Dalam keseronokan bercuti dengan anak-anak, tak dinafikan tetap akan ada saat-saat di mana ibu bapa mungkin terasa tertekan. Time management, waktu makan dan tidur yang mungkin terganggu, anak-anak yang mula meragam dan sebagainya berpotensi membuatkan satu-satu percutian itu terganggu. Tidak seperti orang dewasa, bergantung kepada umur anak, perubahan pada rutin harian sememangnya boleh membuatkan kanak-kanak hilang mood, meragam, malah bergaduh sesama sendiri.
Setakat ini kami tidak pernah bercuti tanpa anak-anak. Kebanyakan percutian kami adalah di dalam negara, namun beberapa kali kami berpeluang membawa mereka ke luar negara. Walaubagaimanapun, ini tidaklah menjadikan kami pakar dalam percutian bersama anak-anak, namun daripada pengalaman, kami berpendapat persediaan sangat penting untuk mengurangkan stress semasa percutian.
Di sini, kami berkongsi sedikit-sebanyak barangan-barangan yang kami rasakan membantu semasa bercuti bersama anak-anak. Sudah tentu barangan-barangan ini perlu disesuaikan dengan umur dan peringkat perkembangan anak-anak, selain keperluan ibu bapa sendiri. Harap senarai ini dapat membantu anda merancang percutian yang epik bersama anak-anak. Selamat bercuti!
➤ Baby travel gear
➤ Potty train gear semasa percutian
➤ Baby travel gear
➤ Potty train gear semasa percutian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan