Memaparkan catatan dengan label Homestay Menarik Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homestay Menarik Melaka. Papar semua catatan

Wayfarer Guest House - homestay strategik di bandaraya Melaka

Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Wayfarer Guest House, Melaka

Bukanlah sebuah hotel, jauh sekali penginapan bertaraf lima bintang. Namun, Wayfarer Guest House tetap menjadi pilihan kami bermalam di bandaraya Melaka.

Terletak di Lorong Hang Jebat, Wayfarer Guest House tidak banyak bezanya dengan kebanyakan penginapan dan kedai lain di deretan yang sama. Dari luar, bahagian hadapan rumah penginapan yang terletak berhadapan dengan jalan yang sibuk dan kaki lima yang sempit ini kelihatan kecil. Namun, ruang di sebelah dalam terasa luas dan mengunjur panjang ke belakang.


Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Wayfarer Guest House terletak di Lorong Hang Jebat yang sibuk

Kerja-kerja pemuliharaan yang mengambil masa 3 tahun telah dilakukan di bangunan yang mempunyai lipatan sejarah hingga ke zaman pemerintahan Belanda ini. Kerja-kerja ini dilakukan tanpa mengetepikan ciri-ciri asal bangunan. Malah, jika anda ke sini, anda masih dapat melihat beberapa bahagian di dinding yang sengaja tidak disimen dan menampakkan struktur asal batu-bata. Hasil usaha-usaha ini, kini Wayfarer Guest House bersedia mengalu-alukan kedatangan tetamu yang ingin mencari tempat bermalam di sini.


Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Struktur asal yang sengaja di'peraga'kan


Check-in...

Sebaik masuk ke rumah penginapan ini, kami disambut oleh seorang makcik berbangsa Cina dan anaknya yang ramah. Sebagai sebuah family run guest house, kemesraan mereka sememangnya membuatkan kami terasa seolah-olah bertemu dengan long-lost keluarga di sana. Mereka berbual mesra dan bersedia membantu memberikan tips tempat makan berdekatan dan tempat menarik yang boleh kami kunjungi.

Sejurus selepas urusan check-in, kami diberikan kunci ke bilik yang telah ditempah. Kesemua bilik terletak di tingkat atas. Guest house tiga tingkat ini TIDAK mempunyai kemudahan lift. Oleh itu, jika ingin menetap di sini, adalah lebih baik jika anda membawa beg yang mudah diangkat menaiki tangga. Kami memang sudah sedia maklum mengenainya dan bersiap sedia masing-masing dengan beg galas. Ini memudahkan anak-anak mengangkat beg sendiri ke tingkat atas.


Bilik...

Di tingkat atas, anda perlu mencabut kasut dan meletakkannya di rak yang disediakan. No shoes  allowed walaupun di koridor. Kami juga boleh melihat linen bersih yang disusun kemas di dalam almari yang diletakkan di ruang koridor. Secara peribadi, saya merasakan susun atur begini menimbulkan rasa balik kampung semasa percutian ini. 

Bilik yang disediakan adalah ringkas tetapi bersih. Setiap bilik di sini berpenghawa dingin dan mempunyai attached bathroom lengkap dengan water heater. Tiada bilik yang dilengkapi television atau minibar. Jika anda perlu menyimpan makanan, anda boleh meletakkannya di peti sejuk di tingkat bawah.


Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Bilik yang ringkas tetapi bersih


Satu-satunya bilik famili di sini sudah mempunyai tetamu ketika kami membuat tempahan. Oleh itu, kami memilih dua bilik berasingan. Bilik-bilik kami kedua-duanya menghadap ruangan airwell. Ini memberikan kami pemandangan yang sangat menarik. Namun, mungkin kerana rumah penginapan ini adalah sebuah bangunan heritage, boleh dikatakan tiada soundproofing di bilik-bilik di sini. Bilik kami terletak betul-betul di atas bilik anak-anak dan kami boleh mendengar setiap apa yang mereka katakan (begitu juga dengan mereka boleh mendengar percakapan kami). Teringat pula rumah arwah atuk di mana kami perlu hanya berbisik-bisik bila tiba waktu malam. Untuk anak-anak kami yang tidak biasa dengan keadaan begini, bukan sahaja mereka agak kekok, tetapi kami sendiri berasa risau kalau-kalau suara mereka mengganggu tetamu lain. Namun, memandangkan kami pulang ke sini hanya untuk tidur, perkara ini tidak mendatangkan masalah sepanjang penginapan kami.


Parking...

Bagaimana pula dengan kawasan parking? Walaupun rumah penginapan ini tidak menyediakan kawasan parking, anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan private parking kurang lima minit berjalan kaki ke sini. Jika bernasib baik, anda boleh meletak kenderaan di tapak meletak kenderaan awam di sepanjang Lorong Hang Jebat. Namun, jika anda menggunakan public parking ini, pastikan anda memperagakan kupon meletak kenderaan untuk mengelakkan daripada disaman. Kami mendapati pihak penguatkuasa sangat aktif memantau kenderaan yang diletakkan di sini.

Ciri-ciri keselamatan juga tidak diabaikan di Wayfarer Guest House. Tetamu diberikan kad akses yang digunakan untuk membuka pintu utama. Oleh itu, orang luar tidak boleh keluar masuk ke rumah penginapan ini sewenang-wenangnya.


Lokasi...

Apa yang kami suka tentang rumah penginapan ini? Yang paling utama ialah harga yang sangat berpatutan di lokasi yang strategik. Di bandaraya yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas terutamanya pada musim cuti sekolah ini, bagi kami lokasi begini sangat penting. Wayfarer Guest House menjadi pangkalan percutian yang memudahkan kami ke tempat-tempat menarik di bandaraya ini. Kami hanya berjalan kaki setiap kali ingin ke mana-mana. Dengan ini, kami tidak banyak membuang masa di dalam kesesakan atau berpusing-pusing mencari kawasan parking. Di samping itu, dengan berjalan begini, kami dapat merasa pelbagai streetfood yang dijual di lorong-lorong dan kaki lima. Jika anak-anak sudah terlalu penat berjalan di penghujung hari, kami menggunakan perkhidmatan Grab untuk pulang ke tempat penginapan. Kenderaan yang dibawa kami tinggalkan sahaja di private parking berdekatan. Jangan risau tentang kos parking. Harga parking sangat berpatutan. Hanya RM2 sekali masuk atau sepanjang hari.


Jalan-jalan di Melaka
Fresh watermelon juice terus dari buah

Jalan-jalan di Melaka dengan anak-anak
Aiskrim... yum! yum!

Selain itu, kami juga memilih penginapan ini untuk memberi pengalaman anak-anak merasai menginap di bangunan heritage seperti ini. Bila lagi ingin merasa bermalam di bangunan berusia beratus tahun begini? Di zaman serba moden ini, tidak banyak tempat yang menawarkan pengalaman menarik seperti ini.


Kemudahan...

Bahagian bawah Wayfarer Guest House dikhaskan untuk tetamu bersantai. Anak-anak kami suka meluangkan masa di sini menghirup minuman dan snek yang dibekalkan percuma sepanjang hari. Pilih sahaja mana yang anda mahu di mesin yang disediakan - teh, kopi ataupun milo. Tekan sahaja dan minuman panas terus tersedia. Berebut-rebut mereka ingin 'membancuh' minuman. Bekas biskut sebagai snek juga sentiasa diisi untuk para pengunjung nikmati. Setelah penat pulang daripada bersiar-siar, anak-anak pasti mengajak untuk berehat sebentar di bahagian ini melepaskan lelah.



Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Minuman percuma sepanjang hari

Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Piano yang menjadi perhatian anak-anak kami
Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Kawasan tetamu bersantai

Bahagian belakang rumah penginapan ini pula menghadap ke Sungai Melaka yang popular sebagai laluan river cruise. Walaupun masih perlu ke jeti jika ingin menaiki river cruise, lokasi begini memudahkan kami membawa anak-anak bersiar-siar di tebing Sungai Melaka. Sudah tentu kami tidak melepaskan peluang meluangkan masa bersama-sama untuk bersiar-siar sambil berbual-bual di kawasan laluan kaki sepanjang tebing sungai yang telah dibangun dan dicantikkan ini.


Cuti best dengan anak-anak di Melaka
Mengambil kesempatan bersiar-siar di tebing Sungai Melaka

Bagi saya, Wayfarer Guest House adalah sebuah penginapan yang strategik pada harga berpatutan. Penginapan ini sesuai terutamanya jika anda hanya mencari pangkalan berehat untuk meneroka bandaraya bersejarah ini. Walaupun tidak mewah, kami berasa homey apabila pulang kepenatan setelah bersiar-siar. Lagipun, memandangkan kami menghabiskan kebanyakan masa di luar, kami hanya memerlukan tempat istirahat yang selesa dan bersih. Sepanjang dua malam di sini, bilik kami dikemaskan staf bertugas setiap hari. Walaubagaimanapun, jika anda merancang untuk menghabiskan banyak masa di tempat penginapan, tempat ini mungkin kurang sesuai memandangkan kemudahannya yang terhad.

Maklumat lanjut mengenai Wayfarer Guest House boleh didapati di laman rasmi mereka di sini atau hubungi talian 06-2819469. Selain itu, penginapan ini juga terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com, Expedia dan airbnb. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang. 








Catatan penginapan menarik di Melaka : Fuga Village Beach Getaway

Cuti seminggu persekolahan sempena hari raya yang lepas, kami gunakan untuk membawa anak-anak bercuti melihat tempat baharu. Kali ini, destinasi kami adalah ke Melaka - bukan ke bandaraya yang sememangnya terkenal dengan sejarah, tetapi ke kawasan Pangkalan Balak untuk membawa mereka menikmati pantai dan air laut yang mendamaikan.

Untuk anak-anak kami yang mana 'kampung' mereka terletak di bandar, semestinya pengalaman begini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan. Sementara itu, untuk kami pula, lokasi percutian kali ini tidak begitu jauh - hanya kira-kira 2 setengah jam perjalanan dan ini bermakna, kami tidak banyak meluangkan masa dalam perjalanan yang meletihkan.


Hotel tepi pantai menarik di Melaka
Pemandangan pantai dari anjung khas Fuga Village

Rupa-rupanya terdapat banyak chalet di sepanjang kawasan pantai di sana yang menawarkan penginapan untuk pengunjung. Mungkin kerana ketika itu cuti persekolahan, ditambah pula musim perayaan, boleh dikatakan kebanyakan chalet kelihatan agak sesak dengan tetamu. Berpandukan Waze, kami tiba di hadapan pintu masuk benar-benar bersebelahan Turtle Sanctuary Centre. Pintu tersebut berkunci, dan keseluruhan kawasan dikelilingi pagar buluh yang tinggi yang menghalang kawasan dalam dari pandangan orang ramai. Mujurlah kami menyimpan nombor caretaker di sana yang kemudiannya menunjukkan kami kawasan parking yang disediakan. 


Private getaway...

Melangkah sahaja ke kawasan Fuga Village... Wah! Tak sangka. Memang ketika melakukan tempahan, penginapan ini diiklankan sebagai sebuah private beach getaway. Namun, kami langsung tidak menjangka privacy yang ditawarkan. Dari kawasan sekitar yang dipenuhi pengunjung ketika itu, kami merasakan seolah-olah kami melangkah ke sebuah perkampungan kecil tersendiri... sememangnya totally terasing dan terhindar dari hiruk pikuk di luar. Mendamaikan. Tak risau untuk membiarkan anak-anak berlari dan bermain-main di halaman 'perkampungan kecil ini'. Bayangkan, dalam persekitaran yang cukup privacy begini, anda bangun di pagi hari mendengar kokokan ayam dari kampung di sekitar, melangkah keluar pagar menikmati deruan ombak atau bersantai di anjung khas menikmati pemandangan pantai sambil ditiup angin sepoi-sepoi yang menyegarkan. Bagi kami, dengan harga yang ditawarkan, sememangnya penginapan di sini sangat berbaloi untuk percutian keluarga yang menarik. 



Hotel menarik dekat pantai di Melaka
Kawasan Fuga Village yang mendamaikan

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Perigi di belakang villa. Air perigi ini bagaimanapun tidak boleh digunakan.

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Di sekitar kawasan Fuga Village


Villa

Mr. Peter, penjaga di sana membawa kami ke villa yang ditempah. Kami diberi 3 kunci - satu untuk villa, satu untuk pintu ke kawasan parking dan satu lagi untuk pintu ke kawasan pantai. Kami diminta mengunci pintu-pintu tersebut setiap kali keluar masuk kawasan ini. Fuga Village menawarkan 6 penginapan jenis chalet dan sebuah villa. Chalet yang ditawarkan adalah ringkas dan sangat basic, dengan setiap satunya dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, minibar dan kawasan toilet dan outdoor shower. Tiada televisyen di penginapan jenis chalet.

Di hujung kawasan pula adalah penginapan jenis villa satu setengah tingkat. Tingkat bawah villa dilengkapi sebuah katil bersaiz queen, kawasan tempat duduk, televisyen, kawasan pantri dengan peti sejuk satu pintu, bilik air, bathtub dan outdoor shower, selain kawasan luar tempat bersantai. Tingkat atas pula adalah sebuah kawasan kecil yang hanya menempatkan dua katil single yang dirapatkan. Bagi kami, walaupun villa ini tidak besar, ia menarik dan cukup buat penginapan kami sekeluarga, Anak-anak kami sangat excited dengan konsep outdoor shower di sini. Macam mandi dalam taman, kata mereka. 

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Penginapan jenis villa di Fuga Village

Villa ini juga mempunyai pintu belakang yang bersambung terus ke kawasan bilik air. Dengan design begini, anak-anak boleh terus ke bilik air untuk membersihkan diri tanpa melalui kawasan bilik apabila pulang dari pantai. Sekurang-kurangnya bilik tidur tidak basah dan berpasir. Walaubagaimanapun, kami tidak melihat pintu seperti ini untuk penginapan jenis chalet.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Katil bersaiz queen di tingkat bawah

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Kawasan pantri 

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Pintu ke tandas bersebelahan pantri

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Bathtub menarik

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Kawasan open shower turut dihiasi tanaman


Aktiviti

BBQ

Sebelum ke sini, kami telah mengatur untuk sesi bbq di sini. Bayaran tambahan sebanyak RM60 dikenakan. Bukan sahaja Mr. Peter membersihkan tempat bbq tersebut, malah bayaran ini juga termasuk penyediakan arang, starter, dan alatan memasak. Jadi, anda hanya perlu membawa bahan mentah ke sini. Mr. Peter sangat membantu sepanjang kami di sana. Beliau bukan sahaja membantu kami mennyalakan bbq, malah turut membantu mendapatkan air minuman di kedai berdekatan.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Sesi BBQ di hadapan villa

Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Menikmati hidangan BBQ di luar villa


Picnic dan mandi laut

Sejujurnya, saya agak risau ketika merancang untuk mebawa anak-anak ke sini. Risau jika tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan dan mereka kebosanan ketika percutian ini. Alhamdulillah, mereka seronok di sini.

Disebelah pagi, kami membawa mereka berpicnic di tepi pantai. Fuga Village terletak betul-betul berhadapan pantai dan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan kecil. Kami membeli nasi lemak di gerai berhampiran sebagai juadah picnic tersebut (Oh, ya! Sesuatu yang saya suka ialah tidak susah mencari tempat makan di kawasan ini, dan makanan di sekitar juga agak murah). Tak sabar-sabar mereka untuk mandi laut dan membina sand castle. Sesudah makan, mereka terus bermain air. Sejuk pun sejuklah. Dek kerana terlalu gembira mandi laut dan cuaca pula menyebelahi kami, kolam kecil di Fuga Village langsung tidak mendapat perhatian.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Pantai di hadapan Fuga Village


Banana boat

Bukan sahaja dapat mandi laut dan bermain pasir pantai, malah terdapat juga pengusaha banana boat di kawasan berdekatan. Untuk pertama kalinya, anak-anak kami merasa menaiki banana boat, hinggakan adik-adik yang kecil pun tak mahu terlepas peluang. Harga yang dikenakan adalah RM10 seorang. Jika dibandingkan dengan percutian ke Batu Ferringhi, sudah tentu harga banana boat di sini jauh lebih murah.  


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Menaiki banana boat


Lain-lain

Disebabkan ketika itu masih dalam mood perayaan, beberapa rancangan kami di sana tidak kesampaian. Turtle Sanctuary yang terletak bersebelahan tutup selama seminggu sempena hari raya, dan kami juga tidak sempat merasa ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru yang mendapat recommendation rakan yang merupakan anak jati kawasan Masjid Tanah dan terletak hanya lebih kurang 6-7 km dari tempat penginapan kami. Jika anda ke sini bukan di musim perayaan, mungkin anda boleh merancang lawatan ke tempat-tempat ini.


A bit of downside

Walaupun secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati dengan percutian di Fuga Village dan penginapan di sini adalah highly recommended jika anda mencari penginapan yang menarik, selesa dan mendamaikan, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian jika anda memilih untuk ke sini (secara spesifiknya, saya hanya akan menyentuh tentang penginapan di villa memandangkan kami menginap di sana).

Jika anda bercuti bersama anak kecil, anda perlu berhati-hati dengan tingkat atas villa ini. Ia tidak mempunyai railing, yang bagi saya, agak merbahaya untuk anak-anak yang masih kecil. Disebabkan itu, kami hanya membenarkan anak-anak untuk naik ketika hendak tidur sahaja, itupun anak-anak yang sudah diusia persekolahan. Maklumlah, kanak-kanak walaupun diusia begitu, apabila sedang bergembira kadang-kadang lupa bahaya yang ada, Bagi adik-adik yang masih kecil, kami tidak langsung membenarkan mereka berada di atas tanpa pengawasan kami.


Hotel menarik tepi pantai di Melaka
Anak panah  menunjukkan bahagian terbuka tanpa railing di tingkat atas

Seperkara lagi, kami dapati penghawa dingin di villa ini agak underpower (atau mungkin cuaca di luar ketika itu terlalu panas?). Villa tersebut hanya dilengkapi sebuah penghawa dingin, dan bahagian atas hanya mempunyai kipas dinding. Ketika tengahari, kami masih terasa bahangnya walaupun penghawa dingin sudah dipasang paling kuat. Mujurlah kami tidak meluangkan banyak masa di dalam villa, oleh itu, ia tidak begitu menjadi masalah untuk kami. Penghawa dingin tersebut bagaimanapun cukup untuk keseluruhan villa di sebelah malam dan kami mendapat tidur yang lena semasa percutian di sana. 

Fuga Village Beach Getaway terbuka untuk tempahan secara online melalui Agoda, booking.com dan airbnb. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini jika ingin ke sini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian nanti!


  

Homestay dan guesthouse best di Melaka

Penginapan di hotel mungkin sudah terlalu biasa. Apa kata sekali-sekala beralih angin kepada penginapan gaya homestay yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk mereka yang bercuti dalam jumlah ahli keluarga yang agak ramai.

Penginapan homestay dan guesthouse kini semakin berkembang maju setanding dengan penginapan di hotel. Di Melaka (dan juga di tempat-tempat lain) yang menjadi tumpuan para pelancong, pengusaha-pengusaha homestay semakin kreatif dalam menimbulkan mood percutian untuk tetamu yang berkunjung. Jika anda ingin merasai pengalaman menginap di homestay dan guesthouse untuk percutian keluarga yang akan datang, di sini disenaraikan beberapa homestay dan guesthouse menarik yang boleh menjadi pilihan penginapan anda sekeluarga di bandaraya bersejarah Melaka.


(sumber foto: airbnb, Agoda, booking.com dan Expedia)    


1. Wayfarer Guesthouse

Merupakan hasil perniagaan keluarga, Wayfarer Guesthouse adalah sebuah guesthouse menarik jika anda lebih sukakan penginapan berdekatan tebing Sungai Melaka. Selain memberi kelebihan menikmati pemandangan Sungai Melaka semasa percutian, lokasi guesthouse ini juga memudahkan anda ke tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya Melaka hanya dengan berjalan kaki!

Terdapat lima pilihan bilik ditawarkan di Wayfarer Guesthouse ini, kesemuanya dengan sentuhan heritage dan attached bathroom. Untuk mereka yang memerlukan bilik yang lebih besar, anda boleh memilih samada pilihan bilik duplex ataupun family suite. (Klik di sini untuk catatan penginapan kami di sini)  

Maklumat lanjut mengenai Wayfarer Guest House boleh didapati di laman rasmi mereka di sini atau hubungi talian 06-2819469. Selain itu, penginapan ini juga terbuka untuk tempahan secara online di Agoda, booking.com, Expedia dan airbnb. Pastikan anda menyemak harga di laman-laman ini untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik semasa percutian yang dirancang. 



Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Wayfarer Guesthouse, Melaka


2. Vista Rio

Sebuah lagi homestay berdekatan Sungai Melaka yang boleh menjadi pilihan penginapan anda sekeluarga, terutamanya jika anda ke sini dalam jumlah ahli keluarga yang lebih ramai. Homestay menarik yang boleh memuatkan sehingga 7 orang tetamu ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Gabungan dekorasi moden dan tradisional memberikan keunikan kepada penginapan  dua tingkat untuk anda sekeluarga di Melaka ini. Selain itu, lokasi Vista Rio juga memudahkan anda berjalan kaki dan bersiar-siar bersama keluarga ke tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar bandaraya bersejarah ini.

Vista Rio Melaka boleh ditempah melalui Agoda dan booking.com dan airbnb.



Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Vista Rio, Melaka


3. Casugria Boutique Residence

Dahulunya merupakan villa kolonial Belanda yang dibina pada tahun 1810,  kini Casugria Boutique Residence menawarkan penginapan unik untuk percutian anda sekeluarga ke Melaka. Terletak hanya kira-kira 10 minit berkenderaan ke tempat-tempat yang sering menjadi kunjungan para pelancong, homestay menarik ini turut dilengkapi kolam renang yang sudah tentu menjadi tarikan tetamu tanpa mengira peringkat umur. Tak kira jika anda berkunjung hanya bersama pasangan atau bercuti bersama ahli keluarga yang ramai, Casugria Boutique Residence sedia menawarkan penginapan yang sesuai dengan keperluan anda.

Homestay menarik di villa kolonial warisan Belanda ini terbuka untuk tempahan melalui Agoda, booking.com, Expedia dan airbnb. 


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Casugria Boutique Residence, Melaka



4. Tranquerah 125 Residence

Ingin merasai pengalaman menginap di rumah Baba dan Nyonya? Homestay Tranquerah125 membuka peluang untuk anda sekeluarga merasai penginapan menarik berkonsepkan Baba dan Nyonya yang sememangnya sinonim dengan negeri bersejarah ini. Terpulng kepada keperluan anda, ilik-bilik di homestay yang diilhamkan daripada bangunan rumah kedai lama ini boleh disewa secara berasingan ataupun keseluruhan. Terdapat 3 buah bilik tidur ditawarkan dengan setiap satu mempunyai attached bathroom. Jadi, jangan bertangguh lagi. Homestay menarik ini sudah tentu boleh dimasukkan di dalam wishlist penginapan percutian keluarga yang akan datang!

Maklumat lanjut mengenai homestay ini boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Alternatively, tempahan secara online juga boleh dilakukan melalui portal Agoda. 


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Tranquerah 125 Residence, Melaka



5. Lorong One Melaka

Terletak di Ujong Pasir, Melaka, Lorong One menawarkan penginapan moden berkonsep industrial `untuk percutian anda sekeluarga. Homestay menarik ini sebenarnya terdiri daripada dua unit rumah (seperti rumah berkembar) yang dihubungkan dengan connecting door. Hmmm... connecting door? Bagaimana dengan privacy? Jangan risau. Connecting door ini akan sentiasa ditutup KECUALI anda menyewa kedua-dua unit. Jadi, tak kisah jika anda merancang percutian dalam bilangan ahli keluarga yang ramai atau sedikit, homestay menarik ini boleh menawarkan penginapan yang selesa untuk percutian anda! Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan boleh memuatkan sehingga 6 orang tetamu. Jika anda tidak merancang untuk berjalan kaki ke tempat-tempat menarik, Lorong One boleh menjadi pilihan penginapan yang ideal untuk percutian anda kerana ianya terletak hanya kira-kira 10 ke 15 minit berkenderaan ke kebanyakan tempat tumpuan pelancong di bandaraya bersejarah ini!

Berminat untuk menginap di sini? Lorong One terbuka untuk tempahan melalui Expedia dan airbnb. 


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka


Homestay airbnb menarik di Melaka
Lorong One, Melaka



6. The Nature Bali Lodge

Penginapan berkonsep percutian bali di Melaka? Sudah tentu. Dengan dekorasi interior yang menarik dan tersendiri, unit apartment yang dijadikan homestay ini bukan sahaja menawarkan tempat istirahat yang selesa, malah lokasi strategik sebagai pangkalan anda sekeluarga meneroka bandaraya yang terkenal dengan sejarah tanahair ini. Homestay menarik ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu. Memandangkan homestay ini sebenarnya adalah unit apartment, ia mempunyai kelebihan dari segi kemudahan seperti kolam renang kanak-kanak, gym, kawasan parking dan lif.

The Nature Bali Lodge boleh ditempah secara online melalui airbnb, booking.com dan Expedia.


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
The Nature Bali Lodge, Melaka



7. Rimba Hang Kasturi

Mengambil nama bersempena pahlawan Melaka lima bersaudara, Rimba Hang Kasturi ialah homestay menarik hasil kerja-kerja pemuliharaan bangunan rumah kedai lama yang sesuai untuk dijadikan penginapan jika anda merancang percutian beramai-ramai bersama keluarga! Homestay yang boleh memuatkan sehingga 14 orang tetamu dengan selesa ini mengetengahkan dekorasi interior yang unik, dengan bahagian dinding lama dikekalkan dan penggunaan kayu yang tidak dicat atau divarnish untuk menimbulkan rasa penginapan di bangunan zaman silam. Bukan sahaja sesuai dijadikan pangkalan istirahat dan bersantai bersama keluarga, homestay menarik ini turut menawarkan private dipping pool yang sudah tentu menjadi hit di kalangan kanak-kanak (dan orang dewasa juga!). Selain itu, lokasi homestay menarik ini juga hanyalah walking distance ke tempat-tempat menarik di bandaraya yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong ini.

Homestay Rimba Hang Kasturi boleh ditempah untuk penginapan percutian anda di airbnb, Agoda dan booking.com.


Homestay airbnb menarik di Melaka


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Rimba Hang Kasturi, Melaka



8. Vintage Eleven Villa

Ingin merasai percutian di penginapan mewah untuk seluruh keluarga? Vintage Eleven Villa menawarkan penginapan homestay dalam suasana mewah lengkap dengan kolam renang peribadi dan jacuzzi untuk percutian keluarga yang bergaya! Homestay menarik di bangunan heritage ini boleh memuatkan sehingga 8 orang tetamu dan terletak tidak jauh dari tarikan pelancong menjadikannya port yang sesuai untuk percutian anda sekeluarga.

Maklumat lanjut mengenai penginapan ini boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Homestay dengan sentuhan mewah ini juga boleh ditempah secara online di Agoda, dan Expedia.  


Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
Vintage Eleven Villa, Melaka


9. 45 Lekiu

Sebuah homestay mewah yang ekslusif untuk penginapan 4 orang tetamu yang terletak tidak jauh dari Jonker Street. Homestay menarik di bangunan heritage yang dibina pada tahun 1941 ini menawarkan penginapan bergaya dengan private pool tidak jauh dari kesibukan bandaraya Melaka yang sentiasa menjadi kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Jika menginap di sini, anda boleh menikmati masa berkualiti we time pada waktu petang bersama keluarga di roof top patio sambil menghirup coffee yang dibuat menggunakan nespresso coffee machine yang disediakan. 45 Lekiu mempunyai sebuah bilik tidur master dan sebuah bilik tidur di bahagian attic. Sila ambil perhatian bahawa tiada bilik air di bahagian attic dan anak-anak yang tidur di situ perlu berkongsi bilik air di bilik master atau menggunakan bilik air yang terletak berdekatan dengan kolam.

Maklumat lanjut mengenai 45 Lekiu boleh didapati di laman rasmi mereka di sini. Jika ingin merasai pengalaman menginap di homestay mewah ini, 45 Lekiu juga boleh ditempah secara online melalui airbnb. 
  

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka

Homestay airbnb menarik di Melaka
45 Lekiu, Melaka