Megaview - Hotel murah yang best di Kuantan

Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
Megaview Hotel, Kuantan



Dahla murah, best pula tu... ish, betul ke?

Betul-betul sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, kami berkesempatan untuk menginap semalaman di Kuantan. Disebabkan trip ke sana kali ini hanya sebagai 'pitstop', bajet untuk penginapan juga tidaklah banyak. Dalam masa yang sama, jika boleh, kami mahukan lokasi yang tidak jauh dari bandar. Mudah untuk kami ke Tanjung Lumpur menikmati ikan bakar yang sememangnya menjadi aktiviti wajib tiap kali ke Kuantan.

Sebenarnya, terdapat banyak penginapan di bandar Kuantan yang memenuhi pelbagai bajet. Namun entah mengapa, kami tertarik dengan Megaview Hotel. Alhamdulillah, dengan tawaran di Agoda yang bermula kurang daripada RM100 ketika itu, bagi kami, hotel ini memenuhi kriteria kos penginapan kami ketika itu.



Check-in

Sesampainya di sini, kami lega melihat dedicated parking area terletak betul-betul berhadapan hotel. Sejujurnya, dengan harga bilik yang ditawarkan, kami tidak menyangka hotel ini menyediakan kemudahan kawasan meletak kenderaan untuk tetamu mereka. Ternyata kami salah. Dengan jarak yang dekat dengan pintu masuk, lokasi parking area yang disediakan memudahkan tetamu membawa beg dari ke penginapan.

Tidak ada apa-apa yang istimewa mengenai kawasan lobi dan kaunter check-in. Cukuplah kami katakan dekorasinya ringkas namun kelihatan ceria dan moden. Urusan check-in juga mudah dan pantas. Tiada masalah langsung. Alhamdulillah, anak-anak yang keletihan tidak perlu menunggu lama untuk berehat di bilik.


Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
'Menunggang kuda' di lobi Megaview Hotel 

Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
Kawasan parking di hadapan hotel



Bilik

Bilik penginapan di sini biasa sahaja. Tidaklah terlalu besar, dan tidak juga kecil. Namun, bagi kami apa yang penting ialah bilik yang disediakan bersih dan selesa. Set television LCD, minibar, cerek, air panas, syampu dan mandian disediakan untuk kemudahan tetamu. 

Tidak kesemua bilik di Megaview mempunyai tingkap. Bagi kami, walaupun hanya semalaman, kami lebih sukakan bilik dengan tingkap agar anak-anak tidak merasa terkurung. Disebabkan itu, kami tidak memilih bilik jenis studio. Alhamdulillah, kami diberikan bilik dengan pemandangan Sungai Kuantan yang indah terutamanya di waktu pagi.


Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
Gembira dapat berehat di bilik yang selesa

Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
Pemandangan sungai Kuantan dari dalam bilik
 


Sarapan

Buffet spread yang ditawarkan tidak terlalu mewah tetapi tidak juga sedikit. Untuk anak-anak kami, pilihan nasi lemak, cereal, roti, bubur, kuih-muih, omelette dan jus memang lebih dari cukup. Rasa masakan juga sangat memuaskan.

Namun, istimewanya di sini, lebih daripada makanan yang enak, ambience Ramin Coffee House di mana buffet sarapan dihidangkan memberi sentuhan istimewa untuk tetamu menjamu selera. Suasana tenang seperti di dalam taman dengan pemandangan sungai membuatkan anak-anak tambah berselera menikmati hidangan.


Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
Ambience Ramin Coffee House yang menarik

Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
Bersarapan sambil menikmati pemandangan sungai



Apa yang kami suka tentang hotel ini?

Top on the list sudah tentulah penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. Selain itu, lokasi berdekatan Sungai Kuantan memberi peluang kami membawa anak-anak bersiar-siar di sepanjang walkway sambil melihat bot-bot nelayan menyusuri sungai. Subhanallah, memang mendamaikan. 

Oh, seperkara lagi, jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda boleh membawa mereka ke playground yang terletak tidak jauh dari hotel ini. Menara Teruntum juga terletak tidak jauh dari Megaview Hotel. Namun, ketika kami ke sini, tarikan tersebut masih belum dibuka. 


Hotel best di Kuantan untuk anak-anak
Kawasan bersiar-siar di tebing Sungai Kuantan

Hotel best di Kuantan cuti dengan anak-anak
Playground awam terletak tidak jauh dari Megaview Hotel



Megaview hotel terbuka untuk tempahan secara online melalui laman web mereka di sini, dan juga melalui Agoda dan Expedia. Jika ingin ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga di laman-laman web ini untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian anda nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan