(Foto:chillisauce.co.uk) |
Trip ke Pulau Pinang yang pada mulanya bertujuan untuk menghadiri majlis perkahwinan kenalan, telah kami panjangkan untuk menjadikan ia satu percutian keluarga. Kata orang, sambil menyelam minum air. Alang-alang ke Pulau Mutiara, rasanya eloklah kalau bawa anak-anak melawat tempat-tempat menarik di situ.
Sebenarnya sebelum ke sana, kami langsung tak tahu yang ketika itu festival dragon boat sedang berlangsung. Patutlah kami lihat beberapa pengunjung hotel membawa pendayung bersama-sama mereka. Kami sangkakan mereka nak berdayung di Batu Ferringhi. Rupa-rupanya mereka adalah peserta dragon boat race yang ketika itu berlangsung di empangan Teluk Bahang.
Festival yang diadakan pada kali ke-36 pada tahun 2015 itu diadakan 2 kali setiap tahun. Bukan selalu berpeluang menyaksikan festival antarabangsa seperti itu. Anak-anak juga menjadi excited melihat peserta-peserta bersiap-siap awal-awal pagi untuk ke perlumbaan tersebut dan meminta kami untuk membawa mereka menyaksikan festival tersebut.
Menyaksikan perlumbaan dragon boat |
Ketika sampai ke tempat pertandingan, perlumbaan telahpun bermula. Perlumbaan diadakan secara berperingkat. Sebanyak 4 pasukan akan berlumba pada setiap perlumbaan. Pada mulanya kami merancang untuk menyaksikan satu pusingan perlumbaan sahaja - sekadar untuk memberi peluang dan pengalaman kepada anak-anak untuk mengetahui apa itu dragon boat race. Namun, tak disangkakan yang mereka suka menyaksikan perlumbaan tersebut. Jadi, kami decide untuk memberi peluang kepada mereka menyaksikan beberapa pusingan sebelum pulang.
Jika anda memang merancang untuk membawa anak-anak menyaksikan perlumbaan seperti ini, rasanya lebih baik kalau anda boleh sediakan topi dan binocular untuk mereka supaya mereka dapat melihat dengan lebih jelas. Disebabkan decision kami ke situ dibuat secara tiba-tiba, kami tak sempat sediakan semua itu. Kami bernasib baik kerana mempunyai payung dan sempat menyediakan sedikit bekalan untuk mereka. Yang penting, mereka enjoy dan sekurang-kurangnya tahu apa itu dragon boat festival.
Video amatur perlumbaan dragon boat oleh anak kami
Mencari penginapan di Pulau Pinang? Lihat senarai hotel-hotel menarik di sini
Catatan percutian keluarga best bersama anak-anak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan