Keretapi stim North Borneo Railway, Sabah |
Keretapi stim atau steam locomotive pernah menjadi salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia. Namun, sejak awal 1900an, penggunaan keretapi stim telah berkurang dan mula digantikan dengan keretapi yang lebih moden sehingga boleh dikatakan kini keretapi stim semakin pupus daripada dunia pengangkutan di seluruh dunia.
Disebabkan itu, saya amat tertarik apabila mendapat tahu yang kita masih boleh merasai pengalaman menaiki keretapi jenis ini di Malaysia. Tak perlu keluar negara untuk merasai pengalaman unik ini. Di mana keretapi stim ni? Sudah tentu North Borneo Railway di Sabah,
Jadual perjalanan
Sebelum ke Kota Kinabalu, kami sudah aturkan jadual percutian supaya tak terlepas daripada merasai pengalaman ini. Keretapi stim North Borneo Railway hanya beroperasi pada hari Rabu dan Sabtu. Hanya ada satu perjalanan pergi balik dari Kota Kinabalu ke Papar pada setiap hari tersebut. Oleh itu, jika anda ingin ke sini, anda mestilah merancang jadual percutian anda.
Tiket
Tiket
Keretapi North Borneo Railway adalah di bawah pengurusan Sutera Harbour Resort. Jika anda tidak menginap di resort ini, jangan risau. Peluang merasai pengalaman ini tetap terbuka walaupun tidak menginap di sini. Cukup dengan membeli tiket dan berada di stesen mereka pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Tempahan tiket boleh dibuat terus melalui website mereka.
Menuju stesen
Pada hari perjalanan, anda boleh menyewa teksi untuk ke stesen keretapi Tanjung Aru di mana North Borneo Railway akan memulakan perjalanan. Jika anda berkenderaan, anda juga boleh memandu sendiri ke sana. Pastikan anda ke stesen yang betul. Ini adalah kerana, terdapat dua stesen keretapi di situ di mana North Borneo Railway tidak berkongsi stesen yang sama dengan stesen keretapi Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Dua stesen ini bagaimanapun terletak tidak jauh dari satu sama lain.
Menuju stesen
Pada hari perjalanan, anda boleh menyewa teksi untuk ke stesen keretapi Tanjung Aru di mana North Borneo Railway akan memulakan perjalanan. Jika anda berkenderaan, anda juga boleh memandu sendiri ke sana. Pastikan anda ke stesen yang betul. Ini adalah kerana, terdapat dua stesen keretapi di situ di mana North Borneo Railway tidak berkongsi stesen yang sama dengan stesen keretapi Jabatan Keretapi Negeri Sabah. Dua stesen ini bagaimanapun terletak tidak jauh dari satu sama lain.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh staf-staf yang memakai uniform ala-ala zaman colonial. Setiap kami diberi passport. Kami mendapat tempat duduk di gerabak paling belakang. Keretapi ini hanya membawa maksimum 80 penumpang pada satu-satu masa. Sebelum ke duduk, kami membawa anak-anak ke kepala keretapi untuk melihat bagaimana mereka membakar kayu-kayu untuk menggerakkan enjin stim keretapi. Satu pengalaman baharu bukan sahaja untuk mereka malah untuk kami juga!
ALL ABOARD!
Keretapi mula bergerak dari stesen Tanjung Aru. Agak perlahan, perlahan dan terus perlahan. Memang tidak laju sepanjang perjalanan. Jika ke sini, janganlah anda bayangkan pengalaman seperti menaiki ETS. Keretapi vintage ini adalah antara beberapa keretapi jenis wood burner yang masih berfungsi di seluruh dunia. Dengan usia dan teknologi yang telah lanjut begini, sudah tentu North Borneo Railway tidak boleh dibandingkan dengan keretapi generasi moden. Namun, bagi kami tarikan ini tetap sangat unik dan mungkin merupakan pengalaman sekali seumur hidup untuk kami. Tak jemu untuk kami menikmati perjalanan ini walaupun keretapi ini tidaklah bergerak pantas.
North Borneo Railway akan membawa anda dari stesen Tanjung Aru ke Papar melalui Putatan, Kinarut dan Kawang. Keretapi berhenti sebentar di Kinarut dan kami berkesempatan keluar sebentar meninjau kedai-kedai kecil berdekatan stesen.
Sarapan dihidangkan tidak lama selepas keretapi bergerak dari stesen Tanjung Aru. Kami juga membiarkan anak-anak memegang 'passport' masing-masing sepanjang perjalanan. Seronok mereka setiap kali menyerahkan passport untuk diperiksa dan dicop oleh konduktor.
Train turntable
Sedikit mengenai keretapi stim North Borneo Railway
North Borneo Railway telah dibina di Newton-le-Willows, England pada tahun 1954 sebelum kilang yang membinanya berhenti menghasilkan keretapi jenis ini untuk beralih kepada lokomotif berkuasa diesel. Perkhidmatan keretapi ini telah dihentikan pada tahun 1970 oleh Sabah State Railway Department sebelum dibaik pulih dan dipulihara untuk relaunching pada 22 January 2000.
North Borneo Railway akan membawa anda dari stesen Tanjung Aru ke Papar melalui Putatan, Kinarut dan Kawang. Keretapi berhenti sebentar di Kinarut dan kami berkesempatan keluar sebentar meninjau kedai-kedai kecil berdekatan stesen.
Sarapan dihidangkan tidak lama selepas keretapi bergerak dari stesen Tanjung Aru. Kami juga membiarkan anak-anak memegang 'passport' masing-masing sepanjang perjalanan. Seronok mereka setiap kali menyerahkan passport untuk diperiksa dan dicop oleh konduktor.
Di dalam gerabak North Borneo Railway |
Train turntable
Setibanya di Papar, kebanyakan penumpang turun untuk ke wet market. Kami decide untuk tidak mengikut dan tunggu sahaja di stesen. Sebabnya? Anak-anak ingin melihat bagaimana kepala keretapi di pusingkan di turntable stesen tersebut. Saya sendiri semasa kecil selalu menyangkakan keretapi membuat u-turn untuk perjalanan pulang. Rupa-rupanya turntable inilah rahsia bagaimana keretapi dapat berpusing balik! Inilah pertama kali kami sendiri menyaksikan sendiri bagaimana proses ini dilakukan. Sangat excited!
Secara ringkas, kepala keretapi ditanggalkan dari gerabak paling depan, dibawa ke turntable untuk dipusingkan 180͒͒ darjah dan akhirnya di sambungkan semula ke gerabak yang pada mulanya berada paling belakang. Dengan cara ini, keretapi kini bersedia untuk menarik gerabak ke arah bertentangan daripada perjalanan sebelumnya. Alhamdulillah, persoalan saya sejak zaman kanak-kanak terjawab akhirnya!
Kepala keretapi dipusingkan di turntable |
Masa untuk pulang
Disebabkan proses di turntable, kini kami berada di gerabak paling hadapan untuk perjalanan pulang ke Tanjung Aru. Bunyi whistle keretapi terasa sangat kuat semasa perjalanan pulang. Betul-betul terasa seperti naik keretapi zaman dahulu-kala. Cuma satu harapan yang tak kesampaian... untuk membunyikan sendiri wisel keretapi tersebut.
Makan tengahari dihidangkan semasa perjalanan pulang di dalam mangkuk tingkat atau tiffin. Rasa dan portion makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja. Seluruh perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Video amatur oleh anak kami menunjukkan bagaimana kepala keretapi dipusingkan di turntable
Walaupun harga North Borneo Railway ini agak mahal, saya merasakan pengalaman yang dirasai sangat berbaloi. Sudah tidak banyak keretapi jenisi ni yang masih ada di seluruh dunia, dan sudah tiada kilang yang membuat keretapi ni. Mungkin 10-20 tahun akan datang, kita akan cuma dapat melihat keretapi stim ini di muzium-muzium sahaja... wallahualam.
Lagi yang menarik...
Kota Kinabalu
Hotel
1. Pilihan kids friendly hotel di Kota Kinabalu
2. Pilihan hotel mesra poket di Kota Kinabalu
3. Catatan penginapan di Shangri-La Rasa Ria
4. Catatan penginapan di Hotel Sixty3
Tempat menarik
1. Mari-Mari Cultural Village
2. Keretapi stim North Borneo Railway
3. Rumah terbalik Tamparuli
Kundasang-Ranau
Hotel
1. Pilihan hotel best di Kundasang-Ranau
2. Catatan penginapan di Kinabalu Pines Resort
Tempat menarik
1. Poring Hotspring, Rafflesia dan Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
2. Catatan penginapan di Kinabalu Pines Resort
Tempat menarik
1. Poring Hotspring, Rafflesia dan Kinabalu Park
2. Desa Dairy Farm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan