Hotel dan penginapan menarik pelbagai konsep di Melaka

Bercerita tentang Melaka memang tak habis. Sememangnya tak hairanlah jika negeri bersejarah ini semakin mendapat perhatian sebagai lokasi percutian keluarga terutamanya apabila tiba musim cuti sekolah. Sesak dibuatnya dengan kenderaan dan juga pelancong! 

Walaupun kebiasaannya pengunjung bertumpu di bandaraya Melaka yang kaya dengan sejarah, tempat-tempat lain di negeri ini tidak kurang juga hebatnya dalam menawarkan pengalaman percutian yang unik, terutamanya jika anda mencari kelainan semasa percutian keluarga nanti.   

Di bawah ini disenaraikan beberapa hotel dan penginapan menarik pelbagai konsep baik di dalam bandaraya Melaka mahupun di sekitarnya untuk percutian keluarga anda yang akan datang.


(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)


Hotel menarik di bandaraya Melaka

1. RC Hotel

Terletak di tebing sungai Melaka, RC Hotel merupakan salah satu hotel yang menawarkan penginapan menarik untuk percutian anda sekeluarga. Jika anda meminati dekorasi ala-Eropah, sudah tentu anda akan menyukai tema yang diketengahkan oleh hotel ini. Menawarkan 31 bilik penginapan, dekorasi bilik-bilik di RC Hotel berkonsepkan seni Art Deco, iaitu seni yang berasal dari Perancis, membuatkan setiap bilik kelihatan elegan dan mewah. Untuk mereka yang bercuti bersama keluarga pula, pilihan bilik famili yang luas dengan ruangan berasingan dilengkapi katil double decker untuk anak-anak ditawarkan untuk keselesaan para tetamu.

Kedudukan di pinggir Sungai Melaka dimanfaatkan hotel ini dalam memberi kelainan di dalam servis mereka. Memandangkan kawasan meletak kenderaan amat terhad, anda boleh memilih untuk meletak kereta anda di kawasan parking yang disediakan di Taman Rempah dan menaiki bot terus ke jeti yang terletak di belakang hotel ini. Jangan risau jika tidak berkenderaan di bandaraya ini kerana lokasi RC Hotel hanyalah within walking distance dari tempat-tempat menarik di sekitar Melaka. 

Untuk mendapat tawaran terbaik di RC Hotel, jangan lupa untuk menyemak harga di Agodabooking.com dan Expedia semasa percutian keluarga anda.


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
RC Hotel, Melaka


2. Rosa Malacca

Hotel yang baru dibuka secara rasmi pada bulan Februari 2017 ini menawarkan penginapan menarik bertemakan konsep industrial design di bangunan berbata merah. Terdapat empat jenis bilik penginapan ditawarkan sebagai pilihan termasuk bilik jenis famili yang memuatkan 2 katil bersaiz king untuk keselesaan mereka yang bercuti bersama anak-anak.

Lokasi hotel menarik ini adalah strategik untuk dijadikan pangkalan percutian anda ke Melaka. Kedudukannya hanyalah kira-kira 6 minit berjalan kaki dari Dataran Pahlawan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong. Oleh itu, jika menginap di sini, anda boleh meletak kenderaan di kawasan yang disediakan pihak hotel dan meneroka bandaraya ini dengan berjalan kaki. Tak perlu pening dengan traffic jam yang boleh menjadi nightmare terutamanya ketika musim cuti persekolahan. 

Jika berminat untuk menginap di hotel ini, pastikan anda menyemak harga Rosa Malacca di Agodabooking.com dan Expedia untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda sekeluarga nanti.


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
Rosa Malacca, Melaka

3. The Rucksack Caratel

Perkhemahan caravan di tengah-tengah bandaraya Melaka? Ya... Itulah konsep unik yang diketengahkan oleh pengusaha hotel menarik The Rucksack Caratel. Bagi mereka yang gemarkan kelainan ketika percutian, anda boleh mencuba penginapan di bilik tingkat ground floor hotel ini yang menawarkan suasana percutian seolah-olah di perkhemahan caravan.

Dengan pilihan katil bersaiz queen atau katil bunk bed yang boleh memuatkan 4 tetamu, anak-anak terutamanya di usia remaja pasti teruja dengan konsep penginapan sebegini. Bilik jenis ini terletak dekat dengan lobi yang menjadi tempat bersantai tetamu lain. Oleh itu, walaupun anak-anak remaja mungkin menyukainya, anak-anak kecil lebih sesuai untuk ditempatkan di tingkat atas memandangkan mereka memerlukan suasana yang lebih tenang untuk tidur.

Walaupun tidak menampilkan konsep perkhemahan caravan, bilik-bilik di tingkat atas tetap menarik dan selesa. Penggunaan glass window yang besar membuatkan bilik-bilik di sini terasa lebih luas. Pilihan bilik jenis famili turut disediakan untuk keselesaan anda dan anak-anak. Bukan itu sahaja, walaupun kelihatan ringkas, hotel menarik ini turut menyediakan kemudahan kolam renang kecil yang pastinya menjadi highlight untuk anak-anak ketika percutian anda nanti.

Lokasi hotel ini juga tidak jauh dari tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya bersejarah ini. Walaubagaimanapun, kawasan meletak kenderaan adalah terhad dan anda mungkin perlu meletak kereta anda di kawasan public parking jika free parking yang disediakan pihak hotel telah penuh.  

Jika berminat untuk menginap di hotel menarik ini, jangan lupa untuk menyemak harga The Rucksack Caratel di Agodabooking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian anda.

(Hotel asal The Rucksack Caratel seperti yang disenaraikan di atas kini dikenali sebagai 'The Rucksack Caratel - Garden Wing' bersempena pembukaan penginapan menarik baharu yang dikenali sebagai 'The Rucksack Caratel -Jonker Wing'. Walaupun tidak mengetengahkan konsep perkhemahan caravan, hotel baru di bawah payung The Rucksack Caratel ini tetap menawarkan penginapan menarik dan selesa berdekatan dengan tempat tempat tumpuan pelancong. Seperti juga hotel asalnya, 'The Rucksack Caratel - Jonker Wing' turut terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia)

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
The Rucksack Caratel, Melaka


4. Casa Del Rio

Berkonsepkan penginapan mewah di pinggir sungai, Casa Del Rio yang bermaksud 'rumah di tepi sungai' dibina di tebing sungai Melaka yang pernah menjadi laluan penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi kerajaan Melaka. Menawarkan 66 bilik penginapan dan suite, dekorasi Mediterranean dengan sentuhan Peranakan diilhamkan dalam dekorasi hotel mewah ini. Jika bercuti bersama anak-anak, anda boleh memilih bilik studio king yang dilengkapi sebuah katil King dan sofa bed atau bilik jenis suite untuk keselesaan. Kemudahan spa dan kolam renang turut disediakan sebagai pelengkap hotel mewah ini.

Lokasi di tebing sungai Melaka yang popular sebagai laluan Malacca River Cruise dan kedudukan hanya kira-kira 2 minit berjalan kaki ke Jonker Street menjadikannya penginapan yang sesuai untuk pelancong yang ingin meneroka bandaraya Melaka. Jika mahu ke Dataran Pahlawan, hotel ini juga ada menyediakan complimentary shuttle service selain perkhidmatan tempahan beca yang akan menjemput anda di lobi hotel.

Untuk merasai kemewahan penginapan di Casa Del Rio, anda boleh menyemak harga dan tawaran hotel menarik ini secara online di Agodabooking.com dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
Casa Del Rio, Melaka



Hotel menarik di sekitar bandaraya Melaka


1. Fuga Village, Masjid Tanah, Melaka

Siapa sangka, walaupun Melaka lebih popular dengan tarikan sejarahnya, negeri ketiga terkecil di Malaysia ini juga tidak ketinggalan dalam menyediakan tarikan-tarikan penginapan berunsurkan back to nature yang mendamaikan.

Salah satu hotel menarik ini terletak di Pantai Pengkalan Balak, kira-kira 40 minit berkenderaan dari bandaraya Melaka. Tarikan yang dikenali dengan nama Fuga Village ini menawarkan penginapan berkonsep back to nature di persekitaran ala kampung. Fuga Village Beach Getaway menyediakan sebuah penginapan jenis villa dan enam chalet berhampiran pantai, sesuai untuk mereka yang mahukan percutian yang menenangkan, jauh dari hiruk pikuk kota. Selain kemudahan penginapan yang menarik, anda juga boleh bersantai di kolam renang yang ringkas, mengadakan picnic di pantai berdekatan atau berbarbeque bersama anak-anak semasa percutian keluarga yang akan datang. Klik di sini untuk membaca catatan percutian menarik kami di Fuga Village.

Jika berminat untuk ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga terbaik Fuga Village di Agoda dan booking.com.Selain itu, penginapan menarik Fuga Village juga boleh ditempah secara online melalui airbnb


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
Fuga Village, Melaka


2. The Hut @ Serkam, Merlimau, Melaka

Ramai juga kanak-kanak sekarang yang tak berpeluang pulang ke kampung seperti zaman dulu-dulu. Mana taknya, mereka mungkin generasi ketiga yang menetap di bandar. Jadi, jika ditanya di mana kampung halaman? Sudah tentulah di bandar juga! Rumah-rumah kampung mungkin hanya pernah dilihat di dalam buku atau televisyen.

Terima kasih kepada pengusaha-pengusaha hotel dan penginapan yang semakin kreatif, kini ibu bapa masih dapat membawa anak-anak bercuti dalam suasana balik kampung. Pemilik The Hut yang terletak di Kampung Serkam Timur, Merlimau, Melaka umpamanya menawarkan penginapan ala-perkampungan untuk mereka yang mencari kelainan dalam percutian. Chalet-chalet ini bukan sahaja dibina menggunakan kayu, malah atap nipah turut dipakai untuk menimbulkan suasana kampung tradisi. Hanya 5 bilik penginapan ditawarkan. Terpulang kepada keperluan percutian anda, bilik-bilik ini boleh disewa secara berasingan atau jika anda mahu, anda juga boleh menyewa keseluruhan tempat untuk menjadikannya lokasi small family gathering yang menarik. Walaupun mengetengahkan konsep percutian di kampung, bilik-bilik penginapan didekorasi moden dan ringkas untuk keselesaan tetamu yang berkunjung.

Jika ke sini, pastinya kolam kecil yang disediakan menjadi tarikan untuk anak-anak bermain air. Tempat barbeque juga disediakan selain anda juga boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar melihat suasana kampung berdekatan. Oh, jangan lupa untuk mencuba ikan bakar yang sememangnya popular di sini.

Berminat untuk membawa anak-anak merasai pengalaman balik kampung di sini? Hubungi 012-3202611 atau klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penginapan menarik ini. The Hut @ Serkam juga kini terbuka untuk tempahan secara online melalui booking.com dan airbnb


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
The Hut @ Serkam, Melaka
(foto kredit thehutmalaysia.blogspot.my)


3. Desa Balqis Beach Resort, Kuala Linggi, Melaka

Apa kata rancang percutian bersama keluarga beramai-ramai di Desa Balqis untuk penginapan unik berkonsep balik kampung di tepian pantai yang mendamaikan? Desa Balqis yang terletak di Kuala Linggi bukan sahaja mengguna pakai senibina rumah tradisional Melayu di dalam mengilhamkan rekabentuk chalet-chaletnya, malah kebanyakan chalet juga diberi nama bersempena panggilan keluarga masyarakat Melayu seperti Kak Long, Kak Ngah, Pak Lang, Pak Teh dan sebagainya. Kreatif bukan?

Chalet-chalet penginapan yang ditawarkan mempunyai kapasiti dan keluasan yang berbeza-beza sebagai memenuhi keperluan tetamu yang pelbagai. Selain chalet penginapan yang unik, Desa Balqis juga meneydiakan kemudahan seperti kolam renang, padang dan surau menjadikannya tempat popular untuk mengadakan event seperti family day, aktiviti syarikat dan lain-lain. Oleh itu, terpulang kepada citarasa anda, jika anda mahukan penginapan yang privacy, mungkin anda perlu memastikan tempat ini tidak digunakan oleh kumpulan besar untuk beraktiviti jika mahu ke sini. Namun, jika itu tidak menjadi masalah, Desa Balqis menanti untuk pengalaman menginap di rumah tradisional yang jarang-jarang boleh dirasai kini. 

Desa Balqis tidak terbuka untuk tempahan secara online. Jika bercadang untuk bercuti beramai-ramai atau membawa anak-anak merasai pengalaman menginap di rumah tradisional ini, anda boleh hubungi 03-40227728 atau klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai resort menarik ini.



Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
Desa Balqis, Melaka
(foto kredit 2016.desabalqis.com)


4. Limastiga Homestay, Umbai, Melaka

Limastiga Homestay menawarkan penginapan menarik berkonsepkan private vacation villa sesuai untuk mereka yang bercuti dalam ahli yang agak ramai. Penginapan menarik yang menggabungkan gaya perkampungan tradisi dan kemudahan moden ini sangat sesuai jika anda merancang family outing atau gathering bersama ibu bapa, anak-anak, adik-beradik dan ipar-duai kerana ianya disewakan secara keseluruhan. Ini sekaligus memberi privacy untuk anda sekeluarga kerana tiada orang lain yang dibenarkan memasuki kompaun percutian anda semasa menginap di sini! Boleh menempatkan sehingga 24 orang tetamu, Limastiga menyediakan 3 buah rumah penginapan lengkap dengan kolam renang dan kemudahan berbeque dalam persekitaran yang tenang dan mendamaikan.

Limastiga Homestay tidak terbuka untuk tempahan secara online. Jika bercadang untuk membawa keluarga bercuti di sini, anda boleh hubungi 012-6237687 atau klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai penginapan menarik ini.
  
Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
Limastiga, Melaka
(foto kredit limastiga.blogspot.my)


5. The Orchard Wellness and Health Resort, Lubok China, Melaka

Hotel berkonsep Wellness and Health Resort? Sejujurnya, inilah kali pertama saya mengetahui tentang konsep menarik begini di sesebuah hotel. Perkhidmatan Spa memang sudah menjadi kebiasaan, namun The Orchard melangkah lebih jauh dengan menawarkan pelbagai program kesihatan di resort mereka. Jangan risau jika health regime anda kucar-kacir semasa percutian. Anda boleh beristirahat sambil mengikuti program yang sesuai di sini seperti Fitness and Weight Management, Medical Anti-aging and Stem Cell, De-stress and Discharge Holiday dan Diabetic Management. Bukan itu sahaja, kepada mereka yang mahukan rawatan tradisional, The Orchard turut mempunyai pengamal Ayurveda yang didatangkan dari India dan pengamal Perubatan Tradisional Cina yang didatangkan dari Negara China sebagai usaha untuk mencapai kesihatan yang holistik walaupun sedang bercuti!

Di sini, bukan hanya kesihatan anda diberi perhatian, malah anda juga boleh memanfaatkan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kolam renang, thermal pool, Himalayan crystal salt room, tea salon, menyertai fitness class, membaca buku di perpustakaan, menonton movie di amphitheatre atau bersiar-siar di ladang buah-buahan.

Percutian kesihatan yang ditawarkan oleh hotel menarik ini bukan sahaja unik, malah ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk ibu bapa tersayang. Beri mereka peluang untuk rasa dimanjakan tanpa melupakan aspek kesihatan. Walau bercuti, kesihatan mereka tetap diutamakan! Sebelum ke sini, jangan lupa untuk menyemak harga The Orchard Wellness and Health Resort di Agoda, booking.com dan Expedia untuk tawaran terbaik semasa percutian yang akan datang.   

Jika berminat, anda juga boleh klik di sini untuk membaca pengalaman kami menginap di resort ini bersama anak-anak semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.  


Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka

Hotel menarik percutian keluarga di Melaka
The Orchard Wellness and Health Resort, Melaka



Tiada ulasan:

Catat Ulasan