Hotel menarik, murah dan selesa di Melaka... percutian keluarga bertambah ceria!

Bandaraya Melaka sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri yang tiada di tempat-tempat lain. Ia bukan sahaja sebuah bandaraya yang menyimpan sejarah penting tanah air kita, bahkan kini pelbagai tarikan mesra keluarga disediakan sebagai tarikan pelancong yang berkunjung dari dalam dan luar negara.

Membawa keluarga bercuti di sini tak semestinya membebankan. Terdapat banyak hotel menarik yang menawarkan penginapan bermalam pada harga berpatutan. Sudah tentu hotel-hotel ini tidak boleh dibandingkan dengan hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang, namun, jika anda hanya mencari penginapan yang selesa untuk beristirahat setelah seharian membawa keluarga bersiar-siar, bilik-bilik yang disediakan insya-Allah lebih dari cukup untuk tujuan itu!


(sumber foto: Agoa, booking.com dan Expedia)


1. Fenix Inn

Dengan lokasi yang strategik, Hotel Fenix Inn menawarkan penginapan menarik dengan jarak hanya walking distance ke tempat-tempat menarik di bandaraya Melaka. Dari segi konsep, hotel menarik ini mengetengahkan suasana penginapan moden untuk tetamunya. Untuk memenuhi keperluan mereka yang bercuti bersama keluarga, beberapa pilihan bilik famili turut ditawarkan. Untuk mereka ynag berkenderaan, free jockey parking disediakan di mana anda hanya perlu menyerahkan kunci kereta dan pihak hotel akan mengaturkan parking untuk anda (terpulang pada personal preference, sesetengah tetamu menyukai servis begini, namun, ada juga tidak begitu selesa menyerahkan kunci kereta kepada orang lain). Dengan harga berpatutan dan lokasi menarik begini, Hotel Fenix Inn boleh menjadi pilihan penginapan ideal anda sekeluarga. Namun, pastikan luggage yang dibawa tidak terlalu berat dan mendaki tangga tidak menjadi masalah kerana hotel ini TIDAK mempunyai kemudahan lift.

Sebelum menginap di sini, pastikan anda menyemak harga Fenix Inn di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga akan datang!


Hotel murah di Melaka
Hotel murah di Melaka
Fenix Inn, Melaka


2. Hotel Hong

Hotel ringkas di deretan rumah kedai lama yang kelihatan biasa-biasa sahaja ini sebenarnya adalah sebuah hotel bajet yang sangat strategik untuk dijadikan penginapan ketika percutian anda ke Melaka. Walaupun sekali pandang mungkin ia kelihatan seperti hostel untuk pelancong gaya backpackers, Hotel Hong sebenarnya menyediakan pilihan bilik seperti hotel-hotel lain lengkap dengan penghawa dingin, televisyen dan attached bathroom. Kepada mereka yang bercuti bersama keluarga, pilihan bilik triple dan quadraple turut disediakan untuk keselesaan sekeluarga. Nothing fancy tentang dekorasi bilik di sini, namun penginapan yang ditawarkan cukup selesa jika anda sekadar inginkan tempat berehat yang selesa pada harga yang berpatutan.

Lokasinya yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik, restoran dan convenience store memudahkan anda mengatur jadual percutian anda di sini. Free parking disediakan jika anda berkenderaan. Seperkara lagi tentang hotel ini adalah keramahan perkerja-perkerjanya yang sentiasa menjadi pujian tetamu yang menginap di sini. (Nota: hotel dua tingkat ini TIDAK mempunyai kemudahan lift. Oleh itu, terpulang kepada keperluan anda, hotel ini mungkin kurang sesuai jika anda membawa bagasi berat, anak-anak kecil atau warga emas yang mempunyai masalah untuk mendaki tangga)

Jangan lupa untuk menyemak tawaran terbaik Hotel Hong di Agoda dan booking.com jika anda ingin menjadikan hotel menarik ini pangkalan percutian keluarga di Melaka.


Hotel murah di Melaka

Hotel murah di Melaka
Hotel Hong, Melaka

3. Mercury Boutique Hotel

Terletak tidak jauh dari tempat-tempat tumpuan pelancong, Mercury Boutique Hotel menawarkan penginapan yang menarik dan selesa untuk percutian anda seisi keluarga. Terdapat 4 jenis bilik dengan dekorasi moden lengkap dengan kemudahan asas seperti cerek dan mini fridge ditawarkan untuk keselesaan para tetamu. Jika anda bercuti bersama keluarga, pilihan bilik famili turut ditawarkan selain kemudahan lift yang pastinya membantu memudahkan percutian mereka yang berkunung bersama anak-anak kecil dan warga emas. Selain itu, pihak hotel juga menyediakan kemudahan tempat meletak kenderaan untuk mengatasi masalah parking yang sememangnya boleh memeningkan pengunjung ke bandaraya bersejarah ini!

Ingin menginap di hotel menarik ini? Pastikan anda menyemak harga Mercury Boutique Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga di sini nanti!


Hotel murah di Melaka

Hotel murah di Melaka
Mercury Boutique Hotel, Melaka


4. Venus Boutique Hotel

Dengan lokasi hanya 5 ke 10 minit berjalan kaki ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong, Venus Boutique Hotel adalah sebuah lagi hotel menarik yang menawarkan penginapan pada harga berpatutan untuk percutian anda sekeluarga. Selain pilihan bilik penginapan termasuk bilik famili yang ringkas dan moden, hotel ini juga menyediakan kemudahan lift yang sudah tentu membantu mereka yang bercuti bersama anak-anak kecil dan warga emas. Bukan itu sahaja, jika anda berkenderaan, Venus Boutique Hotel turut menyediakan kawasan meletak kenderaan yang pastinya menjadi kelegaan untuk tetamu yang berkunjung ke bandaraya yang sentiasa sibuk ini!

Untuk mendapat tawaran terbaik, jangan lupa untuk menyemak harga Venus Boutique Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk percutian keluarga yang menjimatkan.


Hotel murah di Melaka

Hotel murah di Melaka
Venus Boutique Hotel, Melaka

5. 906 Riverside Hotel

Sesuai dengan namanya, 906 Riverside Hotel menawarkan penginapan menarik di tebing sungai Melaka yang popular dengan aktiviti wajib Melaka River Cruise tiap kali bercuti bersama anak-anak. Bukan sahaja pemandangan sungai, malah yang menariknya, hotel ini juga terletak hanya bertentangan dengan musical fountain yang pastinya menjadi tarikan untuk anak-anak di waktu malam.

Menawarkan bilik-bilik penginapan yang ringkas dan selesa, hotel menarik ini turut memenuhi keperluan tetamu yang bercuti bersama keluarga dengan menyediakan pilihan bilik famili yang dilengkapi sebuah katil bersaiz king dan 2 katil single. Kemudahan lift sudah tentu memudahkan tetamu yang membawa anak-anak kecil bersama. Parking percuma disediakan namun agak terhad.

Jika berminat untuk menginap di hotel ini, jangan lupa untuk menyemak harga 906 Riverside Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda mendapat tawaran terbaik untuk percutian bersama keluarga tersayang.


Hotel murah di Melaka

Hotel murah di Melaka
906 Riverside Hotel, Melaka


6. Grand CT Hotel

Jika jarak tidak menjadi masalah untuk anda, Grand CT Hotel boleh menjadi penginapan yang sesuai untuk percutian anda sekeluarga. Lokasi hotel ini mungkin kurang sesuai untuk mereka yang lebih suka berjalan kaki terutamanya jika disertai anak-anak kecil, namun, jika anda berkenderaan, ia hanyalah kira-kira 10 minit ke kebanyakan tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Hotel ringkas ini menawarkan beberapa jenis bilik penginapan termasuk bilik jenis triple dan famili di samping kemudahan lift yang sudah tentu memudahkan mereka yang bercuti bersama anak-anak dan warga emas. Parking percuma turut menjadi tarikan tetamu yang memilih hotel ini sebagai tempat istirahat semasa percutian mereka.

Sebelum berkunjung ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga Grand CT Hotel di Agoda dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda!


Hotel murah di Melaka

Hotel murah di Melaka
Grand CT Hotel, Melaka


7. Terra Nova Hotel

Jika inginkan hotel yang sedikit terasing dari kesibukan bandaraya Melaka namun dalam masa yang sama tidak begitu jauh untuk meneroka sejarah dan tempat-tempat menarik di sana, Terra Nova Hotel boleh menjadi kediaman sesuai untuk percutian keluarga anda yang akan datang. Dengan lokasi begini, sudah tentu percutian keluarga lebih mudah jika berkenderaan, dan kawasan parking juga agak mudah didapati di kawasan sekitar hotel. Terletak kira-kira 10 minit memandu ke tempat-tempat tumpuan pelancong, Terra Nova Hotel menawarkan pilihan bilik yang ringkas dan selesa. Setelah seharian bersiar-siar di sekeliling bandaraya ini, anda juga tidak perlu risau untuk mendukung anak-anak yang telah tertidur kepenatan mendaki tangga kerana kemudahan lift tutur disediakan di hotel ini.

Pastikan anda menyemak harga Terra Nova Hotel terlebih dahulu di Agoda, booking.com dan Expedia untuk mendapatkan tawaran terbaik semasa percutian anda sekeluarga.


Hotel murah di Melaka

Hotel murah di Melaka
Terra Nova Hotel, Melaka





Tiada ulasan:

Catat Ulasan