Grand Lexis Hotel, Port Dickson merupakan antara beberapa hotel di Malaysia yang menawarkan private swimming pool di setiap bilik penginapan. Tidak banyak hotel yang menawarkan tarikan begini. Mungkin disebabkan itu, hotel ini popular di kalangan pengunjung ke Port Dickson.
Sebelum ini, kami sekeluarga sememangnya pernah berpeluang merasai menginap di sini. Kali terakhir kami ke sini adalah kira-kira lebih 6 tahun yang lalu. Sudah agak lama. Alhamdulillah, baru-baru ini sekali lagi kami berpeluang menginap di sini semasa bercuti di Port Dickson.
Secara keseluruhannya, kami merasakan hotel ini kelihatan agak berbeza dengan kali terakhir kami ke sini. Keadaan lobinya ternyata lain, selain semakin banyak unit penginapan berhadapan bangunan utama yang telah di bina. Tidak seperti percutian enam tahun lepas di mana kami menginap di water chalet (bilik yang dibina di atas laut), kali ini kami memilih untuk menginap di bilik yang dibina berhadapan dengan bangunan utama Grand Lexis Hotel.
Bilik Premier Suite yang menjadi penginapan kami mempunyai dua bilik, dengan setiap bilik mempunyai en-suite bathroom. Aturan bilik begini sesuai untuk kami memandangkan bilangan anak yang semakin ramai dan usia mereka yang meningkat remaja. Kedua-dua bilik ini berkongsi kawasan pantri dan sudah tentu indoor pool yang menjadi tarikan utama di sini.
(Nota: Gambar-gambar bilik yang diambil telah accidentally deleted dari memori telefon. Oleh itu, gambar-gambar bilik di bawah adalah diambil dari laman rasmi Grand Lexis Hotel, Port Dickson)
Suite dua bilik yang luas dan selesa di Grand Lexis Hotel, Port Dickson |
Kawasan bilik, bilik air dan pool adalah luas dan selesa. Namun, sudah tentu, memandangkan ianya bukan chalet di atas air dan betul-betul berhadapan bangunan utama yang tinggi, ia membuatkan kami kurang terasa seperti percutian di tepi pantai berbanding dengan ketika menginap di water chalet. Ia juga tidak mempunyai glass panel di bahagian lantai untuk melihat ke laut. Bagi kami, walaupun glass panel ini menjadi attraction untuk anak-anak ketika pertama kali melihatnya (ketika percutian sebelum ini), ia tidaklah begitu penting kerana setelah sekali dua menjenguk pemandangan air di bawah, mereka tidak begitu excited memandangkan keadaan air yang agak keruh dan nothing much untuk dilihat.
Walaupun keselesaan bilik memang tidak dapat dinafikan, kami memerhatikan complimentary items ternyata tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu tetamu dimanjakan dengan toiletries mewah Crabtree & Evelyn, kini ia digantikan dengan mandian dan shampoo yang jelas jauh lebih inferior. Pilihan teh yang disediakan juga tidak semewah dahulu. Sesuatu yang saya merasakan boleh ditambah baik ialah penyediaan tempat menyidai pakaian basah. Tiada ampaian disediakan walaupun dengan jelas tarikan utama di sini adalah kolam renang. Saya merasakan kawasan bilik yang luas agak disia-siakan. Sudahnya, kami terpaksa menggantung pakaian-pakaian basah di bangku rehat di tepi kolam. Bagaimana dengan sarapan pagi pula? Walaupun kebiasaannya saya tidaklah begitu cerewat tentang makanan, namun entah mengapa secara peribadi saya merasakan buffet breakfast yang disediakan juga agak mengecewakan.
Kolam renang utama, bilik sauna dan gym adalah complimentary. Kolam renang utamanya tidaklah besar, namun, saya merasakan ia cukup memandangkan setiap bilik mempunyai kolam peribadi. Permainan di kolam renang kanak-kanak masih seperti dahulu, kecuali water gunnya sudah tiada.
Semakin banyak aktiviti disediakan berbanding ketika kami ke sini enam tahun lepas. Namun begitu, setiap aktiviti tersebut memerlukan caj tambahan (permainan ping-pong dan giant chess yang mana saya perhatikan adalah percuma di kebanyakan hotel lain, turut dikenakan bayaran di sini). Mujurlah ketika itu pihak hotel sedang membuat promosi di mana beberapa aktiviti dipakejkan untuk dua orang tetamu pada potongan harga hampir separuh, dapatlah anak-anak kami merasa melakukan kebanyakan aktiviti yang diidam-idamkan ketika kunjungan kali ini. Tanpa promosi tersebut, bagi kami, bayaran yang dikenakan agak mahal. Untuk anak-anak kami yang tidak pernah merasai bermain segway, pengalaman pertama di sini sudah tentu membuatkan mereka sangat teruja. Selain itu, mereka juga dapat memanah, memancing, berbasikal, memilih satu aktiviti kraf dan bermain di kawasan indoor games yang disediakan. Mereka juga berkesempatan menghabiskan masa we-time sesama adik-beradik memandangkan pakej tersebut juga menawarkan sepotong kek dan coffee percuma.
Sedikit mengenai kawasan indoor games di sini. Saya merasakan kebanyakan barang terutamanya air hockey dan air football perlu diselenggara. Barangan yang sudah lama ini tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. Ketika bermain air hockey, 'bola piring'nya sudah tidak terapung-apung seperti sepatutnya dan counter markah telah tidak berfungsi, manakala beberapa bahagian air football terasa bocor dan angin dengan kuat terasa menghala ke muka pemain. Bola perlu berada agak dekat dengan muncung yang sepatutnya menghalakan udara kuat. Memandangkan setiap games ini dikenakan bayaran, bertambah wajarlah rasanya pihak hotel menyelenggara barangan yang disediakan untuk hiburan para tetamu.
Secara keseluruhannya, saya merasakan jika tujuan anda ke sini adalah untuk private pool dan bilik yang selesa, Grand Lexis Hotel Port Dickson adalah sesuai untuk percutian keluarga anda. Namun, jika anda turut ingin melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, anda perlu bersedia membayar setiap aktiviti yang ada. Walaupun secara jujurnya saya merasakan harga untuk setiap aktiviti tersebut agak pricey, sudah tentu semuanya terpulang pada bajet masing-masing.
Grand Lexis Hotel boleh ditempah melalui laman webnya di sini dan juga terbuka untuk tempahan di Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak dan bandingkan harga hotel ini untuk mendapatkan harga terbaik ketika percutian keluarga anda.
Permainan air football di Grnad Lexis Hotel, Port Dickson |
Secara keseluruhannya, saya merasakan jika tujuan anda ke sini adalah untuk private pool dan bilik yang selesa, Grand Lexis Hotel Port Dickson adalah sesuai untuk percutian keluarga anda. Namun, jika anda turut ingin melakukan pelbagai aktiviti yang ditawarkan, anda perlu bersedia membayar setiap aktiviti yang ada. Walaupun secara jujurnya saya merasakan harga untuk setiap aktiviti tersebut agak pricey, sudah tentu semuanya terpulang pada bajet masing-masing.
Grand Lexis Hotel boleh ditempah melalui laman webnya di sini dan juga terbuka untuk tempahan di Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak dan bandingkan harga hotel ini untuk mendapatkan harga terbaik ketika percutian keluarga anda.
Wah.. mahal tau premier suite. Tadi baru ckp dgn anak, kalaulah kita kayakan. Anyway Ahad ni nak ke sana. 1st time walaupun dah lama duduk di Seremban. Thanks for sharing ya!
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki ke sini semula selepas 6 tahun. Hope you had a wonderful holiday!
Padam