(Foto: themominmemd.com) |
Terdapat banyak pilihan baby/child car seat di pasaran, dan secara amnya, pemilihan kerusi kereta kanak-kanak ini bergantung kepada umur dan berat bayi/kanak-kanak tersebut.
Perlindungan untuk yang tersayang...
Secara keseluruhannya, terdapat 4 kategori baby/child car seat berdasarkan cara penggunaannya.
1. Rear-facing car seat (kerusi kereta bayi/kanak-kanak menghadap ke belakang)
(foto: babycenter.com) |
Rear-facing car seat mempunyai sistem harness (tali keselamatan yang terdapat pada kerusi itu sendiri. Ia digunakan untuk menghadkan pergerakan bayi/kanak-kanak). Terdapat 3 jenis kerusi yang boleh digunakan secara rear-facing iaitu infant car seat, convertible seat dan all in one seat.
Nota: Pastikan anda TIDAK sama sekali memasang rear-facing car seat di tempat duduk hadapan sekiranya kereta anda dilengkapi beg udara di bahagian penumpang hadapan. Baby/child car seat akan berada terlalu dekat dengan dashboard kereta anda dan jika beg udara diaktifkan, ia akan menghentam baby/child car seat yang diletakkan di tempat duduk hadapan dengan kuat. Ini boleh menyebabkan kecederaan serius kepada bayi atau anak anda.
a) Infant car seat:
(foto: consumerreports.org) |
Kerusi jenis ini kecil dan mudah dibawa keluar masuk kenderaan. Kebanyakannya merupakan sebahagian daripada stroller travel system. Oleh itu, mudah untuk anda mengeluarkan car seat jenisini dan terus meletakkannya di atas stroller tanpa mengejutkan bayi yang sedang tidur.
b) Convertible car seat:
(foto: thecarcrashdetective.com) |
Kerusi jenis ini lebih besar dan berat berbanding infant car seat. Ia tidak mudah untuk dibawa keluar masuk kenderaan. Oleh itu, anda mungkin perlu mengganggu tidur anak anda setiap kali ingin membawanya keluar atau meletakkannya ke dalam kereta anda.
c) All in one car seat:
(foto: carseatresearch.com) |
Saiz all-in-one car seat kebiasaannya lebih besar berbanding kedua-dua jenis kerusi di atas. Oleh itu, sebelum membeli kerusi jenis ini, anda perlu memastikan yang ianya muat untuk kereta anda, terutamanya apabila dipasang menghadap ke belakang (posisi menghadap ke belakang memakan lebih ruang berbanding posisi menghadap ke hadapan).
2. Forward-facing car seat (kerusi kereta kanak-kanak menghadap ke hadapan)
(foto: babble.com) |
(foto: carseatblog.com) |
Terdapat tiga jenis child car seat yang boleh digunakan menghadap ke hadapan. Tiga jenis child car seat ini ialah:
a) Combination seat:
(foto: amazon.com) |
Sistem harness digunakan untuk kanak-kanak yang lebih kecil bergantung kepada berat badan yang ditetapkan oleh pengeluar. Apabila kanak-kanak membesar, harness tidak digunakan lagi dan kerusi ini berfungsi sebagai booster seat.
b) Convertible seat
c) All-in-one seat
3. Booster seat
(foto: sun-sentinel.com) |
(foto: parentsneed.com) |
i) kanak-kanak tersebut sudah mencapai berat atau tinggi maksimum yang ditetapkan untuk menggunakan harness
ii) Bahu lebih tinggi daripada slot harness teratas
iii) Telinga mencapai bahagian atas child car seat
4. Seat belt (tali pinggang keledar)
Sebenarnya bukanlah kerusi kereta kanak-kanak. Tali pinggang keledar direka untuk orang dewasa. Namun, kita masih perlu mengetahui cara penggunaan yang betul. Ini adalah untuk memastikan anak kita tidak menggunakan tali pinggang keledar terlalu awal. Gunakan booster seat jika anak anda masih belum sesuai menggunakan tali pinggang keledar. Jika anak anda menggunakan tali pinggang keledar, pastikan:
1) shoulder belt menyilang pada bahu dan dada, bukan pada leher atau muka
2) lap belt menyilang pada bahagian atas paha, bukan pada perut
Di bawah ditunjukkan contoh pemakaian tali pinggang keledar yang salah.
(foto: buckleupnc.org) |
Jika anda masih ragu-ragu tentang pemilihan baby/child car seat yang sesuai, anda boleh menggunakan Car Seat Finder untuk membantu. Car Seat Finder ialah aplikasi online yang telah dilancarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), USA bertujuan membantu ibu bapa memilih kerusi kereta yang bersesuaian untuk anak mereka. Anda hanya perlu memasukkan tarikh lahir, berat dan tinggi anak anda dan aplikasi ini akan mengesyorkan jenis kerusi kereta yang sesuai.
Related:
1. Baby/child car seat: selamatkah anak anda dalam perjalanan?
2. Baby/child car seat: Mengapa rear facing lebih selamat?
3. Portable child car seat: Waspada killer car seat di pasaran.
Jika anda sedang mencari baby/child car seat, anda boleh melihat pilihan car seat yang pelbagai di motherhood.com.my, sebuah kedai online Malaysia yang menjual pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi yang berkualiti dan dipercayai.
Looking for the best convertible car seats for your growing baby. Here We are Discussing Best Convertible Car Seats for Kids/ Toddlers in 2020 Reviews.
BalasPadam