Porta Da Santiago, warisan yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas |
Apalah sesebuah negara tanpa sejarahnya. Betul tak? Di Malaysia, tak dapat dinafikan bahawa Melaka merupakan sebuah negeri yang banyak merakamkan dan menyimpan sejarah suka duka tanahair.
Disebabkan itu, kami merancang untuk menjadikan sebahagian percutian kali ini masa untuk anak-anak lebih mempelajari sejarah asal-usul negara sendiri. Memandangkan ada antara anak-anak kami yang sudah mula mempelajari sedikit-sebanyak tentang sejarah Malaysia, rasanya ini ialah waktu yang sesuai untuk aktiviti seperti ini semasa percutian.
Kami sendiri bukanlah pakar sejarah. Banyak yang kami sendiri tak tahu. Kerana itu, kami memerlukan guide untuk tujuan ini. Alhamdulillah, mujurlah Persatuan Sahabat Muzium Melaka di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan program Melaka Heritage Trail untuk sesiapa sahaja yang berminat. Kosnya? PERCUMA!
Walaupun ini bukanlah pertama kali kami ke Melaka, namun, sebelum ini kami tidak pernah tahu kewujudan program seperti ini. Kami agak terkejut bila diberitahu seorang staf bahawa kebiasaannya peserta program ini terdiri daripada pelancong asing. Pelancong tempatan jarang-jarang dilihat. Kami terfikir bagaimana pelancong asing mendapat tahu tentang program menarik ini sedangkan kami tidak pernah tahu tentangnya walau telah berkali-kali ke Melaka. Hmmm.... rugi pula rasanya apabila orang asing lebih berminat dengan sejarah negara berbanding diri sendiri!
Melaka Heritage Trail anjuran Persatuan Sahabat Muzium Melaka ini diadakan tiga kali seminggu, iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Hanya ada satu sesi untuk setiap hari tersebut. Seorang guide akan membawa seramai 15 ke 20 orang pelancong. Program ini adalah walking tour dan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.
Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu mendaftar di Melaka Tourist Information Centre yang terletak berdekatan bangunan Stadthuys pada hari anda ingin mengikuti tour ini. Pendaftaran dibuka bermula jam 9 hingga 9.15 pagi. Kanak-kanak turut dialu-alukan menyertai guided tour ini. Tiada masalah dan sangat mudah.
Walaubagaimanapun, jika anda datang dalam kumpulan yang besar, adalah lebih baik untuk anda menghubungi pihak penganjur lebih awal. Bolehlah mereka mengatur sesi untuk kumpulan anda atau membuat necessary arrangement - sekurang-kurangnya itulah yang diberitahu kepada saya ketika menghubungi mereka. Jika bukan dalam kumpulan yang ramai, pendaftaran pada hari tersebut sudah memadai.
Untuk memastikan kami tak terlepas program ini, awal pagi lagi kami sudah bersiap dan berjalan dari tempat penginapan yang terletak tidak jauh dari Melaka Tourist Information Centre. Malah, terlalu awal hinggakan pejabat Melaka Tourist Information Centre belum lagi dibuka ketika kami tiba! Setelah mendaftar, kami dibenarkan menunggu di ruangan yang selesa sementara menanti peserta lain tiba.
Sejurus sebelum perjalanan bermula, tourist guide warga Melaka yang ditugaskan membawa kami meminta peserta berkumpul untuk introduction mengenai Melaka dan juga tour yang akan dimulakan. Kumpulan kami terdiri daripada pelancong dari pelbagai negara - Thailand, Taiwan, Australia, United Kingdom, Kanada dan Argentina. Selain itu, terdapat juga beberapa orang pelajar politeknik yang sedang membuat kajian menyertai program ini. Kesemua sekali lebih kurang 15 orang termasuk anak-anak kami.
Walking tour ini merangkumi kira-kira 10 tempat bersejarah iaitu:
1. Sungai Melaka
2. Christ Church
3. Stadhuys
4. St Paul Church
5. Porta De Santiago
6. Istana Kesultanan Melayu Melaka
7. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan / Proclamation of Independence Memorial
8. Kuil Sri Poyyatha Vinayagar
9. Masjid Kampong Kling
10. Kuil Cheng Hoon Teng
Di setiap tempat di atas, guide akan berhenti sebentar dan memberikan penerangan kepada para peserta. Banyak maklumat yang dikongsi dan jika anda berminat mengenainya, rasanya lebih menarik jika anda sendiri menyertai program ini apabila berkesempatan. Banyak juga maklumat yang dikongsi tidak saya ketahui sebelum ini. Sebagai contoh, kini baru saya mengetahui apakah fungsi bangunan merah Stadhuys ini suatu ketika dahulu, apakah sejarah lubang berpagar yang terdapat di dalam bangunan St Paul Church dan sebab mengapa senibina Masjid Kampong Kling kelihatan lain daripada kebanyakan masjid yang biasa dilihat di Malaysia.
Di samping maklumat mengenai tempat-tempat bersejarah yang dilawati, guide yang membawa kami tidak lokek menyelitkan info lain yang saya rasakan menarik. Sebagai contohnya, adakah anda mengetahui mengapa rumah ketika zaman penjajahan dahulu dibina panjang ke belakang namun kecil dari segi lebarnya? Apakah pula misteri yang menyelubungi penemuan kapal Flor De La Mar yang karam membawa harta rampasan dari kerajaan Melaka? Jawapannya? Anda perlu menyertai sendiri program ini!
Untuk anak-anak kami yang sudah bersekolah, mereka tidak mempunyai masalah mengikuti program ini. Namun, untuk yang masih kecil, kami terpaksa bersedia lebih dengan bekalan yang perlu. Maklumlah, tour ini memerlukan mereka berjalan dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama kumpulan orang dewasa selama dua jam setengah. Kanak-kanak yang masih kecil tentu mula meragam apabila terasa penat. Berikut adalah antara tips yang boleh dilakukan sebagai persediaan untuk mengurangkan 'drama' semasa tour ini:
- Pakaikan mereka pakaian yang sesuai dan selesa. Kami pakaikan mereka t-shirt dan seluar memandangkan kebiasaannya mereka lebih selesa dalam pakaian begini, terutamanya apabila melibatkan aktiviti fizikal.
- Bawakan mereka topi untuk melindungi mereka daripada panas. Malangnya, ini adalah satu persediaan yang tidak kami buat. Tertinggal pula topi semasa mengikuti tour ini. Walaubagaimanapun, nasib kami agak baik kerana cuaca menyebelahi kami. Cuaca agak mendung sepanjang tour tersebut dan anak-anak tidak mengadu panas.
- Kasut is recommended. Anda akan banyak berjalan dan sudah tentu memerlukan alas kaki yang selesa.
- Bawa bekalan air yang cukup. Aktiviti begini pasti membuatkan anak-anak dan anda terasa haus. Anda perlu mengikuti kumpulan dan berkemungkinan tidak sempat untuk singgah membeli air jika kehausan. Untuk anak-anak yang kecil, kami turut membawa susu kotak agar mereka terasa lebih bertenaga.
- Jangan lupa snek untuk si kecil. Kami membawa bekalan biskut dalam pek kecil yang sememangnya membantu mengurangkan ragam mereka semasa mengikuti tour ini.
- Letakkan bekalan anda dalam beg yang sesuai. Kami membawa bekalan anak-anak di dalam beg galas agar senang di bawa dan lebih praktikal.
- Sediakan payung sebelum hujan - literally. Ini penting terutamanya jika ketika itu musim hujan. Alhamdulillah, nasib kami agak baik kerana hujan hanya turun di perhentian terakhir kami dan bukan di tengah-tengah tour.
- Baby carrier is recommended jika anak anda masih sesuai menggunakannya.
- Perlu membawa stroller? Tak ada masalah. Namun, pastikan stroller yang dibawa ringan kerana anda perlu menaiki tangga semasa mendaki bukit dalam tour ini. Stroller yang berat tidak sesuai. Tour ini adalah one-way. Oleh itu, anda perlu mengeluarkan anak sebentar dan mengangkat stroller tersebut apabila mendaki tangga di bahagian berbukit. Anda tidak boleh meninggalkannya di kaki bukit. Kami sendiri membawa stroller dan tidak menggunakan baby carrier memandangkan anak kami berusia 2 tahun setengah dan sudah agak berat. Tak larat pula mengendongnya berjalan selama dua jam. Alhamdulillah, stroller yang dibawa tidak berat dan mempunyai built in standing platform yang turut boleh digunakan kakaknya.
Bagaimana jika anak anda tetap meragam semasa mengikuti tour ini? Maklumlah, kanak-kanak kecil agak unpredictable. Jangan risau. Tiada halangan jika anda perlu menarik diri di tengah-tengah perjalanan. Pihak penganjur sangat memahami. Malahan, sebelum tour ini dimulakan, guide yang membawa kami sudah memaklumkan bahawa peserta boleh berhenti mengikuti tour ini pada bila-bila masa jika mempunyai keperluan lain.
Secara keseluruhannya, kami merasakan walking tour ini sangat menarik. Namun, jika mengikuti tour ini, rata-rata peserta tidak sempat berpose untuk bergambar atau berhenti membeli souvenir dan sebagainya. Nanti terlepas pula maklumat yang dikongsi. Suara guide juga kadang-kadang tenggelam dek bunyi beca yang lalu-lalang. Oleh itu, anda perlu berada agak dekat dengan guide yang membawa anda terutamanya di kawasan yang meriah dengan tarikan beca.
Seperkara lagi, anda tidak dibawa masuk ke semua bangunan bersejarah yang tersenarai di atas. Ada yang anda dibawa masuk, dan ada juga yang tidak. Antara bangunan yang tidak dibawa masuk termasuklah Istana Kesultanan Melayu Melaka. Di bangunan-bangunan seperti ini, anda hanya akan berhenti di hadapannya untuk guide anda berkongsi maklumat.
Selain daripada program ini, Persatuan Sahabat Muzium Melaka juga sebenarnya menganjurkan beberapa tour lain seperti Kampung Morten Cultural and Heritage Walk, Portuguese Settlement Cultural dan Heritage Walk dan Chetti Village Cultural and Heritage Walk. Kesemua program ini adalah percuma. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program mereka, anda boleh menghubungi Persatuan Sahabat Muzium Melaka di talian 06-333 3333 ext 3700 / 06-281 4226 / 06-282 6526.
Jika anda lebih menggemari private dan personalised tour, anda boleh melihat pelbagai pilihan tour yang ada di Expedia dan juga TripCarte.
Jika anda lebih menggemari private dan personalised tour, anda boleh melihat pelbagai pilihan tour yang ada di Expedia dan juga TripCarte.
Lain-Lain yang menarik
Catatan percutian keluarga
6. Penginapan di hotel dengan mini waterpark , Ayer Keroh, sesuai untuk kanak-kanak
7. Cuti ringkas di Bayou Lagoon Park Resort
7. Cuti ringkas di Bayou Lagoon Park Resort
Mana nak menginap?
2. Hotel best untuk percutian bersama anak-anak di Melaka
3. Hotel berkonsep heritage menarik di Melaka - seperti kembali ke zaman silam!
4. Under budget? Tak ada masalah. Lihat senarai hotel mesra poket yang selesa di sini
5. Masih tak dapat buat pilihan? Klik untuk lebih hotel menarik di bandaraya Melaka dan sekitar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan