Suasana malam di The Orchard Wellness & Health resort |
Pertama kali merancang percutian bersama anak-anak di musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), terasa agak buntu juga. Nak ke mana ya? Untuk ke tempat yang berpotensi menjadi tumpuan ramai, terasa bukanlah idea yang baik. Tempat yang agak secluded pula samada banyak yang telah unavailable, ataupun lari bajet pula. Hmmm... salah sendiri juga kerana selalu merancang saat akhir.
Namun alhamdulillah, semasa mencari-cari tempat yang sesuai, nama The Orchard Wellness & Health Resort muncul dalam pilihan penginapan yang masih available di Agoda. Tambah lagi best apabila kebetulan pula Agoda sedang mengadakan potongan harga sehingga 80% untuk penginapan ini!
Lokasi
Terletak hampir sejam memandu dari Bandaraya Melaka, The Orchard Wellness & Health Resort menawarkan percutian unik jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota. Berkeluasan 128 ekar, resort yang dikelilingi kehijauan flora ini mempunyai lebih 400 pokok buah-buahan tropika yang ditanam di tanah persendirian yang dijaga dengan baik.
Daripada Lebuhraya Utara-Selatan, kami mengambil Exit 227 Simpang Ampat, iaitu exit yang sama untuk ke A Famosa Resort. Selepas sahaja exit ini, anda sudah boleh mengikut sahaja papan tanda menuju ke resort ini atau lebih mudah gunakan sahaja Waze atau Google Map ke sini.
Check-in
Walaupun resort ini sangat luas, lanskap perkarangan kelihatan sangat biasa. Namun, sebaik melangkah ke lobi, dekorasi interior is totally a different story. Ruangan yang luas, lantai yang fully carpeted, set sofa gaya Victoria yang diletakkan di beberapa sudut, malah boleh dikatakan keseluruhan ambience memberi sentuhan mewah untuk para tetamu yang berkunjung ke sini.
Perabot gaya Victoria memberi sentuhan mewah di lobi resort |
Ketibaan kami disambut dengan hidangan minuman passion fruit segar dari ladang. Staf bertugas sangat ramah namun urusan check-in kali ini menghadapi sedikit masalah. Dua unit villa yang kami tempah terletak agak jauh dari satu sama lain. Sejujurnya, kami kurang comfortable dengan arrangement begini. Nature of the resort yang dikelilingi alam semulajadi membuatkan kami risau anak-anak berasa takut terutamanya pada waktu malam. Maklumlah, mereka tidak biasa dengan persekitaran begini. Tak cukup dengan itu, kami diberitahu pula bahawa talian telefon yang menghubungkan bilik ke bilik dan bilik ke reception masih tidak boleh digunakan memandangkan The Orchard Wellness & Health Resort baru sahaja memulakan operasi pasca PKP. Macamana jika anak-anak perlukan apa-apa apabila hari sudah gelap? Macamana kami nak tahu? Berani ke mereka keluar menuju ke unit kami?
Melihatkan kerisauan kami, staf dan manager bertugas mencuba sedaya upaya mencari penyelesaian. Lama juga mereka berbincang dan hasilnya, salah satu unit yang kami tempah diupgradekan ke villa dengan private pool tanpa caj tambahan. Alhamdulillah. Kami bersyukur kerana pihak resort sangat memahami dan accommodative.
Bilik
Subhanallah... masuk sahaja ke bilik, anak-anak dah terpegun. Mana tidaknya, ini adalah unit penginapan percutian paling besar pernah kami tempah. Kami sendiri tak menyangka. Dari bilik hingga ke tandas, bukan sahaja besar dan luas, malah dekorasinya juga kelihatan sangat mewah, seolah-olah sebuah suite di hotel lima bintang. Kedua-dua unit bersih, dan katil juga sangat selesa. Tapi, untuk anak-anak, sudah tentu yang paling membuatkan mereka excited ialah private swimming pool di unit yang telah diupgradekan. Puas mereka berendam hingga ke hari terakhir kami di sini.
Unit villa yang membuatkan anak-anak terpegun |
Nota: The Orchard Wellness and Health Resort turut menyediakan penginapan jenis glamping untuk mereka yang ingin pengalaman menginap di khemah tanpa meninggalkan kemudahan moden. Terdapat kawasan dengan deretan khemah yang dikhaskan untuk pengalaman ini. Walaubagaimanapun, kami hanya berpeluang melihat dari luar dan tidak melihat bagaimana keadaan dan suasana di dalam khemah.
Sarapan & makan
Hari pertama kami di sini, sarapan yang disediakan adalah secara buffet. Walaubagaimanapun, kawasan buffet agak terhad dan buffet spread juga sangat ringkas. Bubur nasi, roti, beberapa jenis pastry dan kuih muih serta cereal menjadi pilihan untuk pagi itu. Namun, alhamdulillah untuk anak-anak kami, hidangan ringkas tersebut sudah memadai.
Untuk hari kedua pula, mungkin kerana bilangan tetamu sudah tidak begitu ramai, buffet breakfast digantikan dengan set meal. Setiap tetamu boleh memilih set yang dikehendaki daripada pilihan fixed menu yang ditawarkan. Satu tetamu, satu set.
Sarapan sambil berlatarbelakangkan burung berterbangan |
Selain sarapan, kami juga berkesempatan untuk dinner di resort ini memandangkan pakej tempahan bilik ketika itu termasuk harga makan malam. Pada kedua-dua malam, hidangan secara set ditawarkan kepada tetamu. Sejujurnya, pilihan hidangan sangat terhad. Malah, pada malam kedua, tiada pilihan langsung ditawarkan untuk main course. Selain pilihan yang sangat terhad, portion makanan yang dihidangkan juga agak sedikit dan rasa hidangan juga agak bland. Mungkinkah limitation pada makanan ini disebabkan resort ini berkonsepkan wellness and health? Kami tak pasti.
Oh, bercakap mengenai rasa, jika anda ke sini, jangan terkejut jika anda mendapati tiada gula atau creamer disediakan untuk anda membancuh teh dan kopi di dalam bilik. Kami diberitahu oleh staff, walaupun uncang teh dan paket kopi diberi, atas sebab kesihatan, dua item tersebut tidak routinely dibekalkan di dalam bilik. Jika anda mahu, anda perlu minta daripada staf bertugas.
Bagaimana jika anda perlu mendapatkan makanan di luar? Jangan risau. Freeport A'Famosa Outlet terletak kurang daripada 15 minit dari resort ini. Jika tidakpun, terdapat beberapa gerai makan yang diusahakan penduduk tempatan terletak hanya kira-kira 10 minit dari The Orchard Wellness & Health Resort.
Aktiviti
1. Mandi pool
Walaupun sudah mempunyai private pool di salah satu unit, anak-anak tetap ingin merasa mandi di outdoor pool. Walaubagaimanapun, memandangkan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hanya 10 tetamu dibenarkan menggunakan pool pada satu-satu masa. Pendaftaran perlu dilakukan di kaunter berdekatan kolam dan tetamu perlu memilih waktu penggunaaan kolam. Untuk memastikan tetamu lain turut mendapat peluang menggunakan kemudahan ini, setiap tetamu hanya diberikan masa selama sejam untuk mandi di sini.
Outdoor pool di The Orchard Wellness & Health Resort agak luas dengan kedalaman 4 kaki. Di hujung pool, terdapat kawasan kolam dengan massage jet dan lounger, sesuai untuk anda merehatkan otot-otot yang kepenatan. Pool ini dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi. Namun, disebabkan prosedur yang perlu dipatuhi, ketika kami di sini, pool ini ditutup lebih awal iaitu pada pukul 5 petang.
Kawasan pool dengan massage jet |
2. Masa terluang di perpustakaan
Sementara menanti giliran menggunakan outdoor pool, kami sempat meluangkan masa di dalam perpustakaan yang terletak hanya berhadapan dengan kolam renang. Perpustakaan di sini tidak besar, namun selesa untuk tetamu meluangkan masa dalam keadaan yang tenang. Kami melihat kebanyakan buku yang ditawarkan adalah novel Bahasa Inggeris selain bahan bacaan dalam Bahasa Cina, suratkhabar dan juga buku kanak-kanak.
Santai di perpustakaan yang selesa |
3. Bersiar-siar mengikuti orchard trail
Buah nangka yang belum masak |
Bagi kami, aktiviti ini memberi sedikit kelainan berbanding percutian-percutian kami yang lepas. Secara ringkas, orchard trail merupakan guided tour yang dijalankan di sekitar kebun buah-buahan di resort ini. Aktiviti berjadual ini ditawarkan sekali di sebelah pagi dan sekali di waktu petang.
Untuk menyertai orchard trail, anda hanya perlu mendaftar nama dan bilangan ahli keluarga yang akan turut serta. Tiada extra-charge dikenakan. Seorang guide akan membawa anda berjalan melalui kebun buah-buahan di The Orchard Wellness & Health Resort. Pelbagai jenis pokok buah-buahan dapat kami lihat seperti nangka, durian, rambutan, duku dan manggis. Selain dapat mengenali jenis-jenis pokok ini, yang membuatkan anak-anak lebih seronok adalah apabila mereka dibenarkan memetik dan makan buah-buahan yang telah ranum. Fresh dan manis!
Alhamdulillah, ketika kami di sini, pokok rambutan sedang berbuah. Inilah pertama kali anak-anak kami merasa makan buah rambutan yang baru dipetik di kebun. Namun begitu, buah-buahan lain seperti durian dan manggis tidak begitu menjadi.
Menikmati buah rambutan yang baru dipetik |
Seperkara yang kami rasakan boleh ditambahbaik adalah berkenaan guide yang membawa tetamu ke trail ini. Tidak kami nafikan staf yang membawa kami memang seorang yang baik, namun mungkin kerana beliau bukan warganegara Malaysia, beliau tidak begitu dapat memberi penerangan mengenai pokok buah-buahan tempatan yang ada. Keadaan ini, digandingkan pula dengan kami yang sememangnya cetek ilmu pengetahuan tentang jenis-jenis pokok menyebabkan banyak soalan tak terjawab. Namun, kami agak bernasib baik kerana salah seorang tetamu yang turut mengikuti orchard trail ini mempunyai sedikit-sebanyak pengetahuan mengenai pokok buah-buahan. Beliaulah yang banyak berkongsi pengetahuan dengan kami.
Bagi kami, jikapun tidak dapat menyediakan guide yang berpengetahuan, ada baiknya jika pihak resort dapat menyediakan papan penerangan mengenai tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam kebun mereka sepanjang trail ini. Info yang disampaikan dengan cara begitu pun rasanya sudah memadai.
Berbual dengan fellow guest yang sudi berkongsi ilmu |
4. Mengayuh basikal
Antara aktiviti yang turut ditawarkan di resort ini adalah berbasikal. Namun, ketika di sini, kami diberitahu bahawa buat masa ini hanya limited basikal dewasa yang dapat disediakan. Oleh itu, tetamu tetap diminta untuk melakukan booking lebih awal. Kemudahan ini pula bukan berdasarkan first come first serve. Masa penggunaan akan direservekan untuk tetamu yang telah melakukan booking. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk aktiviti ini.
Memandangkan tiada pilihan basikal kanak-kanak, hanya anak-anak kami yang lebih besar berpeluang mengayuh basikal. Walaupun pada awalnya mereka agak excited, namun mungkin kerana adik-adik tak dapat menyertai, sekejap sahaja mereka mengayuh sebelum menyerahkan kembali basikal di kaunter.
5. Movie time
Apa pula yang boleh dilakukan selepas dinner? Ketika di sini, The Orchard Wellness & Health Resort menawarkan slot movie time yang terbuka untuk tetamu setiap malam. Tiada caj tambahan dikenakan untuk aktiviti ini.
Walaubagaimanapun, bercuti di musim PKPP bererti tetamu perlu memahami dan akur dengan limitation untuk kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan. Untuk menonton wayang di sini umpamanya, hanya sepuluh tetamu dibenarkan berada di dalam panggung pada satu-satu masa. Oleh itu, pihak resort mensyaratkan tetamu yang ingin menonton wayang untuk melakukan booking lebih awal dan memberitahu pilihan malam tayangan. Disebabkan itu, ketika ke sini, kami hanya berpeluang menonton wayang pada malam kedua kerana kuota penonton telah penuh pada malam pertama.
Walaupun kecil, kami lihat susun atur bilik tayangan sememangnya menyerupai panggung wayang. Kerusi yang disediakan sangat selesa dan sistem bunyi juga sangat bagus. Kebetulan pula tiada tetamu lain yang turut ingin menonton pada malam kedua kami di sini. Melihatkan keadaan itu, staf bertugas membenarkan anak-anak kami memilih movie yang ingin ditonton. Seronok anak-anak menonton kartun pilihan bersama dalam suasana yang amat selesa.
Movie theater di The Orchard Wellness & Health Resort |
6. Canopy Walk
Untuk yang sukakan aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh mencuba melalui canopy walk yang dikatakan terpanjang di Malaysia. Dibina melalui kebun buah-buahan, aktiviti ini tentu memerlukan keberanian dan kekuatan fizikal mereka yang ingin menyertai. Canopy walk ini terbuka untuk tetamu berusia 14 tahun ke atas dan bergantung kepada keadaan cuaca. Tetamu perlu melakukan reservation dan memakai pakaian dan kasut sukan untuk aktiviti ini. Caj tambahan turut dikenakan.
Nasib agak tidak menyebelahi kami ketika percutian kali ini. Hujan turun dengan lebat pada pagi aktiviti ini dijadualkan untuk anak kami. Walaupun selepas hujan berhenti, canopy walk tersebut masih licin menyebabkan aktiviti ini terpaksa dibatalkan.
Canopy walk - aktiviti yang tak sempat kami lakukan (foto: orchardwellness.com) |
Ada apa dengan Wellness & Health?
Jika terdapatnya kebun buah-buahan menerangkan pilihan nama 'Orchard' untuk resort ini, di mana pula datangnya 'Wellness & Health'? Sejujurnya, kami agak tertanya-tanya mengenai pilihan nama ini. Adakah 'Wellness & Health' merujuk kepada menu sihat yang ditawarkan atau lebih daripada itu?
Kami diberitahu yang sebenarnya, tarikan utama The Orchard adalah kemudahan spa dan pakej kesihatan seperti pakej detox, pakej fitness, pakej pelangsingan badan, pakej perubatan tradisional cina dan yoga. Pakej-pakej ini menggabungkan program kesihatan terancang dengan penginapan dan penyediaan makanan mengikut keperluan setiap tetamu. Walaubagaimanapun, semua kemudahan spa dan wellness package ini masih tidak dapat ditawarkan buat masa ini demi mematuhi SOP kawalan pergerakan pemulihan.
Oleh itu, boleh dikatakan ketika kunjungan kami, resort ini belum beroperasi at its best memandangkan hanya sebahagian kemudahan dan aktiviti yang dapat dilakukan. Namun bagi kami, The Orchard Wellness and Health resort masih mampu menjadi pilihan destinasi menarik untuk mereka yang ingin mencari tempat berehat jauh dari urusan sehari-harian di ibu kota.
Jika anda ingin ke sini untuk berehat bersama keluarga atau mencuba spa dan pakej kesihatan setelah keadaan pulih nanti, carian info lanjut dan tempahan boleh dilakukan di laman rasmi mereka di sini. Selain itu, The Orchard Wellness & Health Resort juga terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, booking.com dan juga Expedia.
This is good site to spent time on .I just stumbled upon your informative blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your very well written blog posts. I will be your frequent visitor, that's for sure.
BalasPadamOrchard Wellness Centre
Thank you for providing such a valuable information and thanks for sharing this matter.
BalasPadamOrchard Wellness Centre