Hotel menarik, murah dan selesa di Kota Kinabalu untuk percutian keluarga - poket selamat, keluarga ceria!

Mencari hotel yang menarik dan selesa namun mesra poket untuk percutian keluarga ke Kota Kinabalu? Kota Kinabalu sememangnya adalah salah satu tempat percutian favourite ramai rakyat Malaysia. Disebabkan itu, Kota Kinabalu menawarkan banyak pilihan hotel untuk menampung bilangan pengunjung yang datang saban tahun.

Tak perlu susah-susah mencari lagi. Di bawah disenaraikan beberapa pilihan hotel di Kota Kinabalu untuk percutian bersama anak-anak. Hotel-hotel ini menawarkan:
  • Bilik famili atau connecting room untuk keselesaan mereka yang bercuti bersama keluarga
  • Kebersihan dan keselesaan yang baik untuk rehat yang baik.
  • Harga berpatutan sudah tentu perlu diambilkira!  
  • Lokasi berdekatan dengan tempat menarik di bandar Kota Kinabalu.

Kesimpulannya, hotel-hotel tersebut mestilah mesra keluarga, selesa, mempunyai lokasi strategik dan menawarkan harga yang berpatutan.

NOTA: Complimentary parking TIDAK disediakan di semua hotel bajet dalam senarai di atas. Oleh itu, anda perlu meletakkan kenderaan di tempat meletak kenderaan awam atau private parking berdekatan. Pastikan anda membeli kupon meletak kenderaan jika meletak kenderaan yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Kota Kinabalu untuk mengelakkan disaman.

(Sumber foto: agoda, booking.com dan expedia)


1. Hotel Eden54

Terletak di Jalan Gaya, Hotel Eden54 menawarkan family room dengan pilihan 2 katil Queen atau 1 Queen dan 1 single. Di samping family room, Hotel Eden54 juga menyediakan connecting room.

Lokasinya yang tidak jauh dari Jesselton Point memberi kelebihan kepada hotel ini. Anda boleh berjalan kaki untuk mendapatkan feri ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu. Selain itu, lokasinya yang juga terletak tidak jauh daripada supermarket dan Suria Sabah Shopping Mall memudahkan anda untuk mendapatkan barang keperluan.

Lokasi yang central juga memudahkan anda mencari tempat makan yang berdekatan. Disamping itu, Sabah Tourism Board juga terletak tidak jauh dari Hotel Eden54 memudahkan anda mendapatkan info untuk percutian di sana.

Hotel Eden54 terbuka untuk tempahan melalui laman web mereka dan juga platform seperti Agoda dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda menyemak harga hotel ini di laman-laman ini untuk memastikan tawaran terbaik semasa percutian anda. 

Nota: Hotel ini TIDAK menyediakan lift.


Hotel menarik Kota Kinabalu
Hotel Eden54, Kota Kinabalu


2. Little Gaya Hotel

Hotel kecil yang menawarkan hanya 14 bilik, Little Gaya Hotel terletak di deretan shoplot tidak jauh daripada Jesselton Point. Seperti juga Hotel Eden54, Little Gaya terletak berdekatan dengan Suria Sabah Shopping Mall, kedai, cafe dan bakeri.

Pilihan bilik Gaya Suite dilengkapi 1 katil king dan sofa bed sesuai dijadikan sebagai family room. Seperti juga Hotel Eden54, Little Gaya tidak menyediakan lift. Oleh itu, anda perlu mengangkat luggage ke tingkat atas.

Little Gaya Hotel boleh ditempah secara online melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga di laman-laman ini untuk tawaran terbaik semasa percutian yang akan datang.


Nota: sesetengah tetamu mungkin merasakan bilik air di Litlle Gaya Hotel kurang privasi memandangkan ia hanya dihalang oleh frosted glass. Hotel ini juga TIDAK menyediakan lift. 




Hotel menarik Kota Kinabalu
Little Gaya Hotel, Kota Kinabalu



3. 1City Hotel

Juga terletak di deretan shoplot, 1City Hotel adalah salah sebuah hotel bajet yang sesuai untuk percutian keluarga di Kota Kinabalu. Lokasi 1City Hotel terletak tidak jauh daripada Filipino market, jadi, jika anda berhasrat untuk membeli-belah di sini, hotel bajet ini boleh dipertimbangkan. Selain itu, lokasinya yang central juga memudahkan untuk mencari tempat makan dan mendapatkan barang keperluan di kedai berdekatan.

Dari luar, bangunan 1City Hotel mungkin kelihatan agak usang, namun rata-rata pengunjung berpuashati dengan bilik yang ditawarkan. Sudah tentu ia tidak mewah seperti hotel Le Meridien atau Hyatt Regency yang terletak tidak jauh dari tempat ini, namun ramai pengunjung merasakan bilik yang ditawarkan berbaloi. Family room dilengkapi samada dengan 1 katil Queen dan 1 katil single atau 1 katil King dan 1 katil single.

1City Hotel terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka dan juga melalui Agoda, booking.com  dan Expedia. Jika ingin membawa keluarga menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga 1City Hotel di laman-laman ini untuk tawaran terbaik pada tarikh percutian anda yang akan datang.

Nota: Kemudahan lift DISEDIAKAN di hotel ini.

Hotel menarik Kota Kinabalu
Family room di 1City Hotel, Kota Kinabalu



4. Dreamtel Hotel

Lokasi Dreamtel Hotel yang central adalah plus point untuk anda merancang ke tempat-tempat menarik di bandar Kota Kinabalu. Lokasi yang baik juga sudah tentu memudahkan anda mencari tempat makan di samping mendapatkan barang keperluan di kedai berdekatan.

Dreamtel Hotel Kota Kinabalu menawarkan bilik triple yang sesuai untuk penginapan keluarga. Bilik ini dilengkapi dengan 1 katil double bed dan 1 katil single. Anda boleh memilih samada mahukan bilik Standard (tidak mempunyai tingkap) atau Deluxe (mempunyai tingkap). Selain itu, hotel ini juga menyediakan pilihan sarapan di samping buffet dan hidangan lain.

Dreamtel Hotel terbuka untuk tempahan di laman web mereka dan juga melalui Agoda, booking.com dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga terbaik di laman-laman ini untuk percutian yang menjimatkan.

Nota: Lift DISEDIAKAN di hotel ini  

Hotel menarik Kota Kinabalu
Dreamtel Hotel, Kota Kinabalu




5. Capital Hotel

Dengan lokasi strategik yang memudahkan anda untuk ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu, Capital Hotel menawarkan bilik famili dengan 1 katil saiz King dan 1 katil single untuk kemudahan tetamu yang bercuti bersama keluarga. Walaupun exterior bangunan ungu hotel ini mungkin kelihatan tidak begitu memberangsangkan, pihak hotel telah melakukan renovation terhadap bilik-bilik penginapan. Kini, selepas 4 tahun, bilik-bilik yang telah diberi facelift ini rata-rata masih mendapat feedback yang positif dari segi presentation dan keselesaan daripada tetamu yang menginap di sini.

Setakat ini, Capital Hotel tidak menawarkan sarapan, namun mencari tempat menjamu selera tidak menjadi masalah di sekitar kawasan hotel ini.

Hotel ini terbuka untuk tempahan di laman web mereka dan juga di Agoda, booking.com dan Expedia. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama keluarga nanti!

Nota: Kemudahan lift DISEDIAKAN di hotel ini 

Hotel menarik Kota Kinabalu
Capital Hotel, Kota Kinabalu



6. Mandarin Hotel

Seperti juga hotel-hotel yang mempunyai lokasi yang central di bandar Kota Kinabalu, Mandarin Hotel memudahkan anda untuk ke tempat-tempat menarik semasa percutian, mencari tempat menjamu selera dan ke kedai dan mall untuk mendapatkan barang keperluan. Jika anda menginap di sini pada hujung minggu, anda juga boleh ke Sunday Market yang diadakan berdekatan.

Untuk percutian bersama keluarga, Mandarin Hotel menawarkan bilik famili yang dilengkapi 1 katil King dan 1 katil single. Dekorasi bilik mungkin simple tetapi rata-rata tetamu berpuashati dengan ruang dan keselesaan yang ditawarkan.

Mandarin Hotel terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka dan juga di Agoda, booking.com dan Expedia. Jangan lupa untuk menyemak harga di laman-laman ini untuk tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang.

Nota: Hotel ini tidak menyediakan sarapan, namun kemudahan lift ada DISEDIAKAN.


Hotel menarik Kota Kinabalu
Mandarin Hotel, Kota Kinabalu


7. Hotel Sixty3

Hotel terakhir dan mungkin paling 'premium' di dalam senarai di sini, Hotel Sixty3 menawarkan penginapan yang sangat selesa, berbaloi dan menyenangkan anda untuk berjalan-jalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Malahan, anda boleh memilih untuk berjalan kaki ke Jesselton Point untuk menaiki feri ke pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu.

Bilik yang disediakan luas selain menyediakan pilihan connecting room. Walaupun, hotel Sixty3 tidak menawarkan cafe untuk breakfast, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak tempat makan di sekitar sini selain shopping mall yang berdekatan.

Pengalaman penginapan kami di sini membuatkan secara peribadi, kami merasakan hotel ini adalah antara hotel di tengah bandar terbaik pernah kami kunjungi. Klik di sini untuk membaca catatan ringkas penginapan kami di hotel ini.

Hotel Sixty3 terbuka untuk tempahan secara online di laman web mereka dan juga di Agoda, booking.com dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, pastikan anda menyemak harga hotel menarik ini di laman-laman ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang.

Nota: Kemudahan lift DISEDIAKAN di hotel ini 

Hotel bajet menarik di Kota Kinabalu bersama anak-anak
Hotel Sixty3, Kota Kinabalu



BULI... antara mitos dan kenyataan

kes buli
Foto: ncab.org.au
Masalah buli memang menjadi satu masalah yang semakin merisaukan terutamanya di kalangan pelajar sekolah. Pada tahun 2015, terdapat 3000 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia (Utusan Online, 28 Mac 2016).

Walaupun menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya, ia masih belum cukup baik. Sekolah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk semua pelajar menuntut ilmu. Oleh itu, seboleh-bolehnya kita perlu berusaha ke arah sekolah sifar buli. Disebabkan itu, salah tanggapan atau mitos terutamanya di kalangan orang dewasa terhadap masalah ini perlu diperbetulkan. Mitos-mitos yang berlegar ini akan hanya mengganggu dan membantutkan usaha untuk membanteras gejala yang tidak sihat ini.


Apakah salah tanggapan atau mitos yang biasa didengari?

Kes buli
Foto: verywell.com
Mitos #1: Buli adalah sebahagian daripada pengalaman membesar. Kebanyakan orang pernah melaluinya suatu ketika dahulu.

Fakta: Buli bukanlah sesuatu yang normal atau sebahagian pengalaman biasa semasa membesar. Buli adalah satu masalah yang tidak pernah diterima dalam masyarakat. Tanggapan begini sebenarnya memberi lebih peluang kepada pembuli bertindak sesuka hati.


Mitos #2: Buat tak tahu je. Lama-lama diorang berhentila tu.

Fakta: Buat-buat tak tahu tidak menyelesaikan masalah buli. Malahan, sikap begini boleh membuatkan masalah buli bertambah teruk kerana ia membuatkan pembuli merasakan mangsa tidak mampu berbuat apa-apa. Ini memberi kepuasan kepada pembuli.


Mitos #3: Jangan jadi lemah sangat. Kalau kena tumbuk, tumbuk je balik.

Fakta: Walaupun cara ini menunjukkan keberkesanan dalam filem-filem mengisahkan buli, ia bukanlah sesuatu yang realiti. Dalam kes buli fizikal, pembuli biasanya mempunyai fizikal yang lebih kuat dan mempunyai kawan-kawan yang menggalakkan perbuatan mereka. Perbuatan ini boleh menyebabkan masalah buli semakin teruk dan meningkatkan risiko kecederaan fizikal yang serius.


Mitos #4: Kanak-kanak perlu belajar untuk selesaikan masalah mereka sendiri.

Fakta: Walaupun ada segelintir mangsa mampu menyelesaikan sendiri masalah apabila berhadapan dengan kes buli, kebanyakan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian. Masalah buli adalah masalah di mana orang yang dibuli menjadi mangsa, seperti mana mangsa kes-kes penderaan. Mereka tidak mampu melawan. Apabila kes-kes penderaan dilaporkan, masyarakat sedia membantu dan tidak mengharapkan mangsa untuk mempertahankan diri sendiri. Expectation yang sama perlu diberi kepada mangsa buli. Orang dewasa dan rakan-rakan, terutamanya yang menyaksikan kes buli sebenarnya perlu menggalas tangunggjawab untuk membantu mangsa dan menghentikan masalah ini.


Mitos #5: Hanya kata-kata ejekan? Bukan tumbuk pun... itu bukan buli! Lagipun, setakat ejek tak mencederakan!

Foto: ncab.org.au
Fakta: Setiap kali menyebut perkataan buli, sudah tentu perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah buli fizikal. Namun, ia bukanlah jenis buli yang paling kerap berlaku.  Buli yang paling kerap dilakukan tidak kira oleh lelaki atau perempuan ialah buli verbal.

Walaupun tidak mencederakan badan, buli verbal dan buli sosial mampu meninggalkan kesan yang mendalam. Buli jenis ini mampu menyebabkan mangsa mengalami kemurungan, hilang minat terhadap aktiviti-aktiviti yang disukai, hilang selera makan, tidak dapat tidur, mengadu masalah kesihatan, merosot dalam pelajaran, malahan memberi pelbagai alasan untuk tidak ke sekolah.

Masalah-masalah ini tidak hanya berhenti ketika kanak-kanak, malah boleh berlarutan ke alam dewasa menyebabkan mereka lebih cenderung untuk kemurungan dan tidak mempunyai keyakinan diri.


Mitos #6: Konflik antara budak sekolah je tu.....

Fakta: Buli adalah sikap dan kelakuan agresif yang melibatkan ketidakseimbangan kuasa (lebih kuat, lebih popular, part of a group dan sebagainya). Ia dilakukan berulang-ulang dengan tujuan untuk menyakitkan mangsa.

Konflik pula terjadi apabila ada perselisihan pendapat antara dua pihak. Ia tidak melibatkan ketidakseimbangan kuasa. Oleh itu tiada mangsa terlibat dalam konflik. Dengan menyamakan buli dan konflik, kita seolah-olah memberi isyarat yang 'kedua-dua pihak sama-sama betul dan sama-sama salah', oleh itu 'kedua-dua pihak perlu bertangunggjawab dengan masalah yang berlaku'.

Isyarat ini tidak boleh dipakai dalam kes buli. Isyarat yang lebih sesuai ialah 'buli adalah salah dan tidak boleh diterima sama sekali. Tiada sesiapa yang patut menjadi mangsa buli. Buli perlu dihentikan dan kami akan lakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan ia tidak berlaku lagi'.


Mitos #7: Budak perempuan tak membuli

Kes buli
Foto: ncab.org.au
Fakta: Buli berlaku di kalangan kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan. Walaupun buli fizikal lebih banyak dilakukan oleh lelaki, ini tidak bermakna perempuan tidak melakukannya. Pelajar perempuan kebiasannya lebih banyak terlibat dalam buli sosial dan buli verbal. Buli jenis ini walaupun tidak mencederakan, tetapi amat mengganggu mangsa dan boleh meninggalkan kesan emosi dan sosial yang dalam kepada mangsa.


Mitos #8: Pelajar yang membuli tak ada keyakinan diri, tak ada kawan... cuba tarik perhatianla tu

Fakta: Pembuli terdiri daripada pelbagai latarbelakang, malahan di antara mereka yang agresif ini sebenarnya mempunyai keyakinan diri yang baik dan mempunyai ramai kawan dari segi sosial. Bagaimanapun, buli menjadikan mereka lebih popular, dan membuatkan mereka mempunyai lebih kuasa untuk mendominasi orang lain.

Pembuli juga bijak memanipulasi orang lain dan keadaan. Disebabkan ini, kejadian buli kebiasaannya berlaku apabila tiada orang dewasa di sekitar. Ada juga yang kelihatan berkarisma di hadapan guru dan menawan di hadapan ibu bapa menjadikan kes buli, terutamanya buli verbal dan sosial sukar dikesan.


Mitos #9: Mana ada buli kat sini? Tak ada yang mengadu pun.

Fakta: Tidak dilaporkan tidak bermakna tiada kes yang terjadi. In fact, ramai kanak-kanak memilih untuk tidak melaporkan kepada orang dewasa, terutamanya pelajar lelaki dan pelajar yang lebih berusia. Ini adalah kerana mereka takut akan dibuli dengan lebih teruk atau aduan mereka diambil ringan dan tidak didendahkan oleh orang dewasa.


Mitos #10: Anak saya tak mungkin seorang pembuli.

Fakta: Saya pasti, ini adalah anggapan yang paling mahu dipercayai oleh setiap ibu bapa. Namun, sebagai orang dewasa, kita perlu mengakui yang kanak-kanak adalah tetap kanak-kanak. Mereka belajar cara berinteraksi dengan orang di sekitar dan peranan mereka dalam masyarakat. Dalam proses ini, kanak-kanak akan melakukan kesilapan dari masa ke semasa.

Jika ibu bapa tidak dapat menerima kenyataan bahawa setiap kanak-kanak, termasuk anak mereka sendiri berpotensi untuk menjadi pembuli, ini hanya akan menyukarkan, malah membantutkan usaha membanteras gejala ini. Penyelesaian yang dicari akhirnya akan hanya bertukar menjadi medan perbalahan dan sesi tuding-menuding jari antara mereka yang sepatutnya lebih rasional dan menjadi contoh untuk generasi masa hadapan.



Rujukan:
1. apa.org, American Psychological Association  
2. ncab.org.au, National Centre Against Bullying 
3. stopbullying.gov 
4. verywell.com 
5. Indeks perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah dan rendah di Malaysia oleh Pusat       Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2008 
6. Tip menangani buli di sekolah, PTS Professional, 2008 
7. Utusan Online  
8. unitypoint.org 
9. bullyingawarenessweek.org

BULI... bukan sekadar usikan dan gurauan

kes buli
Foto: stopbullying.gov

Kes buli lagi? Apa nak jadi dengan kanak-kanak sekarang? Mungkin itulah yang terlintas di fikiran kebanyakan kita setiap kali membaca tentang kes-kes buli.

Sebagai ibu bapa, pendedahan kes-kes buli saban hari yang semakin menjadi-jadi amat merimaskan dan merisaukan. Lebih-lebih lagi kes-kes ini semakin hari melibatkan kanak-kanak yang masih di bangku sekolah, seawal sekolah rendah tanpa mengira lelaki atau perempuan.


Apa itu buli?

Hmmm... Apa tu buli sebenarnya? Adakah usikan dan gurauan sudah cukup untuk dikategorikan sebagai buli? Atau adakah buli merujuk kepada sekumpulan kawan bergaduh dan bertumbuk?

Menurut American Psychological Association, buli bermaksud:

kelakuan agresif di mana seseorang secara sengaja dan berulangkali menyebabkan orang lain cedera atau tidak tenteram. Buli boleh terjadi secara fizikal, dalam bentuk perkataan atau secara lebih halus. Mangsa buli kebiasaannya tidak dapat mempertahankan diri dan dalam masa yang sama tidak melakukan apa-apa yang menjadikan sebab dirinya dibuli.

Daripada definisi di atas, boleh difahami bahawa buli tidak terbatas pada bentuk fizikal sahaja. 

Sebenarnya buli boleh terjadi dalam beberapa bentuk seperti:

1. Buli fizikal

Kes buli
Foto: utusan.com.my
Buli dalam bentuk ini adalah yang paling kerap didedahkan di media massa. Ini adalah kerana bentuk ini adalah yang paling ketara dan paling senang dikenalpasti. Ia terjadi apabila seseorang memukul, menendang, mencederakan, menolak, merosakkan barang kepunyaan orang lain dan sebagainya. Buli fizikal, jika serius boleh menyebabkan kematian.

Imbas kembali kes pelajar 16 tahun yang maut disepak hanya kerana dikatakan tidak menghormati pelajar senior (Utusan Online, 13 Mei 2015). Sedih dan hancur luluh hati apabila membaca kes buli ekstrim hingga mengakibatkan kematian seperti ini.


2. Buli verbal

kes buli
Foto: verywell.com
Buli melalui cara ini terjadi apabila seseorang mengejek, memfitnah, menyebarkan gosip, memanggil nama yang tidak disukai dan sebagainya untuk menyakiti dan mendominasi mangsa. Kebiasaannya, buli secara verbal dilakukan tanpa henti-henti untuk menyakiti, memperkecil-kecilkan dan memperlekeh-lekehkan mangsa.

Buli secara verbal sebenarnya adalah yang paling kerap berlaku, namun ia adalah jenis buli yang sukar dikenalpasti. Ini adalah kerana, kata-kata bulian ini hanya akan dilontarkan apabila tiada orang dewasa di sekitar. Di sekolah, buli verbal dilakukan oleh kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan.

Disebabkan ia sukar dikenalpasti, apabila diadukan, kebanyakan orang dewasa tidak begitu mengambil serius dengan mengannggap ia hanyalah gurauan dan usikan kanak-kanak. Namun begitu, kajian menunjukkan buli verbal sebenarnya mampu meninggalkan kesan emosi yang dalam terhadap mangsa.


3. Buli sosial

kes buli
Foto: verywell.com
Buli cara ini dilakukan secara halus dengan menyisihkan seseorang daripada sesebuah kumpulan, menyebarkan fitnah, mengejek, memalukan dan menakut-nakutkan untuk mengsabotaj keyakinan, pergaulan dan kedudukan sosial mangsa.

Secara umumnya, di sekolah, pe;ajar perempuan lebih banyak menggunakan cara ini berbanding lelaki. Kerapkali juga, pembuli akan menyuruh dan menghasut orang lain untuk turut menyisihkan mangsa. Disebabkan ia dilakukan secara halus, kebanyakan kes tidak disedari oleh guru dan ibu bapa.

Walaupun buli sosial tidak meninggalkan sebarang kesan parut atau lebam pada badan, kesan emosi yang ditinggalkan amat dalam dan boleh menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri dalam jangkamasa panjang.


4. Buli siber

kes buli
Foto: ncab.org.au
Buli secara ini berlaku apabila seseorang menggunakan teknologi seperti internet dan telefon bimbit untuk mengganggu, mengugut dan memalukan mangsa. Contoh buli siber adalah apabila seseorang memuat naik gambar yang memalukan mangsa atau menghantar mesej atau text yang menyakiti atau mengugut mangsa.

Disebabkan pembuli boleh berselindung di sebalik nama 'anonymous', buli siber seringkali dilakukan secara keterlaluan dan kejam. Mangsa akan merasa tidak tenteram dan tidak selamat kerana pembuli boleh mengganggu mereka di mana-mana sahaja, walhal di rumah mereka sendiri.

Dengan penggunaan teknologi yang semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja, siber buli adalah satu masalah yang semakin membimbangkan pada masa kini.



Rujukan:
1. apa.org, American Psychological Association  
2. ncab.org.au, National Centre Against Bullying 
3. stopbullying.gov 
4. verywell.com 
5. Indeks perlakuan buli di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah dan rendah di Malaysia oleh Pusat       Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2008 
6. Tip menangani buli di sekolah, PTS Professional, 2008 
7. Utusan Online 13 Mei 2015

Hotel menarik di Pulau Pinang lain dari yang lain ...TERBAIK!!!

Sekali-sekala, ada baiknya jika dapat membawa anak-anak bercuti ke tempat yang lain daripada yang lain. Memang, perkataan unik itu sangat subjektif. Setiap orang mempunyai tafsiran dan persepsi sendiri tentang unik atau tidaknya sesuatu tempat. Unik sesebuah hotel itu boleh jadi terletak pada rekabentuk, kemudahan, lokasi, persekitaran atau nilai sejarah yang ditawarkan.

Mari lihat senarai hotel-hotel unik di Pulau Pinang sebagai panduan untuk percutian keluarga yang menarik.

(Sumber foto: agoda, booking.com, expedia)


1. Nikmati panorama indah Georgetown dari Bellevue Hotel

Satu-satunya tempat peninapan di atas Bukit Bendera, Bellevue Hotel menawarkan pemandangan Gerogetown dan Selat Melaka yang menakjubkan dari paras 800m  dari aras laut. Hotel ini dahulunya adalah penginapan Sheriff of Prince of Wales Island yang pertama dan dibina pada awal abad ke-18.

Hotel kecil ini menawarkan 12 bilik penginapan zaman kolonial di kelilingi udara segar dan kehijauan alam semulajadi di atas Bukit Bendera yang memang sinonim dengan Pulau Pinang. Di samping itu, terdapat taman yang dinamakan Aviary Garden yang terletak hanya 100m dari hotel ini. Taman burung mini ini menempatkan koleksi burung natif dan eksotik selain koleksi tumbuhan tempatan dari spesis yang jarang ditemui.

Untuk ke hotel ini, anda boleh memilih samada menaiki keretapi funicular, atau kenderaan 4WD terus ke sini. Pihak hotel boleh mengaturkan perjalanan anda jika anda memilih untuk menaiki kenderaan 4WD. Lihat harga terbaik Bellevue Hotel, Pulau Pinang di AGODA atau EXPEDIA.



Hotel best di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang
Bellevue, Bukit Bendera, Pulau Pinang



2. Tidur, bangun, makan durian di Bao Sheng Durian Farm

Apa kata sekali-sekala bawa anak-anak bercuti di kebun durian? Bangun pagi menghirup aroma bau durian segar di kebun, atau tidur malam diulit bunyi buah durian gugur ke tanah.

Bao Sheng Durian Farm menawarkan percutian unik bagi mereka yang tidak pernah berpeluang merasai pengalaman menunggu dan mengutip buah durian gugur di kebun. Tempat ini dibuka sepanjang tahun, tetapi obviously masa yang paling baik untuk ke sana ialah ketika musim durian.

Sepanjang musim durian, terdapat dua jenis pakej yang ditawarkan - pakej menginap dan pakej tanpa penginapan. Jika anda ingin merasai menginap di kebun durian, terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan. Anda boleh memilih bilik jenis Tatami dengan bilik air berkongsi (shared bathroom) atau standard atau deluxe villa, masing-masing dengan private bathroom. Terdapat kolam renang disediakan di penginapan kebun durian ini. Walaupun bilik disediakan, perlu diingat bahawa fokus utama Bao Sheng Durian Farm adalah pada kebunnya.

Pakej menginap ini merangkap makan unlimited durian dan buah-buah tropika lain yang terdapat di kebun itu. Selain itu, Bao Sheng Durian Farm juga menawarkan durian tour, peluang belajar bagaimana memilih durian, selain aktiviti memungut durian. Lihat harga terbaik Bao Sheng Durian Farm di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA


Hotel best di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang
Bao Sheng Durian Farm, Balik Pulau, Pulau Pinang



3. Kecapi ketenangan alam semulajadi di Fig Tree Hill Resort

Terasing daripada kesibukan kota, Fig Tree Hill Resort terletak di tengah-tengah kehijauan hutan bukit di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Untuk ke resort ini, anda perlu memandu ke dalam kawasan hutan dengan sebahagian jalannya agak sempit yang hanya membenarkan satu kenderaan sahaja melaluinya pada satu-satu masa. Jika hendak ke sini, anda amat disyorkan untuk mengatur perjumpaan dengan pihak resort agar mereka boleh menunjukkan arah jalan ke sana. GPS atau Waze mungkin tidak dapat membawa anda ke sini. Jangan risau jika anda tidak mempunyai 4WD. Kereta biasa dan MPV masih boleh melalui jalan ke sana, asalkan bukan bas.

Fig Tree Hill Resort menawarkan enam jenis villa dua bilik lengkap dengan living dan dining room untuk disewa. Di samping villa, terdapat juga kolam renang di resort ini. Anda perlu memantau anak-anak mandi di kolam kerana tiada lifeguard disediakan. Jika anda ke sini, lupakan sahaja telefon bimbit dan internet. Di sini adalah tempat untuk anda offline untuk meluangkan lebih masa berkualiti dengan mereka di sekeliling. Lihat harga terbaik Fig Tree Hill Resort di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.



Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang
Fig Tree Hill Resort, Sungai Ara, Pulau Pinang



4. Hayati kehidupan saudagar silam di Cheong Fatt Tze - The Blue Mansion

Umpama membawa keluarga kembali ke zaman kehidupan masyarakat Cina pada masa lampau, Cheong Fatt Tze Mansion yang dibina pada akhir kurun ke-19 dahulunya adalah penginapan seorang pedagang dan ahli politik berbangsa Cina yang amat terkenal. Berasal daripada keluarga miskin, Cheong Fatt Tze telah berjaya membina empayar perniagaan hasil titik peluhnya sendiri hingga beliau dikenali sebagai "Rockfeller of the East" (Rockfeller adalah seorang saudagar minyak America yang dikatakan the wealthiest American of all time).

Mansion atau rumah agam ini dibina mengikut senibina rumah agam Hakka Teochew dengan keunikan dan kehalusan kerja pertukangan pada hiasan seni binanya. Kini, Cheong Fatt Tze adalah sebuah hotel merangkap living museum yang penuh dengan sejarahnya tersendiri.

Selain penginapan, sebagai living museum, hotel ini juga mengadakan tour pada setiap hari pada pukul 11 am, 2 pm dan 3.30pm. Tour ini adalah percuma untuk tetamu hotel. Oleh itu, jika anak-anak anda sudah cukup besar untuk menghargai sejarah, hotel ini mampu menyediakan daya tarikan yang unik untuk percutian keluarga anda. Yang menariknya, walaupun mengekalkan sejarah dan senibina asal, sentuhan kemudahan moden tetap disediakan untuk keselesaan tetamu. Malahan, Cheong Fatt Tze turut menyediakan kolam ringkas sesuai untuk tetamu bersantai setelah seharian meneroka Pulau yang penuh daya tarikan ini.

Terdapat tiga jenis bilik untuk pilihan anda. Cheong Fatt Tze Mansion atau the Blue Mansion juga menyediakan restoran untuk kemudahan tetamunya. Selain itu, jika anda suka, anda juga boleh ke street market yang terletak bersebelahan dengan hotel ini. Lihat harga terbaik Cheong Fatt Tze Mansion di AGODABOOKING.COM atau EXPEDIA.


(Nota: Sesetengah tetamu merasakan terganggu dengan bunyi bising street market yang terletak bersebelahan dengan hotel ini. Jika anda tidak sukakan suasana kesibukan ini, adalah lebih baik anda meminta pihak hotel menempatkan anda di bilik yang tidak terlalu dekat dengan street market ini)

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang
Cheong Fatt Tze, Georgetown, Pulau Pinang



5. Rasai kehidupan mewah aristokrat di Macalister Mansion

Jika Cheong Fatt Tze menawarkan suasana penginapan masyarakat Cina zaman silam, Macalister Mansion pula menawarkan suasana kehidupan mewah golongan aristokrat British untuk percutian keluarga anda.

Terletak di Macalister Road, Georgetown, Pulau Pinang, Mansion atau rumah agam yang dibina pada awal 1900-an ini diberikan nama sempena nama Sir Norman Macalister. Beliau adalah salah seorang governor British yang pertama di Pulau Pinang.

Macalister Mansion menawarkan hanya 8 buah bilik untuk disewa. Kesemua bilik ini mempunyai design tersendiri memberikan hotel mewah ini keunikan tersendiri. Macalister Mansion juga menawarkan restoran sendiri dan kolam renang untuk kemudahan tetamunya.

Keunikan Macalister Mansion tentulah terletak pada sejarah, rekabentuk dan sentuhan kemewahannya. Seperti juga Cheong Fatt Tze Mansion, jika anda ingin memilih hotel ini sebagai penginapan keluarga, ianya lebih sesuai jika anak-anak anda berada pada usia yang agak matang dan boleh menghargai keunikan yang ditawarkan. Lihat harga terbaik Macalister Mansion di AGODABOOKING.COM atau EXPEDIA.


(Nota: Macalister Mansion adalah sebuah hotel semata-mata. Oleh itu, ia tidak mempunyai daily tour seperti Cheong Fatt Tze atau The Blue Mansion)

Hotel menarik di Pulau Pinang
Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang

Hotel menarik di Pulau Pinang
Macalister Mansion, Georgetown, Pulau Pinang



6. Alami penginapan jeti di Clan Jetty Heritage Home, Georgetown, Pulau Pinang

Ingin merasai pengalaman menginap di kawasan jeti zaman dahulu kala? Anda boleh memilih Clan Jetty Heritage Home sebagai tempat penginapan untuk percutian yang akan datang.

Merupakan rumah nelayan suatu masa dahulu, kini Clan Jetty Heritage Home menawarkan penginapan di atas air untuk pengalaman percutian yang unik. Bukan selalu boleh merasakan suasana begini. Bilik yang terbuka kepada deruan ombak, ketenangan yang ditawarkan di sebalik kesibukan kota dan dalam masa yang sama lokasi yang tidak begitu jauh daripada tempat makan dan transportation memang jarang-jarang boleh dirasai.

Selain itu, Clan Jetty Heritage Home juga menawarkan barbeque set untuk kemudahan tetamunya. Anda boleh bertanya kepada pihak mereka untuk menggunakannya. Bayangkan pengalaman barbeque di atas jeti nelayan! Memang unik bukan?

Bilik-bilik di sini bagaimanapun tidak mempunyai attached bathroom. Anda perlu berkongsi bilik air dengan tetamu lain. Parking tidak disediakan. Lokasinya di jeti juga membuatkan ia terbuka kepada laut dan anda perlu berhati-hati jika membawa anak-anak kecil yang sedang aktif. Lihat harga terbaik Clan Jetty Heritage Home di AGODA atau EXPEDIA.


Hotel menarik, murah dan selesa di Pulau Pinang ... tiada lagi alasan untuk tak bercuti bersama keluarga!

Hotel untuk penginapan keluarga yang menarik dan selesa di Pulau Pinang pada harga berpatutan? Sejujurnya, senarai hotel ini adalah hasil ketika mencari penginapan untuk percutian keluarga ke Pulau Pinang. Beberapa kriteria diambil kira (selain personal preference) seperti:
  • Menawarkan jenis bilik famili atau bilik bersambung sesuai untuk percutian bersama anak-anak
  • Keselesaan dan kebersihan yang baik amat penting! Diambilkira berdasarkan review dan feedback mereka yang pernah ke hotel-hotel ini
  • Harga yang berpatutan (sudah tentu)
  • Lokasi di pulau dan bukan di mainland untuk memudahkan ke tempat-tempat menarik sekitar Pulau Pinang.
Semoga senarai hotel-hotel menarik ini dapat membantu anda merancang percutian yang menarik. Selamat bercuti bersama keluarga!


(Sumber foto: agoda, booking.com, expedia)


1. Neo+ Hotel, Georgetown, Pulau Pinang

Dengan lokasi berdekatan dengan beberapa shopping mall, Neo+ Hotel menawarkan bilik penginapan yang selesa dengan design menarik untuk keselesaan tetamu-tetamunya. Terdapat 1 katil bersaiz Queen dan 1 single bed untuk family room. Wifi percuma dan tempat meletak kereta juga disediakan. 

Apa yang menarik, selain bilik penginapan, Neo+ Hotel juga dilengkapi kolam renang outdoor di bahagian rooftop dan juga gym. Jadi, anak-anak boleh berseronok di kolam renang ini semasa percutian keluarga anda. Di samping itu, jika anda mahu, anda juga boleh memilih bilik beserta sarapan di hotel ini. Lihat harga terbaik Hotel Neo+, Pulau Pinang di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.


Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Neo+ Hotel, Penang



2. Armenian Street Heritage, Georgetown, Pulau Pinang

Hotel yang sesuai untuk penggemar sejarah dan warisan kebudayaan. Dengan lokasi di tengah-tengah World Cultural Heritage Zone, Armenian Street Heritage Hotel terletak tidak jauh dari tempat-tempat tarikan seperti muzium, kuil dan mural terkenal "Little Children on a Bicycle". Terdapat beberapa pilihan family room yang disesuaikan dengan bilangan tetamu yang pelbagai. Bilik-bilik di sini bukan sahaja selesa untuk anda dan anak-anak berehat, malahan ada yang dilengkapi katil double decker yang ceria sebagai tarikan untuk anak-anak.

Jika anda berkenderaan, kawasan meletak kenderaan mungkin menjadi masalah kerana ianya agak limited. Namun, memandangkan lokasi hotel ini yang boleh dikatakan 'central' anda boleh berjalan ke tempat-tempat tarikan berdekatan.

Hotel ini tidak menyediakan sarapan tetapi kafe dan tempat makan terletak berdekatan. Lagipun, alang-alang berada di Pulau Pinang, mengapa tidak mengambil kesempatan untuk explore makanan tempatan yang terkenal dengan kepelbagaian dan kelazatannya? Lihat harga terbaik Armenian Street Heritage Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.



Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Armenian Street Heritage Hotel, Penang


3. Kimberley Hotel, Georgetown, Pulau Pinang

Sebuah lagi hotel bajet menarik untuk para penggemar sejarah. Bangunan hotel ini sendiri dibina sebelum perang dan terletak di kawasan Penang UNESCO Heritage.

Terdapat dua pilihan bilik jenis famili di Kimberley Hotel. Wellesley Suite adalah bilik famili dengan sebuah katil king dan 1 sofa bed, manakala Raffles Family Suite adalah pilihan family room yang lebih besar dengan sebuah katil king dan dua katil single. Kimberley Hotel juga mempunyai restorannya sendiri. Namun, jika anda lebih gemar untuk makan di luar, terdapat banyak tempat makan di sekotar hotel ini.

Seperti Armenian Heritage Hotel yang juga terletak berdekatan tempat tarikan pelancong, tempat parking adalah terhad. Jadi, jika anda memilih untuk menginap di sini, faktor ini perlu diambil kira dalam rancangan percutian anda. Lihat harga terbaik Kimberley Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.



Hotel bajet menarik di Pulau Pinang


Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Kimberley Hotel, Penang



4. The Southern Boutique Hotel, Georgetown, Pulau Pinang

Baru dibuka sekitar Oktober 2017, The Southern Boutique Hotel memanfaatkan bangunan zaman kolonial untuk dijadikan sebuah hotel menarik buat para pelancong di Pulau Pinang. Berada di bandaraya warisan UNESCO, sudah tentu rupabentuk asal bangunan dikekalkan. Selain itu, interior dengan corak jubin menarik memberi keunikan selain menawarkan perfect spot buat tetamu untuk bergambar.

Pilihan bilik bertemakan warna putih adalah ringkas dan selesa. Bilik famili sesuai untuk penginapan seramai 4 orang tetamu turut disediakan. Lokasi yang strategik di bandaraya Georgetown juga memudahkan anda sekeluarga bersiar-siar ke tempat-tempat menarik.

Setelah penat bersiar-siar, anda boleh berehat di kawasan lounge atau roof garden sambil menikmati pilihan minuman yang disediakan. Selain itu, terdapat juga sebuah kedai serbaneka berhampiran hotel jika anda ingin mendapatkan sebarang snek semasa percutian. 

Hotel ini terletak berhampiran jalan dan sesetengah tetamu mungkin berasa agak terganggu dengan bunyi kenderaan yang lalu-lalang di bandaraya yang sentiasa sibuk ini. Selain itu, tiada kemudahan lift disediakan dan anda mungkin perlu meminta bilik di ground floor jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah mendaki tangga.

Tapak meletak kenderaan juga berpotensi menjadi masalah sekiranya anda berkenderaan. Sekiranya bernasib baik, anda boleh meletakkan kenderaan di tapak parking di hadapan hotel. Namun, jika tidak, anda mungkin perlu mencari tapak public parking di kawasan lain. Walau apapun, jangan lupa membayar parking untuk mengelakkan daripada surat saman merosakkan mood percutian keluarga anda.

The Southern Boutique Hotel terbuka untuk tempahan secara online melalui Agodabooking.com dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, jangan lupa menyemak laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga anda!



Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang

Hotel menarik untuk anak-anak di Pulau Pinang
The Southern Boutique Hotel, Penang


5. MIL The Boutique Residence, Georgetown, Pulau Pinang

Sebuah hotel kecil dengan lokasi yang sangat strategik, MIL The Boutique Residence menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian anda seisi keluarga. Deretan rumah kedai dua tingkat lama yang kini digunakan sebagai hotel ini masih mengekalkan heritage looks dari luar, namun, dekorasi dalamannya adalah moden dan ringkas serta mampu memberi keselesaan untuk anda sekeluarga beristirahat.

Hotel kecil ini menawarkan beberapa pilihan bilik penginapan yang selesa termasuklah bilik family untuk percutian anda bersama anak-anak. Selain itu, terdapat kolam ringkas disediakan berdekatan ruang lobi untuk tetamu kecil menyejukkan badan setelah seharian bersiar-siar meneroka bandaraya yang popular di kalangan pelancong ini.

Kepada penggemar nasi kandar, lokasi hotel ini sudah tentu ideal memandangkan ia sangat berdekatan dengan kedai terkenal Nasi Kandar Beratur. Bukan hanya memudahkan food hunting, malahan lokasi hotel ini juga sangat strategik untuk anda mendapatkan souvenir di Armenian Street, mendapatkan khidmat beca dan membawa anak-anak bersiar-siar melihat street art popular Kids on Bicycle. Untuk tetamu beragama Islam, kedudukan Masjid Kapitan Keling berhampiran hotel ini juga adalah plus point untuk menginap di hotel ini.

Tempat letak kereta bagaimanapun TIDAK disediakan oleh pihak hotel dan tetamu perlu meletakkan kereta di mana-mana tapak letak kereta awam berdekatan. Selain itu, hotel ini juga TIDAK mempunyai kemudahan lift. Klik di sini untuk catatan penginapan kami di MIL The Boutique Residence.

MIL The Boutique Residence terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda dan Expedia. Jika berminat untuk menginap di sini, jangan lupa untuk menyemak harga hotel menarik ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian keluarga yang dirancang. 


Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang
MIL The Boutique Residence, Penang


6. Roomies Suite, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Don't judge a book by its cover - mungkin ungkapan ini sesuai untuk menggambarkan hotel bajet ini. Terletak di tingkat 2 dan 3 di bangunan yang... errrr.... tidak begitu enak mata memandang, ramai tetamu Roomies Suite terkejut dengan interior hotel ini yang jauh panggang dari api berbanding rupa luarannya. 

Roomies Suite terletak tidak jauh dari Parkroyal hotel di kawasan Batu Ferringhi. Jadi, jika anda menginginkan penginapan di kawasan ini pada harga bajet, Roomies Suite patut dipertimbangkan. Roomies Suite menyediakan bilik bersambung atau connecting room untuk kemudahan mereka yang datang berkeluarga. Anda boleh memilih untuk bilik double, twin atau loft. Namun, jika anda membawa bayi atau anak kecil yang suka memanjat, anda dinasihatkan untuk tidak memilih loft suite atas faktor keselamatan. Selain itu, Roomies Suite juga menyediakan pilihan sarapan untuk tetamu-tetamunya. Lihat harga terbaik Roomies Suite di AGODA dan EXPEDIA.

(Roomies Suite juga menyediakan bilik jenis dorm yang lebih sesuai untuk mereka yang bercuti bersama kawan-kawan. Pastikan anda memilih bilik yang sesuai untuk percutian keluarga anda bersama anak-anak)

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang

Hotel murah menarik di Pulau Pinang
Roomies Suite, Batu Ferringhi, Penang


7.  U Hotel, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Terletak hanya 15 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, U Hotel menawarkan penginapan yang selesa, menarik dan moden sebagai pilihan penginapan percutian keluarga. Bilik famili yang dinamakan Jupiter Suite dilengkapi 1 katil king dan sofa bed. Kemudahan asas kebanyakan hotel seperti set televisyen dengan channel Astro, safe deposit box, pengering rambut, cerek, teh dan kopi turut disediakan. Disamping itu, U Hotel juga menyediakan Wifi percuma untuk tetamu mereka.

Jika anda berkenderaan, U Hotel menyediakan tempat meletak kereta untuk tetamu mereka. Tesco Extra juga terletak tidak jauh dari hotel ini dan ini memudahkan anda untuk mendapatkan apa-apa keperluan untuk anak-anak. Lihat harga terbaik U Hotel di AGODA, BOOKING.COM atau EXPEDIA.