Hotel menarik berkonsep tradisi di bandaraya Melaka dan sekitar - umpama percutian merentas masa!

Melaka sememangnya sinonim dengan sejarah Malaysia. Di sinilah bermulanya empayar kesultanan yang tersohor suatu ketika dahulu. Kalau ke Melaka, tak lengkap jika tidak membawa anak-anak mengimbas kembali sejarah silam negara kita di samping ke tarikan-tarikan lain yang semakin banyak disediakan di negeri ini.

Alang-alang mengimbas sejarah silam, apa kata bawa anak-anak merasai pengalaman menginap di penginapan berkonsep tradisional atau heritage untuk pengalaman percutian yang unik buat mereka. Ramai kanak-kanak kini sudah biasa dengan kehidupan serba moden, bangunan pencakar langit, gajet-gajet dan sebagainya. Oleh itu, pengalaman menginap di hotel yang menonjolkan konsep begini boleh menjadi satu pengalaman unik yang tidak selalu diperolehi oleh mereka.


(sumber foto: Agoda, booking.com dan Expedia)


1. Kapitan Kongsi Hotel

Salah satu hotel yang agak baru dan terletak kira-kira 2 km dari bandaraya Melaka. Menampilkan ciri-ciri arkitek Straits Eclectic tahun 1910-an hingga 1940-an, hotel ini menawarkan 37 bilik penginapan yang selesa untuk para tetamunya. Hanya satu unit connecting room disediakan (bersambung antara bilik jenis deluxe dan twin room). Jadi, jika anda memerlukan bilik jenis ini, pastikan anda menempah awal dan membuat special request kepada pihak hotel. Hotel tiga tingkat ini TIDAK mempunyai lif, namun pekerja-pekerja Kapitan Kongsi Hotel sedia membantu membawa beg anda ke bilik. Jika ada antara ahli keluarga yang mempunyai masalah mendaki tangga, adalah lebih baik jika anda meminta untuk ditempatkan di bilik yang terletak di ground floor.

Pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan menyewa basikal untuk anda dan anak-anak bersiar-siar di kawasan sekitar. Memandangkan lokasinya bukan di dalam bandar Melaka, hotel ini sesuai untuk mereka yang mahu kembali ke penginapan yang jauh dari hiruk-pikuk kesibukan bandaraya Melaka setelah seharian bersiar-siar. Adalah lebih baik jika anda mempunyai kenderaan untuk memudahkan percutian anda. Dalam masa yang sama, jika anda tidak mahu memandu dalam 'traffic jam' bandaraya bersejarah ini, pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan complimentary shuttle service ke bandar Melaka menggunakan campervan.

Pastikan anda mendapat harga terbaik harga terbaik Kapitan Kongsi Hotel. Lihat harga tawaran Kapitan Kongsi Hotel secara online di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarikpercutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
Kapitan Kongsi Hotel, Melaka


2. Hotel Puri

Terletak tidak jauh dari kawasan tarikan pelancong, lokasi Hotel Puri adalah strategik untuk mereka yang ingin meneroka sejarah negeri Melaka. Bangunan hotel yang dibina pada tahun 1822 ini dahulunya pernah menjadi rumah seorang pemilik ladang getah dan dermawan berbangsa Cina yang kemudian berpindah ke Singapura untuk meluaskan perniagaannya. Kerja-kerja pemuliharaan telah dilakukan dengan teliti dan sehingga kini anda boleh melihat struktur asal seperti airwell dan perigi yang dahulunya digunakan sebagai sumber air di dalam bangunan ini.

Hotel Puri menawarkan pilihan 82 bilik penginapan dan 10 suite. Bilik famili turut disediakan untuk keselesaan tetamu yang bercuti bersama anak-anak. Selain itu, kemudahan spa dan cafe juga ditawarkan. Pihak hotel juga boleh membantu anda mendapatkan beca untuk disewa yang sudah tentu menjadi aktiviti wajib apabila berkunjung bersama anak-anak. Hotel ini mempunyai kemudahan lif selain kawasan parking disediakan untuk tetamu (terletak lebih kurang 2 minit berjalan kaki dari hotel).  

Jika anda meminati sejarah, Hotel Puri sudah tentu menjadi pilihan yang menarik untuk percutian keluarga anda. Semak harga terbaik Hotel Puri di Agoda dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Melaka


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka


Hotel menarik percutian keluarga Melaka
Hotel Puri, Melaka

3. Courtyard @ Heeren Boutique Hotel

Sebuah hotel menarik berkonsepkan Peranakan, Courtyard @ Heeren Boutique Hotel terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lok yang dahulunya dikenali sebagai Heeren Street. Menawarkan pilihan 14 bilik penginapan dan suite, Courtyard @ Heeren Boutique Hotel menawarkan penginapan unik bercitarasakan dekorasi tradisional namun dalam masa yang sama dilengkapi kemudahan moden untuk keselesaan anda. Bilik famili disediakan untuk keselesaan tetamu yang berkunjung bersama anak-anak. Selain bilik yang selesa sebagai pangkalan istirahat, anda juga boleh bersantai berhampiran kolam ikan koi di bahagian lobi yang mampu memberi ketenangan setelah penat seharian bersiar-siar di sekitar bandaraya bersejarah ini.

Lokasinya yang tidak jauh dari Jonker Street dan tempat tumpuan pelancong adalah satu kelebihan kepada hotel. Anda boleh memilih untuk berjalan kaki sahaja jika tidak mahu 'tersangkut' di dalam traffic jam yang mampu memeningkan. Untuk mereka yang berkenderaan, kawasan parking disediakan  kira-kira 3 ke 5 minit berjalan kaki dari hotel ini. Hotel ini bagaimanapun TIDAK mempunyai kemudahan lif.

Jika berminat untuk merasai pengalaman menarik seolah-olah menginap di penginapan masa lampau di sini, pastikan anda mendapat tawaran terbaik Courtyard @ Heeren Boutique Hotel. Semak harga hotel menarik ini secara online di Agoda dan Expedia.

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
Courtyard @ Heeren Boutique Hotel, Melaka


4. The Settlement Hotel

Hotel menarik berkonsep tradisional namun dalam masa yang sama berlatar belakangkan pembangunan pesat bandaraya Melaka. Dahulunya kawasan yang menempatkan bangunan kerajaan, The Settlement Hotel kini menawarkan pilihan 45 bilik dan suite serta tambahan 4 penginapan jenis villa tradisional Melayu. Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di penginapan ala Melayu tradisional ketika membawa keluarga bercuti ke bandaraya bersejarah ini, pilihan villa adalah lebih sesuai. Selain bilik-bilik penginapan, hotel menarik ini juga menyediakan kemudahan spa, kolam renang kecil dan restoran.

Lokasi The Settlement Hotel adalah kira-kira 30 minit berjalan kaki ke Dataran Pahlawan atau Jonker Street. Oleh itu, terutamanya jika anda bercuti bersama anak-anak kecil, adalah lebih memudahkan jika anda mempunyai kenderaan untuk bersiar-siar. Jika tidak mempunyai kenderaan, jangan risau. Pihak The Settlement Hotel juga ada menyediakan kemudahan complimentary shuttle untuk para tetamunya ke Jonker Street dan Portuguese Settlement.

Jika berminat untuk menginap di sini, adalah lebih baik jika anda menyemak harga The Settlement Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia terlebih dahulu untuk tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda!


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
The Settlement Hotel, Melaka


5. 1825 Gallery Hotel

Bermula sebagai sebuah gudang tepung yang diusahakan oleh pedagang berbangsa Cina, bangunan yang dibina pada tahun 1825 ini telah didirikan di tebing sungai Melaka yang pernah menjadi laluan pengangkutan penting suatu ketika dahulu. Memandangkan gudang tepung yang banyak membantu pertumbuhan ekonomi masyarakat berbangsa Cina ini beroperasi semasa zaman penjajahan British, senibina bangunan hotel ini jelas dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa penting dalam sejarah negara kita. 

Terdapat lima jenis bilik penginapan yang ditawarkan di 1825 Gallery Hotel. Dekorasi ringkas tanpa mengetepikan sentuhan klasik memberikan hotel menarik ini keunikan tersendiri. Lift disediakan untuk kemudahan mereka yang berkunjung bersama anak-anak kecil dan warga emas. Selain itu, hotel ini juga menyediakan pilihan sarapan jika anda lebih suka menjamu selera di tempat penginapan. Untuk mereka yang berkenderaan, parking disediakan oleh pihak hotel namun agak terhad. Dari segi lokasi? Hotel yang terletak di tebing sungai ini hanyalah kira-kira 5-10 minit berjalan kaki ke Jonker Street dan 10-15 minit berjalan kaki ke Dataran Pahlawan.

Jika anda tertarik untuk menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga 1825 Gallery Hotel di Agodabooking.com dan Expedia. Rancang dan dapatkan tawaran terbaik untuk percutian keluarga anda.


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
1825 Gallery Hotel, Melaka


6. Gingerflower Boutique Hotel

Gingerflower Boutique Hotel adalah sebuah hotel kecil berkonsep tradisi yang terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Lokasi hotel menarik ini sudah tentu memudahkan anda melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik di sekitar bandaraya Melaka ini. Menawarkan 13 bilik penginapan, hotel ini mengekalkan daya tarikan senibina abad ke-19 di samping penginapan yang ringkas tetapi selesa buat para tetamunya. Hotel menarik ini turut menyediakan pilihan sarapan, namun, jika anda lebih suka untuk merasai makanan di restoran-restoran berhampiran, staf Gingerflower Boutique Hotel sedia membantu untuk mencadangkan di mana anda boleh menjamu selera di restoran tempatan berhampiran. (Nota: Hotel ini TIDAK mempunyai kemudahan lif. Oleh itu, ia mungkin tidak sesuai jika anda membawa anak-anak kecil atau warga emas ketika percutian. Kawasan parkingnya juga amat terhad.)

Pastikan anda mendapat tawaran terbaik jika memilih untuk menginap di sini semasa percutian keluarga anda. Semak harga terbaik Gingerflower Boutique Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia.


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
Gingerflower Boutique Hotel, Melaka


7. Jonker Boutique Hotel

Dengan lokasi di Jonker Street, iaitu kawasan yang popular sebagai tempat tumpuan para pelancong, Jonker Boutique Hotel sudah tentu menawarkan 'pangkalan' terbaik untuk anda mengakses bandaraya bersejarah ini semasa percutian keluarga ke Melaka. Walaupun terletak di tengah-tengah kawasan yang terkenal dengan kesibukannya, anda tidak perlu risau jika berkenderaan kerana hotel ini menyediakan parking untuk tetamunya.

Hotel yang asalnya merupakan deretan rumah kedai lama 3 tingkat ini menawarkan 16 bilik penginapan untuk pilihan anda. Walaupun imej heritage bangunan dikekalkan, dekorasi bilik-bilik penginapan diberi sentuhan moden menjadikan hotel ini pilihan unik seolah-olah berada di antara dua zaman. Memandangkan bangunan ini asalnya adalah rumah kedai lama, perlu juga diingatkan bahawa hotel ini TIDAK mempunyai kemudahan lif. Oleh itu, jika anda membawa warga emas atau anak-anak yang masih terlalu kecil, adalah lebih baik untuk anda membuat request untuk menginap di bilik tingkat bawah. 

Dengan lokasi yang strategik dan harga yang berpatutan, tak hairanlah jika hotel ini adalah antara hotel popular di kalangan pelancong. Untuk mendapatkan tawaran terbaik, semak harga Jonker Boutique Hotel di Agoda, booking.com dan Expedia untuk merancang percutian keluarga anda.


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
Jonker Boutique Hotel, Melak


Hotel mewah berkonsepkan heritage

1. The Majestic Hotel

Asalnya sebuah rumah agam yang dibina pada tahun 1929, hotel ini mempunyai sejarah tersendiri termasuk pernah menjadi hos Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada tahun kemerdekaan Malaysia. Namun begitu, hotel bersejarah ini pernah melalui zaman kegelapannya sehingga memaksa operasinya ditutup pada tahun 2000. Menyedari kepentingan pemuliharaan bangunan bersejarah ini, kumpulan YTL Hotel telah mengambil alih pemilikan bangunan ini dan melakukan usaha-usaha pemuliharan sebelum ia beroperasi semula pada tahun 2008.

Setiap bilik dan suite di hotel ini diilhamkan dengan gabungan dekorasi tradisional dan moden tanpa mengetepikan sentuhan kemewahan. Selain itu, spa, kolam renang, gym, malahan kawasan membaca turut disediakan untuk kemudahan dan keselesaan para tetamu. Lokasinya di tebing sungai Melaka yang pernah menjadi laluan penting dan 15 minit berjalan kaki dari Jonker Street juga menjadi tarikan pengunjung ke bandaraya bersejarah ini.

Jika anda memilih untuk merasai kemewahan yang ditawarkan oleh The Majestic Malacca Hotel, semak harga terbaik yang ditawarkan di Agoda, booking.com dan Expedia untuk merancang percutian keluarga yang tak dapat dilupakan!


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
The Majestic Hotel, Melaka


2. 5 Heeren

Sebuah hotel mewah yang mengetengahkan warisan silam, 5 Heeren mampu menimbulkan pengalaman seolah-olah menginap di sebuah muzium Baba Nyonya semasa percutian keluarga anda. Dengan lokasi strategik di Jalan Tun Tan Cheng Lock (dahulu dikenali sebagai Heeren Street), 5 Heeren menawarkan akses yang strategik untuk anda meneroka dan bersiar-siar si sekitar bandaraya Melaka. 

Menawarkan 10 suite penginapan, setiap bilik didekorasi dengan perabot antik yang halus buatannya sekaligus membuatkan para tetamu berasa seperti menginap di kediaman mewah saudagar berketurunan Peranakan zaman silam tanpa meninggalkan keselesaan gaya hidup moden masakini!  

Apa pendapat anda? Adakah anda bersedia untuk menjadi 'saudagar silam' semasa percutian anda? Semak harga terbaik 5 Heeren di Expedia untuk percutian keluarga yang unik dan menyeronokkan! 


Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka

Hotel menarik percutian keluarga Melaka
5 Heeren, Melaka





Tiada ulasan:

Catat Ulasan