Untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak kecil, sudah tentu kemudahan mesra kanak-kanak di hotel tempat penginapan membantu menceriakan anak-anak semasa percutian. Bukan sahaja menceriakan, malah kemudahan sebegini mampu mengurangkan ragam anak-anak kecil apabila mereka dapat meluangkan masa bermain sementara ibu bapa berehat di hotel kediaman.
Sebagai destinasi percutian keluarga, tidak hairan apabila pengusaha-pengusaha hotel di Melaka berusaha menyediakan tarikan khas untuk kanak-kanak di hotel-hotel mereka. Ada yang menyediakan kawasan kanak-kanak yang dipanggil Kids Zone, mendekorasi bilik agar ia tampil lebih mesra kanak-kanak dan tak kurang juga menyediakan kawasan taman permainan untuk kanak-kanak berhibur. Nah, ibu bapa hanya perlu memilih mana yang sesuai dengan keperluan, selera dan bajet masing-masing.
(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)
Hotel dengan kemudahan Kids Zone
Salah satu kemudahan mesra kanak-kanak yang pastinya menjadi tarikan untuk tetamu kecil ialah kawasan khas hotel yang kebiasaannya dipanggil Kids Zone atau Kids Club. Kids Zone atau Kids Club ini kebiasaannya menyediakan kawasan indoor yang didekorasi dan dilengkapi kemudahan dan aktiviti sesuai untuk aktiviti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Mari kita lihat hotel menarik yang menawarkan kemudahan unik ini.
1. Philea Resort and Spa
Log resort lima bintang yang tidak asing lagi ini terletak di Ayer Keroh, kira-kira 90 minit berkenderaan dari Kuala Lumpur, dan 20 minit dari bandaraya bersejarah Melaka. Menawarkan percutian eksklusif di kelilingi alam semulajadi yang menghijau serta deruan air yang mendamaikan, Philea Resort and Spa ideal untuk mereka yang inginkan time off dari stress kehidupan sehari-harian.
Jika memilih untuk menginap di sini, anda boleh bersantai di kolam renang atau memanjakan diri di spa yang disediakan. Bagaimana dengan anak-anak? Jangan risau. Anak-anak pasti teruja untuk meluangkan masa di playroom khas PhiliKidz and Games Room. PhiliKidz and Games Room ini dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 9.30 malam. Di sini, anak-anak anda dapat meluangkan masa di persekitaran indoor yang dilengkapi aktiviti dan kemudahan mesra kanak-kanak agar mereka dapat terus aktif sementara anda berehat dan menikmati percutian dalam persekitaran yang mendamaikan. Di samping meluangkan masa di PhiliKidz, anda juga boleh membawa anak-anak ke tempat-tempat menarik di sekitar Ayer Keroh seperti Taman Buaya, Zoo Melaka dan Mini Malaysia yang semestinya menjadi tarikan kanak-kanak ketika bercuti.
Jika merancang untuk ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga Philea Resort and Spa terlebih dahulu di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda mendapat tawaran terbaik di hotel menarik ini untuk percutian keluarga yang akan datang!
Philea Resort and Spa, Ayer Keroh, Melaka |
2. Amverton Heritage Resort
Juga terletak di Ayer Keroh, Amverton Heritage Resort menawarkan pelbagai kemudahan mesra kanak-kanak yang best untuk percutian anda sekeluarga. Bukan sahaja menyediakan kemudahan Kids Fun Zone yang menawarkan persekitaran permainan indoor yang menarik, malah anak-anak pasti teruja dengan mini waterpark dan outdoor playground yang turut disediakan. Oh, selain itu, anak-anak anda juga mungkin boleh mencuba pelbagai aktiviti outdoor lain seperti Kids ATV selain mencuba kemahiran seperti fishing dan archery.
Bilik-bilik di sini mungkin basic dan ringkas, namun, khas untuk anda yang bercuti bersama anak-anak, pilihan bilik famili dan connecting room turut disediakan untuk keselesaan anda. Jika ke sini, anda juga boleh membawa anak-anak ke tempat-tempat menarik sekitar Ayer Keroh seperti Taman Buaya dan Zoo Melaka yang berada tidak jauh dari resort menarik ini (Klik di sini untuk catatan penginapan kami di Amverton Heritage Resort).
Amverton Holiday Resort terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga hotel menarik ini untuk tawaran terbaik semasa percutian anda bersama anak-anak nanti!
Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Melaka |
3. DoubleTree by Hilton
Penghujung tahun 2017 menyaksikan pembukaan sebuah lagi hotel jenama antarabangsa yang menyediakan kemudahan istimewa untuk tetamu kecil mereka. Walaupun baru dibuka, DoubleTree by Hilton menjadi pilihan pengunjung bukan sahaja kerana reputasi jenama ini dalam industri perhotelan, tetapi yang lebih penting ialah keselesaan bilik-bilik penginapan dan kemudahan yang disediakan.
Jika ke sini, anak-anak pasti seronok meluangkan masa di Kids Club yang terletak berkatan dengan kolam renang. Ruang khas kanak-kanak ini dibuka seawal pukul 10am hingga 8pm. Anak-anak boleh meluangkan masa di sudut membaca, aktiviti seperti mewarna, board games dan yang paling menjadi perhatian tentulah PS4.
Sementara anak-anak bersuka-ria di sini sambil dipantau oleh staf bertugas, anda bolehlah mencuri masa merehatkan diri di bilik, kolam renang atau sauna.
Hotel ini juga bersambung dengan mall yang memudahkan anda mendapatkan apa-apa keperluan. Bukan sahaja memudahkan percutian anda, malahan anda boleh membawa anak-anak menonton wayang jika mahu.
Lokasi hotel ini bagaimanapun bukanlah di kawasan di mana kebanyakan tempat menarik di Melaka seperti Jonker Street dan Porta da Santiago terletak; iaitu kira-kira 10 minit memandu. Oleh itu, ia sesuai jika anda berkenderaan ketika percutian. Jika tidak pun, perkhidmatan seperti Grab yang mudah didapati di bandaraya Melaka sudah tentu mampu memudahkan rancangan percutian anda bersama anak-anak di sini.
DoubleTree by Hilton terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga hotel menarik untuk kanak-kanak ini untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda.
Sementara anak-anak bersuka-ria di sini sambil dipantau oleh staf bertugas, anda bolehlah mencuri masa merehatkan diri di bilik, kolam renang atau sauna.
Hotel ini juga bersambung dengan mall yang memudahkan anda mendapatkan apa-apa keperluan. Bukan sahaja memudahkan percutian anda, malahan anda boleh membawa anak-anak menonton wayang jika mahu.
Lokasi hotel ini bagaimanapun bukanlah di kawasan di mana kebanyakan tempat menarik di Melaka seperti Jonker Street dan Porta da Santiago terletak; iaitu kira-kira 10 minit memandu. Oleh itu, ia sesuai jika anda berkenderaan ketika percutian. Jika tidak pun, perkhidmatan seperti Grab yang mudah didapati di bandaraya Melaka sudah tentu mampu memudahkan rancangan percutian anda bersama anak-anak di sini.
DoubleTree by Hilton terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga hotel menarik untuk kanak-kanak ini untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda.
Hotel dengan bilik penginapan mesra kanak-kanak
1. Holiday Inn Melaka
Apa kata surprisekan anak-anak dengan bilik yang disediakan khas agar mereka juga mempunyai 'we time' semasa percutian keluarga anda nanti!
Holiday Inn Melaka menawarkan pilihan bilik menarik dengan sudut khas kanak-kanak untuk tetamu yang bercuti bersama anak-anak. Sudut khas yang ceria ini dilengkapi katil bertingkat dan meja kecil untuk anak-anak melakukan aktiviti bersama sementara anda berehat di bilik utama yang turut dilengkapi katil bersaiz queen ini. Sudut kanak-kanak ini di pisahkan oleh partition dan ditutupi langsir sekaligus memberi privasi, namun dalam masa yang sama memberi anda akses untuk memantau anak-anak dengan mudah.
Selain bilik mesra kanak-kanak, lokasi Holiday Inn juga tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong di bandaraya Melaka. Ini sekaligus memudahkan anda membawa anak-anak bersiar-siar mengenali bandaraya bersejarah ini. Parking tidak menjadi masalah memandangkan pihak hotel menyediakan tapak meletak kereta yang banyak.
(Nota: Holiday Inn Melaka TIDAK mempunyai Kids Club seperti sesetengah hotel lain di bawah rangkaian Holiday Inn)
Ingin menginap di hotel menarik ini? Semak tawaran terbaik Holiday Inn Melaka di Agoda, booking.com dan Expedia.
Holiday Inn, Melaka |
Hotel dengan taman permainan kanak-kanak
1. Swiss Garden Hotel
Taman permainan dan kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan. Kebiasaannya kanak-kanak memang tak pernah bosan apabila berada di taman permainan. Disebabkan itu, sudah tentu kemudahan taman permainan adalah satu advantage untuk mereka yang membawa anak-anak kecil bersama ketika percutian.
Swiss Garden Hotel menyediakan taman permainan ala taman air mini untuk anak-anak anda berhibur ketika percutian. Water playground yang dilengkapi slides, water cannon dan water spray ini sudah tentu menjadi tarikan untuk anak-anak anda di sini. Walaupun anak-anak boleh bermain sepanjang hari di sini, water cannon dan water spray hanya beroperasi pada waktu-waktu tertentu sahaja. Oleh itu, pastikan anda menyemak jadual operasi dengan pihak hotel.
Selain itu, hotel ini juga bersambung dengan shopping mall yang memudahkan anda membawa anak-anak menjamu selera atau mendapatkan barang keperluan. Lokasi hotel yang hanya kira-kira 15 minit berjalan kaki ke tempat tarikan Jonker Street dan hanya beberapa minit dari terminal river cruise juga memudahkan anda membawa anak-anak bersiar-siar di sekitar bandaraya Melaka. Jika menginap di sini, jangan lepaskan peluang membawa anak-anak ke Sky Tower untuk menikmati panorama indah bandaraya Melaka dari tingkat 43 bangunan tertinggi di Melaka ini!
Swiss Garden Hotel boleh ditempah secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga hotel menarik ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda nanti.
Swiss Garden Hotel, Melaka |
(Nota: Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk menginap di The Shore Hotel and Residences ataupun homestay seperti The Nature Bali Lodge yang berkongsi kemudahan seperti kolam dan gym dengan Swiss Garden Hotel.
The Shore Hotel and Residences terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia sementara The Nature Bali Lodge terbuka untuk tempahan secara online di airbnb dan Expedia booking.com.
2. Novotel Hotel
Sebuah lagi hotel dengan kemudahan mesra kanak-kanak, Novotel Hotel mampu menjadi pangkalan strategik untuk anda membawa anak-anak meneroka bandaraya Melaka. Sebaik melangkah masuk ke ruang lobi hotel menarik ini, anak-anak anda akan disambut oleh sudut ceria kids corner sesuai untuk mereka meluangkan masa sementara anda menguruskan urusan check in ataupun melayari internet di ruangan berdekatan.
Selain sudut kanak-kanak di ruang lobi, anak-anak anda juga pasti gembira bermain di playground ringkas yang disediakan berhampiran swimming pool kanak-kanak. Walaupun ringkas, penampilan yang ceria dengan salah satu slide dihalakan terus ke swimming pool menjadi tumpuan kanak-kanak yang bercuti di sini.
Jika perlu, anda boleh memilih bilik connecting room untuk keselesaan apabila bercuti bersama anak-anak. Lokasinya yang hanya within walking distance ke shopping mall, restoran dan beberapa tempat tumpuan pelancong juga sudah pasti memudahkan anda membawa anak-anak bersiar-siar di sekitar bandaraya bersejarah ini.
Novotel Hotel terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga hotel mesra kanak-kanak ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda nanti.
Novotel Melaka |
3. The Pines Hotel
Jika anda mencari hotel penginapan selesa dengan sedikit hiburan extra untuk anak-anak, anda boleh memilih hotel The Pines yang terletak berhampiran Sungai Melaka. Menawarkan bilik-bilik penginapan yang luas dan moden, The Pines Hotel turut menyediakan kawasan taman permainan kanak-kanak khas untuk tetamu kecil yang berkunjung. Taman permainan yang ditempatkan berhampiran kolam renang ini membolehkan ibu bapa memantau anak-anak sambil bersantai dan merehatkan diri.
Jika mahukan kelainan, anda juga boleh memilih bilik pool side suite yang memberi anda private akses ke pool. Walaupun boleh dianggap private pool, ia sebenarnya adalah extension dari main pool yang dipisahkan oleh divider. Ia tidak tertutup dari pandangan orang lain, namun, untuk anak-anak, ia sudah tentu memberi kelainan yang menyeronokkan.
Lokasi berhampiran Sungai Melaka dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pihak hotel dengan mengadakan private jetty di mana anda boleh merasai pengalaman river cruise yang semestinya menjadi aktiviti wajib terutamanya apabila bercuti bersama anak-anak. Jika anda mahu, and juga boleh menyewa kemudahan basikal dan berbasikal bersama-sama di pinggir sungai yang telah banyak menyaksikan sejarah bandaraya bertuah ini.
Hotel ini bagaimanapun terletak agak jauh dari tempat-tempat menarik sekitar bandaraya Melaka. Ia mungkin kurang sesuai jika anda merancang untuk berjalan kaki bersama anak-anak ke lokasi-lokasi tumpuan pelancong semasa percutian anda. Walaubagaimanapun, untuk mengatasi masalah ini, pihak hotel ada menyediakan free shuttle ke kawasan-kawasan yang sering menjadi tumpuan pelancong seperti Jonker Street dan Dataran Pahlawan.
Hotel The Pines terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga hotel menarik ini terlebih dahulu untuk tawaran terbaik semasa percutian anda nanti!
The Pines Melaka |
4. The Explorer Hotel
Bercuti bersama anak-anak dalam bajet yang agak terhad? Mungkin anda boleh memilih hotel The Explorer yang terletak di prime area berdekatan dengan shopping mall dan hanya 10 minit berjalan kaki ke Jonker Street. Setelah penat bersiar-siar di bandaraya Melaka, anak-anak boleh meluangkan masa di taman permainan kecil di level 2 yang disediakan. Taman permainan ini walaubagaimanapun adalah ringkas dan lebih sesuai jika anak-anak anda berada di usia pra-persekolahan.
Hotel ini sesuai untuk mereka yang hanya mencari pangkalan instirahat strategik dan dalam masa yang sama menawarkan sedikit hiburan untuk anak-anak. Bergantung kepada tarikh percutian anda, bagi kami, harga bilik-bilik di The Explorer Hotel boleh dikategorikan di dalam upper budget. Perlu diingatkan bahawa bilik-bilik penginapan di sini adalah lebih kecil berbanding dengan bilik-bilik di hotel-hotel lain dalam senarai di atas. Selain itu, ia juga lebih ringkas dan rata-rata, sound insulation juga agak kurang memuaskan, terutamanya jika anda seorang light sleeper. Walaubagaimanapun, lokasi yang cemerlang menjadi plus point selain hotel ini juga menyediakan kemudahan lift dan parking percuma untuk para tetamunya.
The Explorer Hotel terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda membandingkan harga hotel-hotel untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda nanti.
The Explorer Hotel, Melaka |
Lain-Lain yang menarik
Catatan percutian keluarga
7. Penginapan di hotel dengan mini waterpark , Ayer Keroh, sesuai untuk kanak-kanak
8. Cuti ringkas di Bayou Lagoon Park Resort
8. Cuti ringkas di Bayou Lagoon Park Resort
Mana nak menginap?
2. Hotel berkonsep heritage menarik di Melaka - seperti kembali ke zaman silam!
3. Under budget? Tak ada masalah. Lihat senarai hotel mesra poket yang selesa di sini
4. Masih tak dapat buat pilihan? Klik untuk lebih hotel menarik di bandaraya Melaka dan sekitar.
tq info ;)
BalasPadamSama-sama :)
PadamTs for sharing..Boleh la pilih senarai hotel yg friendly kanak2 kan .
BalasPadamYou are most welcome, Fisya
Padam