Hotel best di Bentong... ada hot spring!

Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Hot Spring di ēRYAbySURIA Bentong

Kolam air panas semulajadi atau hot spring sememangnya mempunyai tarikannya yang tersendiri. Selain menyegarkan, hot spring semulajadi dipercayai bukan sahaja baik untuk kesihatan kulit, malah mempunyai pelbagai lagi faedah seperti melancarkan pengedaran darah, stress dan pain relief serta membantu mebuang toksin di dalam badan. Wallahua'lam.

Walaupun anak-anak kami samada masih belum faham atau tidaklah begitu excited dengan faedah kesihatan yang dikatakan ini, namun mereka masih curious dengan fenomena alam semulajadi ciptaan Allah ini. Kerana itu, ada yang bertanya, "Di Malaysia tak ada gunung berapi, jadi macamana boleh ada hot spring ni?" Errr... Alamak! Macamana, ya?

Kawasan natural hot spring yang kami kunjungi kali ini terletak di Bentong, Pahang - kira-kira sejam ke sejam setengah berkenderaan dari Kuala Lumpur. Walaupun tidak jauh, kami memilih untuk bermalam di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong menikmati keindahan semulajadi ini.

ēRYAbySURIA mempunyai rangkaian hotel di Bentong, Janda Baik dan tempat-tempat lain seperti Cherating, Merang, Johor Bahru dan London. Di Bentong, tarikan utama resort ini ialah kolam air panas semulajadi dan kerana itu, kami memilih untuk menginap semalaman di sini.


1. Check-in

Ruang lobi ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong kecil dan ringkas, namun bagi kami, ruang tersebut cukup buat menyambut tetamu yang berkunjung. Urusan check-in sangat lancar dan mudah. Staf di sini sangat peramah, informatif dn sedia membantu. Tak sampai beberapa minit, kami telah diberikan kunci bilik yang ditempah.


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Kawasan reception yang ringkas


2. Bilik

Resort ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong tidak besar. Terletak di Jalan Mukim Lama Kuala Lumpur Bentong, resort ini menawarkan beberapa jenis bilik iaitu double, triple dan quadraple untuk memenuhi keperluan penginapan pengunjung. Kami memilih bilik jenis quadraple yang boleh memuatkan 4 tetamu dewasa. Memandangkan dua anak kami masih berkongsi katil, bilik tersebut sudah cukup buat kami.

Bilik yang ditempah adalah ringkas, namun cukup buat kami bermalam dengan selesa. Terdapat sebuah katil bersaiz queen dan dua katil single, selain kemudahan asas seperti tuala, mini-fridge, cerek, uncang teh dan kopi serta bahan mandian. Bilik tersebut tidak besar, namun dalam masa yang sama tidak terlalu kecil. Masih ada ruang untuk bersolat dengan selesa walaupun tidak begitu luas. Jika anda mahukan ruang bilik yang lebih, bilik jenis double mungkin lebih sesuai untuk anda.


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Bilik di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong

Selain pilihan bilik di atas, pihak ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong turut menawarkan penginapan jenis villa. Walaupun kami tidak berpeluang melihat interior villa tersebut, dari pandangan luar, villa yang ditawarkan kelihatan agak luas. Kami difahamkan bahawa villa tersebut mempunyai dua bahagian, iaitu bilik tidur yang dilengkapi katil bersaiz king dan ruang tamu yang mempunyai sebuah sofa bed. Menariknya, villa di ēRYAbySURIA Bentong ini turut dilengkapi jakuzzi untuk mereka yang inginkan privasi. Mungkin bukan rezeki kami, ketika merancang untuk ke sini, seluruh unit villa telah habis ditempah. Tak merasalah anak-anak mandi di private jacuzzi yang disediakan.


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
lokasi villa di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong


2. Makan dan sarapan

ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong terletak agak jauh dari pekan. Kedai makan yang terdekat terletak kira-kira 11km dari resort ini, itupun melalui jalan dengan kawasan hutan di kiri-kanan. Pun begitu, kami gagahkan juga melalui jalan ini mencari makan malam walau terasa agak seram. Bukan tiada menu makan malam yang ditawarkan di resort ini, namun old habit dies hard. Sudah kebiasaannya kami lebih suka mencari makan di kawasan penduduk setempat apabila bercuti.

Jika hidangan malam kami terletak 11km dari resort ini, untuk sarapan pula, kami memilih untuk memanfaatkan kupon sarapan yang didatangkan bersama tempahan bilik di ēRYAbySURIA. Buffet sarapan yang disediakan di Restoran Bunga Padi; satu-satunya restoran di resort ini adalah ringkas tetapi mencukupi untuk anak-anak kami. Walaupun rata-rata buffet sarapan di sini lebih memenuhi selera tempatan dengan hidangan nasi lemak, kuey tiau gorang, mi sup dan sebagainya, pilihan ringkas ala-barat seperti roti, cereal, waffle dan omelette tetap disediakan.


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Bersarapan di Restoran Bunga Padi


3. Hot Spring

Kolam air panas daripada sumber semulajadi di sini sudah tentu menjadi tarikan utama ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong. Air panas semulajadi yang disalurkan terus ke kolam di ēRYAbySURIA mempunyai purata suhu kira-kira 43⁰C selain kandungan galian, mineral dan belerang atau sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, terdapat notis amaran yang melarang pengunjung yang hamil atau menghadapi masalah kesihatan seperti darah tinggi dan jantung daripada mandi atau berendam di dalam kolam ini.

Kenapa kehamilan, penyakit darah tinggi dan jantung dianggap berisiko? Notis tersebut membuatkan saya tertanya-tanya mengapa natural hot spring yang dikatakan baik untuk kesihatan tidak digalakkan dalam dua keadaan ini. Ini adalah penjelasan yang kami dapat... Hot spring mahupun mandi sauna boleh menyebabkan peningkatan suhu badan ke paras yang dipanggil hyperthermia. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa keadaan hyperthermia boleh meningkatkan risiko kecacatan janin. 
Bagaimana pula dengan darah tinggi dan penyakit jantung? Walaupun hot spring begini dikatakan boleh membantu peredaran darah dan menurunkan tekanan darah, penurunan tekanan darah secara drastik mampu memberi stress dan membebankan jantung sekaligus merbahayakan mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan jantung.

Beberapa langkah mudah digalakkan dilakukan jika anda ingin menikmati mandi di kolam air panas ini. Antaranya ialah beri badan anda masa untuk menyesuaikan diri dengan suhu di hot spring. Rendamkan kaki anda dahulu sebelum perlahan-lahan merendamkan badan. Selain itu, berdasarkan notis di sini, pengunjung juga tidak digalakkan untuk mandi atau berendam melebihi 30 minit pada satu-satu masa.

Di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong, terdapat dua kolam air panas yang disediakan bersebelahan satu sama lain. Sebuah kolam lebih kecil daripada yang satu lagi, namun, bagi saya, kepanasan airnya sama sahaja.


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Tetamu masih menikmati kehangatan air di kolam air panas ēRYAbySURIA Bentong pada waktu malam

Untuk tetamu resort, tiada bayaran tambahan diperlukan untuk anda menggunakan  kolam ini. Anda hanya memerlukan access card yang diberikan semasa check-in untuk ke kawasan kolam ini. Kolam ini dibuka untuk kemudahan anda sehingga ke waktu malam.

ēRYAbySURIA Hot Spring Resort sebenarnya turut membuka kolam air panasnya kepada mereka yang tidak menginap di sini pada bayaran tambahan, iaitu sebanyak RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Bagi saya, bayaran yang dikenakan agak berbaloi memandangkan fasiliti seperti bilik air, tempat menyalin pakaian dan surau turut disediakan (terdapat juga kolam public hot spring di kawasan hadapan resort ini namun kami difahamkan kemudahannya agak terhad). Selain itu, pengunjung juga mendapat akses ke fasiliti lain seperti playground dan kolam kanak-kanak lengkap dengan pancuran air.


4. Aktiviti kanak-kanak

Bagi saya, ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong boleh dikatakan sebuah resort mesra kanak-kanak, dan sememangnya sesuai untuk percutian keluarga. Terdapat playroom menarik yang disediakan sesuai untuk kanak-kanak sekitar umur pra-persekolahan. Walaupun tidak besar, anak-anak kami seronok bermain permainan masak-masak dan pretend stall yang disediakan. Dekorasinya ringkas, namun menarik dan selesa, lengkap dengan penghawa dingin untuk kanak-kanak meluangkan masa.

Selain playroom, terdapat juga playground ringkas lengkap dengan buai dan gelongsor untuk tetamu kecil. Setelah ibu bapa puas bersantai di kolam air panas, giliran anak-anak pula untuk berseronok di kolam kanak-kanak yang terletak hanya bersebelahan dengan kolam hot spring. Kolam kanak-kanak ini cetek dan dilengkapi pancuran yang sentiasa menjadi tarikan. Air di kolam ini TIDAK disalurkan dari hot spring membuatkan ia sesuai untuk kanak-kanak berseronok.


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Bermain di playroom yang selesa dan ceria

Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Playground di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong

Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Di hadapan children pool


5. Aktiviti-aktiviti lain

Jika anak-anak kecil mempunyai ruang santai di playroom, playground dan water play area, anak-anak yang lebih besar pula boleh memilih untuk melakukan pelbagai aktiviti rekreasi yang ditawarkan. Aktiviti seperti carom, dart, ping-pong, board games dan badminton disediakan secara percuma manakala sesetengah aktiviti seperti berbasikal dan memanah dikenakan bayaran.


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Meja carom di ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong

Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Kawasan teambuilding - resort ini juga sering dijadikan lokasi kursus dan teambuilding

ēRYAbySURIA Hot Spring Bentong terbuka untuk tempahan melalui website rasmi mereka, dan juga melalui Agoda, booking.com, Expedia dan juga Airbnb. Jangan lupa untuk menyemak harga di website-website ini untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda. 

Seperkara lagi, jika ke sini, jangan lupa membawa anak-anak membaca serba-sedikit penerangan menarik di sudut Junior Geological Trail tentang pembentukan batu, gunung dan hot spring. Bak kata orang, sambil menyelam, minum air... sambil bercuti dapat juga menambah pengetahuan. Dan melalui trail ini, terjawab juga soalan yang diajukan anak kami sebelum ke sini.... "mengapa ada kolam air panas jika tiada gunung berapi?" 👇👇👇


Hotel best di Bentong untuk anak-anak
Fakta menarik tentang pembentukan kolam air panas


Tiada ulasan:

Catat Ulasan