Chalet best untuk cuti dengan anak-anak di Janda Baik

Sebuah kampung yang dahulunya mungkin hanya dikenali masyarakat setempat, Janda Baik kini semakin mendapat perhatian di kalangan pengunjung yang mencari kedamaian dari kesibukan sehari-harian. Kehijauan hutan rimba yang masih terpelihara, udara yang segar, deruan air yang jernih ditambah pula dengan jarak hanya lebih kurang 45 minit dari ibu kota menjadikan Janda Baik a perfect weekend getaway spot buat warga Kuala Lumpur.

Tarikan alam semulajadi begini sudah tentu memberi kelainan terutamanya untuk anak-anak yang membesar di bandar. Tak hairanlah jika chalet, homestay dan tempat-tempat penginapan banyak ditawarkan dari masa ke semasa. Malahan, ada antara pengusaha chalet yang kreatif dalam menawarkan kepelbagaian aktiviti yang memberi kelainan untuk percutian anda.  Di sini, disenaraikan beberapa penginapan yang boleh anda pertimbangkan jika bercadang membawa anak-anak mendekati alam semulajadi di sini.   

1. Fifty4ferns

Resort menarik berkonsep chalet dan villa kayu ini menawarkan penginapan selesa dengan kemudahan moden tanpa mengetepikan kedamaian dan keaslian alam semulajadi yang sememangnya sinonim dengan Janda Baik. Pilihan chalet, suite, tree house mahupun villa, kesemuanya memang sangat selesa dan setiap satunya didekorasi ringkas dan moden serta disesuaikan dengan tetamu yang berkunjung dalam jumlah yang pelbagai.

Jika berkunjung bersama anak-anak, anda tak perlu risau mereka kebosanan di sini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti meredah anak sungai, berehat di buaian hammock, berbasikal, melawat aviary garden, bermain games, berenang di kolam, bersantai di jakuzzi, memancing, jungle trekking dan bermain ATV, Sementara anak-anak meluangkan masa melakukan aktiviti pilihan mereka, anda pula boleh berehat dan bersantai menikmati keindahan lanskap yang menarik di resort seluas tujuh hektar ini.   

Untuk lebih info tentang aktiviti di sini, ikuti catatan percutian kami di Fifty4ferns di sini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penginapan menarik ini di laman mereka atau hubungi pihak pengurusan di 019-388 3454019-345 4284.



Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik
Fifty4Ferns, Janda Baik (foto:fifty4ferns.com)



2. Bidaisari

Sering juga terdengar pengalaman mereka yang pulang dari luar negara menceritakan aktiviti berkuda merentas ladang dan hutan. Namun, adakah anda tahu yang aktiviti seperti itu juga boleh dilakukan di Malaysia? 

Bidaisari menawarkan aktiviti menunggang kuda merentasi hutan bagi mereka yang mencari kelainan dalam percutian. Yang menariknya, aktiviti ini terbuka dan boleh disertai samada anda mahir atau tidak menunggang kuda. Tak menjadi masalah. Alternatively, jika anda berasa kurang selesa menunggang merentasi hutan, anda juga boleh memilih untuk menunggang kuda di kawasan paddock dan sekitar selama 40 minit.

Walaupun aktiviti menunggang kuda seperti yang dinyatakan di atas hanya terbuka untuk orang dewasa, tetamu kecil di sini tetap tidak dilupakan. Jika ke sini, anak-anak boleh menyertai aktiviti berkuda khas kanak-kanak yang dinamakan joyride. Aktiviti berkuda ringkas selama lebih kurang 10 minit ini sesuai untuk kanak-kanak yang ingin berjinak-jinak dalam mendekati haiwan ini. Jika anda memilih untuk tidak menginap di sini, anda masih dialu-alukan untuk menyertai aktiviti berkuda yang disediakan jika berminat.

Selain aktiviti menunggang kuda, Bidaisari juga menawarkan aktiviti lain seperti ATV dan jungle trekking serta kemudahan swimming pool untuk tetamunya. Pilihan penginapan di sini terdiri daripada chalet-chalet yang selesa dan juga dormitory. Bidaisari kini terbuka untuk tempahan secara online di Agoda dan booking.com. Secara alternatifnya, anda juga boleh menghubungi pihak Bidaisari di talian 011-3566 6666 / 013-280 4988 / 011-3177 0388.



Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik
Bidaisari, Janda Baik (foto:bidaisari.com)



3. Danau Daun Chalet

Jika anda inginkan percutian yang tenang dan mendamaikan tanpa banyak aktiviti, Danau Daun Chalet menawarkan tempat istirahat sesuai untuk anda bersama anak-anak. Binaan chalet kayu ala-kampung di tengah-tengah alam semulajadi begini manjadikan penginapan ini sesuai untuk warga kota yang inginkan sedikit masa jauh dari kesibukan dan hiruk-pikuk kegiatan sehari-harian. 

Penginapan yang disediakan disesuaikan untuk anda sekeluarga berkumpul meluangkan masa bersama-sama. Anak-anak kecil pasti gembira bermain di dipping pool cetek yang disediakan. Jika mahukan sedikit kelainan, anda boleh memilih untuk menginap di chalet Danau Daun III atau Hillside Cottage yang menyediakan private pool tersendiri. 

Oh, jika anda perlu menyewa lebih daripada satu chalet, mungkin anda ingin tahu bahawa kedudukan chalet Danau Daun I, II dan III adalah berdekatan satu sama lain, manakala Hillside Cottage, Danau Daun Cottage dan Danau Daun Annexe terletak kira-kira 500 meter dari kelompok ketiga-tiga chalet tersebut. Selain itu, kesemua unit penginapan di sini TIDAK dilengkapi penghawa dingin.

Selain berehat dan besantai bersama-sama, anda juga boleh mengadakan sesi barbeque bersama anak-anak. Setiap chalet mempunyai barbeque pit, dan anda boleh menggunakannya secara percuma. Cuma, anda perlu membawa sendiri peralatan seperti arang, starter, peralatan memasak dan sudah tentu makanan dan minuman dari rumah. Memasak tidak dibenarkan di dalam chalet penginapan. Jika anda mahu, anda boleh memilih untuk menjamu selera di kafe Kopi n Kraf yang terletak di bawah pengurusan yang sama (kafe ini tutup pada pukul 7 malam dan anda mungkin perlu merancang early dinner jika ingin makan malam di sini).

Tiada sungai melalui kawasan Danau Daun. Jika anda ingin membawa anak-anak mandi sungai, anda boleh membawa mereka ke public river kira-kira 5 minit dari sini. Walaupun terdapat tasik di dalam kawasan Danau Daun, memancing adalah tidak dibenarkan. Danau Daun tidak terbuka untuk tempahan secara online. Jika berminat, sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai penginapan menarik ini atau hubungi 010-239 7400 / 016-329 0124 untuk tempahan.



Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik
Danau Daun Chalet, Janda Baik (foto:danaudaunchalets.com)



4. Chengal Hill Retreat

Sebuah lagi tarikan berkonsep suasana di kampung, Chengal Hill Retreat menawarkan pilihan penginapan yang mendamaikan untuk percutian anda bersama anak-anak.  Beberapa pilihan chalet yang selesa disediakan sesuai untuk tetamu yang bercuti bersama keluarga, baik dalam bilangan yang sedikit mahupun ramai. Bukan itu sahaja, ayam-ayam peliharaan yang berlari-larian di sekitar kawasan di sini turut melengkapi suasana kampung di penginapan menarik ini.

Jika anda merasakan penginapan di chalet sudah terlalu biasa dan anda inginkan kelainan, anda boleh memilih untuk menginap di Apachi, mengadakan camping ataupun merasai pengalaman glamping di persekitaran Chengal Hill Retreat. Setiap unit penginapan seperti ini walaubagaimanapun boleh menampung tetamu yang terhad dan anda mungkin perlu menyewa beberapa unit jika berkunjung dalam jumlah yang ramai. Selain itu, bilik air juga adalah on sharing basis, namun, sudah tentu tetamu lelaki dan wanita diasingkan.

Selain menikmati persekitaran yang tenang dan mendamaikan, anda juga boleh mengambil peluang membawa anak-anak merasai mandi di sungai yang dingin di sini. Alang-alang ke sini, jangan lupa untuk membawa peralatan dan persiapan untuk mengadakan barbeque bersama-sama.  Jika anda mahu, anda juga boleh meminta pihak Chengal Hill Retreat mengatur aktiviti-aktiviti lain seperti jungle trekking, berbasikal, ATV ride dan 4 x 4 ride pada harga tambahan. Walaupun mereka bersedia membantu mengatur aktiviti-aktiviti ini, ia bagaimanapun diuruskan oleh masyarakat tempatan dan bukan di bawah pengendalian pihak Chengal Hill Retreat. 

Tiada penghawa dingin disediakan di sini sekaligus membolehkan anda menikmati udara segar semulajadi Janda Baik. Cuaca pada waktu malam bagaimanapun kebiasaannya agak dingin menjadikan penghawa dingin tidak diperlukan untuk tidur yang lena. Chengal Hill Retreat tidak terbuka untuk tempahan secara online. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenainya atau WhatsApp talian 017-201 5118 untuk tempahan. 



Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik
Chengal Hill Retreat, Janda Baik (foto:facebook.com/ChengalHill/)



5. Sailor's Rest

Daripada namanya sahaja, mungkin ramai yang menyangkakan tempat ini terletak di perairan pantai, namun sebaliknya, Sailor's Rest terletak di kawasan berbukit Janda Baik tidak jauh dari Genting Sempah. Asalnya sebuah resthouse milik navy officer, ini Sailor's Rest terbuka untuk pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi tidak jauh dari ibu kota ini.

Terdapat beberapa jenis penginapan disediakan, namun tak keterlaluan rasanya jika dikatakan penginapan jenis boathouse dan pengalaman glamping menjadi highlight ramai pengunjung ke sini. Glamping atau 'glamorous camping' adalah satu pengalaman yang sesuai untuk anak-anak yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor ala-ala camping. Walaupun menginap di dalam khemah, keselesaan tetamu tetap diutamakan. Setiap unit khemah dilengkapi katil yang selesa, lengkap dengan kipas berdiri dan power extension. Tiada attached bathroom disediakan, namun sharing bathroom yang bersih dan selesa berada tidak jauh dari tapak glamping. Pengalaman begini sudah tentu memberi kelainan terutamanya untuk anak-anak yang sudah biasa dengan kehidupan kota.

Selain glamping, penginapan jenis boathouse juga sudah tentu mampu memberi kelainan untuk anda. Malangnya, hanya ada satu unit boathouse di sini dan ianya hanya dilengkapi sebuah katil bersaiz queen. Oleh itu, boathouse ini kurang sesuai jika anda membawa beberapa orang anak dan perlu menyewa lebih daripada satu unit penginapan.

Jika anda ke sini, jangan lepaskan peluang membawa anak-anak bermandi-manda di sungai jernih yang mengalir di dalam kawasan Sailor's Rest. Selain itu, alang-alang membawa anak-anak merasai pengalaman glamping, apa kata bawa mereka merasai pengalaman outdoor jungle trekking ke kawasan air terjun yang sudah tentu menjadi bualan mereka di masa akan datang.

Sailor's Rest terbuka untuk tempahan secara online melalui booking.com. Jika merancang untuk ke sini, jangan lupa menyemak harga untuk mendapat tawaran terbaik semasa percutian anda. Selain itu, anda juga boleh mendapat maklumat lanjut mengenai penginapan menarik ini di website mereka di sini.



Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik
Sailor's Rest, Janda Baik (foto:sailorrest.com)


6. Tiarasa Escapes

Mengetengahkan konsep glamping atau glamorous glamping, Tiarasa Escapes kini membuka tirainya untuk para tetamu bermula pertengahan tahun 2018. Kesemua unit penginapan di sini terdiri daripada khemah-khemah kanvas, kecuali beberapa unit tree house khas untuk mereka yang lebih sukakan bird's-eye view. Walaupun khemah-khemah ini diperbuat daripada kanvas, tetamu tetap dimanjakan dengan keselesaan setaraf bilik-bilik hotel. 

Kesemua khemah penginapan dilengkapi katil yang selesa, lengkap dengan kipas siling dan penghawa dingin. Bukan itu sahaja, Tiarasa Escapes juga melangkah setapak ke hadapan dengan menyediakan en-suite bathroom yang selesa, dan pintu masuk ke khemah yang boleh dikunci untuk keselamatan.

Beberapa jenis khemah penginapan ditawarkan. Untuk mereka yang berkunjung bersama keluarga, khemah dengan dua ruang tidur adalah sesuai untuk keselesaan. Selain khemah penginapan yang selesa, kolam renang dan pelbagai aktiviti turut disediakan sebagai pelengkap percutian anda di sini.

Klik di sini untuk lebih maklumat mengenai resort menarik ini atau ikuti pengalaman glamping pertama kami di Tiarasa Escapes.



Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik

Cuti best dengan anak-anak di Janda Baik
Tiarasa Escapes, Janda Baik (foto: tiarasaescapes.com)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan