Homestay dekat Legoland yang selesa, harga pun terbaik!

Homestay airbnb menarik di Legoland


Cuti sekolah Jun 2018, alhamdulillah, sekali lagi kami berpeluang membawa anak-anak ke Legoland. Tidak seperti kunjungan sebelum ini, kali ini kami memilih untuk tinggal di salah sebuah homestay yang banyak terdapat di sekitar taman tema Legoland dan bukannya di Legoland Hotel.

Memang tidak dinafikan, bilik-bilik bertema di Legoland Hotel pastinya membuatkan mana-mana kanak-kanak teruja. Tak terkecuali anak-anak kami. Namun, kami berpendapat cukuplah sekali anak-anak merasa tinggal di sana. Kali ini, kami ingin berubah angin pula.

Mungkin kerana ketika itu musim cuti persekolahan, kebanyakan unit homestay yang mengetengahkan konsep mesra kanak-kanak telah habis ditempah. Unit-unit mesra kanak-kanak ini kebiasaannya menawarkan dekorasi yang ceria dan menawarkan hiburan untuk kanak-kanak dengan menyediakan permainan dan games. Oleh itu, kami memilih unit lain yang lebih ringkas, namun tetap selesa untuk percutian ini.

Antara perkara penting yang diambil kira bagi kami ialah bilangan bilik dan bilik air yang mencukupi. Unit dengan dua bilik tidur dan dua bilik air adalah just nice untuk kami sekeluarga - anything bigger terasa membazir pula. Tertarik dengan dekorasi ringkas yang menepati kriteria jumlah bilik ini, akhirnya, kami memilih Cozy Meridin sebagai tempat penginapan kami sekeluarga.

Terletak di condominium Meridin@Medini, unit homestay ini terletak kurang daripada 5 minit berkenderaan ke taman tema Legoland. Jika anda berkenderaan, insya-Allah lokasi homestay ini tidak menjadi masalah. Namun, jika anda merancang untuk berjalan kaki ke taman tema Legoland, unit-unit di Somerset ataupun Afiniti Residences rasanya lebih sesuai.


Homestay airbnb menarik di Legoland
Set sofa di ruang tamu Cozy Meridin

Meridin@Medini adalah sebuah condominium baru. Kondominium ini terdiri daripada beberapa blok. Blok-blok ini berkongsi kemudahan seperti kolam, gym, bilik bacaan dan sebagainya. Bersebelahan dengan blok kondominium ini, terdapat satu lagi bangunan yang dibina oleh pemaju yang sama. Bangunan ini dikatakan akan dikhaskan untuk sebuah multinational hotel chain.

Ketika kami di sana, blok yang didiami terasa masih agak lengang. Walaupun lengang, kami tidak merasa risau dari segi keselamatan. Kami mendapati security guards aktif melakukan rondaan. Selain itu, sistem keselamatan kondominium ini juga agak ketat di mana access card bukan sahaja diperlukan untuk memasuki kawasan meletak kenderaan, dan membuka pintu utama, malah turut diperlukan untuk mengaktifkan lif.

Homestay Cozy Meridin terletak di tingkat 28. Sebaik melangkah masuk ke unit ini, terasa homestay ini sangat luas. Di ruang tamu disediakan set sofa ringkas, manakala di ruang makan terdapat set meja makan 4-seater. Walaupun mungkin bagi sesetengah tetamu dekorasi minimalis di unit yang agak luas ini membuatkan homestay ini terasa kosong, kami pula sukakan rasa lapang yang ditawarkan. Bagi kami, ruang lapang begini sesuai untuk kami meluangkan masa bersama-sama dan anak-anak pula dapat bermain tanpa rasa terkongkong.


Homestay airbnb menarik di Legoland
Set meja makan dan sofa

Homestay ini mempunyai dua bilik tidur. Bilik tidur utama dilengkapi katil bersaiz king, manakala bilik tidur kedua pula dilengkapi katil bersaiz queen. Selain itu, terdapat dua foldable floor mattress lengkap dengan comforter telah siap disediakan untuk tetamu yang memerlukan tempat tidur extra.  Katil yang disediakan sangat selesa. Alhamdulillah, kami semua dapat tidur lena sepanjang penginapan di sini.

Bilik tidur utama mempunyai ensuite bathroom, manakala untuk bilik tidur kedua, bilik air terletak betul-betul bertentangan dengan pintu bilik. Tuala mandi, sabun dan syampu turut disediakan untuk kemudahan tetamu.


Homestay airbnb menarik di Legoland
Bilik tidur utama

Homestay airbnb menarik di Legoland
Bilik tidur kedua

Di sebelah pagi, sebelum ke taman tema Legoland, kami sekeluarga meluangkan masa bersarapan roti dan membuat minuman instant yang dibawa dari rumah. Kawasan dapur homestay ini dilengkapi peti, dapur elektrik dan basic cooking utensils yang memudahkan para tetamu memanaskan makanan ataupun menyediakan hidangan ringkas untuk hidangan sekeluarga.

Pada sebelah malam, setelah penat berhibur di taman tema Legoland, anda sekeluarga boleh beristirahat di ruang tamu yang turut dilengkapi set televisyen. Bagi kami, sofa dan permaidani yang disediakan terasa selesa untuk kami bersantai dan berbual. Walaubagaimanapun, kerana anak-anak agak penat setelah seharian bermain, kami tidak begitu memberi perhatian kepada rancangan televisyen yang disediakan. Oleh itu, kami tidak pasti tentang pilihan channel yang ada untuk para tetamu.

Di Cozy Meridin, keseluruhan homestay ini dilengkapi penghawa dingin untuk keselesaan percutian anda. Di ruang belakang pula terdapat mesin basuh automatik untuk kegunaan tetamu. Tiada detergent disediakan. Oleh itu, anda perlu membawa sendiri detergent jika merancang untuk menggunakan mesin basuh ini. Bagi kami, kemudahan mesin basuh begini sememangnya membantu. Tak perlulah mencari perkhidmatan dobi di luar, malahan tetamu bebas membasuh pakaian walaupun pada waktu malam.


Homestay airbnb menarik di Legoland
Bahagian dapur

Walaupun kami gembira menginap di sini, sejujurnya kami berpendapat masih terdapat aspek yang masih boleh diperbaiki untuk menjadikan penginapan di sini lebih praktikal. Contohnya, pihak homestay boleh menyediakan ampaian di bahagian belakang ataupun balkoni untuk memudahkan tetamu menjemur pakaian basah sepulangnya dari taman tema air Legoland. Dengan ini, tidaklah baju-baju basah tersebut bergantungan di dalam bilik air. Walaubvagaimanapun, kami menganggap kekurangan ini hanya disebabkan homestay ini masih agak baru. Untuk unit baharu seperti ini, memang difahami jika ada perkara yang terlepas pandang oleh pengusahanya. Diharapkan host Cozy Meridin boleh mempertimbangkan feedback yang telah kami berikan dalam usaha untuk menambahbaik kemudahan yang disediakan.

Oh, mengenai host homestay ini, walaupun kami tidak pernah berjumpanya secara personal, proses komunikasi sangat mudah dan beliau juga sentiasa bersedia membantu dan menjawab sebarang pertanyaan kami. Malah, beliau menunjukkan keprihatinan untuk mengambil tahu jika kami menghadapi apa-apa masalah ketika penginapan di sana. Thumbs up untuk beliau!

Secara keseluruhannya, kami sangat berpuashati dengan penginapan di homestay Cozy Meridin.  Adakah kami akan mempertimbangkan untuk ke sini lagi? Why not :)

Jika anda berminat untuk menginap di Cozy Meridin, homestay menarik ini terbuka untuk tempahan melalui booking.com dan airbnb. Selain Cozy Meridin, anda juga boleh melihat pilihan homestay lain yang diusahakan oleh host kami di sini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan