Indoor playground best - Jungle Gym, Atria, Petaling Jaya

Cuti di Kuala Lumpur dengan anak-anak
Jungle Gym, Atria, Petaling Jaya

Indoor playground kini sudah semakin menjadi trend di Malaysia. Tidak seperti suatu ketika dahulu di mana bermain di taman permainan bererti kanak-kanak bermain di bawah sinaran matahari, kanak-kanak kini berpeluang bermain dalam persekitaran berhawa dingin yang lebih selesa.

Sejujurnya, saya sendiri lebih gemar membiarkan anak-anak bermain di taman permainan yang dikelilingi alam persekitaran semulajadi biarpun lebih panas dan mungkin tidak selesa atau setanding kebanyakan indoor playground. Namun, dalam masa yang sama, saya tetap mengakui indoor playground mempunyai kelebihannya tersendiri. Tidak kira hari panas atau hujan lebat, kanak-kanak tetap mempunyai kawasan untuk sentiasa aktif dan bermain dalam persekitaran yang selamat! Lebih-lebih lagi ketika musim hujan di mana aktiviti ourdoor menjadi sangat limited, indoor playground menyediakan alternatif untuk keriangan anak-anak sepanjang hari.

Bagi anak-anak kami pula, sudah semestinya setiap kali melalui kawasan indoor playground di shopping mall, mereka akan tertarik dengan kemudahan yang disediakan, lebih-lebih lagi melihat kanak-kanak lain gembira berlari-larian dengan penuh keriangan. Kadang-kadang terdengar juga mereka bercakap sesama sendiri, "kalaulah dapat bermain di sana", "seronoknya kalau dapat pergi sana","harap satu hari dapat main macam tu" dan sebagainya. Kasihan juga rasanya. Disebabkan itu, akhirnya kami memutuskan untuk membawa mereka ke salah satu indoor playground yang ada. Sesekali, apa salahnya.


Waktu operasi

Pagi-pagi lagi kami sudah menyuruh mereka bersiap untuk keluar 'berjalan-jalan'. Sebaik sampai di pintu Jungle Gym, bersinar-sinar mata mereka... maklumlah, mimpi menjadi kenyataan! Kami sampai seawal tempat ini dibuka. Waktu operasi Jungle Gym di Atria bermula dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 9.30 malam pada hari Selasa hingga Jumaat manakala pada hari Sabtu dan Ahad, waktu operasi dilanjutkan ke pukul 10.30 malam. Keseluruhan taman permainan indoor ini ditutup lebih awal pada hari Isnin iaitu pada pukul 7 malam untuk kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh.


Tiket masuk

Harga masuk ke indoor playground ini adalah RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun dan RM48 untuk kanak-kanak melebihi umur 2 tahun. Ketika hujung minggu, cuti umum atau cuti persekolahan, tambahan RM10 dikenakan untuk setiap kanak-kanak yang ingin bermain di sini. Anda perlu menemani anak-anak bermain di sini. Setiap orang dewasa yang menemani anak dikenakan RM5 dan anda akan mendapat sebotol air mineral kecil.

Indoor playground di Kuala Lumpur
Harga tiket masuk ke indoor playground Jungle Gym, Atria

Walaupun ketika itu pihak Jungle Gym mengadakan promosi pakej di mana anda boleh ke sini lebih kerap pada harga yang lebih rendah, kami tidak mengambilnya memandangkan kami tidak bercadang menjadikan lawatan seperti ini suatu kebiasaan. Walaubagaimanapun, jika anda merasakan yang anda akan kerap membawa anak-anak anda ke tempat-tempat seperti ini, saya merasakan tawaran mereka mungkin berbaloi untuk anda. Jangan risau kerana setahu saya, pihak Jungle Gym kerap juga mengadakan promosi-promosi sedemikian.

Menurut petugas di kaunter tersebut, tiket masuk ke sini adalah per entry. Ini bermakna, jika anda telah keluar dari kawasan permainan, tiket tersebut sudah tidak boleh diguna lagi. Walaubagaimanapun, mereka tetap bertimbang rasa dan membenarkan kami keluar untuk solat di surau yang terletak hanya bersebelahan dengan kawasan permainan ini. Tandas disediakan di dalam premis ini.

Jika anda ingin membawa anak-anak bermain di indoor playground, ada baiknya anda menyemak dahulu tawaran yang ada di fave (dahulunya dikenali sebagai groupon) dan wonderfly. Kini, sudah banyak tarikan seperti ini terutamanya di ibu negara dan anda mungkin boleh mendapatkan tawaran yang lebih menarik di laman-laman tersebut,

Oh, jangan lupa untuk membawa stoking untuk setiap anak anda. Di sini, dan juga di kebanyakan indoor playground, setiap kanak-kanak yang ingin bermain dan orang dewasa yang ingin menemani DIWAJIBKAN memakai stoking.


Apa yang ada?

Sudah tentu permainan, permainan dan permainan! Permainan yang disediakan di sini, bagi saya adalah sesuai untuk kanak-kanak hingga ke usia sekolah rendah. Jika anda membawa anak-anak di usia remaja bersama, adalah lebih sesuai jika anda ke Jungle Gym Bangsar kerana di sana mereka boleh meluangkan masa bermain rollerblade di in-line skating rink yang disediakan.

Untuk anak-anak yang masih kecil, terdapat kawasan khas yang disediakan. Kawasan khas ini dilengkapi 'slide mini', water bed, ball pool kecil dan lain-lain yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak sekitar bawah 2 tahun.

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak
Mini ball pool untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

Bagi anak-anak yang melebihi usia 2 tahun, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti mereka. Dari slide, trampoline, ball pit (anak-anak kami memanggil kolam bola', air gun dan banyak lagi. Bagi anak-anak kami, tarikan utama mereka sudah tentu slide yang pelbagai dan trampoline tempat mereka melompat beramai-ramai. Macam lompat atas katil kata mereka.


Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak
Melompat di trampoline beramai-ramai

Dalam banyak-banyak slide yang disediakan, terdapat sejenis slide yang mempunyai pintu akses yang berkunci. Slide yang hampir menegak ini hanya dibuka pada waktu tertentu kanak-kanak yang ingin bermain dipantau oleh staf yang berada di situ sepanjang ianya dibuka. Tak sabar anak kami menunggu pintu tersebut dibuka dan berkali-kali mereka menaiki slide berkenaan.


Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak
Antara slide di Jungle Gym, Atria

Selain permainan-permainan seperti slide dan trampoline, di sini turut disediakan 'mini field'. Ketika di sana, pihak Jungle Gym mengadakan pertandingan terbuka untuk kanak-kanak yang sedang bermain di situ. Sesiapa yang ingin mengambil bahagian hanya perlu beratur dan menendang bola ke arah gol yang dijaga oleh petugas mereka. Jangan risau untuk menyertai. Setiap peserta pasti menang, tak kira sekecil mana pun mereka. Bukan sekadar menang, malah lebih menggembirakan kanak-kanak adalah apabila setiap mereka pasti mendapat hadiah.

Sepanjang hari berada di sana pasti memenatkan, terutamanya untuk anak yang masih kecil. Jika kepenatan, anda boleh membawa mereka ke movie room untuk berehat sambil berbaring di bean bag empuk yang disediakan. Movie room ini ditutup langsir dan sudah tentu menimbulkan suasana yang cosy untuk anak-anak berehat mahupun lelap seketika.


Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak
'Take five' sebentar di sudut movie time

Jika anak-anak anda seorang yang menggemari aktiviti kraf, pihak Jungle Gym turut menyediakan sudut kraf di mana kanak-kanak boleh membuat barangan kraf seperti frame, sand art dan book mark. Aktiviti ini bagaimanapun memerlukan bayaran tambahan dan anak-anak kami lebih berminat meluangkan masa di playground yang disediakan.

Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan di bawa masuk ke premis ini. Terdapat cafe yang disediakan di dalam premis Jungle Gym untuk anda menjamu selera. Walaubagaimanapun, seperti juga kebanyakan tempat-tempat seumpama ini, bagi saya, makanan yang ditawarkan adalah agak pricey, sementara rasanya hanyalah so-so. Namun begitu, kami tetap mengalas perut di sini untuk mendapat tenaga bagi membolehkan anak-anak menyambung bermain sepanjang hari.


Adakah berbaloi membawa anak-anak ke sini?

Walaupun secara peribadi saya lebih suka membawa mereka ke taman-taman outdoor, bagi saya, elok juga jika sesekali bertukar angin. Walaubagaimanapun, secara peribadi saya merasakan tiket masuk ke sini agak pricey. Namun begitu, jika dilihatkan kemudahan permainan yang banyak, bersih dan tip-top, rasanya ia tetap berbaloi. Bukan itu sahaja, pihak Jungle Gym turut menyediakan ruangan rehat yang selesa untuk kanak-kanak 'take five' sebelum menyambung semula bermain sepuas-puasnya. Untuk anak-anak kami, sudah tentu sepanjang hari menghabiskan masa di tempat begini adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak
Permainan ala mini merry-go-round juga disediakan

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak
'Spinning cup'

Tempat menarik di Kuala Lumpur untuk kanak-kanak
'Swinging coconut' turut menjadi kegemaran anak-anak kami



2 ulasan:

  1. Seronoknya tengok tempat ni..banyak pilihan mainan dan feel excited nak bawa anak-anak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mak dah rasa excited, anak-anak lagilaaa :)

      Padam