari Agoda.com. Malangnya, kamera kami rosak sebelum gambar sempat disimpan dan akibatnya sebahagian gambar kenangan ketika percutian ke Sabah tidak dapat diselamatkan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan