Bergembira di Berjaya Times Square Theme Park, Kuala Lumpur |
Cuti 'bonus' sempena kejayaan cemerlang pasukan Malaysia di temasya Sukan SEA 2017 baru-baru ini telah kami gunakan untuk membawa anak-anak 'bercuti'. Disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing dan perancangan saat akhir yang menyebabkan kebanyakan tempat penginapan telah habis ditempah, kami memutuskan untuk membawa mereka berjalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur sahaja, dan pilihan kami kali ini ialah taman tema Berjaya Times Square.
Berjaya Times Square Theme Park ini memang telah lama beroperasi, namun, ini adalah pertama kali kami berkesempatan membawa mereka. Jika dahulu, kami merasakan anak-anak masih terlalu kecil dan rugi untuk membawa mereka ke sini memandangkan tidak banyak rides yang boleh mereka cuba, rasanya kini sekurang-kurangnya mereka telah cukup besar untuk mencuba pelbagai tarikan yang ada.
Tiket
Harga tiket masuk ke Berjaya Times Square Theme Park ini bagi kami agak reasonable. Potongan istimewa ditawarkan untuk warganegara Malaysia. Jika ke sini, pastikan anda membawa bersama MyKad untuk mendapat harga istimewa ini. Selain itu, ketika itu terdapat juga pakej famili untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang menjadikan trip ke sini berbaloi dan menjimatkan.
(Nota: Hanya setelah ke sini kami mendapati laman Wonderfly turut memberikan harga promosi untuk ke sini yang lebih menjimatkan. Oleh itu, ada baiknya jika anda menyemak dahulu tawaran di Wonderfly jika merancang untuk ke sini)
Seperkara lagi, tiket yang berbentuk wristband ini valid untuk keluar masuk taman tema ini sebanyak dua kali. Oleh itu, bolehlah anda keluar untuk solat (tiada surau di dalam theme park ini) dan membawa anak-anak makan, kemudian masuk semula untuk sambung bermain. Pastikan anda sentiasa memakai wristband ini dan tidak mengoyaknya jika merancang untuk kembali ke dalam.
Disebabkan ini adalah pertama kali ke sini, anak-anak kami sangat excited melihat pelbagai permainan yang ada. Sejujurnya, walaupun dikatakan sebagai the largest indoor theme park di Malaysia, bagi saya, tarikannya tidaklah begitu banyak. Namun, untuk anak-anak kami, ianya sudah mencukupi. Lagipun, rasanya mereka bukanlah begitu adventurous untuk mencuba rides yang lebih mencabar daripada yang disediakan di sini.
Salah satu rides di Berjaya Times Square Theme Park |
Keseluruhan taman tema ini secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian - Fantasy Garden dan Galaxy Station. Tarikan di Fantasy Garden lebih kepada family rides dan kanak-kanak yang lebih kecil, manakala Galaxy Station lebih tertumpu untuk golongan kanak-kanak yang lebih besar dan remaja.
Fantasy Garden
Terdapat tujuh rides kesemuanya di Fantasy Garden. Untuk anak kami yang berumur dua tahun, hanya 4 rides yang dikategorikan sebagai family rides yang boleh dinaikinya iaitu Botanic Drive, Buddy Go-Round, Crazy Bus dan Fantasy Trail. 3 lagi rides iaitu Flying Bumble Bee, Honey Bump dan Molly Cool's Swing memerlukan ketinggian antara 90cm hingga 140cm.
Tarikan-tarikan ini secara umumnya sesuai untuk kanak-kanak di peringkat pra-persekolahan hingga tahap 1 sekolah rendah. Selain tarikan-tarikan ini, pihak taman tema turut menyediakan Kid's Theatre jika anak-anak anda perlukan tempat rehat sementara. Di Kid's Theatre ini, anak-anak boleh berehat sambil menonton rancangan kartun yang dijadualkan. Walaubagaimanapun, anak-anak kami tidak ke theatre tersebut kerana sibuk bermain tarikan-tarikan yang disediakan berulang-kali. Kids playground yang ringkas juga disediakan. Bagi kami, playground ini sangat membantu kami mengalih perhatian anak kecil yang meragam tidak dapat ikut serta kakak-kakak yang sibuk mencuba pelbagai rides yang ada.
Antara rides yang terdapat di Fantasy Garden |
Tarikan-tarikan ini secara umumnya sesuai untuk kanak-kanak di peringkat pra-persekolahan hingga tahap 1 sekolah rendah. Selain tarikan-tarikan ini, pihak taman tema turut menyediakan Kid's Theatre jika anak-anak anda perlukan tempat rehat sementara. Di Kid's Theatre ini, anak-anak boleh berehat sambil menonton rancangan kartun yang dijadualkan. Walaubagaimanapun, anak-anak kami tidak ke theatre tersebut kerana sibuk bermain tarikan-tarikan yang disediakan berulang-kali. Kids playground yang ringkas juga disediakan. Bagi kami, playground ini sangat membantu kami mengalih perhatian anak kecil yang meragam tidak dapat ikut serta kakak-kakak yang sibuk mencuba pelbagai rides yang ada.
Galaxy Station
Di Galaxy Station pula, terdapat 6 rides untuk dicuba kesemuanya. Tarikan seperti Izzy Dizzy dan Oort's Express mensyaratkan ketinggian antara 127cm ke 195cm manakala Robo Crash, Spinning Orbit dan Supersonic Odyssey memerlukan kanak-kanak yang lebih tinggi iaitu antara 140cm hingga 195cm. Malangnya, ketika kami ke sana, salah satu tarikan iaitu DNA Mixer sedang dibaikpulih.
Satu-satunya gambar rides di Galaxy Station yang sempat diambil - Oort's Express |
Supersonic Odyssey adalah roller coaster ala-ala corkscrew yang menjadi antara tarikan utama di sini. Spinning orbit pula membawa anda ke ketinggian 30 meter dan berpusing pada kelajuan sekata. Sekali lihat, saya menyangkakan bahawa ride ini akan turun mendadak secara menegak pada kelajuan yang tinggi, namun sangkaan tersebut meleset sama sekali. Walaupun tidak melakukan gerakan yang dibayangkan, bagi saya, rides ini masih boleh membuatkan anda berasa gerun terutamanya jika anda seorang yang gayat.
Di sini juga terdapat beberapa attraction yang memerlukan bayaran tambahan jika anda mahu mencuba. Namun, kami tidak mencuba mana-mana tarikan tersebut. Cukuplah apa yang ada dinaiki berkali-kali!
Berjaya Times Square Theme Park ditutup pada pukul 10 malam, namun kami tidak menunggu hingga ianya ditutup memandangkan anak-anak mempunyai persekolahan keesokan harinya. Yang penting, mereka gembira meluangkan masa cuti yang ringkas di taman tema ini.
Lain-lain yang menarik:
1. Diskaun tiket Aquaria KLCC hanya dari RM26
2. Diskaun tiket ke Berjaya Times Square Theme Park hanya dari RM25!
3. Jungle Gym, indoor playground yang memang best!
4. Kenali coklat di Chocolate Museum Kota Damansara
5. Jalan-jalan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
6. Tunggang kuda RM1 di Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan