Homestay menarik di Kuching - alternatif best untuk percutian keluarga!

Setiap kali merancang percutian bersama anak-anak, tempat penginapan sentiasa menjadi perhatian kebanyakan ibu bapa. Bukan sahaja perlu melihat bajet yang bersesuaian, namun rata-rata mahukan penginapan yang sesuai untuk anak-anak beristirahat dengan sempurna. Tak perlu mewah, namun biarlah reasonably selesa.

Kini, dengan kemajuan dalam industri pelancongan, bukan sahaja hotel tumbuh bak cendawan lepas hujan dengan pelbagai bajet dan konsep, namun, pengusaha-pengusaha homestay juga tidak ketinggalan memeriahkan industri ini, sekaligus membuka lebih banyak pilihan buat para pelancong yang berkunjung. 

Di sini disenaraikan beberapa homestay menarik di Kuching sesuai untuk dijadikan penginapan percutian keluarga sebagai rujukan mereka yang sedang merancang percutian di sini. Diharap senarai ini mebantu memudahkan anda merancang percutian yang menyeronokkan bersama anak-anak. Selamat bercuti bersama keluarga! 


Senarai hotel murah, menarik dan selesa di Kuching


(sumber foto: airbnb)

1. Basaga Holiday Residences

Penginapan menarik sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan kedamaian setelah penat seharian membawa anak-anak berjalan-jalan di bandaraya Kuching. Dikelilingi taman di samping turut mempunyai kolam renang, homestay ini sangat sesuai untuk anda sekeluarga bersantai melepaskan penat ketika percutian.

Beberapa pilihan bilik ditawarkan termasuk bilik dan villa famili sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak. Suasana penginapan di sini sememangnya tidak sama dengan penginapan di hotel-hotel yang lebih mainstream. Host yang peramah dan sedia membantu membuatkan tetamu berasa seperti berkunjung ke rumah sahabat walau di tempat asing. Homestay menarik ini juga mempunyai restoran untuk kemudahan tetamu menjamu selera.

Walaupun terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong Kuching Waterfront, pengusaha homestay ini menyediakan free shuttle untuk kemudahan tetamu yang menginap di sini. Walaubagaimanapun, jika anda berkenderaan, sudah tentu anda mempunyai lebih freedom dan waktu yang fleksibel untuk membawa anak-anak bersiar-siar di bandaraya yang menarik ini.

Maklumat lanjut mengenai Basaga Holiday Residences boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Selain itu, homestay menarik ini juga terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com dan Expedia.




Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching
Basaga Holiday Residences


2. Loft @ Vivacity

Unit kondominium yang dijadikan homestay ini menawarkan penginapan selesa yang boleh menempatkan sehingga 6 orang tetamu. Dengan dekorasi interior yang tersendiri, homestay menarik ini menawarkan 3 bilik tidur untuk anda sekeluarga di beristirahat dengan selesa. Bukan itu sahaja, keseluruhan unit kondominium ini termasuk kawasan living dan dining dilengkapi penghawa dingin untuk keselesaan anda sekeluarga.

Walaupun terletak agak jauh dari kawasan yang popular sebagai tempat tumpuan pelancong (kira-kira 20 minit berkenderaan), kedudukan di atas shopping mall terbesar di sini ini tetap menajdikan homestay ini pilihan tetamu kerana ia memudahkan mereka mendapatkan barangan keperluan semasa percutian. Parking disediakan untuk tetamu yang menginap di sini. 

Jika berminat, homestay menarik ini boleh ditempah menerusi airbnb


Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching
Loft @ Vivacity Megamall


3. theCHARCOAL

Homestay menarik yang sesuai jika anda bercuti dalam bilangan ahli keluarga yang agak ramai! Menawarkan 3 bilik dengan setiap satunya mempunyai ensuite bathroom, theCHARCOAL mampu menempatkan hingga 10 orang tetamu dalam satu-satu masa. Dekorasi unik menggunakan repurposed material mampu memberi kelainan dan membangkitkan mood percutian anda sekeluarga.

Homestay menarik ini bukan sahaja menyediakan tempat istirahat yang selesa, malah boleh menjadi tempat ahli keluarga bersantai setelah pulang bersiar-siar. Indoor swings menghadap laman hijau yang disediakan sesuai dijadikan tempat berkumpul dan beramah-mesra sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli yang pada hari-hari biasa mungkin sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Terletak kira-kira 15 minit berkenderaan dari kawasan tumpuan pelancong seperti Kuching Waterfront, anda mungkin memerlukan kenderaan jika menginap di sini untuk memudahkan membawa anak-anak bersiar-siar di sekitar bandaraya menarik ini.

Homestay menarik theCHARCOAL boleh ditempah menerusi booking.com dan airbnb


Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching
theCHARCOAL


Lagi senarai hotel menarik di Kuching

4. Kai Joo Suites

Dengan lokasi within walking distance ke tempat tumpuan popular Kuching Waterfront, Carpenter Street dan India Street, homestay menarik ini menawarkan penginapan strategik sebagai pangkalan percutian anda sekeluarga di Kuching, Sarawak. Walaupun bangunannya tidak semegah hotel-hotel yang lebih mainstream di sekitar, homestay menarik ini tetap menyediakan bilik-bilik penginapan yang selesa pada harga yang sangat berpatutan, Bukan itu sahaja, homestay ini juga terletak berdekatan dengan kedai-kedai yang menjual makanan tempatan dan lain-lain kemudahan seperti supermarket dan bank.

Terdapat tiga jenis penginapan ditawarkan untuk keselesaan anda. Walaubagaimanapun, memandangkan bilik-bilik yang ditawarkan mempunyai tangga dan balkoni, pengusaha homestay ini memandang berat akan keselamatan kanak-kanak dan anda perlu memaklumkan lebih awal jika bercadang membawa anak-anak kecil. Ini adalah kerana, pengusaha homestay ini akan memutuskan jika tempatnya sesuai atau tidak untuk keluarga anda. Kesesuaian penginapan untuk tetamu kecil dinilai on case to case basis.

Jika berminat, pilihan bilik di Kai Joo Suites boleh dilihat di airbnb di sini


Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching
Kai Joo Suites


Hotel menarik sekitar Kuching untuk percutian back to nature



5. Nanga Damai

Sebuah homestay menarik yang terletak di Santubong, kira-kira 33km dari bandaraya Kuching, Nanga Damai menawarkan penginapan menarik dikelilingi alam semulajadi yang mendamaikan semasa percutian anda sekeluarga. Jauh dari kesibukan kota, homestay menarik ini lebih sesuai untuk mereka yang mahukan percutian back to nature di kawasan yang terkenal dengan lagenda puteri negeri Sarawak. 

Jika anda lebih suka menghayati keindahan hutan dan pantai semasa percutian dan tidak mahu penginapan di hotel-hotel sekitar yang lebih mainstream, Nanga Damai adalah pilihan terbaik untuk penginapan percutian keluarga anda di sini. Selain itu, homestay ini juga terletak tidak jauh dari Sarawak Cultural Village, iaitu sebuah living museum menarik, sesuai untuk anda membawa anak-anak mendekati budaya masyarakat Bumi Kenyalang.

Beberapa pilihan bilik yang selesa ditawarkan sebagai penginapan anda di sini. Bukan itu sahaja, homestay ini juga menyediakan kolam renang dan kawasan gym yang ringkas untuk anda beriadah dan bersantai.

Maklumat lanjut mengenai Nanga Damai boleh didapati di laman mereka di sini. Nanga Damai juga terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda dan booking.com. Pastikan anda menyemak harga di portal-portal ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda nanti!


Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching

Homestay menarik di Kuching
Nanga Damai (foto: booking.com)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan