Catatan penginapan menarik di Melaka : Fuga Village Beach Getaway

Cuti seminggu persekolahan sempena hari raya yang lepas, kami gunakan untuk membawa anak-anak bercuti melihat tempat baharu. Kali ini, destinasi kami adalah ke Melaka - bukan ke bandaraya yang sememangnya terkenal dengan sejarah, tetapi ke kawasan Pangkalan Balak untuk membawa mereka menikmati pantai dan air laut yang mendamaikan.

Untuk anak-anak kami yang mana 'kampung' mereka terletak di bandar, semestinya pengalaman begini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Sementara itu, untuk kami pula, lokasi percutian kali ini tidak begitu jauh - hanya kira-kira 2 setengah jam perjalanan dan ini bermakna, kami tidak banyak meluangkan masa dalam perjalanan yang meletihkan.


Hotel tepi pantai menarik di Melaka
Pemandangan pantai dari anjung khas Fuga Village

Rupa-rupanya terdapat banyak chalet di sepanjang kawasan pantai di sana yang menawarkan penginapan untuk pengunjung. Mungkin kerana ketika itu cuti persekolahan, ditambah pula musim perayaan, boleh dikatakan kebanyakan chalet kelihatan agak sesak dengan tetamu. Berpandukan Waze, kami tiba di hadapan pintu masuk benar-benar bersebelahan Turtle Sanctuary Centre. Pintu tersebut berkunci, dan keseluruhan kawasan dikelilingi pagar buluh yang tinggi yang menghalang kawasan dalam dari pandangan orang ramai. Mujurlah kami menyimpan nombor caretaker di sana yang kemudiannya menunjukkan kami kawasan parking yang disediakan. 


Private getaway...

Melangkah sahaja ke kawasan Fuga Village... Wah! Tak sangka. Memang ketika melakukan tempahan, penginapan ini diiklankan sebagai sebuah private beach getaway. Namun, kami langsung tidak menjangka privacy yang ditawarkan. Dari kawasan sekitar yang dipenuhi pengunjung ketika itu, kami merasakan seolah-olah kami melangkah ke sebuah perkampungan kecil tersendiri... sememangnya totally terasing dan terhindar dari hiruk pikuk di luar. Mendamaikan. Tak risau untuk membiarkan anak-anak berlari dan bermain-main di halaman 'perkampungan kecil ini'. Bayangkan, dalam persekitaran yang cukup privacy begini, anda bangun di pagi hari mendengar kokokan ayam dari kampung di sekitar, melangkah keluar pagar menikmati deruan ombak atau bersantai di anjung khas menikmati pemandangan pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi yang menyegarkan. Bagi kami, dengan harga yang ditawarkan, sememangnya penginapan di sini sangat berbaloi untuk percutian keluarga yang menarik. 



Hotel menarik dekat pantai di Melaka
Kawasan Fuga Village yang mendamaikan

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Perigi di belakang villa. Air perigi ini bagaimanapun tidak boleh digunakan.

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Di sekitar kawasan Fuga Village


Villa

Mr. Peter, penjaga di sana membawa kami ke villa yang ditempah. Kami diberi 3 kunci - satu untuk villa, satu untuk pintu ke kawasan parking dan satu lagi untuk pintu ke kawasan pantai. Kami diminta mengunci pintu-pintu tersebut setiap kali keluar masuk kawasan ini. Fuga Village menawarkan 6 penginapan jenis chalet dan sebuah villa. Chalet yang ditawarkan adalah ringkas dan sangat basic, dengan setiap satunya dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, minibar dan kawasan toilet dan outdoor shower. Tiada televisyen di penginapan jenis chalet.

Di hujung kawasan pula adalah penginapan jenis villa satu setengah tingkat. Tingkat bawah villa dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, kawasan tempat duduk, televisyen, kawasan pantri dengan peti sejuk satu pintu, bilik air, bathtub dan outdoor shower, selain kawasan luar tempat bersantai. Tingkat atas pula adalah sebuah kawasan kecil yang hanya menempatkan dua katil single yang dirapatkan. Bagi kami, walaupun villa ini tidak besar, ia menarik dan cukup buat penginapan kami sekeluarga, Anak-anak kami sangat excited dengan konsep outdoor shower di sini. Macam mandi dalam taman, kata mereka. 

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Penginapan jenis villa di Fuga Village

Villa ini juga mempunyai pintu belakang yang bersambung terus ke kawasan bilik air. Dengan design begini, anak-anak boleh terus ke bilik air untuk membersihkan diri tanpa melalui kawasan bilik apabila pulang dari pantai. Sekurang-kurangnya bilik tidur tidak basah dan berpasir. Walaubagaimanapun, kami tidak melihat pintu seperti ini untuk penginapan jenis chalet.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Katil bersaiz queen di tingkat bawah

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Kawasan pantri 

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Pintu ke tandas bersebelahan pantri

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Bathtub menarik

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Kawasan open shower turut dihiasi tanaman


Aktiviti

BBQ

Sebelum ke sini, kami telah mengatur untuk sesi bbq di sini. Bayaran tambahan sebanyak RM60 dikenakan. Bukan sahaja Mr. Peter membersihkan tempat bbq tersebut, malah bayaran ini juga termasuk penyediakan arang, starter, dan alatan memasak. Jadi, anda hanya perlu membawa bahan mentah ke sini. Mr. Peter sangat membantu sepanjang kami di sana. Beliau bukan sahaja membantu kami mennyalakan bbq, malah turut membantu mendapatkan air minuman di kedai berdekatan.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Sesi BBQ di hadapan villa

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Menikmati hidangan BBQ di luar villa


Picnic dan mandi laut

Sejujurnya, saya agak risau ketika merancang untuk mebawa anak-anak ke sini. Risau jika tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan mereka kebosanan ketika percutian ini. Alhamdulillah, mereka seronok di sini.

Disebelah pagi, kami membawa mereka berpicnic di tepi pantai. Fuga Village terletak betul-betul berhadapan pantai dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil. Kami membeli nasi lemak di gerai berhampiran sebagai juadah picnic tersebut (Oh, ya! Sesuatu yang saya suka ialah tidak susah mencari tempat makan di kawasan ini, dan makanan di sekitar juga agak murah). Tak sabar-sabar mereka untuk mandi laut dan membina sand castle. Sesudah makan, mereka terus bermain air. Sejuk pun sejuklah. Dek kerana terlalu gembira mandi laut dan cuaca pula menyebelahi kami, kolam kecil di Fuga Village langsung tidak mendapat perhatian.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Pantai di hadapan Fuga Village


Banana boat

Bukan sahaja dapat mandi laut dan bermain pasir pantai, malah terdapat juga pengusaha banana boat di kawasan berdekatan. Untuk pertama kalinya, anak-anak kami merasa menaiki banana boat, hinggakan adik-adik yang kecil pun tak mahu terlepas peluang. Harga yang dikenakan adalah RM10 seorang. Jika dibandingkan dengan percutian ke Batu Ferringhi, sudah tentu harga banana boat di sini jauh lebih murah.  


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Menaiki banana boat


Lain-lain

Disebabkan ketika itu masih dalam mood perayaan, beberapa rancangan kami di sana tidak kesampaian. Turtle Sanctuary yang terletak bersebelahan tutup selama seminggu sempena hari raya, dan kami juga tidak sempat merasa ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru yang mendapat recommendation rakan yang merupakan anak jati kawasan Masjid Tanah dan terletak hanya lebih kurang 6-7 km dari tempat penginapan kami. Jika anda ke sini bukan di musim perayaan, mungkin anda boleh merancang lawatan ke tempat-tempat ini.


A bit of downside

Walaupun secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati dengan percutian di Fuga Village dan penginapan di sini adalah highly recommended jika anda mencari penginapan yang menarik, selesa dan mendamaikan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian jika anda memilih untuk ke sini (secara spesifiknya, saya hanya akan menyentuh tentang penginapan di villa memandangkan kami menginap di sana).

Jika anda bercuti bersama anak kecil, anda perlu berhati-hati dengan tingkat atas villa ini. Ia tidak mempunyai railing, yang bagi saya, agak merbahaya untuk anak-anak yang masih kecil. Disebabkan itu, kami hanya membenarkan anak-anak untuk naik ketika hendak tidur sahaja, itupun anak-anak yang sudah diusia persekolahan. Maklumlah, kanak-kanak walaupun diusia begitu, apabila sedang bergembira kadang-kadang lupa bahaya yang ada, Bagi adik-adik yang masih kecil, kami tidak langsung membenarkan mereka berada di atas tanpa pengawasan kami.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Anak panah  menunjukkan bahagian terbuka tanpa railing di tingkat atas

Seperkara lagi, kami dapati penghawa dingin di villa ini agak underpower (atau mungkin cuaca di luar ketika itu terlalu panas?). Villa tersebut hanya dilengkapi sebuah penghawa dingin, dan bahagian atas hanya mempunyai kipas dinding. Ketika tengahari, kami masih terasa bahangnya walaupun penghawa dingin sudah dipasang paling kuat. Mujurlah kami tidak meluangkan banyak masa di dalam villa, oleh itu, ia tidak begitu menjadi masalah untuk kami. Penghawa dingin tersebut bagaimanapun cukup untuk keseluruhan villa di sebelah malam dan kami mendapat tidur yang lena semasa percutian di sana. 

Fuga Village Beach Getaway terbuka untuk tempahan secara online melalui Agodabooking.com dan airbnb. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini jika ingin ke sini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian nanti!


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan