Alang-alang ke Pulau Pinang, mengapa tidak mengambil kesempatan menginap di hotel yang berkonsepkan heritage untuk percutian keluarga yang akan datang?
Diiktiraf sebagai World Heritage Site oleh UNESCO, Gerogetown menawarkan sejumlah hotel yang menjadikan bangunan lama sebagai tarikan untuk percutian yang menarik seisi keluarga.
Sebenarnya, terdapat banyak hotel heritage di sini. Walaupun usaha yang lebih diperlukan untuk mengekalkan keaslian bangunan lama, harga penginapan yang ditawarkan tidak semestinya mencekik darah. Ada hotel yang menawarkan harga yang berpatutan, namun masih menarik dan selesa. Yang penting adalah pengalaman yang diperolehi, terutama untuk anak-anak moden yang kebanyakannya tidak lagi mempunyai peluang merasai tinggal di bangunan zaman dahulu ini.
Penting!
Hotel-hotel seperti ini cuba mengekalkan warisan dahulu dengan mengekalkan struktur bangunan asal. Oleh itu, walaupun kebanyakan tetamu gembira dengan pengalamanyang diperolehi, ada juga yang menyuarakan masalah seperti:
- Tangga yang kecil dan agak curam. Perlu difahami bahawa design begini adalah kebiasaan untuk bangunan terutamanya untuk rumah kedai pada zaman tersebut. Oleh itu, jika anda membawa anak kecil dan merasakan design begini tidak selamat, atau membawa warga tua yang mempunyai masalah lutut, mungkin anda perlu menangguhkan hasrat untuk merasai pengalaman menginap di hotel heritage. Mungkin untuk mengekalkan keaslian warisan, lift kebiasaannya tidak disediakan. Walaubagaimanapun, kebanyakan hotel menawarkan pekerja mereka untuk menolong mengangkat barang anda ke bilik penginapan.
- Gangguan bunyi dari luar. Bunyi dari aktiviti luar hotel kerap juga disuarakan. Perlu diingatkan bahawa dalam membaikpulih bangunan seperti ini, pemilik perlu mengikut garis panduan dan keaslian bangunan perlu dikekalkan. Bangunan pada zaman dahulu tidak mempunyai soundproofing yang canggih, oleh itu, bunyi-bunyi ini mungkin tidak dapat dihapuskan seefektif bangunan moden. Jika anda ingin merasai pengalaman menginap di heritage building, anggap sahaja bunyi-bunyi dari aktiviti luar ini sebahagian daripada suasana kehidupan zaman dahulu.
- Squeky floor. Ada juga tetamu yang menyuarakan masalah bunyi dari lantai tingkat atas. Sekali lagi, lantai bangunan lama seperti ini kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan memang lebih senang menghasilkan bunyi, tidak seperti lantai bangunan moden. Jika anda pernah menginap di bangunan lama zaman datuk nenek kita terdahulu, saya pasti anda memahami perkara ini. Jika anda kisahkan perkara ini, anda boleh meminta pihak hotel menempatkan anda di bilik tingkat atas.
Di sini saya senaraikan beberapa hotel heritage yang menarik untuk dijadikan penginapan untuk percutian keluarga yang akan datang.
(Sumber foto: agoda, booking.com, expedia)
Hotel heritage menarik dengan sentuhan klasik
1. Reunion Heritage House
Terletak di Lebuh Victoria, Reunion Heritage House dahulunya adalah bangunan rumah kedai yang berusia lebih daripada 100 tahun. Bangunan ini telah dibina oleh saudagar berbangsa Cina yang tinggal di pulau ini. Hotel yang baru dibuka pada pertengahan 2016 ini mengambil masa selama 2 tahun untuk kerja-kerja membaikpulih. Kerja-kerja pembaikpulihan ini telah dilakukan mengikut garis panduan UNESCO Heritage Building Rule agar ciri-ciri asal bangunan terus dikekalkan.
Reunion Heritage House menawarkan 14 bilik penginapan dengan ensuite bathroom untuk keselesaan tetamunya. Selain itu, heritage hotel ini juga mempunyai cafe yang menyediakan aiskrim yang dibekukan dengan liquid nitrogen sebagai speciality mereka. Lihat harga terbaik Reunion Heritage House di AGODA, BOKING.COM atau EXPEDIA.
Reunion Heritage House, Pulau Pinang |
2. You Le Yuen Guesthouse
Selain bilik penginapan, You Le Yuen juga menawarkan hidangan makanan istimewa di pop-up Indian kitchen mereka. Tempat makan ini terbuka kepada tetamu hotel dan orang ramai, namun, anda perlu membuat appointment jika mahu merasai kelazatan makanan yang disediakan oleh chef khas mereka. Dengan cara ini, anda boleh merasai pengalaman private dining di tengah-tengah halaman tertutup atau indoor courtyard mereka di bangunan berkonsepkan seni Peranakan ini.
Memerlukan penginapan untuk sejumlah tetamu? Tak menjadi masalah. Seluruh hotel You Le Yuen boleh ditempah untuk penginapan peribadi di bandar World Heritage Site ini.Lihat harga terbaik You Le Yuen di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA
You Le Yuen, Pulau Pinang |
3. Nam Keng Hotel
Dengan lapan unit penginapan dihiasi dengan dekorasi berkonsepkan seni Peranakan zaman 60-an, Nam Keng Hotel menawarkan pengalaman zaman silam yang menarik untuk percutian anda. Perabot antik di hotel ini menambahkan sentuhan tradisional yang tersendiri. Sarapan ringkas juga disediakan oleh pihak hotel.
Seperti hotel-hotel lain di kawasan ini, lokasi Nam Keng Hotel juga menarik sebagai base percutian dan ia juga dekat dengan pilihan tempat menjamu selera. Lihat harga terbaik Nam Keng Hotel di AGODA atau EXPEDIA.
Nota: Nam Keng Hotel mempunyai sister hotel iaitu Yeng Keng Hotel. Nam Keng Hotel sesuai jika anda mencari penginpan menarik, selesa dan ringkas manakala Yeng Keng Hotel pula lebih luas selain mempunyai restoran dan kolam renang. Jika berminat, anda boleh menyemak harga terbaik Yeng Keng Hotel di AGODA, BOOKING.COM dan EXPEDIA di sini.
Nam Keng Hotel, Pulau Pinang |
4. Coffee Atelier
Oh, tidak... ia bukan sekadar kedai kopi, malahan Coffee Atelier merupakan salah satu hotel berkonsepkan heritage yang menarik di tengah-tengah bandar Georgetown.
Mengapa dinamakan 'Coffee 'Atelier'? Nama ini berbalik kepada sejarah bangunan yang dibina pada tahun 1927 ini. Salah satu daripada gabungan lima rumah kedai lama ini dahulunya merupakan workshop seorang saudagar kopi - dan dari situlah nama hotel ini diperolehi.
Coffee Atelier menawarkan 6 unit penginapan yang menarik untuk mereka yang inginkan nostalgia kehidupan zaman dahulu. Sebagai tambahan kepada pengalaman unik ini, bilik air yang ditawarkan terletak di private courtyard atau patio, menjadikan pengalaman menginap di sini seakan-akan kehidupan zaman silam di mana bilik air terletak di luar rumah (jangan risau, toilet dan shower masih mengekalkan konsep private).
Selain penginapan, hotel heritage ini juga menawarkan restoran yang dinamakan cafe55. Jika anda penggemar kopi, cafe55 merupakan pilihan tepat untuk anda mencuba 3D coffee art yang menjadi salah satu minuman must-try di sini. Selain kopi, cafe ini juga menyediakan hidangan-hidangan lain untuk anda menjamu selera. Tidak cukup dengan itu, konsep heritage hotel yang menarik ini dipanjangkan dengan menawarkan muzium kopi dan galeri seni untuk satu pengalaman yang menarik semasa percutian anda sekeluarga. Lihat harga terbaik Coffee Atelier di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA
Coffee Atelier, Pulau Pinang |
5. East Indies Mansion
Dibaikpulih dengan memberi perhatian kepada pemeliharaan ciri-ciri bangunan asal, East Indies Mansion menawarkan 10 jenis penginapan kepada tetamunya. Mengekalkan sentuhan warisan Peranakan dalam dekorasi interiornya, hotel menarik ini menjemput anda merasai pengalaman penginapan zaman silam yang kini menjadi salah satu warisan kebanggaan negara kita. (Nota: Untuk bilik double room atau juga dinamakan Clove 2, bilik airnya adalah tidak bersambung dengan kamar tidur)
Selain penginapan, East indies Mansion juga menawarkan sarapan di suasana persekitaran silam di dalam bangunan yang dibina pada abad ke-18 ini. Bukan hanya sarapan disediakan, malahan anda juga dibenarkan menggunakan common kitchen yang terdapat di sini.
Hotel ini menyediakan laman dalam (courtyard) untuk bersantai dan free parking samada di tepi jalan berhampiran hotel atau parking berbumbung yang terletak lebih kurang 200m dari sini. Lihat harga terbaik East Indies Mansion di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA
East Indies Mansion, Pulau Pinang |
6. Jawi Peranakan Mansion
\Dengan berkonsepkan senibina Anglo-Indian, Jawi Peranakan Mansion adalah sebuah hotel menarik yang terletak di Hutton Lane, Georgetown, Pulau Pinang. Suatu ketika dahulu, Hutton Lane juga dikenali sebagai "Malay Millionnaires Row" kerana di situ terletaknya rumah-rumah agam indah milik pedagang Islam pada abad ke-19.
Jawi Peranakan Mansion menawarkan lapan buah bilik penginapan sesuai untuk percutian keluarga. Sarapan ringkas juga disediakan. Selain itu, jika anda hanya mahu berehat dan meluangkan masa cuti di rumah agam ini, anda boleh memanfaatkan kolam mandi kecil yang disediakan.
Pilihan bertemakan seni Mughal untuk dekorasi bilik digabungkan dengan bilik air yang mengambil gaya era-Victoria memberi kelainan kepada hotel heritage ini. Selain dekorasinya, lokasi Jawi Peranakan Mansion juga terletak tidak jauh dari restoran tempatan di mana anda boleh menjamu selera. Lihat harga terbaik Jawi Peranakan Mansion di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA
Hotel heritage menarik dengan sentuhan ringkas
1. Sweet Cili Boutique Homestay
Setiap bilik mempunyai attached bathroom untuk keselesaan tetamu, di samping sarapan di sister hotel mereka. Dekorasi yang mengekalkan ciri-ciri warisan tanpa dengan sedikit sentuhan moden dan simple ini sesuai untuk tetamu minimalis yang mahu merasakan suasana penginapan di bangunan heritage di Pulau Pinang. Lihat harga terbaik Sweet Cili Boutique Homestay di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
Nota: Sweet Cili Boutique Homestay mempunyai sister hotel iaitu award winning Spices Boutique Residence Hotel di Lorong Lumut yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari sini. Sarapan untuk tetamu Sweet Cili Boutique Homestay dihidangkan di sister hotel ini. Spices Boutique Residence Hotel juga adalah antara heritage hotel yang menarik sebagai penginapan percutian anda sekeluarga. Jika berminat anda boleh menyemak harga Spices Boutique Residence Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
Sweet Cili Boutique Homestay, Pulau Pinang |
Seperti juga kebanyakan hotel-hotel heritage lain, RG Heritage Boutique asalnya adalah remah kedai lama yang telah dibaikpulih menjadi sebuah hotel untuk kemudahan mereka yang bercuti ke Pulau Pinang. Mengekalkan ciri-ciri bangunan asal, tetamu boleh merasakan pengalaman menarik tinggal di bangunan yang sudah tidak banyak lagi terdapat di Malaysia kini.
Lokasi hotel heritage yang menarik ini juga memudahkan food hunting kerana ia terletak berdekatan dengan kedai dan gerai yang menjual makanan tempatan. Jika anda menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba Bangkok Lane Mee Goreng yang terletak berhadapan dengan hotel ini. Lihat harga terbaik RG Heritage Boutique Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
RG Heritage Boutique, Pulau Pinang |
Hotel heritage menarik dengan sentuhan Inggeris
1. The Chambers Hotel
Menawarkan dua jenis bilik, The Chambers Hotel menyediakan penginapan yang luas dan selesa dengan dekorasi yang ringkas dan menarik. Lokasi hotel ini juga adalah strategik untuk percutian di sekitar Georgetown dan mudah untuk mencari tempat menjamu selera.
Selain beroperasi sebagai hotel, The Chambers juga merupakan sebuah resoran dengan menyediakan resoran di bahagian rooftop. Namun, melihat kepada menu yang disediakan, hidangan di sini tidak sesuai untuk tetamu beragama Islam. Lihat harga terbaik The Chambers Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
The Chambers Hotel, Pulau Pinang |
2. Deluxcious Heritage Hotel
Di bawah pengurusan baru, Deluxcious Heritage Hotel menampilkan tema Van Gogh dalam dekorasi interior bilik-bilik penginapannya. Hotel ini menawarkan 18 bilik penginapan yang menarik di samping spa dan restoran. Lihat harga terbaik Deluxcious Heritage Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.
Deluxcious Heritage Hotel, Pulau Pinang |
Deluxcious Heritage Hotel dan hotel-hotel heritage yang lain sememangnya menawarkan pengalaman yang berbeza berbanding penginapan di hotel-hotel mainstream yang lain. Mana satu pilihan anda? Terpulang kepada minat masing-masing. Tepuk dada tanyalah selera. Selamat bercuti bersama keluarga!
Mencari penginapan di Pulau Pinang? Lihat senarai hotel-hotel menarik di sini
Catatan percutian keluarga best bersama anak-anak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan