Diskaun tiket Aquaria KLCC dari RM26 - catatan lawatan bersama anak-anak yang menarik dan menjimatkan!

Diskaun tiket Aquaria KLCC
Aquaria KLCC menempatkan lebih 5,000 haiwan akuatik

Saya pasti, Aquaria KLCC bukanlah satu tarikan yang asing untuk kebanyakan kita. Akuarium bertaraf dunia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini mempamerkan lebih 5,000 spesis haiwan akuatik dan sudah tentunya menjadi tarikan terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Sebenarnya, kami sudah pernah membawa anak-anak ke sini sebelum ini. Namun, bagi kanak-kanak, dunia haiwan tak pernah membuatkan mereka merasa bosan. Cuti sempena Awal Muharram yang lepas, kebetulan pula tadika anak kami menganjurkan outing ke sini, dan ibu bapa diminta menghantar anak mereka ke tempat lawatan. Alang-alang menghantar, bukan sahaja adik, malahan kakak-kakak 'peserta' turut excited untuk sama-sama masuk ke Aquaria ini, walaupun mereka masih boleh recall lawatan terakhir kami ke sini. Hmmm... kalau sudah kanak-kanak, memang begitulah agaknya.


Bagaimana untuk dapatkan tiket murah tersebut?

Mengambil pengajaran lawatan kami ke Berjaya Times Square Theme Park di mana kami telah terlepas tawaran online yang lebih murah, saya terlebih dahulu menyemak harga tiket masuk ke Aquaria KLCC. Alhamdulillah, kali ini rezeki kami baik. Melalui laman Wonderfly, kami mendapat harga hanya RM26 untuk kanak-kanak dan RM35 untuk dewasa dibandingkan dengan harga di kaunter RM39 untuk kanak-kanak dan RM49 untuk orang dewasa. Lebih menggembirakan, tidak seperti sesetengah tawaran yang hanya boleh digunakan pada hari bekerja, harga promosi tersebut valid untuk digunakan walaupun ketika hujung minggu, cuti umum mahupun cuti sekolah! Ini bermakna anak-anak kami yang lain boleh menggunakan tawaran istimewa ini untuk menyertai bersama rombongan tadika yang diadakan.

Bagaimana untuk menempahnya? Senang sahaja.
  • Anda hanya perlu ke laman Wonderfly dan klik pada tawaran yang dimahukan. 
  • Baca terms and condition tawaran tersebut. Untuk tiket ke Aquaria ini, tempahan perlu dilakukan selewatnya-lewatnya sehari sebelum lawatan dan hanya terbuka untuk pemegang MyKad dan MyKid sahaja. 
  • Pilih bilangan dan kategori tiket. 
  • Sebelum bayaran dibuat, anda perlu memberikan nama 'lead person' rombongan anda ('lead person' ini perlu hadir dan menunjukkan ic di kaunter tiket nanti. Nama yang diberi dan nama di ic perlulah sama). 
  • Buat bayaran secara online dan tunggu e-ticket dihantar ke email anda. Semasa membuat tempahan tempoh hari, e-ticket tersebut mengambil masa beberapa jam sebelum diterima.
Bagaimana dapatkan diskaun ke Aquaria KLCC
Contoh E-ticket yang diterima

  • Print e-ticket yang dihantar. Ketika tarikh lawatan, bawa online ticket yang diprint bersama. 
  • Anda hanya perlu menunjukkan tiket tersebut bersama dengan ic 'lead person' dan tiket masuk akan diberi (Alternatively, anda juga boleh download e-voucher dan tunjukkan e-voucher via mobile di kaunter nanti).

Sangat mudah, kan? Selain Wonderfly, anda juga boleh menyemak harga tiket dan offer di Fave. Bagi saya, walaupun Fave mempunyai lebih banyak offer, tawaran yang ada di Wonderfly juga tidak kurang hebat dan menjimatkan. Jadi, adalah lebih baik untuk anda menyemak di kedua-dua laman ini sebelum satu-satu lawatan.


Apa yang menarik di Aquaria KLCC?

Sudah tentu, lawatan ke akuarium gergasi di keluasan 60,000 kaki persegi ini menampilkan pelbagai jenis hidupan akuatik, yang mana sebahagian besarnya adalah spesis ikan yang dipamerkan secara menarik dan sangat informative. Tak dinafikan, ia adalah sebuah tempat menarik untuk lawatan sambil belajar untuk anak-anak. Namun, sebagai kanak-kanak, tak semua yang dipamerkan menarik minat mereka. Lain orang, lainlah seleranya. Apa yang menarik untuk seseorang tak semestinya menarik untuk yang lain, dan ia juga sudah tentu bergantung pada usia kanak-kanak tersebut.

Secara keseluruhannya, saya perhatikan pameran di awal lawatan lebih mendapat sambutan dibandingkan dengan penghujung lawatan. Ini mungkin kerana kebanyakan kanak-kanak sudah kepenatan di penghujung lawatan. Namun, saya perhatikan ada beberapa pameran yang menarik minat bukan sahaja anak-anak kami, malah menjadi tumpuan ramai kanak-kanak lain yang berkunjung ketika itu. Berikut adalah antara pameran yang menjadi magnet ramai pengunjung kecil ketika lawatan kami ini.

Bagaimana dapatkan diskaun tiket Aquaria KLCC
Antara rombongan sekolah yang menanti pintu masuk Aquaria dibuka


Piranha Tank

Walaupun tank ini tidaklah begitu besar, ia mampu menarik minat ramai kanak-kanak. Salah satu faktor ialah mungkin kerana ia adalah pameran paling awal di Aquaria. Kehadiran rangka skeleton yang masih memakai goggle di dalam akuarium ini berjaya membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak, terutamanya mereka yang agak besar untuk memerhati dan memahami fakta yang disertakan. Kanak-kanak yang masih kecil bagaimanapun tidak kelihatan begitu teruja dengan pameran ini memandangkan ikannya tidaklah cantik atau berwarna-warni dan saiznya juga biasa-biasa sahaja.


Gene Pool

Ini adalah antara pameran yang berjaya menarik perhatian kebanyakan kanak-kanak, tak kira peringkat usia. Berada hanya selepas Piranha Tank, Gene Pool memberi peluang kanak-kanak menyentuh sendiri beberapa jenis hidupan akuatik seperti tapak sulaiman. Keika ke sini, terdapat beberapa rombongan sekolah rendah yang turut membuat lawatan sambil belajar, dan masing-masing berpusu-pusu di pameran ini. (Oleh kerana keadaan di kedua-dua exhibit ini agak sesak ketika itu, kami tidak sempat mengambil gambar kerana sibuk memastikan anak-anak terutamanya yang kecil tidak terlepas dari pandangan)


Asian Small Clawed Otter

Samada memerang ataupun setup pameran ini yang menjadi perhatian, saya pun tidak tahu. Namun yang pasti, kebanyakan kanak-kanak beratur menunggu giliran untuk masuk ke ruangan kecil untuk mereka meninjau tempat tinggal memerang di Aquaria ini melalui di bahagian kaca berbentuk hemisfer. Kaca hemisfera ini kecil dan hanya boleh menempatkan maksimum dua orang kanak-kanak pada satu-satu masa. Bagi saya, bukanlah kaca tersebut yang menjadi tarikan tetapi yang lebih menggembirakan adalah melihat kanak-kanak yang berdisplin semasa menunggu giliran masing-masing dan tiada insiden tolak-menolak atau berebut-rebut berlaku. 


Bagaimana dapatkan diskaun ke Aquaria KLCC
Meninjau memerang melalui kaca hemisfera

Terowong Bawah Air

Tak keterlaluan rasanya jika dikatakan ini adalah tarikan paling popular di Aquaria KLCC. Terowong bawah air sepanjang 90 meter ini membuatkan anda terasa seolah-olah berada di bawah laut dengan ikan-ikan dan hidupan akuatik seperti penyu, pari gergasi dan kerapu gergasi berenang di atas anda. Oh, tak lupa 'bintang' di sini iaitu ikan jerung. Hampir setiap kali melihat jerung, pasti terdengar siulan irama 'Daddy shark doo doo dooo....". Di sini juga anda boleh berdiri di travelator bergerak sambil menikmati keindahan hidupan laut yang menarik ini.

Bagaimana dapatkan diskaun ke Aquaria KLCC
Kanak-kanak melambai-lambai ke arah ikan yang berenang di Underater Tunnel

Feeding Time

Jika anda ke sini bersama anak-anak, jangan lupa untuk menjadualkan lawatan anda sekitar feeding time haiwan-haiwan akuatik di sini. Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga (termasuk saya) sangat excited untuk melihat haiwan-haiwan ini dijamukan 'snack' oleh petugas-petugas Aquaria. Maklumlah, bukan selalu dapat melihat secara 'live' waktu makan hidupan laut ini. Klik di sini untuk jadual feeding time Aquaria KLCC.

Bagaimana dapatkan diskaun ke Aquaria KLCC
Pengunjung yang menunggu waktu feeding time di hadapan Aquatheatre

Ketika ke sini, kami sempat melihat feeding time untuk Giant Pacific Octopus dan juga waktu makan beberapa jenis hidupan laut lain seperti penyu, ikan pari gergasi dan ikan kerapu gergasi di bahagian Aquatheatre. Akuarium yang mengisi Giant Pacific Octopus tidak begitu besar dibandingkan jumlah pelawat yang ada ketika itu. Oleh itu, mereka yang ingin menyaksikan bagaimana sotong kurita diberi hidangan ketika itu perlu sedikit bersesak. Walaupun bersesak, ia sangat berbaloi. Anak kami dapat melihat sendiri bagaimana sebelum waktu makan, sotong kurita tersebut camouflage dan sekali pandang seolah-olah batu karang di suatu sudut akuarium tersebut, namun, apabila tiba waktu makan, barulah jelas saiz, rupa dan warna asal octopus tersebut.

Bahagian Aquatheatre pula memberi lebih ruang dan masing-masing dapat menyaksikan dengan jelas bagaimana dua penyelam profesional Aquaria memberi makan penyu, ikan pari dan kerapu gergasi. Yang menariknya, semasa kedua-dua sesi ini, pejelasan dan fakta-fakta mengenai hidupan laut ini turut diberikan oleh petugas Aquaria. Sangat educational!

Bagaimana dapatkan diskaun ke Aquaria KLCC
Salah seorang penyelam 'menyuap' makanan ke mulut seekor penyu

Tarikan lain

Sememangnya terdapat banyak lagi pameran yang disediakan di sini. Apa yang disenaraikan di atas adalah pameran yang secara umumnya saya lihat menjadi perhatian kebanyakan kanak-kanak yang ada (ketika itu memang ramai kanak-kanak yang melawat Aquaria kerana kebetulan terdapat beberapa rombongan sekolah yang datang pada masa sama).

Selain dari yang disenaraikan, pameran lain turut mendapat perhatian sebahagian kanak-kanak bergantung pada umur dan selera mereka. Untuk anak-anak kami, mereka juga tertarik dengan electric catfish, keindahan coral yang berwarna-warni, telur ikan jerung, ikan 'nemo' dan kuda laut.

Bagaimana dapatkan diskaun ke Aquaria KLCC
Kuda laut di Station Aquarius

Bagaimana dapatkan diskaunke Aquaria KLCC
Lawatan ke Aquaria KLCC berjaya menarik minat anak-anak kami

Selain melihat exhibit di sana, kempen selamatkan jerung yang diadakan ketika lawatan tempoh hari turut berjaya mencuri perhatian anak kami. Fakta seperti sebanyak 100 juta ikan jerung dibunuh setiap tahun dan video bagaimana ikan jerung dibunuh untuk mendapatkan fin membuatkan mereka ingin tahu dengan lebih lanjut. Nasib baikla saya bukanlah peminat shark fin soup. Taklah merasa bersalah apabila ditanya "Mak suka makan shark fin soup tak?".


Anak-anak kami sangat enjoy ke sini walaupun lawatan kali ini bukanlah yang pertama untuk mereka. Walaupun saya merasakan jumlah pelawat kali ini adalah sangat ramai berbanding lawatan kami sebelum ini (mungkin kerana ketika itu adalah long weekend), staff Aquaria KLCC menjalankan tugas mereka dengan cemerlang dalam memantau pelawat kanak-kanak, menjawab soalan dan menjelaskan tentang exhibit yang ada di sana. 
  

16 ulasan:

  1. Please do not purchase anything through Wonderfly. Had a horrible experience when I purchases tickets to Aquaria KLCC last weekend. After purchasing through them, they did not send the e-ticket. We went to Aquaria without the e-ticket and Aquaria did not recognize our purchase via Wonderfly. We tried calling Wonderfly many times after that but they did not pick up. Aquaria payment counter told us that there are other people who encountered the same problem when buying through Wonderfly. So, we were asked to buy tickets at the full price on the spot from Aquaria on the spot instead.

    Contacted Wonderfly to ask refund but they do not answer calls or reply email. Overall, a really terrible experience that felt like daylight robbery.

    Hope this experience can be shared with those who are about to purchase via Wonderfly. Would suggest you to go through Aquaria directly instead. Since you still have to wait in line and queue even when purchasing through Wonderfly. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Very sorry to learn about your experience.

      Honestly, I am surprised to read about it. As for me, it was a smooth dealing although I did a last minute booking. I received my e-ticket within a couple of hour though I agree that we still need to queue at the counter.

      Nevertheless, thank you for sharing it with us here. I hope others can benefit from it and be more cautious in the future.

      Padam
    2. look seriously..??i baru je order and dah receive email,tp diorang just bg codes and tk bg pun e tiket..risau ya :(

      Padam
    3. Hi Anonymous,

      I just bought ticket through them again last week to Berjaya Times Square Theme Park. I just printed the ticket they sent (the one with the code) and presented it to the ticket counter. No problem for me. Feel free to share how it goes for you.

      Padam
  2. Saya baru juga bayar tiket melalui online banking.. Tapi kenapa tiket yang saya dapat tu tak macam tiket di atas yer..takde reference number

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat reply. Tiket di atas adalah di dalam email kedua yang saya terima. Email pertama yang saya terima sebaik buat bayaran juga tak ada reference number.

      Saya terima email kedua berserta tiket di atas tak lama selepas dapat email pertama. Saya pun tak pasti kenapa dua email dihantar. Saya print tiket yang mempunyai reference number dalam email kedua dan tak hadapi apa-apa masalah ketika di Aquaria.

      Di tiket tu juga ada disertakan contact number jika diperlukan. Mungkin boleh contact nombor itu untuk clarification. Harap membantu.

      Padam
  3. salam tuan
    masa beli tiket tu semua ic termasuk isteri dan mykid anak2 kena tunjuk ke atau ic pembeli saja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam. Kalau tak silap, semasa ke sana petugas di kaunter hanya minta ic saya sebagai lead traveller. Walaubagaimanapun, saya tetap membawa kesemua mykid anak-anak saya just in case diminta.

      Padam
  4. Terima kasih atas perkongsian puan. Amat bermanfaat untuk saya.

    BalasPadam
  5. Saya baru beli tiket dari Wonderfly. Dapat e-tiket on the spot dalam email dan web wonderfly. Terima kasih diatas kesudian berkongsi pengalaman di sana. Anak teruja untuk melawat.

    BalasPadam
  6. Saya akan membaca anak murid ke aquaria dengan menggunakan tiket online wonderfly..nal tnya anak2 murid perlu ke bawak my kid setiap seorang untuk admission...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa membawa anak-anak ke sini, petugas kaunter Aquaria hanya meminta ic saya. Walaubagaimanapun, saya tak pasti kalau hanya kebetulan petugas tersebut tidak meminta ID anak-anak. Pihak Wonderfly sendiri sebenarnya menasihati untuk membawa ID kesemua peserta.

      Padam
  7. open dated ticket maksudnya anytime boleh pergi. tapi kenapa perlu pilih visit date? adakah saya perlu pergi pada tarikh yg saya telah pilih atau boleh pergi pada bila-bila masa sehingga expired date?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aeinadam... terima kasih kerana bertanya. Saya juga ada bertanya soalan yang sama pada mereka. Pihak Wonderfly menyatakan bahawa tarikh itu hanya diperlukan oleh sistem mereka, namun tiket boleh digunakan pada mana-mana tarikh lain selagi masih di dalam tempoh validity seperti yang ditulis di laman mereka.

      Padam