Chocolate museum by Fidani di Kota Damansara (foto: chocolatemuseum.my) |
Baru-baru ni, semasa cuti sekolah akhir tahun 2015, kami sekeluarga telah berkesempatan melawat muzium coklat yang terletak di Kota Damansara. Trip ke chocolate museum by Fidani ni telah di plan oleh kami untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak.
Chocolate Museum by Fidani ini adalah muzium coklat yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara. Mula dibuka sejak 2013, muzium coklat ini terletak di kawasan perindustrian di Kota Damansara, dan bukannya di tengah-tengah bandar. Terima kasih kepada "Mr. Waze", kami berjaya sampai ke sini tanpa tersesat-sesat di tengah jalan.
Muzium ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kilang coklat dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Saiz muzium ni taklah besar, tapi sesuai untuk dijadikan destinasi anak-anak sempena cuti sekolah. Tiada bayaran masuk dikenakan dan kalau kumpulan anda melebihi 10 orang, anda boleh request guide untuk lawatan anda - free of charge. Tapi, mestilah contact mereka untuk arrange time and date dulu ya!
Lawatan kami ke muzium coklat ni disertai oleh keluarga kakak. Campur semua orang temasuklah mak budak, ayah budak, budak sekolah, budak tadika dan baby, semuanya melebihi 10 orang. Jadi, sebelum pergi kami dah arrange masa untuk mendapatkan guided tour.
Di hadapan replika KLCC yang diperbuat daripada coklat |
Seperti kebiasaan tempat-tempat begini, di penghujung muzium terdapat kedai coklat yang menjual pelbagai jenama coklat. Kami diberitahu yang coklat-coklat di sini dijual lebih murah berbanding di pasaran. Kalau anda berminat untuk membeli coklat, anda boleh ke sini pada bila-bila masa muzium ini dibuka.
Saya sempat bertanya kenapa saya tak pernah terjumpa jenama coklat Fidani ni di pasaraya-pasaraya seperti Tesco atau Giant (atau saya je tak perasan?). Jawab guide kami, pasaran jenama Fidani lebih tertumpu untuk tempahan-tempahan korporat. Oh, patutla tak pernah tahu.
Kami diberitahu selain daripada tour, muzium coklat ini juga cater untuk permintaan kelas membuat coklat untuk kanak-kanak. Maksimum kanak-kanak dalam setiap group untuk kelas ni mestilah tak melebihi 8 orang dengan anggaran bayaran RM100-RM200 pergroup. Kalau ada yang berminat, bolehlah hubungi mereka pada nombor di website mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai muzium coklat ini, anda boleh ke website mereka di http://www.chocolatemuseum.my/ .
Lain-lain yang menarik:
1. Diskaun tiket Aquaria KLCC hanya dari RM28
2. Seronoknya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
3. Diskaun tiket ke Berjaya Times Square Theme Park hanya dari RM25!
4. Jungle Gym, indoor playground yang memang best!
5. Jalan-jalan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
6. Tunggang kuda RM1 di Kuala Lumpur
1. Diskaun tiket Aquaria KLCC hanya dari RM28
2. Seronoknya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
3. Diskaun tiket ke Berjaya Times Square Theme Park hanya dari RM25!
4. Jungle Gym, indoor playground yang memang best!
5. Jalan-jalan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
6. Tunggang kuda RM1 di Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan