Hotel bajet best di Pulau Pinang, selesa untuk anak-anak!

Hotel bajet menarik di Penang
MIL The Boutique Residence, Penang

Mac 2018, sekali lagi kami berpeluang membawa anak-anak ke Pulau Mutiara yang sememangnya sentiasa menjadi tarikan setiap kali tiba musim cuti persekolahan. Sungguhpun kunjungan kali ini agak singkat, kami tetap cuba untuk memilih penginapan yang sesuai untuk anak-anak berehat. Dengan cuaca yang agak panas semasa kunjungan kali ini, kami tahu anak-anak pasti kepenatan setelah bersiar-siar di bandaraya warisan UNESCO ini.

MIL The Boutique Residence yang terletak di Georgetown menjadi pilihan kami. Hotel kecil dua tingkat yang diberi wajah baru ini terletak di deretan kedai lama di Jalan Masjid Kapitan Keling. Alhamdulillah, nasib kami sangat baik kerana sebaik sampai, kami dapat meletak kenderaan di tapak letak kereta betul-betul berhadapan hotel. Setahu kami, kawasan tersebut kebiasaannya sibuk dan tetamu yang berkenderaan mungkin perlu bersabar dalam misi mencari tempat letak kereta. Oh, seperkara lagi, jangan lupa memperagakan kupon letak kereta untuk mengelakkan di saman ketika percutian.



Hotel bajet menarik di Pulau Pinang
Kolam kanak-kanak ringkas di MIL The Boutique Residence, Penang

Dari luar, masih jelas struktur lama masih dikekalkan. Namun, sebaik melangkah ke dalam, terkejut anak-anak kami melihat kolam renang kecil disediakan berdekatan lobi. Sudah nama pun kanak-kanak, kalau boleh terus ingin melompat bermain air. Sejujurnya, walaupun air kolam kelihatan sangat bersih, saya merasakan bau klorin yang digunakan untuk merawat kolam agak kuat menyebabkan saya merasa kurang selesa untuk membiarkan anak-anak bermain. Lagipun, disebabkan percutian ke sini kali ini agak singkat, kami lebih suka membawa anak-anak meluangkan masa meneroka tempat-tempat menarik. Kalau diikutkan anak-anak mahu bermain air, rasanya seharian pun mereka tak jemu berendam di dalam kolam.


Hotel bajet menarik di Pulau Pinang
Bilik yang luas dan selesa

Bilik penginapan family duplex yang ditempah sememangnya besar. Dengan harga RM236 semalam  (termasuk cukai) semasa cuti persekolahan menerusi Agoda, kami merasakan penginapan ini sangat berbaloi. Bilik yang disediakan sememangnya luas dan selesa dengan dua level tempat tidur yang dipisahkan oleh tangga.  Ia sememangnya above expectation kami. Level bawah mempunyai sebuah katil bersaiz queen, meja, peti sejuk kecil, tempat menggantung pakaian dan bilik air TANPA shower. Level atas pula mempunyai sebuah katil bersaiz queen, tempat menggantung pakaian, safety box dan bilik air lengkap dengan shower. Kedua-dua level mempunyai set television dan penghawa dingin berasingan. Untuk harga yang ditawarkan, kami agak terkejut apabila mendapati pihak hotel turut menyediakan shower gel, shampoo, berus dan ubat gigi serta sikat. Air botol juga disediakan, namun, tiada uncang teh atau kopi di dalam bilik.

Hotel bajet menarik di Pulau Pinang
Bilik family duplex mempunyai dua level tempat tidur
Jika anda mahu, pihak hotel turut menawarkan sarapan pada harga tambahan. Namun, kami lebih suka membawa anak-anak mencari makanan di sekitar penginapan ini. Seperkara lagi mengenai hotel ini ialah TIADA kemudahan lift disediakan. Oleh itu, jika ingin menginap di sini, adalah lebih baik anda menggunakan luggage yang mudah untuk anda bawa menaiki tangga.

Sejujurnya, kami merasakan bilik family duplex ini adalah almost as good as dua unit bilik. Selain daripada harga yang kami rasakan sangat berpatutan, antara sebab utama kami memilih hotel ini adalah layout dua level yang memberikan privasi pada anak-anak yang kian membesar, dan dalam masa yang sama membenarkan kami sekeluarga berkumpul bersama-sama semasa percutian. Selain itu, kebanyakan family room di hotel lain hanya mempunyai satu bilik air, tetapi di sini, dua bilik air disediakan untuk bilik jenis family duplex. Walaupun bilik air di level bawah tidak mempunyai shower, kami merasakan ia masih menjadi plus point apabila bercuti bersama anak-anak lebih-lebih lagi anak yang kecil baru sahaja di potty train.


Hotel bajet menarik di Pulau Pinang
Kawasan tangga di level atas dipagari grill untuk keselamatan

Bukan sahaja bilik penginapan yang disediakan selesa dan bersih, malah lokasi hotel MIL The Boutique Residence kami rasakan sangat strategik untuk dijadikan pangkalan percutian. Kami tidak perlu memandu ke kebanyakan tempat menarik di sekitar Georgetown. Bagi kami, berjalan kaki bersama-sama sudah memadai, malahan lebih menarik.

Souvenir hunting di Armenian Street tidak menjadi masalah memandangkan jarak yang hanya beberapa langkah daripada hotel ini. Alang-alang berada sangat dekat dengan kawasan tumpuan pelancong ini, kami mengambil kesempatan membawa anak-anak melihat street art terkenal Kids on Bicycle yang terletak di lorong ini. Selain memudahkan mencari barangan souvenir dan melihat street art terkenal di Armenian Street, kawasan ini turut menjadi tumpuan pengusaha beca menawarkan perkhidmatan mereka kepada para pelancong.


Hotel bajet menarik di Pulau Pinang
Lokasi Mil The Boutique Residence yang strategik

Jika anda menggemari nasi kandar Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang menikmati Nasi Kandar Beratur yang terletak hanya few steps away dari hotel MIL The Boutique Residence. Tidak seperti kebanyakan restoran lain, restoran yang terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling ini hanya dibuka pada waktu malam iaitu sekitar jam 10. Ketika menginap di sini, kami tidak perlu beratur panjang untuk menikmati nasi kandar ini memandangkan mudah untuk kami melihat samada queue di restoran tersebut sudah surut atau tidak.

Di bahagian bawah deretan kedai ini juga terdapat sebuah kedai serbaneka 24 jam. Bagi kami, kemudahan begini sangat memudahkan. Setidak-tidaknya dapatlah kami membawa anak-anak menikmati aiskrim sambil meluangkan masa bersama-sama semasa percutian.

Walaupun terletak di bangunan lama betul-betul berhadapan jalan, kami langsung tidak terasa terganggu oleh bunyi kenderaan yang lalu lalang. Malahan, tidak seperti sesetengah review tentang hotel di bangunan lama, sejujurnya kami agak kagum dengan soundproofing hotel ini. Alhamdulillah kami mendapat tidur yang nyenyak tanpa gangguan bunyi (atau mungkin terlalu letih? Kami tak pasti). Sepanjang di sini juga, staf yang bertugas peramah dan sedia membantu apabila diajukan apa-apa soalan.

MIL The Boutique Residence terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda dan Expedia. Jika berminat untuk mneginap di sini, pastikan anda menyemak harga hotel bajet menarik ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian bersama anak-anak nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan